NIKAH MUDA 🦋 [Completed]

By plusterhati

198K 11K 351

Usia 18 tahun ? Tetapi sudah mendirikan rumah tangga. Airabella dan Danial Lee yang sudah 3 tahun menjalani h... More

NM🦋- Baru putus dah ada gf baru ?
NM🦋- Aira sakit !
NM🦋- Kawan makan kawan ?
NM🦋- Doktor Hazim jatuh cinta
NM🦋- Laila perampas ?
NM🦋- Laila sakit mental ?
NM🦋- Masak untuk calon mertua
NM🦋- Aira koma ?
NM🦋- Aira hilang ingatan ?
NM🦋- Sakit pun still nak demand
Laila kantoi ! 🦋
Air mata 🦋
Akhirnya Aira discharge ! 🦋
Calon isteri 🦋
Amarah Danial !🦋
Senyumanmu terlalu comel 🦋
Dating di Mall 🦋
Dating di Sephora 🦋
Aira dilamar ? 🦋
Lamaran Danial ditolak ? 🦋
Danny nekad ! 🦋
B dah decide, b taknak ! 🦋
Aira kena friendzone ? 🦋
Langgar lari ? 🦋
Kenapa dengan Datin Maria ? 🦋
Penderitaan Aira 🦋
Sah ! 🦋
Aira Tension ! 🦋
Kakcik mula disalahkan ! 🦋
Pindah hostel 🦋
Suami prihatin 🦋
Yeay ! Roommate baru 🦋
Danial Lee suami idaman ❤️🦋
Aira dapat kawan baru 🖤 🦋
Peminat di Wattpad 🦋
Bukan long distance relationship ! 🦋
Danial sakit ! 🦋
Aira tinggalkan Danial ? 🦋
Aira masuk hospital lagi 🥺🦋
Terlalu sweet ? 🦋
Single auto menangis ? 🤪🦋
Siapa Johan ? 🦋
Perang meletus ? 🦋
Aira ugut nak cerai ? 🦋
Birthday bertukar tragedi ! 🦋
Dikhianati sahabat ! 🥺🦋
Aira kena culik ? 🥺🦋
Armor knight Aira ❤️
Aira pregnant ? 🦋
Pengorbanan Danial 🖤🦋
Family kecil kita 💔🥺🦋
Tali gantung milik Laila ? 🥺
Berdikari tanpa Danial ❤️🙃
Surat dari suami tercinta 🤍🦋
Happy birthday suamiku 🤍🖤❤️🦋
Tewas dengan permainan aku sendiri 💔🦋
Happy graduation day sweetie 🖤🦋
B, you look so beautiful with hijab🖤🦋
Bab 61 - Gaduh tengok bola 🤪🦋
Epilog 1 - Cari kerja ❤️🦋
Epilog 2 - Aasudah perang ke ? 🦋
Epilog 3 - Perit 🙃💔🦋
Epilog 4 - Aira pregnant 🤍🦋
Epilog 5 : Bersatu kembali 🤍🦋
Epilog 6 : Sayang suami 🤍🦋
Epilog 7 : Morning sickness 🤣🤍🦋
Epilog 9 : Honeymoon ke LA🤍
Epilog 10 : Sakit bersalin ! 🤍🦋
Epilog 11 : Yang terindah
Ending 🦋🤍

Epilog 8 : Surprise dari suami 🤍🦋

2.2K 122 4
By plusterhati

Sampai sahaja di rumahnya, Danial terus memarking kereta terlebih dahulu.

Saat enjin kereta dimatikan, dia terus senyum manis apabila menyedari isterinya masih terlena .

Lantas laju tangannya membuang seatbelt yang dipakai oleh Aira itu.

"Baby, dah sampai dah ni." kejut Danial sejurus bahu isterinya digosok lembut berulang kali.

Aira yang mula sedar terus menggosok matanya.

Danial terus pegang tangan isterinya saat dia melihat Aira ingin membuka pintu kereta.

"Stay sini je. Jap." arah Danial lembut sebelum dia keluar dari perut keretanya. Lantas dia terus
membuka pintu kereta untuk isterinya.

"Welcome home, my princess." ucap Danial sambil kenyit mata. Dia juga turut menghulurkan tangannya ketika itu.

Aira terus senyum sinis apabila melihat tindakan drastik suaminya.

"Uish daddy ni lain macam. Tetiba je nak sweet ni. Sebelum ni tak pun." perli Aira yang masih tidak berganjak dari dalam kereta.

Danial sempat gelak kecil.

"Apa mummy ni ? Masa kita couple, daddy selalu juga kan buat macam ni." respon Danial tidak mahu mengalah.

Aira hanya jeling suaminya.

"Mummy, dahtu takkan nak tengok saja je ? Dah lenguh dah tangan daddy ni. Taknak sambut ke ?" sakat Danial sambil buat muka kesal.

"Nak menang je dia." Aira akur ketika itu.

Dia terus menyambut huluran tangan dari suaminya.

Tetapi Aira bersyukur juga saat itu kerana Danial ingin prihatin dengannya. Bukan apa walaupun usia kandungannya baru mencecah 4 bulan tetapi dia sudah mengah saat itu. Mengah dan penat.

Dia juga sudah tidak larat untuk bergerak ke mana - mana saat itu.

Nasib baiklah ada suaminya ketika itu.

Danial terus membantu isterinya berjalan ke arah depan pintu rumah.

Kemudian dia terus menekan tombol di sebelah pagar rumahnya untuk menutup pagar tersebut.

Aira pula ketika itu sedang membuka pintu rumah mereka berdua.

Dia terus masuk ke dalam rumahnya sejurus pintu rumah mula dibuka.

Dia terus tergamam saat itu.

"Daddy, daddy kenapa gelap semacam ni ? Blackout ke ?" jerit Aira separuh lantang saat melihat keadaan di dalam rumahnya yang gelap gelita.

Danial terus berlari menuju ke arah isterinya setelah mendengar jeritan dari isterinya.

"Tak tahulah mummy. Takpe, mummy duduk dulu. Jap daddy check." respon Danial lembut.

Dia terus membuka lampu melalui telefonnya.

Dia juga membantu isterinya untuk duduk di atas sofa. Dia tahu isterinya mengah ketika itu.

"Daddy nak pergi mana ? Temankan mummy, mummy takut." ujar Aira sejurus tangan suaminya laju dia pegang saat dia melihat Danial ingin beredar dari situ.

Danial terus sengih.

"Comel la mummy ni. Daddy nak gi depan tu je. Nak check kenapa bekalan elektrik terputus ?" respon Danial sambil cubit pipi isterinya.

"Depan tu je pun mummy tetap takut. Hish daddy la ni. Mesti tak bayar bil elektrik ni !" ujar Aira mula menyalahkan Danial. Tangan Danial masih dipegangnya erat.

Danial terus gelak.

"Mana ada mummy ni. Mula lah tu nak cari salah daddy. Daddy bayarlah. Daddy pergi kejap je okay ? Depan tu je pun. Jangan takut." ucap Danial sambil usap kepala isterinya.

Dia terus beredar dari situ sejurus isterinya mula akur.

Dalam kiraan 1,2,3 lampu rumah terus dihidupkan.

"Happy belated birthday to you princess !"

Mata Aira terus terlopong saat itu. Dia begitu terkejut sekali saat itu.

Ternyata di dalam rumahnya sudah dipenuhi oleh penghuni.

Sahabatnya semua ada. Begitu juga dengan sahabat suaminya. Keluarga mereka berdua juga turut ada di situ.

Yang paling menghibakan Aira adalah kerana adanya Dato' Qayyum iaitu ayahnya sendiri.

Aira sebak saat itu. Matanya mula berkaca saat itu.

Hampir 3 tahun dia tidak berjumpa dengan ayah kandungnya sendiri.

Bukan apa, setelah Daddy dan Mummynya bercerai sejak itu hubungan Aira dan Dato' Qayyum makin jauh.

Sejak itu juga Aira enggan berjumpa dengan ayahnya kerana dia menganggap ayahnya tidak setia. Ini kerana disebabkan ayahnya telah berkahwin lain usai bercerai dengan arwah maminya.

Tetapi sayangnya, perkahwinan Dato' Qayyum dengan Hanani iaitu tidak kekal lama. Ini kerana sebulan yang lalu mereka berdua telah mengambil keputusan untuk mengakhiri hubungan tersebut. Dalam erti kata lain adalah mereka berdua telah bercerai.

Dato' Qayyum bertindak sedemikian dengan nekad menceraikannya isteri mudanya adalah kerana apabila sikap sebenar wanita itu yang "materialistik".

Dia seperti ditampar apabila mengetahui isteri mudanya itu berkahwin dengannya semata - mata ingin mengikis kesemua aset/ harta miliknya.

Oleh itu dia nekad menceraikan wanita itu dengan serta - merta dan dia juga saat itu lebih belajar mendalami ilmu agama dengan lebih luas lagi.

Keempat - empat anak Dato' Qayyum sudahpun mengetahui tentang hal tersebut iaitu mengenai penceraian daddy mereka termasuklah Aira sendiri.

Dapat dilihat juga dari riak wajah tua Dato' Qayyum juga sebak saat itu.

Sedari tadi dia sudah memegang kek dark chocolate milik anaknya.

Danial yang berada di belakang Aira hanya senyum bahagia. Dia saat itu hanya ingin menyatukan kembali hubungan kekeluargaan isterinya.

Dia terus menghampiri Aira.

Dia tahu isterinya saat itu sudah menangis.

Dia kenal benar dengan perangai isterinya itu.

Lantas tubuh kecil isterinya terus dipeluk lama.

Dia terus mengusap kepala isterinya yang ditutupi oleh selendang kelabu itu.

"Jangan nangis okay ? Hubby tahu yang wife hubby ni rindukan daddy kan ? Daddy dah ada tu. Belum terlambat okay kalau b nak say sorry." nasihat Danial sejurus pelukan dileraikan.

Dia terus mengelap air mata isterinya dengan jarinya.

Aira hanya diam sahaja ketika itu. Dia tetap tidak berganjak dari situ. Dia hanya memandang ke arah bawah sahaja.

Tanpa menunggu lama, Dato' Qayyum terus mengatur langkah menuju ke arah anak bongsunya itu.

"Happy belated birthday princess daddy. Maafkan daddy sebab selama ni daddy jarang nak jumpa anak daddy." ucap Dato' Qayyum penuh ikhlas.

Mereka yang lain hanya menanti respon daripada Aira.

Aira hanya diam membisu.

Danial yang menyedari akan sikap isterinya itu terus memegang bahu isterinya.

"Baby, tahu kan ? Setiap manusia ni takde yang perfect. Ya mereka mungkin ada buat silap tapi, mereka juga berhak diberikan peluang kedua. Untuk jadi yang lebih baik." bisik Danial lembut di telinga isterinya.

Lantas, Aira mula memandang wajah daddynya. Tampaknya Aira sudah mula terkesan dengan kata - kata Danial.

"Maafkan b daddy. B rindukan daddy sangat - sangat." luah Aira penuh sebak ketika itu.

Dia sudah mula menangis lagi.

Dato' Qayyum juga sama. Matanya juga mula berair dan air mata mula mengalir di pipinya.

Lantas tangan anak bongsunya terus dipegang oleh lelaki tua itu.

"B tak pernah salah pun sayang. Maafkan daddy b. Selama ni daddy dah abaikan b dengan family kita. Maafkan daddy." ucap lelaki tua itu tulus.

Aira hanya menangis saat itu. Perasaan sebaknya tak dapat dia luahkan.

Dia segera bersalam dengan daddynya tanda dia memohon keampunan dari orang tuanya.

"Kalau mummy still ada, mesti mummy happy ni ." ucap Aira sebak yang mula teringat akan mummynya, Datin Maria. Air matanya laju mengalir membasahi pipi.

Dato' Qayyum menjadi cukup sebak saat dia juga mula teringatkan arwah isterinya itu.

"B, walaupun mummy dah takde tapi hubby yakin yang mummy dah bahagia di sana. Yang penting kita jangan berhenti doakan mummy. " Danial terus lap air mata isterinya menggunakan jarinya.

"Satu lagi kalau arwah mummy ada mesti arwah mummy akan senang tengok kita semua sekarang ni. Hubby juga yakin yang arwah mummy pasti bangga dengan Airabella." ucap Danial tulus sambil mengelus pipi isterinya itu.

Aira terus terharu dengan kata - kata yang keluar dari mulut suaminya itu.

Tiap kali dia dilanda kesedihan, suaminya pasti akan mencari cara untuk menghiburkannya.

Tidak pernah sekalipun lelaki itu membiarkan dirinya sendirian menanggung kesedihan tersebut.

Bangga sekali dia dengan suamiku itu.

Walaupun dengan cara yang sederhana Danial lakukan untuk mengembirakan Aira, itu sudah cukup bagi Aira untuk tersenyum kembali.

Setiap cara dan usaha yang dilakukan oleh suaminya itu akan selalu dia hargai.

Walaupun usianya masih muda tetapi cara pemikirannya sudah pun matang dan itu amat mengembirakan hati Aira.

"Hubby nak peluk."

"Alahai comelnya b ni. Meh sini." respon Danial lembut sejurus dia memeluk isterinya dengan penuh kasih sayang.

Kedua - dua abang kandung Aira, iaitu Harris dan Hazrul sedari tadi asyik menepuk tangan kerana terharu dengan sikap yang ditunjukkan oleh adik ipar mereka berdua iaitu Danial Lee.

Bagi mereka juga, adik bongsu mereka itu tidak salah membuat pilihan dengan memilih Danial Lee sebagai suaminya.

Walaupun berkahwin pada usia yang masih muda tetapi cara mereka berdua menanggapi setiap masalah yang muncul itu amat membanggakan kedua - dua abang kandung Aira.

Pelukan terus dileraikan. Dato' Qayyum terus mengusap kepala anaknya itu seketika. Jelas sudah terpancar sejuta kebahagiaan di benak wajah lelaki tua itu.

Danial terus senyum manis saat itu. Bahagia sekali dia saat itu kerana dia dapat menyatukan kembali hubungan kekeluargaan isterinya yang sebelum ini telahpun retak.

Danial terus menepuk tangan ketika itu.

"Okay dah takyah sedih - sedih. Potong kek ni cepat b. Dah nak cair ni." sakat Danial sambil tunjuk ke arah sepinggan kek dark chocolate yang sudah berasa ditangannya itu.

"Eh, nanti dulu. Ketua belum tiup lilin lagi tu." sampuk si Liyaa pula setelah dari tadi hanya menjadi pemerhati sahaja.

Johan yang berada di sebelah Liyaa hanya senyum manis.

"Okay, tiup lilinnya. Tiup lilinnya sekarang juga. Sekarang juga." jerit semua khalayak yang berada di situ.

Bergema sekali dalam rumah Aira dengan jeritan mereka yang lain.

Aira terus meniup lilin tersebut dengan serta - merta.

Dia terus memotong kek tersebut. Lantas dia terus menyuap kek tersebut ke arah daddynya.

Kemudian diikuti dengan keluarganya yang lain.

Aira tampak bahagia sekali ketika itu.

Danial hanya menjadi pemerhati sahaja ketika itu. Aira gembira, dia pun akan gembira.

Yang paling menggembirakan Danial adalah apabila dia dapat melihat senyuman terukir di wajah isterinya.

Aira terus menghampiri suaminya.

"Kesian dekat hubby. Daritadi asyik tengok je kan. Nah ngangga mulut b nak suap." arah Aira lembut sambil sua sudu yang berisi kek kearah mulut Danial.

Danial terus mengangga mulutnya.

Dia terus pegang pipinya tanda dia malu saat pipinya mula dicium oleh isterinya di depan semua khalayak di situ.

Pipi Danial mula memerah saat itu.

Dia ingatkan isterinya ingin menyuapnya kek tetapi lain yang difikir lain yang dilakukannya.

"Cie Danial Lee pun tahu malu juga." usik Aira sambil calit kek ke arah pipi suaminya.

"Mana ada malu mummy. Main kasar nampak mummy ni." sakat Danial sambil mencalit kek ke arah pipi isterinya juga.

Semua khalayak di situ turut terhibur melihat gelagat pasangan suami isteri itu.

Dato' Qayyum tersenyum bahagia.

Begitu juga dengan Johan yang juga datang saat itu.

Dia akui dulu dia pernah menyukai Aira tetapi kini tidak lagi.

Dia sebenarnya cukup kagum dengan kisah percintaan Aira dan Danial.

Setia sekali mereka berdua.

Walaupun bermacam - macam rintangan penuh onak dan duri tetap jua mereka berdua tempuhi.

Johan pula telah pun move on. Dia kini telah bertunang dengan Liyaa. Dia tahu Liyaa amat menyayanginya.

Oleh itu dia memilih untuk melupakan Aira dan menerima cinta Liyaa.

Betul lah apa yang orang cakap, lebih baik memilih orang yang lebih sayangkan kita.

Atau lebih tepat lagi

"Mencintai tak semestinya memiliki"

Pedih kan ? Tetapi lebih baik menerima kenyataannya.

Petang itu usai menyambut birthday Aira, kesemua khalayak yang datang ke rumah Aira kelihatannya sudah berada di kawasan perkuburan.

Mereka semua saat itu juga mengambil kesempatan untuk melawat kubur Datin Maria, arwah mama Danial, arwah Laila dan arwah Hazim.

Cakap pasal Laila, ye Laila meninggal kerana dijatuhi hukuman gantung sampai mati kerana kesalahannya kerana telah meragut nyawa insan yang tidak bersalah iaitu, Datin Maria.

Saat itu Aira dan Danial sudah pun berada di depan kubur Laila dan Hazim yang berada secara bersebelahan.

Danial dan Aira sebenarnya sudah lama memaafkan kesalahan Laila dan Hazim.

Mereka berdua juga tidak pernah sedikit pun menyimpan dendam terhadap Laila dan Hazim dengan atas apa yang telah dilakukan oleh mereka berdua itu.

Walaupun dengan perbuatan Laila dan Hazim yang hampir meragut kebahagiaan mereka berdua, tetap juga mereka maafkan.

Bagi Danial dan Aira, benda yang dah lepas biarkan ia berlalu. Lagipun mereka berdua hanya ingin arwah Laila dan arwah Hazim tenang di sana.

Danial terus menggosok bahu isterinya lembut.

Dia tahu saat itu isterinya dilanda kesedihan. Tetapi isterinya pura - pura tenang sahaja saat itu.

Mana Aira tak sedih. Laila adalah sahabatnya sejak dari awal dia mula melanjutkan pelajaran ke universiti.

Tiap kali dia dilanda kesusahan, pasti Laila akan menemaninya.

Tidak pernah sekalipun wanita itu meninggalkannya sendirian terkontang-kanting menanggung beban masalah.

Tetapi dia redha saat itu. Apakah daya, mungkin kerana taksub dengan perasaan cinta dan diselubungi dendam perasaan iri hati, sahabatnya Laila berubah secara drastik.

Ya Aira mungkin tidak akan pernah lupa akan perbuatan buruk Laila dan Hazim yang hampir - hampir sahaja meragut nyawanya dengan suaminya.

Tetapi dia dan Danial saat itu sudah mengikhlaskan dan juga turut meredhai dengan segala apa yang telah berlaku kepada mereka berdua.

Mereka berdua percaya bahawa segala apa yang berlaku mahupun baik atau buruk pasti ada hikmahnya.

Pastinya itu adalah ujian dari Tuhan yang Maha Esa.

Dato' Qayyum daritadi sebak saat melawat kubur arwah isterinya itu.

Dia juga saat itu sedari tadi membaca surah Yasin buat arwah isterinya.

"Tenang lah awak disana Maria. Maafkan saya atas apa yang telah berlaku selama ini. Saya sangat sayangkan awak." ucap Dato' Qayyum sebelum dia beredar saat itu.

Tidak dapat dia berada lama di sana kerana pasti air matanya akan jatuh. Sebak sekali dia saat itu.

Perasaan sebaknya tidak dapat dia gambarkan.

Sebak tak terkata dan tak terluah.

Satu lagi pasti korang tertanya - tanya akan Adam ? Siapa Adam ? Eh mestilah korang ingat kan ?

Kalau yang baca dari awal pasti sudah tahu tentang identiti "Adam".

Adam juga tidak terlepas dari menerima hukuman dan karmanya kerana berkomplot dengan Laila yang mengakibatkan berlakunya tragedi buruk yang meragut nyawa Datin Maria.

Tak lama selepas Laila ditangkap pihak polis, Adam akhirnya juga turut ditangkap oleh pihak polis.

Kini hanya Adam yang masih setia berada di dalam penjara.

HAHAHA setia lah sangat.

Adam yang juga merupakan rakan universiti Aira dan Danial kini sudah menerima hukumannya.

Dia kini menjalani hukumannya di penjara bersama dengan banduan - banduan yang lain.

Betul lah apa yang dimaksudkan oleh perpatah ini.

"Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke atas tanah jua."

Dan ingatlah setiap perbuatan terkutuk yang dilakukan pasti akan mendapat balasannya.








Continue Reading

You'll Also Like

368K 15.7K 61
(COMPLETED) Nurul Izaty seorang gadis gempal yang selalu di hina oleh orang ramai semasa zaman remajanya. Setelah beberapa tahun berlalu dia kini me...
438K 14.8K 105
#2019 Coverby:@nurshaziera 🎀SIRI KEDUA ADIK BERADIK TIRI🎀 Kemasukkan dia ke sekolah mereka membuatkan mereka tidak tentu arah. Lagi-lagi apabila me...
552K 20K 72
MEGAT HARITH × AULIA HUMAIRA Megat Harith dan Aulia Humaira disatukan tanpa dirancang semuanya bermula apabila kedua dua insan ini ditinggalkan oleh...
281K 10.6K 80
1𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓯𝓵𝓸𝓵𝓮𝓼𝔂𝓪 𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...