Alexander Elite School: Girl...

By chaoticsera-

1.2K 193 82

Alexander Elite School.Sekolah elite yang terbuka kepada mereka yang bercita-cita tinggi untuk menjadi lebih... More

C A S T
Bab 1
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13

Bab 2

93 22 6
By chaoticsera-

"OI,MAKCIK! kau mencicit lari macam lipas kudung ni,apahal? Kena kejar dengan Hantu Kak Limah ke?"

Mendengar suara yang sangat dikenali lagi menyakitkan hati, Putri segera menekan butang auto brek.

Dia berpaling ke belakang melihat sahabat sejati sehidup semati, Ellia Natasha menggaru-garu kepala sambil memandangnya dengan pelik.

"Kan sekarang ni waktu kedua. Aku nak kena pergi bilik Seni lah! Kau asal releks semacam ni? Tak takut ke Encik Ramlee marah?"

Bertubi-tubi Putri menyerang Ellia dengan soalan.

"Minah, kau salah makan ubat ni. Kelas pagi tadi Mrs.Wong cancel lah. Dia suruh kita buat kerja masing-masing. Tak tengok Whatsapp ke?"

Pertanyaaan Ellia menyedarkan Putri yang masih cuba untuk  memproses maklumat terkini.

"Kau cuba nak prank aku ke? Setahu aku April Fool dah lepas"

Ellia menjungkitkan bahunya.

"Suka hatilah nak percaya ke tak. Kalau susah sangat kau tengoklah sendiri"

Putri membulatkan mata.

Tangan sebelah kanan laju menyeluk ke dalam poket skirt bercorak petak-petak labuh melepasi bawah lutut. Ditarik keluar iPhone 12 pro max miliknya.

Aplikasi WhatsApp ditekan. Chat group kelas mereka segera dibaca.

[6/12, 8:02AM]
Mrs.Wong: Attention class, due to a certain reason I'm unable to teach you guys for today so our class will be canceled. Monitor please take care of your classmates.

[6/12, 8:03AM]
Ryaan@monitor: Roger Madam.

[6/12, 8:04AM]
ElliaSengalSo, are we free to do anything during your time,Madam?

[6/12, 8:04AM]
Mrs.Wong: yes you can. Any questions?

[6/12, 8:04AM]
Ariel: takde

"Habis kelas Encik Ramlee pulak?"

Ellia menepuk dahi.  Sahlah temannya nan seorang ini terkena sampuk . Kenapalah dia merapu benda yang bukan-bukan.

"Oi, mana ada kelas seni harini. Lusa baru ada. Kau kenapa nyah?"

"Eh, tadi Hayden pesan kat aku kena pergi bilik Seni..."

"Yang kau pergi dengar cakap dia asal? Dia dengan kita sama grade ke? Tak kan? We're eleventh grade , his above us. Berbeza tau?"

"Ohhh..."

Serupa macam kanak-kanak tadika yang baru mengenali abjad, dia memberikan reaksi ke atas penjelasan ringkas Ellia.

" Bodoh tu simpan sikit untuk hari tua.Jangan tunjukkan sangat boleh tak?"

Putri mencebik saat mendengar sindiran  Ellia.

"Eleh,panggil orang bodoh pulak dia ni. Okay, takpe, takpe...lepas ni aku tak nak tolong kau buat homework kau yang berlambak tu. Buatlah sendiri!"

Putri kemudian melangkah pergi. Dagunya didongak sedikit ke atas.muka cemberut segera ditayang.

Ellia mengejar dari belakang.

"Alah, Rania janganlah begitu rakanku...aku memain je. Please?" Pujuk Ellia.

"Hmph! Takkan ku maafkan mu, dasar kawan derhaka"

Ellia ketawa terbahak-bahak.

" Mana datang perumpamaan kawan derhaka tu? Setahu aku anak derhaka je wujud"

" Sukati akulah! Aku sendiri yang wujud kan seminit yang lepas"

Ellia menggelengkan kepalanya. Kalau tak mengarut sehari memang bukan Tengku Putri Ranialah jawabnya.

"Ada-ada sahaja jawapan kau ni"

"Eh, dahlah aku nak sambung merajuk. Don't talk to me"

══★    ✧   ✫      ✭   ✫══

BELUM sempat mereka berdua melangkah memasuki kelas Sapphire, rakan mereka Amanda Batrisya sudah menjerit dari dalam.

"Sampai sudah makcik kita ni, aku ingatkan tadi nak bentang karpet merah depan pintu kelas untuk sambut korang" Dia melambai-lambaikan tangan dengan riak wajah seriang kanak-kanak Ribena.

Beberapa pasang mata memandang ke arah Putri dengan Ellia.

Wajah putih bersih Putri segera memerah. Manakala Ellia masih lagi mengekalkan riak  wajah selamba.

"Ish,beruk seekor ni tak tahu malu ke menjerit-jerit macam monyet?" Soal Putri kepada Ellia dengan nada perlahan. Buku teks diangkat menutupi muka.

Dia pulak yang terasa malu bagi pihak rakannya.

Ellia menjugkit bahu.Tiada yang pelik dekat Amanda pada pengamatannya. Budak tu biasa sahaja. Selalunya memang perangai terlebih minum air Yakult.

Amanda berjalan mendekati meja Putri.

Setibanya dia di meja Putri, Amanda menyoal,

"Asal kau tutup muka kau,Nia?"

Berkerut dahi Amanda melihat rakannya berkelakuan seperti celebriti yang kena tangkap gambarnya dengan paparazzi.

"Sebab kaulah" desis Putri. Dia segera  melabuhkan punggungnya di tempat duduk bersebelahan Anne yang rancak berbual dengan Ruby tentang apatah.

"Eh, salah aku ke?" Jari telunjuk ditunding ke batang hidungnya sendiri. Wajahnya jelas keliru.

"Biarkanlah dia Bat. Mood dia tengah swing tu"

"Asal?"

"Kau tanyalah dia sendiri"

Amanda tersengih. Dia mencucuk lengan Ellia lalu berbisik,

"Aku takutlah nanti kena sembur. Kaulah cerita apa yang terjadi"

"Hah ceritanya..." Sengaja Ellia meleretkan suaranya.

Amanda teruja untuk mendengar alkisah Putri.

"Ceritanya,aku pun tak tahu" tergelak Ellia melihat wajah Amanda yang bertukar dari ceria menjadi tapai basi.

"Kalau tak tahu baik tak payah cerita"  Amanda memeluk tubuhnya. Kepala dipaling ke tepi. Merajuk.

"Korang kalau nak bising sila pm  tepi boleh tak? Aku nak study pun tak tenang" Putri membuat muka toya. Pen ditangan digengam erat.

Ikutkan hati, dah lama dia pacakkan pen berjenama Faber Castell dekat kepala mereka berdua ni.

" Eh Rania, yang kitaorang bisingkan ni pasal kau jugak. Kau kena ambil port"

"Haah, apahal kau datang lambat harini? Selalunya kaulah manusia pertama yang terpacak dekat sekolah ni. Pak guard belum bukak pintu kau dah menyibuk" sampuk Amanda.

"Please don't remind me about earlier incident. Seriau aku dibuatnya" Putri mengurut dahinya yang  dirasakan seperti berdenyut-denyut.

Ellia menepuk bahu Putri dengan perlahan.

" Kau ok tak? Kenapa kau urut dahi kau?"

Sesekali tunjukkan sisi keprihatinannya tak salah kan?

Amanda berteriak teruja,

"Apa? Anda sakit kepala? Pusing-pusing itu macam? Ambillah Panadol Active Fast!"

"Cibai lu"

Amanda menandah tangan ke langit. Tubir mata berlinangan  dengan butiran air mata yang di titikkan Eye Mo sebentar tadi.

"Ya Tuhan, kau bukakanlah pintu hati buatnya supaya menerima hidayah darimu..."

"Bat, sebelum pemadam extra large  ni aku sumbat dalam lubang hidung kau...baik kau diam" mata Putri mencerlung tajam ke arah Amanda.

Pemadam sebesar bola golf  di genggam penuh dendam. Sudah terbayang di layar minda pemadam itu disumbat ke dalam lubang hidung mancung milik rakannya berkali-kali.

"Hehehehe"

Amanda menggaru messy bun nya. Kepala terasa agak gatal. Melihat pandangan Putri yang sudah serupa pembunuh bersiri yang telah banyak buat kerja clean membunuh orang, membuatkan perutnya berkocak hebat.

"Tulah kau memain lagi. Aku dah warning  awal-awal, mood  dia tengah tak baik kau lagi kacau,"sampuk Ellia.

"Err, girls  aku rasa panggilan pulau semakin mendekati. Gerak lu, apa-apa hal roger back"

Kerusi di tolak ganas. Nasib tak terlangkup kerusi plastik tu. Amanda  menapak keluar secara tergesa-gesa.

Belum sempat dia memecut lari, gadis itu ditahan di hadapan pintu masuk oleh seseorang.

'Aduh, siapa pulak lah yang bercita-cita tinggi nak jadi Tembok Besar China depan pintu ni?' keluh Amanda dalam hati.

Tak sempat nak maki, dia teguk balik ayat 'berbunga' jauh terus ke dasar anak tekak.

"Eh, kamu nak pergi mana?"

Guru lelaki pertengahan umur itu bertanya kepada Amanda.

'Shit,nasib tak mencarut depan Encik Gaviscon'

Amanda tersengih malu. Perut ditekan dengan kuat. Dahi sudah berpeluh-peluh sebab sedari tadi dia menahan senak.

"Uh, number two is calling,sir"

Special tag ❤️ cuz you made my day goodnessofwomen

Continue Reading

You'll Also Like

75.3K 4.9K 63
Nur Puteri Gardenia Rose, berusia 28 tahun. Seorang guru yang cemerlang dan berdidikasi. Hidupnya sempurna, ada rumah, kereta sendiri, pekerjaan yang...
414K 17.7K 48
[COMPLETED] Badboy? Dengar saja gelaran itu pasti kita boleh membayangkan tingkah lakunya bagaimana. Mestilah seseorang yang sering melakukan masalah...
788K 41.3K 79
TENGKU AREENA ARISYA seorang gadis yang mempunyai rupa paras wanita arab. Hanya melihat rupa paras sahaja sudah dapat membuat jejaka di luar sana tid...
261K 11.1K 95
"Aku sayang Eshal sehingga hujung nyawa. Tapi, aku sayang kau buat selamanya" FAREL GIBRAN "The mark of a true crush... is that you fall in love firs...