๐—ฏ๐—ฒ๐—ฎ๐˜‚๐˜๐—ถ๐—ณ๐˜‚๐—น ๐—ฎ๐—ฐ๐—ฐ๐—ถ๐—ฑ...

By teaschlle

1.2K 337 83

"meeting you were a beautiful accident'' "kalau yejin takde, kita tetap akan bersama ke?" "Aku tetap akan say... More

prolog;
1โ†ฌ
2โ†ฌ
3โ†ฌ
4โ†ฌ
5ยนโ†ฌ
5ยฒโ†ฌ
6โ†ฌ
7โ†ฌ
8โ†ฌ
9โ†ฌ
10โ†ฌ
11โ†ฌ
12โ†ฌ
14โ†ฌ
15โ†ฌ
16โ†ฌ
17 โ†ฌ
18 โ†ฌ
19 โ†ฌ
20โ†ฌ
21โ†ฌ
22โ†บ
โ‡…
***

13 โ†ฌ

38 15 7
By teaschlle

Kejadian tadi yang berlaku menerjah mindaku. Aku membasuh mukaku di singki bilik airku.

Sanggup seungcheol menghinaku sebegitu?

Dan dia masih tak tahu yang mingyu dah lama pergi...

Tapi dia tahu yang aku hampir kahwin dengan mingyu. Takkan dia tak tahu yang mingyu dah meninggal dunia?

Sakit hati aku memikirkannya perkara itu. Hatiku hancur berkecai disebabkan kata-kata yang keluar dari mulutnya.


"aku tak sangka youngmi yang aku kenal dulu dah tak sama sekarang. Aku lebih suka kau yang dulu daripada sekarang", kata-kata ini terngiang-ngiang di mindaku.

Bukankah dia sendiri mengatakan bahawa dia mencintaiku 6 tahun yang lalu?

Atau.. dia sebenarnya tidak maksudkan pun apa yang dia kata 6 tahun lalu?

Aku ada terdengar khabar angin tentangnya yang suka mempermainkan perasaan ramai wanita. Tapi aku tidak peduli. Janji aku tahu yang sebenarnya hatinya baik.

Jadi.. selama ini aku dipergunakan olehnya?

"huh, bodohnya kau ", kataku melihat diriku di hadapan cermin bilik airku.

Air mataku tumpah. Terlalu kecewa dengan sikap seungcheol. Sudahlah dia dituduh mencurang olehnya.

Aku mengelap air mataku kasar.

"youngmi, kau kena lepaskan dia. Dia takde hati pun dengan kau. Dia just gunakan kau ",  kataku kepada pantulan diriku pada cermin itu.

Aku memandang yejin. Yejin adalah hasil cinta aku dan dia. Aku tak sanggup nak bunuh yejin sebab aku rasa aku terlalu kejam dan mungkin dengan adanya yejin, kami boleh bersama kelak.

Itulah sebab mengapa aku masih setia menagih cintaku kepada seungcheol dengan menunggunya untuk pulang supaya kami dapat bersama. Bahagia bersama.

Tapi itu dahulu, aku bukanlah youngmi yang masih berusia 19 tahun.  Tidak matang dan mentah.

Sekarang aku ialah youngmi yang sudah berumur 25 tahun, mempunyai kerjaya tersendiri dan mampu menyara anak kecilku.

Aku tak kesah sama ada seungcheol tahu ataupun tidak yang yejin ni anak dia.

Apa yang pentingnya, yejin tetap akan menjadi penemanku sampailah aku menghembuskan nafas terakhir.

Aku tahu yejin kekurangan kasih seorang ayah, tetapi nak buat macam mana? Perasaan cintaku pada seungcheol baru saja mati dan aku masih belum buka pintu hatiku ini sepanjang 6 tahun .

esoknya

"apa? Saya kena pindah ke jabatan pengurusan ekonomi? Tapi tuan, saya tak mahir dalam bidang itu. Saya dah selesa dengan kerja saya sekarang tuan", kataku kepada lelaki yang bernama Baek Jungwol itu.

"aku dah bincang dengan encik wonwoo. Dia pun setuju", katanya bermain kukunya.

Mukaku terkejut tanda tidak percaya. Apa? Sejak bila.. bukan, kenapa?

Aku menerjah masuk ke dalam bilik wonwoo tanpa mengetuk pintu. Dia yang sedang menyemak dokumen itu memandangku.

"Tak reti ketuk pintu ke?", Tanya dia. "encik wonwoo. Kenapa encik buat keputusan untuk tukarkan saya kat jabatan ekonomi tanpa kebenaran saya?", Tanyaku menghentak mejanya tanda tidak puas hati.

Ingat apa? Senang nak adapt kat tempat baru?

Pen ditangannya diletak. "aku rasa itu cadangan yang bagus. Kalau kau masuk dalam jabatan ekonomi, bukan ke gaji kau makin bertambah ? Jabatan tu bukan senang nak masuk.

Kau pun tahu kan? Hanya golongan elit sahaja. Kiranya kau ni pun golongan elit lah. Sebab mampu menerima tawaran bertukar ke jabatan ekonomi tu", kata wonwoo panjang lebar menerang.

Ekonomi adalah jabatan yang paling tertinggi di dalam syarikat ini. Manakala jabatan pengurusan jatuh tiga tangga daripada jabatan itu.

Mungkin betul apa yang dia kata.

Aku nak gaji aku besar supaya aku tidak berdolak-dalih untuk membelikan semua keperluan dan kemahuan yejin. Tetapi, aku dah selesa di jabatan pengurusan ini.

Aku tak mahu tinggalkan kawan ii ku, Heejin dan dino. Dan.. wonwoo .

Aku tak tahu mengapa tetapi apabila aku berada bersamanya, aku dapat merasakan kehangatan daripada seseorang yang aku rindui iaitu mingyu.

"uhm, encik wonwoo", panggilku. Dia mengangkat wajahnya memandang mukaku yang tidak jauh daripada mukanya.

"encik kenal tak kim mingyu?" Tanyaku straight on point.

Dia tersentak ke belakang. "apa?", Tanya dia dengan mata yang tergetar-getar.

"Tak, aku tak kenal ", katanya. Aku berdiri semula. Sedikit hampa dalam diriku mendengar jawapannya.

Dia kelihatan seperti seseorang yang aku kenali. Cuma lelaki itu, mempunyai parut di atas dahinya. Tetapi encik wonwoo tiada parut.

Nampaknya bukanlah dia.

Aku mengemaskan barangku lalu bergerak ke jabatan ekonomi di tingkat 9  bangunan JS home Furniture ini.

Semasa aku masuk bersama ketua jabatan ekonomi itu, iaitu encik Baek Jungwol. Dia kelihatan berusia dalam lingkungan umur 50-an.

Dia asyik memusing ke belakang memandangku pelik. Aku yang berasa tidak selesa itu sedaya upaya untuk tidak bertembung mata dengannya.

"Ha, ni tempat kau", katanya memegang bahuku. Aku menginjak ke belakang tanda tidak selesa dengan tindakannya itu. "Oops, sorry. Aku dah terbiasa",
Katanya tersenyum seram.

Aku menundukkan pandangan. Kerusi ditarik dan aku melabuhkan punggungku. Teman sekerja baharu ku memandangku pelik.

Aku menjadi hairan. Kenapa Dorang tengok aku macam tu?

Setelah beberapa jam aku menyelesaikan kerjaku, tiba-tiba datangnya encik Baek Jungwol di belakangnya.

Aku terkejut lalu berdiri menghadapnya. "ikut aku. Kita pergi tengok kilang", kata encik Baek Jungwol sambil tersenyum pelik.

Weird. Hati aku tak sedap tengok pakcik tua ni.

Aku hanya mengangguk lalu menuruti langkahnya dari belakang.

"ni proses penghasilan perabot- perabot rumah yang akan kita jual nanti", kata encik baek jungwol itu sambil menunjukkan beberapa mesin dan pekerja yang sedang melakukan kerja mereka.

"ha, ni report bulanan. Aku nak kau bagi dekat boss", katanya menyerahkan fail itu kepadaku. Aku menyambut fail itu.

Boss? Siapa ?

"Encik, siapa boss?", Tanyaku agak takut. "kau tak tahu ke? Kau dah beberapa bulan kerja pun tak kenal siapa president syarikat ni?", Katanya lantang.

Ish, aku tanya je kan. Tak payahlah marah ii. Bastard pervert!

Aku hanya mengangguk sahaja lalu pergi meninggalkan mamat tua gatal itu.  Dah tua pun gatal lagi. Tak sedar diri.

Silap ii masa tengah syok sangat buat benda tu tiba-tiba mati (oops sorry ). Biar padan muka kau.

Aku kembali tiba di syarikat. Aku menaiki lif untuk ke tingkat paling atas syarikat, tingkat 13.

Sampai sahaja di tingkat itu, aku disambut oleh penyambut tetamu. Aik.. dekat lobby pun ada penyambut tetamu. Kat sini pun ada?

Pelik.

"ya, ada apa yang saya boleh bantu?", Tanya penyambut tetamu itu.

"saya nak jumpa presiden. Nak hantar laporan bulanan kilang ", kataku menunjukkan fail  itu. Dia mengangguk lalu menunjukkan jalan ke bilik presiden.

"Cik boleh masuk", katanya lalu meninggalkanku. Pintu bilik aku ketuk.

"masuk", kata seseorang agak lemah lembut suaranya.

Aku masuk ke dalam bilik itu. Wait, tu..

"joshua? I mean jisoo?", Kataku melihat lelaki yang berada di hadapanku sekarang.

Dia tersenyum.
"or If dalam syarikat i'm presiden hong", katanya menghampiriku.

Dah lama aku tidak berjumpa dengannya. Dia juga sekarang sudah tidak menaiki bas seperti dahulu.

"ouh, presiden hong", kataku menunduk hormat kepadanya. Kepalaku diangkat.

"Nah, ni laporan bulanan kilang penghasilan perabot syarikat", kataku memberikan fail itu.

"okey", katanya menyambut fail tersebut. Aku meminta diri ingin pulang ke tempat dudukku.

"kejap", katanya membuatkan langkahku terhenti.

"kau duduk dulu. Aku nak semak fail ni. Lepas aku semak kau terus bagi pada mr. Baek", katanya melabukan punggung.

Aku hanya duduk di sofa di dalam bilik joshua. Perabot ini sangat lembut dan selesa untuk diduduki.

Of course, perabot ni perabot syarikat. Takde lagi aku jumpa syarikat buat perabot tapi pakai perabot jenama lain. Pelik namanya tu.

Aku mengamati wajah seriusnya. Amat berbeza dengan Joshua yang aku kenal di dalam bas.

Joshua yang aku kenal adalah sangat suka ketawa, charming dan suka tersenyum. Tetapi Joshua di hadapannya sekarang lain.

Dia kurang senyum dan asyik menayangkan wajah dinginnya sahaja. Kiranya aku agak bertuah kerana dapat menyaksikan kedua-dua jenis muka, si Hong jisoo.

Presiden JS home furniture company

Continue Reading

You'll Also Like

20.8K 2K 26
Cerita ini mengisahkan seorang NCTzen yg bernama Raebin. Dia hardcore Doyoung stans. Dia minat gila kt Doyoung smpai dia menulis diary dia pasal Doyo...
533 55 27
Yuzuki Taiga,seorang pelajar muda yang tidak memiliki sebarang kuasa sering dipandang rendah dan dibuli mendapat kuasa yang luar biasa secara tidak s...
1.5M 109K 60
Arash Zayden, salah seorang anggota unit pasukan khas Polis Diraja Malaysia. Pulangnya ke tanah air tanpa sebarang niat untuk menaruh rasa pada sesia...
9.8K 748 49
๐—œ ๐—ง๐—ฟ๐—ถ๐—ฒ๐—ฑ | ๐—˜๐—ท๐—ฒ๐—ป ๐—”๐—น๐—ถ . . . Remake From:- ๐—˜๐—ท๐—ฒ๐—ป ๐—”๐—น๐—ถ {๐— ๐—ถ๐˜€๐—ถ:๐— ๐˜‚๐—ฎ๐—ธ}(Unpublish) . . . "M..Mama?" . . . "Tetap kuat Ali...