Alexander Elite School: Girl...

By chaoticsera-

1.1K 193 82

Alexander Elite School.Sekolah elite yang terbuka kepada mereka yang bercita-cita tinggi untuk menjadi lebih... More

C A S T
Bab 1
Bab 2
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13

Bab 3

99 19 7
By chaoticsera-


MELIHAT keadaan sadis Amanda yang di tahan oleh Encik Gaviscon di hadapan pintu masuk membuatkan kedua orang gadis itu ketawa sampai pecah perut.

"Hah, loyar buruk lagi minah tu, karma is real"

Ellia mengelap tubir matanya. Penat gelak.

Putri menggelengkan kepalanya. Sedikit bersimpati dengan nasib Amanda.

"Sebelum Bat balik dari 'melabur saham', kau ceritalah dulu kisah macam mana kau boleh datang lambat. Misteri sungguh"

Belum pun sempat Putri membuka mulut, terdengar suara annoying yang sengaja dikepit menyerupai wanita jadian milik Yaya atau nama sebenar dalam kad pengenalan Muhammad Yazed, menjerit nyaring membuatkan seluruh penduduk kelas Sapphire terdiam.

"Guys, that devil is coming! Mission aboard! Duduk di tempat masing-masing!"

Menggelupur semuanya setelah amaran awal dikeluarkan.

Dari suasana yang hiruk-piruk kalah pasar tani di awal pagi, kini bertukar menjadi sebuah tanah perkuburan yang sunyi sepi tanpa sebarang bunyi.

Huh,memang manusia jenis munafik lagikan hipokrit.

Semua pelajar AES sedar, mereka lebih sanggup menjadi golongan munafik dari menonjolkan perangai sebenar pengikut dajjal di hadapan Pengetua digeruni ramai, yang digelar The Devil Wears Gucci .

Dah kenapa kejam sangat panggil pengetua dengan gelaran Devil?? Kalau Azazil bapak segala Jin nampak betapa menggerunkan pengetua mereka memerintah confirm dia juga tunduk menyerah diri.

Yang menyumbang kepada jenama Gucci pada separuh gelaran itu adalah kerana pengetua mereka itu memang obses dengan jenama terkenal dari Italy. Hari-hari tanpa jemu memakai koleksi Gucci dari akesesori rambut hingga high heels.

Dengar cerita, side income yang diperoleh si Devils Wear Gucci adalah dari menjual jamu awet muda. Entah betul ke tidak,mereka tidak pasti.

Click, clack, click ,clack.

Sungguh ngeri boleh dibawa ke alam mimpi bunyi seriau yang dihasilkan oleh sepasang kasut tumit tinggi milik pengetua AES bagi sebilangan pelajar yang sering di jadikan target utama.

Terlihat kelibat wanita lingkungan 40-an berpakaian serba mewah memasuki pintu masuk kelas Sapphire. Wajah yang tidak menunjukkan sebarang penuaan itu kelihatan sangat tegang tanpa mengukir segaris senyuman.

Disusuli dari belakang oleh sesosok tubuh tinggi lampai milik seorang gadis yang berpakaian uniform rasmi AES serba lengkap. Tetapi identiti gadis misteri itu tidak dapat dikenal pasti.

'Aik, pelajar baru ke?' fikir masing-masing.

Setelah kedua-duanya selamat memasuki kelas tersebut, mulalah si devils berbicara dengan suara lantang tak ubah seperti komander yang mengeluarkan arahan kepada kadet-kadet dibawahnya.

"Class, from now on you'll have a new classmates which is one of our transfer student. Kathy,please introduce yourself"

Dia menapak ke belakang untuk memberikan ruang kepada pelajar baru tersebut.

Gadis tersebut tersenyum kecil. Namun cukup untuk membuatkan para pelajar lelaki angau melihatnya.

Bukan mereka tidak pernah berjumpa dengan perempuan cantik, cuma...yelah, fresh meat. Siapa tak mahu?

"Hello everyone. My name is Katherine Cullen. I just moved back to Malaysia a month ago. By the way, I lahir dekat London. Oh, and just nak bagitau, my dad is the owner of La Vermis Collection. Alah, jenama terkenal tu, y'all mesti lah tau kan?"

Putri yang duduk betul-betul dihadapan Katherine sudah membuat muka. Perlu ke batak sangat?

Eh, jap.

Matanya disepetkan.

'Macam pernah nampak muka kerek ni...tapi dimana eh?' desis Putri.

Dia cuba menggali memori yang berkaitan dengan gadis tinggi dihadapannya itu.

Dia dah ingat!

Itulah hantu galah yang langgar dia dekat korridor tadi!

Putri mahu bergossip dengan Ellia namun untuk mengulam ketupat dihadapan Devils kelihatan amatlah berisiko tinggi. Ini serupa macam mau menggali kubur sendiri.

Seriau Putri dibuatnya. Dalam Putri keresahan macam cacing kepanasan, Ellia yang duduk di barisan belakang sudah pun menahan ketawa.

Sungguh, dia terhibur dengan pengenalan diri Miss London sebentar tadi.boleh dah ni kalau nak jadi the next Oil London.

"Pssst, kau tak rasa ke dia ni lawak?" Ellia menyiku lengan deskmate nya, Tahriq.

Tahriq mengangkat kening. Lalu dia tersengih sinis. Same mind think alike.

"Agreed"

"Bahasa dia tu takleh rojak lagi ke?pftt-"

Memang dia suka membawang dengan Tahriq sebab jejaka itu pun boleh tahan pedasnya. Bila buku bertemu ruas hah, meletop gituw.

Nampak je pendiam tapi dia tu diam-diam ubi berisi. Ellia menggelengkan kepalanya.

Saat Katherine meneruskan pengenalan tentang tujuh keturunannya, mata Devils Wear Gucci tajam mengscan keseluruhan ceruk kelas.

Tidak terlepas walau sekecil habuk pun kesalahan di bawah pengawasan mata ultra sonic miliknya.

Bingo. Kedudukan target di kenalpasti.

"Wilda, I saw what are you doing back there"

Semua mata terarah ke si pelaku yang dipanggil namanya. Oh,sungguh malang sekali nasibnya.

Katherine terdiam. Dia memuncungkan bibir. Kenapa semua orang tidak menumpukan perhatian mereka kepadanya?

Matanya ikut serta memandang si pesalah yang menyebabkan dirinya tidak lagi menjadi tumpuan. Egonya tercalar.

Wilda yang diseru terus terkaku.

"E-err, I c-can explain...it's a m-misunderstading," suaranya kedengaran sungguh panik.

Tangan kanannya yang setia memegang 'barang terlarang' itu menggigil kesejukan.

Kening si devils terangkat naik. Segaris senyuman umpama badut IT terukir di wajahnya.

Habis meremang bulu roma mereka semua. Dalam hati tidak putus-putus berdoa agar masa berlalu dengan pantas.

Tidak bentah lagi mereka mahu berada dalam satu bilik dengan the devils ini. Bagi satu juta pun mereka tak hingin!

Ingatkan semua ini akan berakhir dengan menyambut pelajar baru tanpa ada drama sinetron, namun ada pulak yang terkantoi!

"Don't you ever lie to me,young lady. I saw you secretly eating at the back. You know the rules..."

Serta-merta wajah itu kembali berubah kepada asal. Kosong tanpa sebarang emosi.

Click,clack,click,clack.

Dia berjalan melepasi satu persatu pelajar kelas Sapphire sehingga tiba di tempat duduk Wilda.

Putri yang duduk di kerusi hadapan menghadap white board, hanya mampu melemparkan pandangan penuh simpati.

"Nur Wilda Laila binti Dato' Johari. Kamu akan dikenakan tindakan tatatertib atas perlakuan kamu. I expect you in my office later on," tegas sekali si Devils berbicara tanpa memberikan sebarang ruang untuk berkompromi.

Wilda mengangguk perlahan. Kepalanya ditunduk memandang roti sandwich telur yang baru separuh dijamahnya secara senyap-senyap di belakang kelas.

Itulah 'barang terlarang' yang diseludup masuk ke dalam kelas. Sekeping roti sandwich telur.

Masakan dia mampu bertahan dengan perut kosong? Hanya kerana pada pagi itu,dia terlambat untuk bersarapan mengakibatkan dirinya terjerumus ke dalam kesalahan melanggar peraturan sekolah.

"Good. Now I had to go. Korang bolelah susun kedudukan tempat sementara tiada guru yang masuk. But remember...." Suaranya sengaja dileretkan. Seakan menanti sesuatu.

"Don't make a loud noises or else we shall perish"

Keseluruhan pelajar kelas Sapphire mengulang ayat yang dah terpahat jauh dalam minda akan peraturan nan satu itu.

Continue Reading

You'll Also Like

191K 12.5K 67
Book 3 Keseronokkan jalan cerita tidak bergantung pada nilai pembacanya, tetapi pada si penulisnya. - Mengejar Hadi Ehsan adalah hobi bagi Hana Hayla...
7.9K 1.8K 23
Spin-off | ADORE (ft. FUTURE) Loving you is healing me 9 Mac 2024
1.7M 93K 54
โŒDILARANG SAMA SEKALI DARI MENIRU CERITA INI. โ—CERITA INI 100% DIKERAH OLEH OTAK SAYA. Akibat daripada sikap Rizq Haikal, Hanin Sofea terpaksa menj...
1.2M 93.9K 96
Menjadi mangsa buli merupakan satu perkara lazim baginya apabila menjejakkan kaki di sekolah baru. Baginya, semua benda yang jadi adalah perkara yang...