BUKTI [DAH HABIS]

By AqlSrhn

2.5K 821 614

"Tolong aku." "Kumpul semua bukti dalam app ni." Wattpad ...... Aku akan bawa BUKTI aku sampai mati -Aku Aku... More

2AM
3AM
4AM
5AM
6AM
7AM
8AM [ - ]
9AM
10AM
11AM
12AM
13AM
14AM
15AM
16AM
17AM
18AM
19AM
20AM [Habis]

1AM

590 75 53
By AqlSrhn

Aku menapak keluar airport.
Tarik nafas dalam-dalam.

Fuh, asap kereta aku cium dulu.

Aku toleh kanan, toleh kiri. Dah sampai Malaysia.

Tangan kiri aku genggam beg pakaian.

Tangan kanan aku jinjing satu piala kemenangan.

Sekor- sekor jeling aku sampai terjuih bibir. Kegeraman.

Kau jelaous bagitaulah.

Aku bukan apa, nak sumbat mana piala kebanggaan aku ni?

Lubang perut kau?

Aku bawa kaki aku ke satu teksi yang melaju ke arah aku.

Berhenti je, terus aku sumbat tubuh aku dalam tu.

"Tak sangka pak cik masih ada nombor saya." Aku senyum. Dia ketawa.

"Dengar khabar kau balik Malaysia, gembira hati aku. Kau bukan sapa- sapa, anak jiran sebelah rumah aku."

Macam itulah cerita dia.

"Ye pakcik, tapi saya tak balik sana."

Dia tahu aku nak kemana.
"Nak rumah kau yang mana? Apartment tu ke banglo."

Lupa cakap, aku kaya.
Aku sengih.
"Banglo pak cik."
Dia angguk.

"Kau balik ni ada sapa- sapa tau?"
Aku sengih lagi. Sengih aku memang dah mengalah kan kambing.

"Saya nak buat kejutan pak cik. Suprise!" Aku seronok sambil buat gaya Superman.

Dia ketawa lagi. Orang tua ni memang tak kedekut dengan senyum.

"Sebelum tu kau singgah kubur mak bapak dan kawan- kawan kau dulu."

Aku diam. Topik sedih dia bukak.
"Ye pak cik."

"Kau kenapa nak balik tiba-tiba ni?"

Aku toleh pandang pemandangan luar.
Fikiran aku jauh teringat satu perkataan.

'Tolong aku.'
Aku cuma ingat member aku call tempoh hari sebelum dia pergi meninggal dunia.

Aku nampak pak cik jeling aku. Aku tau aku tak jawab.

"Singgah kubur kawanlah pakcik."
Aku jawab.

Dia diam. Aku tahu dia tak percaya. Sebab selama ni aku memang susah nak balik Malaysia.

Aku takde family.
Aku cuma ada mak saudara yang gila harta. Adik sepupu yang kurang zat perhatian.
Dan small family.

Aku? Alone. Anak yatim.
Aku cuma bebas buat apa aku nak.

Aku berjaya. Tak de yang sanjung. Aku sedih, tak de yang pujuk.

Dan paling penting,
Aku kena belasah. Tak de yang back-up.

Hanya ada beberapa ketul member serupa beruk dengan problem masing-masing.

Dan dua-dua pergi tinggalkan aku sebulan yang lepas.

"Sampai rumah gerak saya pak cik." Aku ubah topik.

Dia angguk. Aku kalih badan dan keluarkan handphone aku.

Satu aplikasi aku buka.

Wattpad
'Simpan bukti dalam ni.'

Aku tarik nafas.
"Kau nak cakap apa sebenarnya ni?"

Hanya satu member aku lagi yang entah hilang kemana.

Cuma wujud aplikasi Wattpad tempat kami berhubung.

Aku yakin, kali ni dia betul-betul dalam masalah.

...............
[ 10:00 a.m]
[Tanah Perkuburan]

Aku duduk mencangkung. Tanah kubur member aku perati kosong.

Tanah merah dia beransur hilang. Mungkin ada sahaja yang datang melawat dan menyiramnya.

Aku pegang batu nisan.

Sambil itu aku terimbau kenangan dimana aku dirotan dengan guru disiplin atas kesalahan merokok.

Ulang kenangan
[Zaman beruk-beruk baru nak up, dorm 103L, asrama]

"Kau bawa berapa?"
Aku perati member aku keluarkan beberapa batang rokok dari poket seluar dia.

"Ni je lagi tinggal." Di telapak tangan dia ada satu. Aku angkat kepala aku.

Kongsi jawapannya. Yang lain semua dah sedap menghisap asap.

Belum sempat aku nak nyalakan.

Bunyi rotan kedengaran di luar. Babi, aku belum sempat menghisap.

Semua yang ada disini. Empat ekor beruk gelabah nak mampus.

Asap rokok terasa menyengat.

Semua sibuk keluarkan perfume.

Tak cukup dengan itu, semua bukak tingkap bagi angin masuk.

Kipas yang slow motion bukak selaju pusing.

"Aduh macam mana ni?" Member aku sekor gelabah. Dia yang tak pakai baju sibuk hidu mulut.

Yang lain buat perkara sama.

"Bau lagi ni. Mampus!"

Aku sengih. Aku selamat. Aku perati diorang sembur perfume kat badan.

Tak cukup dengan itu,

Aku gelak. Sekor beruk lagi jangan cakap. Semua member aku gelak dengan perangai dia.

Ambik peluh kat ketiak dan sapu kat muka.
Bodoh. HAHAHA.

Bunyi rotan menghampiri bilik ke bilik buat kami terus menjadi patung.

Muncul guru disiplin atau lebih tepat ketua warden.

"Kenapa bilik ni bau wangi sangat!? Ingat aku tak tau!?"

"Bagi wangi sikit cikgu, bukan selalu merasa anak jantan macam kami ni bersih." Sekor member aku berani jawab.

"Takkan perempuan je cikgu. Kami pun boleh buat." Dua ekor dah jawab.

"Baris sekarang depan aku!"

Ah sudah, Aku dah agak benda ni akan di check.

Lepas check sekor - sekor, dia berhenti depan beruk yang sapu bau ketiak kat muka tadi.

Kami tahan gelak.

"Bau apa ni?"

"Perfume baru cikgu." Dia jawab.

Guru disiplin tu angguk je. Baru nak kalih badan, aku nampak dia cium balik bau member aku.

"Lain sangat bau ni? Kau hisap rokok ke?"

"Ish! Cikgu ni. Perfume ni limited. Susah dapat. Tu lain dia punya bau."

Aku dah dengar satu kentut melepas. Mesti tahan gelak sampai terkentut. Bodoh punya member sebelah.

"Kau memang tak tahu malu. Dah, semua pergi kemas. Lepas ni kita ada mesyuarat."

Lepas spot check, semua tarik nafas lega. Guru disiplin keluar dari bilik.

Bila hadap muka masing-masing. Gelak kitorang bersatu.

[Kenangan tamat.]

Aku bangkit berdiri dan sapu telapak tangan aku yang berpasir.
"Aku tak lupa kau Faiz, semoga kau tenang disana."

Faiz si beruk yang berjaya memanipulasi si guru disiplin dengan perfume limited dia.

Aku melangkah ke teksi.

Aku tahan sebak di dada. Betulkah kata orang.

Lagi sakit bila orang yang kau sayang pergi meninggalkan kita.

Aku masuk teksi balik. Aku perasan pak cik sengaja diamkan diri dan mula memandu.

Aku bukak handphone aku. Naik satu notifikasi di WATTPAD.

"Tolong buat tajuk Bukti untuk aku."
Member sekor aku muncul lagi.

Aku balas.
"Aku akan buat. Sebelum tu, aku nak kau tulis cerita kau semuanya dan ceritakan kat aku. Aku akan tulis kisah kau."

Dia jawab.
"Aku akan ceritakannnya."

Aku mula buat tajuk di selection buku di bawah sekali selain home.

BUKTI.








Continue Reading

You'll Also Like

2.3K 81 6
Selepas enam bulan menghilang diri tanpa dapat dikesan oleh radar PDRM mahu pun keluarganya, pada suatu pagi hangat tiba-tiba Kay muncul di depan pin...
87.4K 1.9K 26
Alissa was sent away after being framed by her mother and twin sister. But when she gets arrested for the 4th time that week her family is called. Sh...
2K 240 13
Hidup kita singkat , tapi perjalanannya terasa amat jauh.Tak bererti hidup tanpa iman didada. Kisah dan pengajaran.
1.9K 90 17
Ikuti liku-liku kehidupan Amat sepanjang penglibatannya dalam dunia persilatan ghaib yang meliputi pelbagai perkara sakti, mistik, saka, khurarat, ji...