Flower Of The Month

By hiznawaidas

4K 552 229

Himpunan kisah-kisah pendek berlatarbelakangkan bunga yang akan diupdate pada setiap bulan. More

February - Primrose
March - Daffodil
April - Daisy
May - Lily
June - Rose
July - Larkspur
August - Poppy
September - Aster
November -Chrysanthemum
December - Narcissus
CACTUS

October - Marigold

208 43 33
By hiznawaidas


PAP!

Ada sesuatu yang mengena tepat di kepala. Sesuatu yang basah dan melekit. Yang berbau hanyir.

Pap!

Sekali lagi kepalaku dihentam benda berlendir itu. Dan aku hanya tunduk, langsung tak angkat kepala. Langsung tak membalas ataupun marah.

Aku... tak ada hak untuk marah.

"Anak pembunuh!"

Telinga berdesing mendengar gelaran itu. Buku lima dikepal, menahan gelojak yang membuak-buak di dalam jiwa. Bibir bawah digigit kuat.

"Anak pembunuh!"

Bushh!

Serentak dengan gelaran yang diulang itu, tubuhku terus terasa basah. Dari rambut sehinggalah ke kaki. Baju putih yang dipakai mula melekap-lekap ke tubuh. Menampakkan bentuk tubuh yang mencambahkan tawa yang kuat dari sekeliling. Mujur aku pakai singlet di bahagian dalam. Melindungi apa yang sepatutnya.

Dan aku... masih seperti tadi. Kaku. Keras. Langsung tak pertahankan diri. Tak ada keberanian untuk melawan. Tak ada keberanian untuk membalas. Aku hanya seorang, dan mereka ramai. Tak mungkin mampu menang.

Tuhan... kuatkan aku.

"Woi, perempuan! Tak rasa malu ke tunjuk muka dekat sini?" Suara yang sama. Yang mengejekku tadi. Kerusi di hadapanku tiba-tiba diduduki satu tubuh yang lain.

"Dah pekak ke lepas mak kau bunuh orang?"

Aku teguk liur yang terasa berpasir. Kepala masih menunduk menekur riba.

"Mak..." dahi tengahku ditunjal kasar.

"... Kau. Bunuh. Orang!" Di setiap patah kata yang keluar, dahiku menjadi mangsa. Tak mampu tahan, aku segera menepis.

"Ayra tolong... tolong jangan ganggu aku." Suaraku halus keluar. Berani dalam takut. Kepala aku angkat memandang seorang pelajar perempuan di depanku. Pelajar sangat sangat aku kenal. Terlalu kenal.

Ayra senyum sinis. Aku dipandangnya atas dan bawah.

"You are the one that disturb other people, bitch. Kehadiran kau dekat sekolah buat orang tak senang. Sebab kau, kelas kita dipulaukan. Sebab kau, classmate kita diejek berkawan dengan anak pembunuh. Just for having you in the class!"

Dia condongkan tubuhnya mendekatiku. Bibirnya dibawa ke telingaku.

"And here I am trying to tell people that we also do not welcome you here, my friend." Sinis dia berbisik di telingaku. "Supaya kami tak terkena busuk tahi yang mak kau lemparkan!"

Aku tak mampu membalas apa-apa. Hanya membiarkan suara-suara sumbang di sekeliling yang mencemuh dan menghinaku. Telinga aku katup serapatnya agar tiada bicara mereka yang berjaya menerombos gegendang telinga. Aku cuba bawa roh dan jiwa aku keluar daripada keadaan ini. Aku cuba hilangkan suara-suara yang bergema ini. Hampir berjaya sehinggalah...

"Apa yang kau orang buat ni?" Satu suara garau berbunyi. Perlahan, namun cukup membuatkan romaku berdiri tegak. Cukup membuatkan suhu di sekeliling aku jatuh ke paras negatif. Dan cukup membuatkan bunyi-bunyi sumbang tadi senyap tanpa ada suara lagi. Sunyi terus kawasan yang riuh dengan caci maki dan ketawa sinis tadi.

"Nau... Naufal." Ayra yang begitu sinis memanggil aku dengan gelaran yang bukan-bukan pun turut sama tergagap. Sedaya upaya dia cuba ukir senyum manis.

"Puas hati?" Naufal peluk tubuhnya sendiri. Mata itu turun mencerun ke wajah Ayra. Berselang seli dengan aku yang hanya mampu mengerdipkan mata. Meminta supaya Naufal tak masuk campur urusanku dengan mereka-mereka di sini.

Meminta supaya dia tidak lagi mengeruhkan keadaan yang sudah berkeladak.

Pandangan Naufal berlabuh lama pada tubuh aku sebelum aku dengar dia mendengus keras. Terlihat urat-urat biru yang timbul di leher dan pinggir dahinya.

Naufal marah!

Dia melangkah mendekati kami. "Childish!" Sepatah, namun berjaya membuatkan Ayra terus tersenyap. Hilang riak manis yang cuba diukir tadi.

Baju yang Naufal pakai dia buka, lalu dia sarungkan ke tubuhku. Meninggalkan t-shirt putih sahaja di tubuhnya. Pergelangan tanganku dicapai. Apabila aku cuba menarik, dia mengejapkan pegangan. Aku ditarik untuk bangkit daripada dudukku.

Melepasi Ayra yang berdiri kaku, Naufal hentikan langkahnya. Ayra dikerling dari tepi.

"Sometimes, please use that stupid brain of yours, Ayra." Sinis suara Naufal sebelum dia tarik aku mengekori langkahnya.






AKU membasuh kepalaku sambil diperhati Naufal di sebelah. Membersihkan lendiran telur yang melekat di rambut dan juga baju.

"Kenapa kau tak lawan?"

Keras suara Naufal. Dia bercekak pinggang sambil memandang aku seolah hendak telan.

"None of your business, Fal." Suaraku dingin menjawab. Mata hanya dipasakkan ke rumput menghijau di tanah. Langsung tak bertentang dengannya.

Aku malu.

Selepas ibuku dipenjara, aku sedaya upaya mengelakkan diri daripada bertembung dengannya. Apabila dia datang ke rumah, aku langsung tidak membuka pintu. Hanya membiarkan dia terpacak di depan pintu sehinggalah dia sendiri berputus asa.

Aku malu.

Aku tak mahu berjumpa dengannya.

"Jawab soalan aku, Aleyna. I'm asking you." Seperti aku yang tak mahu menjawab, Naufal juga masih berkeras dengan soalannya.

Aku masih mengunci mulut.

Naufal berdecit. Dia mendengus panjang.

"You are freaking 18, Aleyna. Stand for your own self."

Aku tarik senyum kelat.

"Macam mana?" Aku angkat mata. Menembungkan anak mataku dengan anak mata Naufal. "Macam mana aku nak stand untuk diri aku sendiri? You tell me."

Tangan di sisi tubuh aku kepal.

"Salah aku ke bila mak aku yang bunuh orang?" Liur yang bergumpal terasa begitu payah untuk ditelan. Seolah menelan sekali emosi yang berkepul di dalam sana.

"Salah aku ke bila mak aku yang buat silap?"

Naufal tak menjawab. Renungan tajamnya mula bertukar redup.

"Salah aku ke..." Suaraku mula bergetar. Mataku mula menghangat. Ruas mata mula dipenuhi air.

"...bila mak aku bunuh ayah aku, depan mata aku sendiri?" Satu esakan yang ditahan terlepas keluar. Begitu juga dengan setitis air mata yang laju menuruni pipi. Segera aku tepis, tak mahu kelihatan lemah di hadapan Naufal.

"Is it my fault, Naufal?"

Naufal senyap.

"Kenapa semua layan aku, macam aku yang bunuh orang? Kenapa dia orang tak nampak yang aku juga mangsa?"

Jeda.

"Ayah aku mati depan aku, Fal. Mak aku... mak aku tikam ayah aku depan mata aku. Bukan sekali, bukan dua kali. Ayah... ayah..." Aku hilang ayat. Bebola mata mula bergerak-gerak ke kiri dan kanan. Nafas mula menjadi sempit. Malam gelap itu menjengah ingatan. Diputar bagai cakera padat yang ditetapkan mod gerakan perlahan.

Mak... ayah... pisau.... darah...

Jeritan-jeritan yang menggegar rumah...

Pergaduhan yang membawa malapetaka.

Sebuah keluarga yang hancur pada akhirnya.

"Aleyna...." Lembut Naufal menyeruku. Berbeza dengan reaksi tubuhnya yang seolah menahan emosi. Jelas urat-urat yang naik di tangannya apabila dikepal erat.

"Aleyna..." serunya lagi. "Breathe." Tenang arahan yang dia keluarkan. "Don't... think about that night anymore."

Aku segera mengatur nafas. Bayangan malam itu segera aku menepis keluar. Berbulan aku ambil masa untuk pulih. Berbulan aku ambil masa untuk keluar daripada memori gelap itu.

Namun tak aku sangka, hari pertama aku menjejakkan kaki ke sekolah semula, aku dihukum kerana peristiwa itu. Mereka yang aku sangkakan akan membantuku, akan memberi sokongan kepadaku untuk keluar dari jalan gelap itu, semuanya berpaling daripadaku. Menjadikan aku seolah pesalah yang menunggu masa untuk dihukum mati.

"Bukan salah kau." Tiga patah kata yang aku perlukan.

"Kau tak salah, Aleyna. Kau juga mangsa."

Aku tak salah. Tapi kenapa, aku dilayan seperti seorang pesalah?

Ayra, sahabat baikku. Bekas sahabat baikku. Tetapi, dia juga orang pertama yang tinggalkan aku bila mak aku masuk penjara. Dia orang pertama yang caci maki aku bila aku perlukan sokongan. Dia juga yang hebohkan perkara ini sehingga satu sekolah pandang aku serong.

Dia... kawan aku. Dia kenal keluarga aku. Tapi, sampai hati dia buat aku macam ni.

Apa salah aku?

"But please... pertahankan diri kau. Jangan biarkan mereka sewenang-wenangnya sakitkan kau."

Aku sengih. Pahit.

"Macam mana?"

Tunjukkan aku jalan agar aku boleh keluar daripada keserabutan ini.

Tunjukkan aku jalan agar aku boleh kuatkan diri.

Tunjukkan aku jalan agar aku boleh berdiri utuh kembali.

"Mereka ramai, Naufal. This whole school turn their back against me. Aku hanyalah seorang. No one by my side, Naufal."

"Kau ada aku." Naufal menjawab laju. Rentak suaranya serius. Yakin.

"Kau ada aku, Aleyna. Jangan lupa benda tu. We have been through so many things together since we were this small." Tangan Naufal menegak di sebelah tubuhnya. Menunjuk ketinggian kami semasa kecil.

Jatuh bangun, kami sentiasa bersama semenjak kecil. Keluarga Naufal, keluarga aku. Keluarga aku, keluarga Naufal.

Naufal yang merempuh masuk ke dalam rumahku pada malam malapetaka itu. Dia yang pertama tiba di rumahku saat kekecohan itu berlaku. Lelaki ini yang sedaya upaya cuba mententeramkan mak yang bagaikan dirasuk malam itu. Dan lelaki ini juga, yang tak pernah jauh dari sisiku sepanjang malam itu. Langsung tak tinggalkan aku sendiri.

Aku yang memilih untuk menjauhkan diri daripadanya. Tak mampu menghadapnya setelah bergelar anak pembunuh.

"Jangan larikan diri daripada aku, Aleyna. We can go through this thing together, seperti yang kita selalu buat. Kau ada aku, aku ada kau. I'm not going to leave you. Never."

Aku tak mampu mengeluarkan kata. Bibir bagaikan digam mendengar bicaranya.

"Come hell or high water, I'm here. Aku tak akan tinggalkan kau." Tegas bicara Naufal. Redup pandangannya berlabuh di wajahku, memaknakan kata-katanya.

"I won't leave you, Aleyna. I swear," ulang Naufal lagi. Meyakinkan aku.

Hangat. Bicara Naufal begitu hangat meresap ke dalam jiwaku. Menyuntik semangat dan kekuatan yang begitu aku perlukan. Memberi keyakinan kepadaku bahawa segala ini akan berlalu suatu hari nanti. Aku hanya perlu bertahan untuk seketika sebelum keadaan berubah seiring masa.






AKU buka mata perlahan-lahan. Memori lama menjadi pilihan mimpi malam ini. Memori yang terlalu jauh aku tinggalkan. Memori yang membuatkan hubungan aku dan Naufal semakin kuat. Semakin utuh hari demi hari.

Naufal yang sedang tidur dalam keadaan duduk dengan kepalanya disembamkan ke katil aku pandang. Jemariku yang berada di dalam genggamannya aku tarik perlahan, tidak mahu mengejutkan dia daripada lenanya. Pasti dia keletihan berulang alik dari sini ke rumah.

Rerambutnya yang lebat aku kirai lembut. Membetulkan juntaian yang kelihatan berserabut. Pasti sebab tertekan.

Topeng oksigen aku tarik turun. Jemarinya, aku satukan kembali dengan jemariku. Melihat wajahnya yang tenang tidur, rasa sebak mula hadir. Mata yang menghangat, aku biarkan ia menjatuhkan mutiara jernih. Tak lagi mampu ditahan. Bibir yang hendak melepaskan esak, aku kemam tak mahu mengganggu tidur Naufal, lelaki yang ada denganku sejak dulu. Sehingga sekarang.

Wajahnya aku tenung lama. Mahu memahat di ingatan kerana aku tahu, suatu hari nanti, aku tak mungkin akan tatap wajahnya lagi.

Terima kasih, Naufal.

Aku berbisik lembut.

Terima kasih sebab kotakan janji kau.

Terima kasih sebab sentiasa ada dengan aku, sejak dulu sehingga sekarang.

Terima kasih sebab tak tinggalkan aku.

Terima kasih untuk cinta kau, for your endless love and support.

Dan...

Aku minta maaf.

Aku minta maaf aku terpaksa tinggalkan kau.

Aku minta maaf sebab aku dah tak kuat berjuang.

Aku minta maaf, kau akan bersendirian selepas ini. Walaupun kau tak pernah biarkan aku sendiri.

Aku minta maaf, kepergian aku nanti akan hancurkan hati kau.

Aku minta maaf, cinta aku tak sebesar cinta kau.

Aku minta maaf, Naufal.


Tuhan... temukan aku dan lelaki ini di syurga nanti.

Kehangatan yang dia beri, menjadikan aku wanita yang kuat.




I love you and you are the most beautiful thing happened to me.

Thank you, for everything, Naufal.



Continue Reading

You'll Also Like

250K 12.7K 59
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...
75.5K 1.4K 7
Pertengkaran sepasang suami isteri akhirnya membawa kepada penyelesaian yg tidak dijangkakan
13.3K 179 6
"bang dol jangan lebih lebih... karang teruk kak milah kat rumah tu.. dah la dia tak berapa nak sihat. kata aku pada abang dol yang tengah perhatikan...
673K 24.6K 61
❗️Tiada perubahan Adam Zayn Maccalen x Alisha Humaira She fell for his eyes, his green eyes. He fell for her very existence. ❗️Typo alert. (Tengah...