Unrequited Loveโœ“

By ximuni_

934K 38.9K 1.9K

Highest Rangking - 1 #crush (28/10/2021) - 1 #onesidedlove (28/10/2021) ... More

โ™ก๐“ค๐“ท๐“ป๐“ฎ๐“บ๐“พ๐“ฒ๐“ฝ๐“ฎ๐“ญ ๐“›๐“ธ๐“ฟ๐“ฎโ™ก
๐“‘๐“ช๐“ซ 1
๐“‘๐“ช๐“ซ 2
๐“‘๐“ช๐“ซ 3
๐“‘๐“ช๐“ซ 4
๐“‘๐“ช๐“ซ 5
๐“‘๐“ช๐“ซ 6
๐“‘๐“ช๐“ซ 7
๐“‘๐“ช๐“ซ 8
๐“‘๐“ช๐“ซ 9
๐“‘๐“ช๐“ซ 10
๐“‘๐“ช๐“ซ 11
๐“‘๐“ช๐“ซ 12
๐“‘๐“ช๐“ซ 13
๐“‘๐“ช๐“ซ 14
๐“‘๐“ช๐“ซ 15
๐“‘๐“ช๐“ซ 16
๐“‘๐“ช๐“ซ 17
๐“‘๐“ช๐“ซ 18
๐“‘๐’ถ๐’ท 19
๐“‘๐“ช๐“ซ 20
๐“‘๐’ถ๐’ท 21
๐“‘๐“ช๐“ซ 22
๐“‘๐“ช๐“ซ 23
Little Talk With Authorโ™ก
๐“‘๐“ช๐“ซ 24
๐“‘๐“ช๐“ซ 25
๐“‘๐“ช๐“ซ 26
๐“‘๐“ช๐“ซ 27
๐“ฃ๐“ฎ๐“ช๐“ผ๐“ฎ๐“ป ๐Ÿ’
๐“‘๐“ช๐“ซ 28
๐“‘๐“ช๐“ซ 29
๐“‘๐“ช๐“ซ 30
๐“‘๐“ช๐“ซ 31
๐“‘๐“ช๐“ซ 32
๐“‘๐“ช๐“ซ 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
#Bab 53*
Bab 53
Bab 54
Bab 55
๐“‘๐“ช๐“ซ 56
๐“‘๐’ถ๐’ท 57
๐“‘๐’ถ๐’ท 58
๐“‘๐’ถ๐’ท 59
๐“‘๐“ช๐“ซ 60
๐“‘๐“ช๐“ซ 61
๐“›๐“ช๐“ผ๐“ฝ ๐“ฃ๐“ฎ๐“ช๐“ผ๐“ฎ๐“ป๐Ÿ’
๐“‘๐“ช๐“ซ 62
๐“‘๐“ช๐“ซ 63
๐“‘๐“ช๐“ซ 64
๐“‘๐“ช๐“ซ 65
๐“‘๐“ช๐“ซ 67
๐“‘๐“ช๐“ซ 68
๐“‘๐“ช๐“ซ 69
๐“‘๐“ช๐“ซ 70
๐“‘๐“ช๐“ซ 71
๐“‘๐“ช๐“ซ 72
๐“‘๐“ช๐“ซ 73
๐“‘๐“ช๐“ซ 74
๐“‘๐“ช๐“ซ 75
๐“‘๐“ช๐“ซ 76
๐“‘๐“ช๐“ซ 77
๐“‘๐“ช๐“ซ 78
๐“‘๐“ช๐“ซ 79
๐“‘๐“ช๐“ซ 80
๐“‘๐“ช๐“ซ 81
๐“ค๐“› -๐“ข๐“น๐“ฎ๐“ฌ๐“ฒ๐“ช๐“ต ๐“’๐“ฑ๐“ช๐“น๐“ฝ๐“ฎ๐“ป 1
๐“ค๐“› - ๐“ข๐“น๐“ฎ๐“ฌ๐“ฒ๐“ช๐“ต ๐“’๐“ฑ๐“ช๐“น๐“ฝ๐“ฎ๐“ป ๐“”๐“ท๐“ญ
EBOOK BERI AKU PELUANG

๐“‘๐“ช๐“ซ 66

8.1K 360 29
By ximuni_

"Sweetheart, sudah-sudah lah tu tenung gambar scan baby tu." Umaira menoleh memandang suaminya yang memandu di sebelah dan tersengih tak bersalah. Tergeleng kepala Syed Faris melihat kerenah Umaira.

Hari ini, mereka melakukan pemeriksaan ke atas bayi yang dikandung Umaira. Senyum bukan main Umaira melihat gambar ultrasound itu. Dia teruja dapat melihat si kecil. Sebelum ini hanya terlihat kecil sahaja tapi sekarang sudah membesar.

"Tak bolehla abang. Sayang rasa macam nak suruh dia besar cepat-cepat dan keluar cepat jumpa mama dengan papa dia ni. Excitednya!" Umaira menjerit kecil. Teruja.

Syed Faris tersenyum. Kepala Umaira diusap perlahan. Apa-apalah sayang..janji happy sudah.

"Kalau macam tu, sayang kena jaga baik-baik. Kalau abang kata jangan buat kerja berat. Jangan buat. Ini tak, lagi dilarang lagi nak buat. Nak kena ikat ke apa?" Pipi Umaira yang semakin tembam dicubit geram.

Kalau yang nama pun Umaira, mana pernah nak dengar cakap orang. Melanggar cakap orang dia tahulah.

"Aloo yang tu tak boleh tolonglah abang. Bosan tau tak buat apa-apa." Umaira merungut. Kepalanya dilentokkan pada bahu Syed Faris manja. Matanya masih tidak lari dari memandang gambar ultrasound itu.

Walaupun kandungannya baru mencecah 3 bulan tapi sudah terlalu banyak rancangan yang dia ingin lakukan untuk anaknya. Nak beli baju cantik-cantik dan tak sabar nak bau baby. Wangi!

"Kira okay lah tu abang still benarkan sayang pergi kedai. Kalau boleh mana-mana pun tak boleh pergi. Duduk je rehat 9 bulan 10 hari." Selamba Syed Faris menjawab.

Melopong Umaira. Melampau sangat ni sampai kena duduk rumah 9 bulan 10 hari. Memang mereputlah dia. Bosan tahap kayangan.

"Ya lah, ya lah. Apa-apa lah suami asalkan anda bagi sayang keluar jugak. Itu dah cukup." Kata Umaira pasrah.

Kalau dah nama isteri tu, isteri je lah. Kena dengar cakap suami.

"Baiknya isteri abang ni.." kepala Umaira yang terlentok di bahunya dia cium. Umaira mencebik. Suka ambil kesempatan tapi dia suka.

"Sweetheart, betul nak balik kedai? Tak nak ikut abang?" Soal Syed Faris lagi.

Dia nak Umaira ikut tapi dia taknak paksa Umaira. Bukannya dia tak tahu dalam kuatnya dia mengugut, kuasa ugutan ibu mengandung ni lagi berkesan. Sayang bini punya hal, dia ikut saja janji tak membahayakan Umaira dan bayi.

"Tak kut. Lagipun sayang ada hal nak kena settlekan. Nanti kalau dah nak bersalin tak payah fikir dah kerja tertangguh semua tu."

"Amir kan ada."

"Ya tahu tapi kesian la dia. Lagi ada masa ni better siapkan part sayang dulu. Nanti pandai-pandai abang Amir uruskan. Sayang nak cuti. Hehhehe."

"Ada ja alasan kan?" Perli Syed Faris dengan pakej jeling lagi. Uuu menggoda. Rawr!

Umaira tergelak kecil. Jeling pun handsome. Dia memeluk lengan Syed Faris. Sementara nak sampai kedai, dia mahu melelapkan mata. Hatinya rasa tak enak tapi dia diamkan saja. Harapnya semua baik-baik sahaja. Mungkin perasaannya sahaja.

Tangan sasanya dicantumkan dengan Umaira. Hatinya rasa berat mahu membiarkan Umaira ke kedai. Tak pernah dia rasa macam ni. Kenapa hatinya berdebar resah?

Dahi Umaira dicium lama. Semoga tak ada apa-apa yang perlu dirisaukan.

***

"Kak Maira! Eii apa akak buat ni?! Ya Allah akak ni kan!" Jerit Liya.

Macam nak luruh jantung dia bila tengok Umaira sedang mengangkat pasu bunga. Ya Allah, kalau Syed Faris tengok ni mahu kena kurung terus bini dia seorang ni.

Lengan Umaira ditampar perlahan. Geram. Umaira sengih tak bersalah.

"Akak ni kan..Liya yang tak pregnant ni pun takut tau nak angkat benda berat macam ni. Turunkan pasu tu. Ya Allah ingatlah baby akak ni. Haish..letak balik." Bebel Liya. Liya yang kurang membebel boleh membebel tengok perangai ibu mengandung ni.

Pasu dipegangan Umaira diambil. Beratnya! Tergeleng kepala Liya apabila dia berjaya meletakkan dengan selamat. Pinggang dia yang sihat ni pun boleh sengal.

"Kenapa ni?!" Terjengul kepala Amir dan Amirul di pintu pantry. Gelabah mereka berdua bola mendengar suara jeritan Liya.

"Tak ada ap-..."

Tak sempat Umaira nak bercakap, Liya memintas.

"Abang Amir, tengok Kak Maira ni! Dia angkat pasu bunga besar ni. Ada ke patut?!" Kata Liya sambil jari telunjuk diarahkan pada pasu yang dia angkat tadi.

Umaira berdecit bila Amir dan Amirul sudah memincingkan biji mata melihatnya.

Amir mengeluh kesal. Kaki diangkat mengatur langkah ke arah Umaira. Umaira sengih tak bersalah. Apa? Dia nampak pasu tu dekat tengah jalan. Dia nak ubahla. Nanti kalau ada orang tersepak jatuh macam mana?

Pak!

"Auch!" Dahi licinnya yang dijentik dengan jari berotot Amir dipegang. Sakit!

Umaira menjeling wajah berpuas hati Liya dan Amirul apabila melihat dia sakit dijentik. Sampai hati!

"Kau ni kan dik, kau jangan sampai aku bagitahu suami kau. Apa yang degil sangat ni? Benda berat macam ni tak payahla buat. Ingat, ada manusia dalam perut kau tu." Bebel Amir.

"Adik nak tolong je.." kata Umaira perlahan. Hatinya terasa. Matanya mula berkaca. Menunduk dia melihat ke bawah.

Amir, Amirul dan Liya menepuk dahi sendiri melihat Umaira yang mula menangis. Hormon orang mengandung ni memang betul-betul complicated.

"Ish buruklah menangis. Dah, dah.." Amir menarik kepala Umaira ke dadanya. Dia redha ja baju dia basah.

"Aku bukan marahkan kau. Aku risau. Kau tu mengandung bukannya tak mengandung. Kalau tak mengandung pun aku tak benarkan kau, Liya dan Mira angkat pun. Aku dengan Amirul ada. Tak payah susah-susah. Kesian anak fruit aku. Nanti kalau kau sakit macam mana?"

Kepala Umaira yang tersedan-sedu di dadanya ditepuk perlahan.

"Ni sakit mana-mana tak ni?" Soal Amir lembut.

Umaira menggeleng kepala tanda tak ada sakit mana-mana. Dia sedih sikit ja. Nak buat macam mana dah mudah touching. Bukan salah dia. Hormon ibu mengandung yang salah.

"Dah..dah.." bahu adiknya ditepuk. Memujuk. Haih..macam mana lah adik ipar dia handle adik manja kasar dia ni.

Mohon tabahla adik ipar. Siapa suruh berkenan dengan Si Umaira manja ni.

***

"Betul ni taknak aku masuk sekali? Kau dudukla dalam kereta biar aku yang pergi settlekan urusan bank tu." Tanya Amir sekali lagi.

Disebabkan Syed Faris yang menghantar dia harini. Jadi, Amirlah mangsa untuk hantar dia ke bank.

Umaira menggeleng.

"Tak apa. Sekejap ja. Abang tunggu sini ja. Jangan risau." Amir mengangguk saja. Dah orang tak benarkan nak buat apa lagi. Biar je lah.

Umaira menutup pintu perlahan. Beg tangan dibahunya dikemaskan. Disebabkan parking dihadapan bank sudah penuh, Amir terpaksa memberhentikan kereta di seberang jalan.

Setelah memastikan tiada kenderaan Umaira melintas. Tanpa dia sedari ada sebuah motosikal di hujung jalan.

"Mat, gerak mat!" Kata Abdul kepada Mat. Mat mengangguk sebelum memandu ke arah Umaira yang terkedek-kedek melintas jalan.

Umaira tersenyum lega bila dia sudah berjaya melintas jalan. Hatinya berdebar resah. Hanya istighfar yang menemani mulutnya dati tadi.

Tiba-tiba kedengaran bunyi motosikal dekat dari arah tepi. Terhenti jantung Umaira apabila begnya ditarik kasar. Tak sempat dia mahu melawan apabila Abdul menolak tubuhnya kuat sehingga perutnya berlanggar dengan bebendul jalan.

Sebaik sahaja dapat apa yang diinginkan Mat memandu pergi meninggalkan Umaira.

"Allah.." terpejam mata Umaira menahan sakit. Dia meringkuk menahan sakit diperut yang mula menyerang.

Dia cuba bangun tapi terkaku melihat dress di bahagia bawah pinggangnya berdarah merah.

"Anak mama..anak mama!" Perutnya dipegang.

Sakit! Tercungap-cungap Umaira. Air matanya mula jatuh. Dia takut. Ya Allah selamatkanlah dia dan anaknya.

Abang...

Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu mula bergerak ke arah Umaira. Amir di dalam kereta mula keluar.

Terbuntang matanya melihat Umaira yang terbaring di tepi jalan.

"Umaira!" Semua orang yang meghalang jalannya ditolak sesuka hati.

"Ya Allah..adik!" Kepala Umaira diletakkan di atas ribanya. Umaira berdesis menahan sakit yang teramat sangat.

"Adik buka mata!" Pipi Umaira ditepuk bila mata Umaira terkedip-kedip tak bermaya. Ya Allah.

"Abang..anak Maira bang..tolong.." Amir terus memandang ke arah kain dress Umaira yang sudah basah dengan darah.

Terketar-ketar bibir Amir. Tergamam. Wajah Umaira yang berpeluh dingin dipandang resah.

"Panggil ambulance!" Jerit Amir kuat entah pada siapa.

Umaira menangis sakit. Ya Allah. Selamatkan kandungannya. Tolong..abang..sayang sakit.

Dunianya semakin lama semakin gelap. Hanya bunyi ambulance yang dia dengar sebelum semuanya senyap. Gelap.

.

.

.

Quotes For Today <3

There is a past version of you that is so proud of how far you have come.

Be continued...













Continue Reading

You'll Also Like

641K 41.3K 131
[COMPLETED] Malay romance + sendu + super clichรฉ Iskandar Zulkarnain โค๏ธ Inaya Fareeha "Hanya berharap dia terus berada dalam memori aku" -Inaya "Be...
2.2M 90.3K 82
~ Pulangkan dia padaku, tak tertanggung merindu, biarkan kami hidup di bawah langit cinta-Mu ~ โ„ Amir Jayden dan Kayla Sofea. Kerana satu kejadian, m...
25.9K 2.4K 40
"Jodoh itu ibarat seperti ( Alif, Lam, Mim ) ayat pertama surah Al-Baqarah. Maksudnya, hanya Allah yang tahu..." "Untukmu yang selalu kusebut dalam d...
183K 12.2K 76
Genre: Romance, action, mystery Language: Bahasa Melayu/Malay Status: Completed . ๐“๐จ ๐ญ๐ก๐ž ๐ฆ๐š๐ง ๐ฐ๐ก๐จ ๐ฉ๐ซ๐จ๐ญ๐ž๐œ๐ญ๐ž๐ ๐ก๐ž๐ซ ๐ฆ๐จ๐ซ๐ž ๐ญ๐ก๏ฟฝ...