NIKAH MUDA 🦋 [Completed]

By plusterhati

198K 11K 351

Usia 18 tahun ? Tetapi sudah mendirikan rumah tangga. Airabella dan Danial Lee yang sudah 3 tahun menjalani h... More

NM🦋- Baru putus dah ada gf baru ?
NM🦋- Aira sakit !
NM🦋- Kawan makan kawan ?
NM🦋- Doktor Hazim jatuh cinta
NM🦋- Laila perampas ?
NM🦋- Laila sakit mental ?
NM🦋- Masak untuk calon mertua
NM🦋- Aira koma ?
NM🦋- Aira hilang ingatan ?
NM🦋- Sakit pun still nak demand
Laila kantoi ! 🦋
Air mata 🦋
Akhirnya Aira discharge ! 🦋
Calon isteri 🦋
Amarah Danial !🦋
Senyumanmu terlalu comel 🦋
Dating di Mall 🦋
Dating di Sephora 🦋
Aira dilamar ? 🦋
Lamaran Danial ditolak ? 🦋
Danny nekad ! 🦋
B dah decide, b taknak ! 🦋
Aira kena friendzone ? 🦋
Langgar lari ? 🦋
Kenapa dengan Datin Maria ? 🦋
Penderitaan Aira 🦋
Sah ! 🦋
Aira Tension ! 🦋
Kakcik mula disalahkan ! 🦋
Pindah hostel 🦋
Suami prihatin 🦋
Yeay ! Roommate baru 🦋
Danial Lee suami idaman ❤️🦋
Aira dapat kawan baru 🖤 🦋
Peminat di Wattpad 🦋
Bukan long distance relationship ! 🦋
Danial sakit ! 🦋
Aira tinggalkan Danial ? 🦋
Aira masuk hospital lagi 🥺🦋
Terlalu sweet ? 🦋
Single auto menangis ? 🤪🦋
Siapa Johan ? 🦋
Perang meletus ? 🦋
Aira ugut nak cerai ? 🦋
Birthday bertukar tragedi ! 🦋
Dikhianati sahabat ! 🥺🦋
Aira kena culik ? 🥺🦋
Armor knight Aira ❤️
Aira pregnant ? 🦋
Pengorbanan Danial 🖤🦋
Family kecil kita 💔🥺🦋
Tali gantung milik Laila ? 🥺
Berdikari tanpa Danial ❤️🙃
Surat dari suami tercinta 🤍🦋
Happy birthday suamiku 🤍🖤❤️🦋
Tewas dengan permainan aku sendiri 💔🦋
Happy graduation day sweetie 🖤🦋
B, you look so beautiful with hijab🖤🦋
Bab 61 - Gaduh tengok bola 🤪🦋
Epilog 1 - Cari kerja ❤️🦋
Epilog 2 - Aasudah perang ke ? 🦋
Epilog 3 - Perit 🙃💔🦋
Epilog 4 - Aira pregnant 🤍🦋
Epilog 5 : Bersatu kembali 🤍🦋
Epilog 6 : Sayang suami 🤍🦋
Epilog 8 : Surprise dari suami 🤍🦋
Epilog 9 : Honeymoon ke LA🤍
Epilog 10 : Sakit bersalin ! 🤍🦋
Epilog 11 : Yang terindah
Ending 🦋🤍

Epilog 7 : Morning sickness 🤣🤍🦋

2.8K 134 4
By plusterhati

Di dalam wad Aira

Aira terus senyum sejurus melihat suaminya sudah selesai menunaikan solat isyak ketika itu.

Dia hanya memandang suaminya sahaja ketika itu.

Danial juga sempat memanjatkan doa kepada Tuhan yang Maha Esa.

Bersyukur sekali dia saat itu kerana dengan kuasa Allah yang Maha Esa yang telah melengkapkan keluarganya semula.

Usai berdoa, dia terus lipat sejadahnya dan meletakkannya ke atas meja yang berdekatan dengan katil isterinya.

Esok isterinya sudah dibenarkan pulang ke rumah.

Seperti biasa, tiap kali Aira masuk hospital dialah yang akan menemani Aira disitu.

Dia terus melabuhkan punggung di atas kerusi yang berdekatan dengan katil isterinya.

Danial masih memakai songkoknya kerana dihalang oleh Aira untuk menanggalkannya.

"Handsome juga suami b ni. Okay 1,2,3 smile." ucap Aira sebelum menangkap beberapa keping foto suaminya. Pelbagai gaya disuruhnya Danial gayakan.

Usai itu, Danial terus menanggalkan songkok hitam yang disarung kepalanya itu.

Keluarga Danial dan keluarga Aira telah pulang terlebih dahulu. Ini kerana mereka juga ada urusan lain yang harus diuruskan.

Kakak Aira terpaksa pulang awal petang lagi kerana dia perlu menguruskan butik milik arwah maminya.

Suaminya pula, iaitu Ikram harus pulang ke kafe kerana keramaian pelanggan di sana.

Rezeki Ikram kan. Alhamdulillah.

Aira batalkan sahaja hasratnya untuk mengajak suaminya berborak sejurus dia melihat Danial sudah terlelap di kerusi yang didudukinya.

Suaminya juga banyak kali tersengguk - sengguk.

Dia tahu suaminya keletihan saat itu. Sehari suntuk memandu kereta.

Belum kira lagi dengan melayani sikap degilnya. Eh silap sikap egonya yang tinggi bak gunung - ganang.

Rambut suaminya diusap lembut.

"Goodnight." ucap Aira pendek sebelum dia menutup lampu di wadnya.

Pagi itu

Selesai solat subuh berjemaah, Aira kelihatannya sudah mula bersarapan. Tetapi lucunya, awal pagi lagi dia hanya memilih mangga muda sebagai menu sarapan utamanya.

Lain macam si Aira ni. HAHAHA.

Walaupun banyak kali dihalang oleh Danial, dia tetap berkeras juga ingin memakannya pagi itu.

Nak tak nak permintaan ibu mengandung terpaksalah si suami turutkan.

Danial hanya memerhati gelagat isterinya yang tampak enak menjamu selera.

Dia sempat mencebik saat itu. Bukan apa, dia ada tertanya - tanya juga kenapalah ibu yang mengandung sukakan buah yang masam.

Tak sanggup dia nak makan buah semasam itu.
Kalau disuruh tukar posisi dengan isterinya pun dia tidak sanggup.

HAHAHA. Kurang asam si Danial Lee.

Saat Aira menawarinya buah mangga itu, laju dia tolak.

Jangan mengutuk eh ! Ya dia memang sayangkan isterinya tapi dia juga sayangkan dirinya.

Lagipun tekaknya tidak akan dapat menerima buah yang masam tersebut.

Ceh Danial Lee, banyak alasan.

Sedang Aira menikmati sarapannya, Danial juga bersarapan ketika itu. Danial bersarapan dengan roti canai telur yang sempat dibelinya tadi. Dia juga ditemani dengan segelas air putih untuk membasah tekak.

Ceh ditemani gitu.

"Hmm hubby, jadi kita tak jadi pergi LA ?" soal Aira sejurus dia selesai bersarapan.

Mata Danial terus terlopong sejurus dua biji buah mangga muda yang telah dipotongnya kecil - kecil, dihabiskan oleh isterinya.

Sukar untuk dia percaya saat itu. Nak tak nak kena percaya juga. Ibu mengandung kan.

"Hmm, kita honeymoon je la. Nak ?" sakat Danial sambil sengih.

"Honeymoon ? Hubby ni masih waras ke tak ? Lagi beberapa bulan je anak kita dah nak lahir. Lagipun buat apa nak gi honeymoon ? B nak gi LA. Nak jumpa...."

"Jungkook kan ?"

Aira terus senyum sejurus mendengar nama Jungkook.

"Kalau dengar nama Jungkook terus auto excited. B, ni dah nak masuk tahun baru. Dah habis dah konsert Jungkook tu b. Tak percaya tengok ni." ujar Danial sambil tunjuk ke arah skrin iphonenya.

Dia sempat juga Google berkenaan konsert yang dimaksudkan oleh isterinya.

Aira tampak tiada mood saat itu.

"Ala, dah lepas dah pun. Tak dapat nak jumpa Jungkook oppa." ujar Aira dalam nada yang agak mendatar.

Danial terus senyum sinis.

"Eleh b, kau pergi sana belum tentu dapat jumpa dia depan - depan kan ? Okay look, trip kita ke LA tetap on. Honeymoon je lah eh ?" pujuk si Danial lagi berkeras.

"Yang kau beria nak pergi honeymoon ni kenapa Danial Lee ?" soal Aira pula masih tiada mood.

Danial terus jentik dahi isterinya.

"Aku beria ajak kau pergi honeymoon sebab sebelum ni kita mana sempat pergi honeymoon. Sibuk dengan kelas je. So alang - alang lusa flight aku juga ke LA, jadi aku nak bawak kau jugak la. Orang kata apa ?" sakat Danial pula.

Dia sengaja menyakat isterinya ketika itu. Dia terus senyum sinis saat melihat reaksi wajah isterinya yang sepertinya sedang mencari jawapan.

"Menyelam sambil minum air." ujar Danial sejurus dahi isterinya dijentik lagi.

"Itulah b. Time sekolah dulu tak pay attention bila cikgu mengajar. Kang dah tak ingat tu.!" perli Danial.

Danial sempat gelak kecil saat itu. Teruja sekali dia apabila dapat menyakat isterinya

Aira hanya jeling suaminya sahaja.

"Yaaaaa b tahulah, cuma b lupa je." respon Aira tidak puas hati.

Dahinya juga menjadi mangsa kali ni.

Tetapi setengah jam kemudian, dia asyik tertawa kecil saat melihat gelagat suaminya. Suaminya asyik terkena morning sickness.

Selalunya kan ibu yang mengandung yang akan terkena morning sickness tetapi lain pula dengan Aira.

Sejak dari awal kandungannya lagi, alhamdulillah dia jarang terkena morning sickness.

Yang paling seksa dan paling melucukan adalah suaminya kerana dia yang terpaksa menanggung kesemua alahan tersebut.

Danial laju menutup mulutnya saat tekaknya mula berasa loya lagi. Tak lain tak bukan, dia ingin muntah lagi ketika itu. Auto lari ke tandas dia saat itu.

Aira terus gelak besar. Lucu sekali dua saat itu.

"Aku yang pregnant tapi hubby yang kena morning sickness. Bertabahlah Danial Lee." ucap Aira pendek yang masih lagi tertawa.

Di dalam kereta

Danial tampak fokus memandu keretanya saat itu.

Aira pula hanya main telefonnya sahaja. Apalagi yang dimainnya, kalau bukan Instagram.

Dia memang kaki Instagram.

Dia sempat lagi stalking instagram jungkook.

Eh Aira is being Aira.

15 minit kemudian

Danial sempat bermain iphonenya untuk seketika kerana saat itu jalan sudah sesak.

Laju jarinya membuka laman sosial Instagram.

Siapa lagi yang hendak distalkingnya ? Tak lain tak bukan adalah Instagram isterinya sendiri.

Eh Danial ni padahal Aira sudah berada di sebelahnya.

Bukan apa, dia sudah lama tidak stalking postingan Instagram isterinya.

Danial terus terharu sejurus melihat kesemua postingan Instagram isterinya. Hampir 10 postingan foto yang dipost oleh isterinya.

Dia tahu postingan Instagram isterinya sebelum ini sudah mencecah hampir 100 postingan tetapi dia merasa isterinya mesti mengarkibnya.

Dia terharu kerana kesemua postingan foto Instagram milik isterinya itu tersaji dengan fotonya yang memakai hijab.

"B, kau arkib eh gambar - gambar before berhijab kat ig ?" tanya Danial sambil tunjuk ke arah skrin iphonenya.

"Nope, b delete terus. Ye lah gambar - gambar lama semua tu kan belum pakai hijab." terang Aira jujur.

Aira sempat gelak kecil saat melihat reaksi dari Danial.

"Kenapa ? Kau frust sebab aku delete gambar - gambar dengan kau jugak, hubby ?" sakat Aira.

"Mana ada. Takdelah aku bangga dengan kau. Tapi kenapa kau tak archive je ? Kenapa nak kena delete ?"

Aira terus tunjuk ke arah dirinya.

"Aku taknak nanti dapat dosa jariah pula. Ye lah aku kan baru belajar nak pakai hijab so aku nak istiqamah je. Aku taknak arkib sebab aku takut aku terpost balik kat ig." terang Aira sambil senyum.

Pipi Aira terus dicubit oleh Danial.

"Comel lah kau ni b. Baby, kenapa kau tak send dekat aku je semua gambar tu. Biar aku simpan." ucap Danial sambil sengih.

"Buat apa send dekat kau, hubby ? Nak simpan kat galeri eh ? Nanti kau terpost, aku juga mendapat nanti." perli Aira sambil jentik dahi suaminya.

Danial terus gelak kecil. Dia terus memandu semula saat jalan sudah tidak sesak.

"Siapa cakap aku nak simpan kat galeri ?" soal Danial sambil fokus memandu.

"Dahtu ?" respon Aira semula sambil matanya ligat menatap skrin telefonnya.

"Kat mana lagi ? Kat hati hubbylah. Tersemat di hati." sakat Danial sambil tunjuk ke arah dadanya.

Aira terus gelak kecil.

"Ceh, sempat lagi Mr Danial Lee nak buat pickup line." perli Aira sambil tolak bahunya.

Danial hanya gelak kecil. Dia hanya fokus memandu saat itu.

Aira pula leka bermain iphone suaminya. Matanya ketika itu ligat memeriksa kesemua foto di  galeri telefon suaminya.

Bukan apa, kot - kot ada  gambar perempuan lain ke. Eh lebih tepat lagi gambar skandal ke ? Eh jangan mengutuk okay. Aira cuma taknak diduakan gitu.

"Hubby, nanti dah sampai kejut b." arah Aira saat dia sudah beberapa kali menguap tanda dia mengantuk.

"Okay baby. Goodnight. Sweet dream." respon Danial beserta dengan gurauan.

"Hish. Goodnight too hubbyku." Aira sempat cubit pipi suaminya.

Dia terus senyum sinis saat melihat senyuman terukir di wajah suaminya.

Aira layankan sahaja gurauan dari suaminya.

Dia terus terlena selepas itu. Terlena di bahu suaminya.

Continue Reading

You'll Also Like

344K 11.7K 49
[COMPLETE] > ** 𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐀𝐊𝐈𝐅 𝐃𝐙𝐔𝐋𝐊𝐈𝐅𝐋𝐈 - Seorang jejaka yang tidak suka dengan mana-mana wanita yang cuba mendekatinya kerana sika...
18.2K 921 27
Status: Completed "Lepaskan aku! Kenapa korang gari aku?!" jerit Hazel Natasha. Kehidupan Hazel Natasha penuh misteri menjadi tanda tanya masyarakat...
46.6K 1.3K 34
New version ! HAURA KHUMAIRA & AIDEN ElHAQ START : 2.12.2023 END : 7.5.2024
895K 36.4K 101
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...