The Royal Siblings

By Dyra_Indira

27.4K 3.2K 478

Apabila Melissa membuka matanya, dia terus berfikir, 'Eh, tadi bukan aku kena langgar dengan kereta ke?' Tida... More

Prolog
Chapter 1: I'm a prince?!
Chapter 2: Twins
Chapter 3: The fifth birthday
Chapter 4: Four years later
Chapter 5: Family reunion
Chapter 6: Boat ride
Chapter 7: The Royal Family
Chapter 8: Two years later
Chapter 9: Lucas
Chapter 10: Pesta Cahaya
Chapter 11: Three years later
Chapter 12: Morning Glory
Chapter 13: Estelle?
Chapter 14: Menari~
Chapter 15: Flowers
Chapter 16: Richard Lopez
Chapter 17: Juliana
Chapter 18: Dance partner
Chapter 19: Ezekiel Lopez
Chapter 20: Debut
Character (1/3)
Character (2/3)
Chapter 21: ~Drunk~
Chapter 22: Boat ride but...
Chapter 23: Tea party
Chapter 24: Market
Chapter 25: In Library
Chapter 26: Tea party again...
Chapter 27: Sumpahan?
Chapter 28: Cassandra?
Chapter 29: Mimpi?
Chapter 30: Princess Tea Party
Chapter 31: Princess Tea Party ii
Chapter 32: Magik Gelap
Chapter 33: A-apa?
Chapter 34: Amnesia
Chapter 35: Kenapa...?
Chapter 36: Potret Keluarga
Chapter 37: Raja Charles
Chapter 38: Selamat tinggal, papa
Chapter 39: Louis or not?
Chapter 40: Louis but different
Chapter 41: Melissa...?
Chapter 42: Ghislain to the rescue
Chapter 43: Hello, Cassandra
Chapter 44: Jalan-jalan
Chapter 45: Estelle Murphy...
Chapter 46: Perjanjian
Chapter 47: Juliana?
Chapter 48: Ujian
Chapter 49: Mahkota bunga
Chapter 50: Prince Louis
Chapter 51: Magik Cahaya
Chapter 52: Melissa! Louis...
Chapter 53: Abang
Chapter 54: Hubert
Chapter 55: Gregorios
Chapter 56: Sejarah
Chapter 57: Mimpi yang indah-indah
~Chapter 58~
Chapter 59: Boat ride
Chapter 60: Asher?
Chapter 61: Bacalah
Chapter 62: Anastasia
Chapter 63: Viscount Hubert
Chapter 64: Menari dengan...
Chapter 65: Festival
Chapter 66: Festival ii
Character (3/3)
Chapter 67: Hadiah
Chapter 68: Delaney
Chapter 69: Kisah lampau
Chapter 70: Estelle Murphy ii
Chapter 71: Red butterfly
Chapter 72: Ramalan
Chapter 73: Nightwalking
Chapter 74: Nightwalking ii
Chapter 75: Getting the Attention of the Crown Prince
Chapter 76: Interested in you
Chapter 77: Behind the scenes
Chapter 78: The Question
Chapter 79: Outing
Chapter 80: Camellia Flower
Chapter 81: Hubert ???????
Chapter 82: The banquet party
Chapter 83: The truth
Chapter 84: The truth ii
Chapter 85: The truth iii
Chapter 86: The Future Different From The Past
Chapter 88: A meeting
Chapter 89: Gamble
Chapter 90: The New Stage
Chapter 91: Time Tower
Chapter 92: Lilac Flower
Chapter 93: Same Person, New Stage
Chapter 94: Gamble ii
Chapter 95: Memories from the past
Chapter 96: The group that support Princess Juliana
Chapter 97: The Oracle
Chapter 98: An another oracle
Chapter 99: I want to see you
Chapter 100: Perayaan Cahaya
Chapter 101: Kegilaan
Chapter 102: Massacre

Chapter 87: Tale of Time

96 17 7
By Dyra_Indira

"Tuan, kita sudah tiba."

Sebelum ini, Louis ada memberitahu si pemandu agar membawa mereka ke sebuah kedai jam bernama 'Tale of Time' dan sekarang kereta kuda ini sudah berhenti tepat dihadapan kedai tersebut.

Di kedai lama yang sempit itu, tiada seorang pun pelanggan yang berada disini kecuali seorang perempuan yang tidak lebih daripada 14 tahun, iaitu pekerja disini. Udara didalam situ terasa pengap sebaik sahaja mereka berdua melangkah masuk ke kedai tersebut.

"Selamat datang." Perempuan itu segera menyapa mereka. Dia sememangnya tahu apa yang membuatkan mereka datang ke sini. "Tuan-tuan, sila ikut saya."

Louis hanya mengikuti sahaja tanpa bercakap apa-apa. Jika dia tidak silap, perempuan ini adalah pelajar Cassandra dan berkemungkinan besar bakal menjadi penyihir masa yang seterusnya.

Sementara itu, mata Viktor melilau melihat barang-barang yang terletak disitu sambil berjalan dibelakang Louis. Daripada jam poket kecil sehinggalah yang besar, terdapat juga barang yang dia tidak tahu apa kegunaannya serta pelbagai jenis barang pelik yang terlihat disebalik kain yang menutupinya.

'Kenapa Louis mahu ke sini? '

Hampir semua barang disitu dipenuhi dengan habuk. Ianya barang yang sangat lusuh bagi Viktor dan ini membuatkan dirinya berasa tidak selesa.

Setelah menaiki tangga dan masuk ke sebuah bilik, perempuan itu berhenti.

"Kita sudah tiba. Silalah duduk."

Nadanya kedengaran begitu tenang tetapi ianya menghairankan diri Viktor. Bagaimana mahu duduk sedangkan tiada kerusi dan lantai pula... dipenuhi dengan debu. Bagaikan sudah berhari-hari tidak disapu.

"Terima kasih, kamu boleh pergi."

Perempuan itu menundukkan sedikit badannya sebelum berlalu pergi.

"...dan sekarang, Cassandra." Panggil Louis.

Sunyi. Tiada sesiapa yang membalas namun selepas itu, bilik ini secara tiba-tiba bersinar dan berubah menjadi sebuah bilik yang boleh diduduki. Beberapa buah kerusi yang diukir kemas tersusun rapi berhadapan dengan sebuah meja. Lantai yang sebentar tadi penuh dengan habuk telah hilang begitu sahaja.

"Hello, tuan-tuan. Selamat datang."

Mereka berdua terdengar suara seorang wanita menyapa mereka walaupun begitu, tiada pun kelibatnya berdiri disitu.

"Cassandra, diri kamu yang satu lagi mahu saya berjumpa dengan kamu." Ujar Louis setelah duduk dikerusi yang disediakan.

"Oh, betulkah?"

"Ya, dan dari garis masa yang mana kamu datang?"

"Garis masa dimana Putera Mahkota Eurasia telah mangkat."

"Huh?!" Viktor tersentak tatkala terdengar suara seorang wanita berbisik disebelah telinganya. Lalu dia segera berpaling ke belakang.

Wanita yang berambut hitam tidak mencecah bahu itu hanya tersenyum melihat rupa yang dipenuhi dengan rasa terkejut dan keliru oleh lelaki tersebut. "Tuan putera, boleh tak hilangkan magik penyamaran lelaki ini?"

Beberapa saat kemudian, Cassandra akhirnya dapat melihat diri Viktor yang sebenarnya. "Oh?" Dia agak terkesima. "Kali ini tuanku tak lakukannya nampaknya."

Viktor mengerutkan keningnya. Sementara Louis sudah tentu faham dengan apa yang diucapkan oleh penyihir itu. Pada masa lalu, hubungan dia dan Viktor sudah pun menjadi renggang ketika ini. Oleh itu, jarang sekali untuk melihat mereka berdua berbual atau berjalan bersama.

"Jadi...apa yang berlaku di garis masa sana?" Soal Louis.

Serentak itu, Cassandra memetik jarinya. Beberapa biji cawan muncul diatas meja bersama sebiji teko.

"Huh? Huh...? Tunggu." Ujar Viktor yang penuh dengan kekeliruan. "Putera Mahkota Eurasia? Itu bukankah Louis?"

"Mestilah." Jawab mereka berdua serentak.

"Mangkat? Garis masa? Tunggu..." Viktor mula cuba mengingati segala perbualan dia dan sepupunya sebelum ini. Bukankah Louis pernah mengatakan yang dia mahu berjumpa dengan ahli sihir masa? Jadi adakah wanita ini... "Kamu penyihir masa?"

"Yeah...! Tahniah." Ucap Cassandra sambil bertepuk tangan dengan ceria.

Louis agak terhibur melihat riak rupa sepupunya itu. Mahu sahaja dia ketawa namun dia berasa agak kesian pula oleh itu dia mengambil keputusan untuk memberitahu serba sedikit apa yang berlaku. Iaitu masa telah pun diputar kembali.

"Kalau bukan Louis yang mahu putarkan masa, jadi siapa?" Soal Viktor sambil menuangkan air teh ke dalam cawannya.

"Jangan tanya aku. Aku datang ke sini pun untuk tahu siapa yang mahukan perkara itu berlaku." Balas Cassandra.

Louis mengambil sebiji cawan kaca yang disediakan lalu berkata, "Viktor, tuangkan teh."

"Sila buat sendiri."

"Apapun, aku pasti diri aku yang satu lagi mahu kau datang ke sini untuk aku beritahu kau apa yang terjadi selepas kemangkatan kau. Mungkin."

"Oh, betul juga. Mesti ada sesuatu yang buruk berlaku yang membuatkan orang itu memilih untuk putarkan masa."

Sementara itu, Viktor dengan berat hati menuangkan air teh ke dalam cawan Louis.

"Louis, Eurasia menjadi huru-hara selepas kemangkatan kau. Kau tak akan tahu betapa ramai orang bangsawan yang telah rosak dan berpaling tadah kepada pemerintah dan nampaknya mereka semua mula menunjukkan belang selepas sahaja mereka mengetahui yang raja telah pun jatuh sakit." Cassandra menghela nafas dengan wajah tidak senang. "Dan Lucas ketika ini, masih belum lagi sedar. Ya, dia masih hidup tapi sudah dua bulan berlalu dan dia masih dalam keadaan tidur...!"

Louis cuma diam-diam menghirup airnya. Dia tahu benar mengapa Lucas melakukan hal yang demikian.

"Louis, kalau pun kau berubah tak semestinya orang lain pun sama. Kau patut tahu yang keadaan tetap boleh menjadi sama sekiranya kau tidak berbuat apa-apa." Dia merenung seketika putera itu sebelum menyambung, "Aku tak rasakan lagi magik gelap datang dari kau. Ini bermakna kau sudah dapat halang perkara yang tidak diingini berlaku." Dia mengerling sekilas lelaki yang berambut ungu itu. "Betul, bukan?"

"Benar..." Louis meletakkan semula cawannya diatas meja dengan penuh tertib. "Itulah mengapa aku mahu beri mereka kejutan."

Mereka berdua agak keliru dengan pernyataan yang diucapkan oleh Louis. Biarpun begitu, Cassandra berpendapat yang putera itu akan cuba menyelesaikan hal ini atau mungkin membalas dendam manakala bagi Viktor pula, dia berfikir yang kes racun Duke Fortin itu hanyalah permulaan daripada rancangan sepupunya. Serta ini juga menyedarkan dirinya, pada waktu dia bersetuju untuk menyamar ke kasino hari itu, ia telah pun menjadi hari dimana dia akan terlibat dengan hal-hal yang akan berlaku di masa hadapan nanti.

"Dan lagi, orang yang kamu semua perlu berhati-hati sekarang adalah Raja Adoria serta sebab sebenar Teskia menyerang ialah kerana kehilangan cokmar batu Rubellite. Sudah tentulah yang membuatkan mereka melakukan perkara itu adalah Raja Adoria sendiri."

"Hmm, begitu." Louis dengan tenangnya menjawab.

Viktor mengerutkan keningnya. "Tidakkah kau patut marah atau sekurang-kurangnya risau? Ini perkara yang agak serius."

"Aku faham apa yang kau maksudkan itu tapi aku sudah jangkakan sebanyak ini dan dengan apa yang aku tahu, ini bukanlah satu kejutan."

"Kau...kau jangkakan yang Raja Adoria juga terlibat sama?" Viktor tidak mendengar apa-apa balasan daripada sepupunya namun Louis cuma tersenyum memandangnya, senyuman yang membuatkan dirinya mahu memadamkan rupa itu selamanya.

"Itu kerana, Louis adalah salah seorang yang mengingati memori mereka sebelum ini." Balas Cassandra.

"Tunggu...ini mengelirukan. Kenapa boleh Louis mengingati memorinya?" Soal Viktor.

"Hurmm, pada hari kau tahu aku ada sumpahan itu ialah hari aku ingat segala-galanya. Faham?" Ujar Louis. Ianya lebih baik menunjukkan gambaran penuh daripada memberitahu hal-hal yang terperinci.

"Be, begitu." Viktor berasa sedikit hairan dengan betapa mudahnya Louis mengatakan yang dia mempunyai sumpahan sebelum ini.

"Jadi...?" Louis bertanya kepada penyihir masa itu.

"Apa?"

"Itu sahaja ke yang kamu mahu beritahu? Aku mungkin akan terkejut selepas ini. Jadi sila teruskan..." kata Louis sambil tersenyum ceria.

***

*

*

*

***

Ia sangat jarang untuk membuka dewan kuil utama magik cahaya kepada umum, namun hari ini berbeza. Oleh itu, semua pakar magik cahaya di serata Negara Arlanta berkumpul disini ketika ini. Serta orang-orang penting juga akan berada disini untuk mendengar ramalan tersebut.

'Jadi, inilah dia.' fikir Lucas setelah kakinya sudah melangkah masuk ke dalam kuil itu. 'Tempat dimana ramalan itu akan diberitahu.'

Disebabkan ini adalah kuil magik cahaya, semua orang yang pertama kali datang ke sini akan berasa lemah untuk seketika oleh kerana kuasa suci yang berlebihan masuk ke dalam tubuh mereka secara tiba-tiba.

Lucas tersenyum sinis buat seketika. 'Dan ini membuatkan aku tertanya-tanya, macam mana keadaan lelaki tak guna itu...'

Namun senyumannya itu tidak bertahan lama apabila dia terlihat lelaki yang dia fikirkan sebentar tadi sedang lalu disebelahnya bagaikan tiada perkara yang luar biasa terjadi pada diri lelaki tersebut.

'Hubert...'

Sang raja itu langsung tidak memberikan sekilas pandangan kepada Lucas dan berlalu pergi ke tempat duduk bersama rombongannya.

'Aku fikirkan penyihir gelap akan mati atau sekurang-kurangnya sakit selepas saja mereka masuk ke dalam kuil ini tapi melihatkan dia, nampaknya tidak.'

Mata Lucas dihalakan pada kelibat Hubert yang sedang duduk itu. Rupa lelaki tersebut hampir serupa dengan ayahandanya serta atuk mereka, jadi ianya sedikit menjengkelkan dirinya. Ini mengingatkan dia tentang memorinya semasa kecil.

~~~ Lucas melutut, merebahkan dirinya diatas lantai dihadapan dengan orang paling berkuasa di negara Adoria ketika ini. Seluruh badannya terasa bergetar dek kerana rasa gemuruh dan takut. Dihadapan semua ahli keluarganya, dia bagaikan anak burung yang tidak dapat terbang dengan sendirinya walaupun sudah diajar berkali-kali.

"Kau memalukan...!"

Kata-kata itu bagaikan berdentum difikiran Lucas meskipun dia sudah mendengarinya banyak kali.

"Kau tidak layak menggelarkan diri kau Delaney jika sedikit pun sihir gelap tidak dapat kau pelajari. Dasar kau anak haram!"

Matanya mula berair. Itu bukanlah salah dia. Orang yang patut dipersalahkan didalam hal ini adalah bondanya namun sekilas pandangan pun tidak mahu ditujukan kepadanya seperti dirinya tidak layak dipedulikan. Sebaliknya, adindanya yang berlainan ayah, Joshua Delaney lah yang dilayan bagaikan dialah satu-satunya anak Puteri Adoria ketika ini.

Tiada apa-apa lagi yang Lucas dengar selepas itu selain daripada bunyi tapak kasut yang semakin menjauh serta beberapa orang tertawa kecil. Mungkin sahaja pada diri Lucas yang terlihat menyedihkan itu.

"Lucas."

Lucas segera mendongak. "A, abang Hubert? Kenapa...?"

"Shh..." Hubert melangkah dengan perlahan mendekati budak kecil yang tidak lebih daripada 10 tahun itu dan merapatkan jarak diantara mereka lalu berbisik, "Lari..."

"Huh?"

"Lari dari sini, kalau kau mahu terus hidup." ~~~

Dahulu Lucas menyangka yang Hubert ingin membantu dirinya namun bila difikirkan semula, mereka tidak pernah berbual bersama didalam ingatannya semasa kecil dan Hubert melakukan itu mesti disebabkan tidak mahu lagi mendengar cacian dari atuk mereka.

"Tch."

Malah bondanya sendiri menghalau dirinya pergi dari istana.

Lucas menghela nafas. Selepas beberapa ketika kemudian, dia mula berasa tenang apabila dia terfikirkan tentang seseorang. Mungkin sahaja rasa sayangnya pada orang itu kesan daripada rasa sunyi yang dialami olehnya selama ini. Dia dipenuhi dengan rasa sayang dan cinta, yang membuatkan dirinya tidak dapat menolak tapi mahu mendekati diri orang tersebut.

'Aku tertanya apa yang dia buat sekarang? '

~~~~ °°°•°°° ~~~~


18.11.2021
1661

Continue Reading

You'll Also Like

66K 232 13
HANYA SEKADAR HIBURAN SEMATA-MATA
225K 1.3K 15
Hye korang... Now aku nak share semula satu cerita best yang aku selalu baca dari dulu lagi... Tapi aku pun x tahu laa cerita ni kejap ada kejap xda...
1.9M 4.4K 27
Sebuah kisah isteri ke arah cuckold
262K 2.2K 15
"Hafizi atau lebih senang dikenali sbg Zee.." Kisah seorang driver lori straight yang sudah berkahwin tetapi masih belum ada rezeki untuk memiliki ca...