Mr Annoying Vs Miss Beku

By Mademoiselle_Hawa

62.1K 2.7K 165

[COMPLETED✔] QAISARA ALYSHA - Seorang gadis yang pendiam, tak banyak bercakap, tidak suka bergaul dengan ora... More

Memperkenalkan Karya Baru
Bab 1 | Aku
Bab 2 | Pertemuan
Bab 3 | Bistro
Bab 4 | Kampung
Bab 5 | Mamat Annoying
Bab 6 | Qash Anaqi
Bab 7 | Dengki
Bab 8 | Sedondon
Bab 9 | Photoshoot
Bab 10 | Butterfly
Bab 11 | Cemburu
Bab 12 | Picnic
Bab 13 | Aquaphobia
Bab 14 | Kareoke
Bab 15 | Pulang
Bab 16 | Hadiah
Bab 17 | Mimpi
Bab 18 | Pengsan
Bab 19 | Panic Attack
Bab 20 | Surprise
Bab 21 | Tarawih
Bab 22 | Balik Kampung
Bab 23 | Takbir Raya
Bab 24 | Tetamu
Bab 25 | Rombongan
Bab 26 | Lamaran
Bab 27 | Ugut
Bab 28 | Keputusan
Bab 29 | Baju nikah
Bab 30 | Persiapan
Bab 31 | One Step Closer
Bab 32 | Dua Hati Bersatu
Bab 33 | Bidadari
Bab 34 | Winter Wonderland
Bab 35 | Keluarga
Bab 36 | Honeymoon
Bab 37 | Gayat
Bab 38 | Japanese Village
Bab 39 | Doa
Bab 40 | Penat
Bab 41 | Rahsia
Bab 42 | Pergi
Bab 43 | Tertekan
Bab 44 | Ego
Bab 45 | Penyesalan
Bab 46 | Pulang
Bab 47 | Patah
Bab 48 | Sedar
Bab 49 | Pinky Promise
Bab 50 | Kampung
Bab 51 | Sakit
Bab 53 | Hutan
Bab 54 | Cekak
Bab 55 | Pergi
Bab 56 | Termakbul
Bab 57 | Klinik
Bab 58 | Zuriat
Bab 59 | Mengidam
Bab 60 | New Life
Bab 61 | Happiness
Bab 62 | The End
Coffee Time with Hawa

Bab 52 | Maruah

757 31 2
By Mademoiselle_Hawa

   "ASTAGHFIRULLAHALAZIM, apa yang hangpa berdua buat ni?" tinggi intonasi suara milik Maktok memenuhi di segenap ruang bilik itu.

   Aku di muka pintu masih tercengang. Kedua-dua wajah itu aku pandang dengan perasaan yang bercelaru. Qash di katil sedang duduk, wajahnya kelihatan merona merah. Tiada secalit senyuman langsung yang menghiasi bibirnya. Manakala Wawa yang sedang berdiri pula terkaku dengan wajahnya yang sudah pucat.

   Maktok dengan wajahnya yang garang, dia melangkah masuk ke dalam kamar tidur aku. Pak ngah dengan mak ngah juga turut mengikuti langkah Maktok.

   "Wawa, pasai apa ni? Dia buat apa dekat hang? Hah?" serbu pak ngah juga kelihatan marah.

   Wawa di situ seperti takut-takut untuk bersuara. Lagi-lagi apabila terpandang wajah Maktok yang berubah ketara menjadi serius.

   "Qash... Dia.. Dia cuba nak..." Wawa takut-takut ingin bersuara.

   Mak ngah pula sepantas kilat mengalihkan pandangannya ke arah Qash.

   "Eh, hang nak buat apa dekat anak aku, hah? Cakap!" sembur mak ngah bengis.

   "Mak ngah tanya saya? Mak ngah tanya lah dengan anak kesayangan mak ngah ni! Apa yang dia buat dekat dalam bilik ni!" sembur Qash. Urat di dahinya timbul oleh kerana menahan amarah.

   "Wawa! Apa kamu buat dekat sini? Mak kamu cakap kamu tak sihat. Ni, macam mana kamu boleh ada dekat sini?" soal Maktok garang.

   "Wawa... Err... Wawa...,"

   "Wawa, wawa apa? Hah? Tiba-tiba dah jadi gagap? Cerita lah dekat diorang apa yang kau buat tadi! Kau jangan nak cuba reka cerita eh! Yang kau suka-suka hati masuk dalam bilik aku ni, lepas tu pegang-pegang aku masa aku tengah tidur tu kenapa? Apa kau dah gatal sangat?" tempik Qash berang. Dia yang masih duduk di katil itu tidak mampu berbuat apa-apa memandangkan keadaan kakinya masih belum sembuh.

   "Eh Qash! Hang jangan sesuka hati nak tuduh anak aku yang bukan-bukan ya! Aku kenal anak aku! Entah-entah hang yang panggil dia datang sini. Lepas tu, nak buat benda yang bukan-bukan dekat anak aku. Jangan nak buat fitnah!" herdik mak ngah. Mukanya kelihatan bengis.

   "Fitnah apanya mak ngah? Dah kenapa pulak saya nak kena panggil dia datang sini? Saya tak bodoh lagi lah mak ngah. Mak ngah pergi lah tanya sesiapa dekat luar tu. Mesti ada orang nampak dia masuk dalam rumah ni!" balas Qash cuba membela diri.

   "Sudah!" tempik Maktok sekaligus menghentikan pertengkaran tersebut. Satu persatu wajah di dalam bilik itu ditenungnya. Kemudian pandangannya terhenti pada Wawa.

   "Ni, Maktok nak tanya betul-betul dengan Wawa. Wawa buat apa dekat sini? Jangan nak cuba tipu Maktok." keras suara Maktok menyoal.

   Wawa jeda seketika. Dia hanya menekur lantai sedari tadi.

   "Wa... Wawa datang sini sebab... Nak jumpa dengan Maktok. Tapi... tak tahu pulak... Maktok dengan Sha takda dekat rumah." jawabnya perlahan.

   Terbit ketawa sinis dari bibir Qash.

   "Hebat permainan kau kan? Kau ingat semua orang bodoh macam kau ke? Kau bukan tak tahu Maktok takda dekat rumah, kan? Kau tahu! Mesti kau dah tahu daripada mak ngah! Jangan nak berdalih lah!"

   "Qash! Bawa mengucap. Jangan terlalu ikutkan perasaan marah tu. Sabar..." sampuk Maktok cuba menenangkan cucunya. Qash mendengus kasar.

   "Habis tu, awat hang ada dalam bilik ni?" tambah Maktok lagi. Dia memandang tepat ke arah Wawa.

   "Err... Wawa.. Wawa nak.. cari Sha... seba..,"

Pang!

   Semua di situ terkedu melihat tindakan yang tak disangka oleh aku. Dada aku berombak hebat. Nafas aku turun naik. Mata aku menikam tajam ke arah Wawa yang tercengang menerima tamparan hebat dari aku.

   "Aku dah lama bersabar dengan kau tahu!" lantang aku bersuara.

   Jeda.

   "Alasan apa lagi yang kau nak bagi? Hah Wawa? Apa masalah kau? Tak habis-habis nak menyusahkan hidup aku! Lepas tu, kau nak buat fitnah pulak tentang Qash? Serius, kau memang dah melampau!" tengking aku lantang. Wawa pula sudah mengalirkan air mata. Tapi aku sedikit pun tak ada rasa simpati.

   Tiba-tiba aku terasa bahu aku ditolak kasar. Terundur aku ke belakang.

   "Berani hang tampar anak aku! Hang tau tak, tangan hang tu tak layak nak sentuh anak aku! Dasar budak tak guna!" amuk mak ngah.

   "Leha!" tempik Maktok lantang.

   "Memang dia layak kena macam tu! Mak ngah tak nampak ke apa yang dia dah buat? Tahu tak perkara ni boleh timbulkan fitnah? Orang yang dia cuba kacau tu, suami saya tahu mak ngah!" hambur aku berang. Pada waktu sekarang ini, aku memang tak mampu untuk mengawal rasa amarah aku.

   "Hey! Hang cakap baik-baik sikit! Jangan nak menuduh anak aku yang bukan-bukan! Hang tu yang tak pandai jaga suami hang! Dah ber bini, tapi nak menggatal dengan anak aku!" cemuh mak ngah.

   Aku dengan pantas berjalan menuju ke arah Qash. Seluruh tubuh Qash ditunjuk.

   "Mak ngah tengok ni. Mak ngah rasa dengan keadaan Qash yang macam ni, ada nampak yang Qash bersalah ke dalam hal ni? Hah mak ngah?"

   Jeda. Tiada jawapan dari mak ngah mahupun sesiapa.

   "Saya bukan nak menuduh. Tapi Che Som sendiri pun nampak yang Wawa sendiri datang ke sini masa Sha dengan Maktok takda di rumah. Cuma masa tu, Che Som tak halang Wawa sebab dia sangkakan yang saya dengan Maktok ada di rumah. Wawa bukan tak tahu yang Sha dengan Maktok pergi kenduri. Mak ngah dengan pak ngah mesti ada bagitahu dia, betul kan? Dan pak ngah juga ada cakap yang Wawa tak berapa sihat tadi. Jadi, aku nak tanya kau Wawa. Betul ke kau tak sihat?" soal aku dengan wajah yang serius.

   Lima pasang mata itu memandang ke arah Wawa. Wawa pula sedari tadi hanya menekur lantai. Dia diam tidak menjawab.

   "Kenapa diam? Sebab kau tahu yang semua tu cuma tipu helah kau je, kan? Haha, kau memang pandai berlakon Wawa... Tapi tak cukup pandai. Kau fikir apa, hah? Kau masuk dalam bilik ni, lepas tu nak kena tangkap basah? Oh, atau kau cuba nak pikat Qash ni? Macam tu ke Wawa?" tinggi intonasi suara aku ketika itu.

   Jeda lagi.

   "Selama ni, aku diam bila korang buat macam-macam pada aku. Aku masih boleh bersabar. Sebab apa? Sebab aku masih ada rasa hormat pada mak dengan ayah kau. Aku hormat pak ngah dengan mak ngah walaupun aku dilayan macam sampah! Tapi kali ni, bila kau dah libatkan orang yang sanggup bersusah senang dengan aku, you've already crossed the line.

   Dan Sha nak minta maaf kepada pak ngah dan mak ngah sebab saya dah ter kurang ajar kali ni. Saya ni pun manusia, ada hati dan perasaan. Tahap kesabaran saya, ada batas dia. Dan kalau mak ngah masih rasa yang saya ni menuduh anak mak ngah, terus terang saya cakap yang saya ada bukti. Saya ada bukti yang selama ni Wawa pernah ganggu Qash. Dia memang ada niat nak rosakkan hubungan saya dengan Qash. Qash dah ceritakan semuanya pada saya. Tapi saya masih diam. Sebab apa? Sebab saya tak nak keruhkan lagi keadaan. Saya tak nak mak ngah dan pak ngah terus bencikan saya. Tapi apa yang saya dapat? Benda ni. Darang daging saya sendiri yang cuba nak rosakkan rumah tangga saya. Mak ngah rasa saya masih lagi boleh bersabar ke?" tutur aku panjang lebar. Dada aku turun naik menahan rasa sakit di hati. Memang hati aku terasa sakit sangat sekarang ni. Aku betul-betul tak sangka yang Wawa sanggup buat perkara bodoh ni.

   Maktok menghampiri aku. Belakang badan aku diusapnya perlahan. Cuba menenangkan aku. Aku pula sedari tadi sedang mencuba sedaya upaya untuk mengawal perasaan amarah. Sebelum ini, aku tak pernah bersuara demi untuk membela diri aku. Malah aku hanya membiarkan tindakan yang mereka lakukan terhadap aku. Tetapi kali ni, aku tidak dapat membendung lagi segala yang terbuku di hati.

   Mak ngah, pak ngah dan Wawa hanya diam tidak menjawab. Mulut masing-masing seperti terkunci rapat.

   "Sekali lagi Sha nak minta maaf sebab dah terkasar bahasa dengan pak ngah dan mak ngah. Dan, Wawa.." ayat aku tergantung di situ.

   Wawa mengangkat mukanya memandang ke arah aku.

   "Kau, sebagai perempuan yang dipandang dengan sifat penuh sopan santun oleh orang kampung, tolong lah jaga air muka kau sendiri. Lagi-lagi air muka mak dengan ayah kau. Jangan cuba bodohkan diri hanya sebab perasaan bodoh kau tu. Dan jangan letakkan maruah kau tu dekat telapak kaki kau. Qash ni, suami aku. Kau kena hadam benda tu. Kau sendiri tahu apa hukumnya bila kau cuba nak rosakkan rumah tangga orang. Aku tahu, kau tak pernah sukakan aku. Dan aku tak pernah ambil kisah. Tapi jangan sampai buat perkara terkutuk tu. Perkara yang boleh menampakkan yang diri kau tu, murah." tegas aku bersuara. Tiada langsung secalit senyuman di bibir aku.

   Jeda. Suasana di dalam bilik itu terasa dingin dan tegang.

   "Sudah. Maktok tak mahu perkara ni berulang lagi. Wawa, Maktok harap apa yang berlaku hari ni boleh sedarkan hang. Ingat Allah, jangan terlampau ikutkan bisikan syaitan dan nafsu. Buruk padahnya dikemudian hari. Leha, Kamal, bawa Wawa balik." bicara Maktok tegas sekaligus memecahkan suasana dingin ketika itu.

   Dan tanpa sebarang kata, mak ngah menarik Wawa keluar dari kamar tidur aku bersama dengan pak ngah. Sejurus itu, aku terus terduduk lemah di birai katil. Satu keluhan dilepaskan.

   Maktok memandang aku dengan pandangan simpati. Dia mengusap bahu aku perlahan.

   "Maktok minta maaf bagi pihak Wawa. Dan Qash, Maktok harap Qash dapat maafkan cucu Maktok tu. Maktok tahu, apa yang dia buat ni semua salah." ujar Maktok tenang. Qash hanya mengangguk kecil.

   Aku pula hanya jeda. Tiada sebarang kata-kata yang mampu keluar dari mulut.

   "Maktok keluar dulu ya? Sha, bawa mengucap. Jangan terlampau ikutkan perasaan marah tu." ujar Maktok seraya mengusap kepala aku yang masih dilindungi dengan tudung. Kemudian dia terus berlalu keluar dari kamar.

   Dan suasana di dalam bilik itu kembali sepi. Hanya bunyi bilah kipas yang sedang berpusing sahaja yang mengisi suasana sepi itu.

   "Kalau saya tak pergi kenduri tu, mesti perkara ni tak akan terjadi." gumam aku perlahan.

   Qash yang sedang duduk bersandar di kepala katil itu perlahan-lahan mengesot dan duduk di birai katil. Paling tepat, di sisi aku.

   "It's not you fault Qaisara. Wawa memang dah berniat nak buat macam tu. Dan saya minta maaf kalau perkara tadi dah buatkan awak rasa ragu-ragu pada saya. Tapi sumpah, bukan saya yang panggil dia datang ke sini." jelas Qash.

   "Saya memang terkejut sangat bila saya nampak Wawa ada dalam bilik ni. Saya tak tahu macam mana dia masuk. Saya tengah tidur masa tu. Tiba-tiba saya terasa macam ada tangan yang sentuh rambut dan muka saya. Saya terus bangun sebab terkejut. Saya rasa marah sangat masa tu. Wawa langsung tak nak keluar dari sini. Saya pulak tak mampu nak buat apa-apa disebabkan oleh keadaan saya yang macam ni. Saya minta maaf kalau awak dah hilang kepercayaan terhadap saya. Sumpah, apa yang saya cakap ni perkara yang betul." sambungnya.

   Aku menggeleng kecil.

   "I trust you. Saya memang dah dapat rasa yang Wawa memang ada niat tak baik pada awak. Sebab tu saya rasa serba salah nak tinggalkan awak tadi. Dia memang dah rancang. Bukan salah awak."

   Qash menarik senyuman kecil. Tangan aku digenggamnya.

   "Terima kasih sebab percayakan saya. Allah je tahu macam mana perasaan saya tadi. Saya takut sangat kalau awak tak percayakan saya." ucapnya ikhlas.

   Aku membalas genggaman tangannya. Aku bersyukur kerana aku tak terburu-buru menunding jari pada sesiapa tadi. Memang nampak yang Wawa bersalah dalam hal ini. Dan jujur aku katakan, aku masih terasa sebal dengan tindakan Wawa. Sanggup dia cuba buat perkara terkutuk tu hanya kerana perasaan bodoh dia tu. Kenapa aku cakap bodoh? Kerana perasaan Wawa itu bukan berdasarkan cinta, tetapi nafsu semata-mata.

   Ya Allah, kau lindungilah rumah tangga aku dari sebarang hasad dengki manusia.

**********

Aaaa entah apa lah yang aku tulis ni. Harap masih tak mengarut :)

Btw jangan lupa vote okie!

Update : 30 october 2021

  

  

Continue Reading

You'll Also Like

25.2K 1.4K 60
Aisha Amalia seorang anak perempuan sulung dalam keluarga Megat Helmie. Dia bekerja keras demi sebutir nasi untuk dirinya dan 3 orang lelaki adiknya...
236K 6.4K 80
Luthfan Darren x Maya Darena Tidak semua orang mampu untuk menjalani kehidupan yang penuh cabaran seperti Maya Darena, seorang anak tunggal yang kehi...
7.7K 355 33
Lisa Erica seorang gadis remaja yang anti lelaki atau susah menerima lelaki di dalam hatinya.ingin menyukai seseorang yang berjantina lelaki tak pern...
2.6M 150K 48
"You all must have heard that a ray of light is definitely visible in the darkness which takes us towards light. But what if instead of light the dev...