Mr Annoying Vs Miss Beku

By Mademoiselle_Hawa

62K 2.7K 165

[COMPLETED✔] QAISARA ALYSHA - Seorang gadis yang pendiam, tak banyak bercakap, tidak suka bergaul dengan ora... More

Memperkenalkan Karya Baru
Bab 1 | Aku
Bab 2 | Pertemuan
Bab 3 | Bistro
Bab 4 | Kampung
Bab 5 | Mamat Annoying
Bab 6 | Qash Anaqi
Bab 7 | Dengki
Bab 8 | Sedondon
Bab 9 | Photoshoot
Bab 10 | Butterfly
Bab 11 | Cemburu
Bab 12 | Picnic
Bab 13 | Aquaphobia
Bab 14 | Kareoke
Bab 15 | Pulang
Bab 16 | Hadiah
Bab 17 | Mimpi
Bab 18 | Pengsan
Bab 19 | Panic Attack
Bab 20 | Surprise
Bab 21 | Tarawih
Bab 22 | Balik Kampung
Bab 23 | Takbir Raya
Bab 24 | Tetamu
Bab 25 | Rombongan
Bab 26 | Lamaran
Bab 27 | Ugut
Bab 28 | Keputusan
Bab 29 | Baju nikah
Bab 30 | Persiapan
Bab 31 | One Step Closer
Bab 32 | Dua Hati Bersatu
Bab 33 | Bidadari
Bab 34 | Winter Wonderland
Bab 35 | Keluarga
Bab 36 | Honeymoon
Bab 37 | Gayat
Bab 38 | Japanese Village
Bab 39 | Doa
Bab 40 | Penat
Bab 41 | Rahsia
Bab 42 | Pergi
Bab 43 | Tertekan
Bab 44 | Ego
Bab 45 | Penyesalan
Bab 46 | Pulang
Bab 47 | Patah
Bab 48 | Sedar
Bab 49 | Pinky Promise
Bab 50 | Kampung
Bab 51 | Sakit
Bab 52 | Maruah
Bab 53 | Hutan
Bab 55 | Pergi
Bab 56 | Termakbul
Bab 57 | Klinik
Bab 58 | Zuriat
Bab 59 | Mengidam
Bab 60 | New Life
Bab 61 | Happiness
Bab 62 | The End
Coffee Time with Hawa

Bab 54 | Cekak

686 32 4
By Mademoiselle_Hawa

   "WOI!"

   Tak semena-mena perbuatan tiga orang lelaki itu terhenti. Mereka terus berpaling menghadap aku yang sudah rasa ingin meletup. Pandangan mata aku jatuh pada Wawa yang terbaring lemah dan dalam ketakutan. Air matanya tidak berhenti mengalir sedari tadi. Aku dapat lihat tubuhnya sudah separuh terdedah disebabkan oleh tiga ekor syaitan yang bertopengkan manusia ini yang bertindak mengoyakkan kain baju kurung milik Wawa. Tudung Wawa juga sudah tercampak jauh. Hati aku menjadi panas apabila melihat keadaan Wawa yang hampir-hampir diperkosa itu. Dan tiga orang lelaki itu masih boleh menyeringai ketawa?

   "Apa yang korang buat ni hah?" jerkah aku keras. Mata aku tajam memerhatikan setiap seorang wajah mereka.

   "Whow! Ada lagi 'lauk' tambahan! Betul-betul rezeki kita hari ni! Lawa pulak tu!" kata salah seorang dari mereka dengan teruja. Lelaki itu mengusap dagunya perlahan. Wajah yang ditayangkan olehnya benar-benar membuatkan aku rasa ingin menyimbah asid pada muka lelaki itu.

   Oh? Rezeki kau ya? Baik. Aku nak tengok siapa yang bakal jadi 'lauk' dulu.

   "Lepaskan dia, atau korang akan sakit." tutur aku dengan intonasi nada dingin. Rasa ringan betul kaki aku ni nak sepak sorang-sorang.

   Sejurus itu, mereka bertiga melepaskan tawa dengan kuat.

   "Uuu... Garangnya cik adik ni. Takut abang dekat sini." makin giat salah seorang lelaki itu berkata-kata. Dan mereka masih ketawa.

   "Cik adik, jom lah join the club. Biar abang yang rasmi dulu eh?"

   Wah! Rasmi kepala lutut dia! Memang betul-betul tempah kubur awal dia ni.

   Aku mula mengaktifkan mod berjaga-jaga.  Fokus aku waktu ketika ini hanya tertumpu pada tiga orang manusia di hadapan aku yang bakal menjadi 'lauk' sebentar lagi. Aku hanya berdiri tegak, tiada teknik membuka langkah. Hanya wajah beku aku tayangkan.

Zapp!

   Dari ekor mata aku, aku dapat menangkap salah seorang dari mereka yang sedang mara ke arah aku. Lelaki itu cuba menyentuh pergelangan tangan aku. Dengan pantas, aku menepis tangannya dengan kasar. Terkesima lelaki itu seketika.

   "Wow, ganas. Ni yang aku suka ni! Meh sini dekat abang meh." kata seorang lagi lelaki. Dia juga sudah menapak menghampiri aku. Aku pula masih kekal berdiri dengan tenang. Mulut aku dikunci rapat.

   Tatkala tangan lelaki itu ingin menyentuh bahu aku, dengan tangkas aku menepis tangannya ke tepi dan bahagian tepi tubuhnya iaitu pinggang, aku tumbuk. Terus terundur lelaki itu ke belakang. Dia mengerang kesakitan akibat menerima tumbukan yang agak berbisa dari aku.

   "Aku dah cakap, lepas atau kau sakit." aku berkata dengan tenang.

   Lelaki itu menayangkan riak tidak puas hati. Isyarat matanya diberikan pada rakannya yang sedang menjaga Wawa sedari tadi. Rakannya itu seperti faham akan maksud isyarat mata tersebut. Lantas dia kemudian meninggalkan Wawa yang sudah duduk di atas rumput dengan keadaan diri yang tidak terurus. Lelaki itu mara ke hadapan. Paling tepat, ke arah aku.

   Aku pula masih berdiri tegak. Dan tatkala lelaki itu ingin menghadiahkan satu tumbukan pada perut aku, dengan tangkas aku menepis tumbukan itu. Perut lelaki itu aku tumbuk dan belakang lututnya aku tendang bagi menumbangkan musuh dan betis lelaki itu dipijak dengan sekuat hati.

   Lelaki itu mengerang kesakitan. Dia sudah terbaring di atas rumput.

   "Woi! Bangun lah bodoh! Tu perempuan ja kot! Lemah!" herdik rakannya geram. Ah, berlagak berani je lebih dia ni. Padahal muka tu dah seperti asam keping kecut.

   Aku pula dengan pantas berjalan secara mengundur ke arah Wawa, ingin bertindak melindunginya. Pandangan mata aku tidak lepas dari memandang ke arah mereka. Takut-takut mereka akan membuat serangan hendap terhadap aku. Wawa yang sedang duduk itu aku kerling sedikit sebelum tangan aku mula menyeluk poket seluar sukan aku. Telefon dikeluarkan lalu aku mencampakkan ke arahnya.

   "Ambil ni, telefon polis cepat." arah aku tegas. Kemudian pandangan aku kembali terarah kepada tiga orang di hadapan aku. Aku mara sedikit ke hadapan supaya Wawa tidak terkena tempias apabila aku sedang bergelut nanti. Mereka mula mengepung aku. Aku cuba fokus pada pergerakan mereka.

Zapp!

   Aku dapat menangkap satu pergerakan dari arah kanan. Lelaki itu laju mara ke arah aku. Satu tumbukan yang hampir singgah pada wajah cantik aku itu sempat aku tepis. Dan sekaligus aku dapat mematahkan serangannya. Tak cukup dengan itu, dua orang lagi rakannya pantas menghampiri aku. Ingin menyerang aku dengan serentak. Aku pula mencuba sedaya upaya untuk menepis serangan dari mereka. Sesekali itu aku membalas kembali serangan mereka demi untuk mempertahankan diri. Aku masih ingat akan pesanan Tokba sewaktu ketika aku berguru dengannya.

   "Tujuan utama Silat Cekak ni untuk mempertahankan diri kita. Jangan sesekali kita bertindak menyerang musuh terlebih dahulu. Patahkan serangan mereka menggunakan buah yang Tokba ajar Sha. Bertindak membalas serangan jika ingin pertahankan diri kita. Yang penting, kuatkan iman tu. Jangan tunjuk kelemahan Sha pada musuh."

   Benar, matlamat Silat Cekak ini ialah untuk mempertahankan diri. Berkali-kali mereka akan menekankan, sembilan puluh sembilan peratus pertahanan manakala satu peratus menyerang.

   Sedang aku sibuk menangkis serangan dari dua orang lelaki itu, tiba-tiba aku terasa belakang tengkuk aku disiku dengan kuat.

   "Argh!"

   "Sha!" jerit Wawa.

   Aku terjelepok jatuh di atas rumput. Belakang tengkuk aku dipegang. Sakit! Kurang ajar betul si gemuk ni. Tanpa berlengah, aku pantas bangun semula. Dan serentak itu aku hadiahkan side kick kepada lelaki yang menyerang hendap aku. Terus terlentang lelaki itu ke belakang. Puas hati aku!

   Belakang tengkuk aku yang mula terasa sengal-sengal itu aku abaikan. Aku lebih tertumpu pada pihak lawan yang seperti tak kenal erti mengalah itu.

   Dan sekali lagi, dari ekor mata aku. Aku dapat menangkap pergerakan seorang lagi lelaki yang sedang laju mara ke arahku ingin menyerang. Aku yang sudah bersedia itu pantas bertindak dengan tangkas.

   Reverse turning kick!

   Tepat kena pada kepala musuh. Tumbang lagi seorang! Lelaki itu mengerang kesakitan sambil memegang kepalanya. Aku tersenyum sinis.

   Mesti pembaca tertanya-tanya kan? Kenapa pergerakan yang aku lakukan ini berbeza untuk kali ni? Ya, itu bukan pergerakan silat. Tetapi, itu ialah teknik tendangan taekwando. Aku ada belajar beberapa langkah daripada Adam. Terkejut? Hah, jangan tak tahu. Adam juga mahir dalam bidang seni mempertahankan diri.

   Tiba-tiba, ketika aku masih belum bersedia. Aku terasa ada sepasang tangan kekar yang mengunci pergerakan aku dari arah belakang. Orang itu ialah si gemuk yang menyiku belakang tengkuk aku tadi.

   "Hah! Dapat pun hang. Udin! Hang ajar sikit perempuan ni. Nak tunjuk kuat sangat kan?" lelaki itu bersuara sinis. Kedua-dua belah tangan aku dikunci rapat olehnya sehingga sukar untuk aku melepaskan diri.

   Rakannya yang bernama Udin itu pantas bertindak. Dalam keadaan aku yang tidak bersedia, dia mencengkam kedua-dua belah bahu aku dan lututnya mencium perut aku dengan kuat.

   "Argh!" tertunduk aku mengerang kesakitan.

   "Alysha!" jerit Wawa yang dalam ketakutan. Dia semakin cuak melihat keadaan aku yang sudah ditangkap oleh mereka.

   "Hahahaha! Lagi Udin! Kasi ajar sikit dia ni!" makin seronok lelaki itu mengarah rakannya.

   Dan pada kali ini, aku tidak akan memberi peluang kepada mereka untuk menyerang aku. Dengan sekali hentakkan kuat kepala aku ke belakang, pegangan lelaki itu pada lengan aku terlerai begitu saja.

   "Argh! Bodoh!" jeritnya marah. Dia memegang hidungnya yang sudah berdarah akibat aku menghentakkan kepala pada batang hidungnya.

   Aku pula pantas menjauhkan diri dari mereka bertiga. Perut aku dipegang kejap. Terasa sakit yang mencucuk di bahagian bawah perut, dan sekaligus ia melemahkan tenaga aku. Dahi aku mula basah dengan peluh yang merenik. Sakit itu semakin mencengkam kuat. Liur aku ditelan dengan payah.

   Ya Allah, sakitnya. Kenapa ni?

   "Hang memang tak sayang nyawa kan? Udin, Che Mat! Hangpa bantai dia bagi lunyai!" berang lelaki itu bersuara.

   "Awat asyik kami berdua ja kena ni? Mok, hang lah pi bantai dia." rungut rakannya.

   Oh! Nama si penyangak tu Mok ya? Huh! Sesuai lah sangat dengan diri tu. Aku mengukir senyuman sinis.

   Lelaki yang bernama Mok itu mendengus kasar.

   "Tak boleh harap lah hangpa ni!" dia pantas berjalan menghampiri aku yang hampir sahaja hilang tenaga itu.

   "Selangkah lagi kau datang dekat dengan aku, aku patahkan tangan kau." keras aku memberi amaran.

   Lelaki itu hanya membalas dengan senyuman sinis. Dia lantas berlari ke arah aku. Penumbuk yang sudah dikepal itu bersedia ingin singgah di muka aku. Aku pula sudah bersedia ingin membalas serangannya. Sebaik sahaja penumbuk besar lelaki itu ingin melekat di muka aku, aku pantas menangkapnya dan dipegang kemas. Kemudian dengan tangkas aku memutarkan lengannya ke belakang. Belakang lututnya aku pijak untuk merebahkannya. Terus melutut lelaki itu sambil mengerang kesakitan akibat aku memulas tangannya ke belakang. Mengenangkan itu, semakin kuat aku memulas tangannya sehingga aku terdengar bunyi 'crack' pada tulangnya. Dan serentak itu aku melepaskan tangannya dan lelaki itu rebah. Huh, puas hati aku!

   "Mok!" jerit kedua-dua orang rakannya. Wajah masing-masing sudah kelihatan cuak melihat ketua mereka tumbang dengan mudah.

   "Jangan bergerak! Kamu semua telah dikepung!" tiba-tiba kedengaran satu suara garau yang menyapa gegendang telinga aku. Serentak itu, beberapa orang anggota polis menerpa ke arah dua orang lelaki itu yang sudah duduk melutut. Dan seorang lagi anggota polis menghampiri Mok yang sudah terbaring lemah. Kedua-dua belah tangannya digari.

   Aku melepaskan nafas lega sebaik sahaja pihak berkuasa tiba tepat pada waktunya. Aku yang sudah kehabisan tenaga itu terus merebahkan diri di atas rumput. Bahagian bawah perut aku terasa berdenyut sejak tadi. Aku mencengkam perut aku dengan kuat. Ya Allah, sakitnya...

   "Sha! Bangun Sha!" tiba-tiba kedengaran suara halus menyapa gegendang telinga aku. Pipi aku ditampar lembut.

   Nafas aku tercungap-cungap waktu ketika ini. Penglihatan mata aku pula semakin lama semakin kabur. Sakit yang mencucuk di perut akibat serangan tadi semakin membuatkan aku tidak berdaya ingin mencelik mata.

   "Sha! Bangun lah Sha! Bukak mata!" gesa suara halus itu. Namun aku tidak berdaya ingin berbuat demikian. Mata aku semakin terpejam rapat dan dunia aku menjadi gelap.

**********

Macam dah berterabur je ayat aku ni. Mata aku pun dah kabur² ni, tapi gigih jugak nak menulis. So, enjoy ya!

Don't forget to vote & share okay!

Update : 8 November 2021



  

Continue Reading

You'll Also Like

2.5M 146K 48
"You all must have heard that a ray of light is definitely visible in the darkness which takes us towards light. But what if instead of light the dev...
6.8K 384 37
Dua manusia yang memiliki kisah silam tersendiri, bertemu melalui taaruf lalu disatukan dengan ikatan perkahwinan. "You're perfect, Darma. Being vul...
7.6K 354 33
Lisa Erica seorang gadis remaja yang anti lelaki atau susah menerima lelaki di dalam hatinya.ingin menyukai seseorang yang berjantina lelaki tak pern...
3.3K 108 13
"Asal minah tu selalu pakai rantai tu eh? Buruk plus takde rupa" "Kan! Orang zaman sekarang takdenye pakai rantai macam tu. Tak pandai berfesyen lang...