Lelaki Untuk Nellya

By dreyaaa_

549K 27.2K 1.4K

Lelaki Untuk Nellya. Nellya hanyalah seorang gadis biasa yang mempunyai crush bad boy Jimmy. Satu sekolah tah... More

PENGENALAN
🌼🌼🌼
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
Bukan update🏁
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼End
Special chap 1
Special chap 2

🌼LUN

7.7K 407 10
By dreyaaa_

     "Ish apa ni, aku baru je nak tidur"Nell mencebik

Mana taknya , hari minggu macam ni ajak pergi panjat bukit la

"Aku nak tido la"rengek Nell di seat  belakang kereta

"Aku dah tempah baik punya, Kau tak payah bayar la Nell"kata Dino

"Best nya, tidur dalam khemah pulak tu"kata Meyra

Dalam khemah??? Ni malas ni

"Ya Allah kenapa lah begini , nanti dah sampai kejut aku"kata Nell

"Okay Nell , tidur lah dulu"balas Dino

Nell mengangguk kepala lalu mata di pejam, mengantuk.

"Alah Nell, aku baru nak berborak , kau ni , sekarang baru  6 setengah"kata Meyra

"Aku lepuk muka kau nanti , bagi aku tidur kejap"kata Nell

Meyra hanya tersengih

"Weh, diorang ikut sekali ke?"bisik Meyra kepada Rara dan Dino di hadapan

Rara mengangguk

Nell pula sudah tertidur agaknya di belakang

"Ish tapi kan..Emir mesti bawa girlfriend dia kan"kata Meyra sedih

"Alah ,kau jangan lah sedih...aku dah ada plan baik punya, kau tunggu je nanti , kan dino"kata Rara

"Plan apa? "Soal Meyraceria balik

"Adalah"balas Rara dan Dino serentak

"Tu lah kau, lambat sangat "kata Dino

"Habis kau, cepat sangat lah?"soal Meyra lalu menjeling

"Aku tak apa, aku nak single"kata Dino , matanya masih fokus kehadapan

"Gi mampos la dengan single kau tu, pastu nanti tiba tiba cakap dah taken"balas Meyra

"Kalau dah sampai jodoh, taken la"balas Dino lagi

Setelah lebih satu jam, akhirnya mereka sampai di destinasi mereka

"Nell, bangun lah, tidur je kerja kau "Meyra mengejut Nell dari lena

"Ish , ya bangun lah ni, dah sampai ke?"soal Nell matanya melilau di sekitar

"Ya dah sampai lah ni"balas Dino

Nell keluar dari kereta Dino , baru sahaja keluar , dirinya di sapa seseorang

"Hai safura, lama tak jumpa"tegur Daeng

Nell memandang ke arah Dino, omg seriously ?

"Ha lama tak jumpa"balas Nell

"Ouh aku lupa nak bagitahu, diorang pun join sekali"balas Dino sambil tersengih

Bukan lupa, tapi dia memang sengaja tak nak bagitahu aku, tak guna punya member

"Hai semua"tegur Emir pula, Emir kini datang bersama Jimmy dan Kasyaf

Turut ada dua orang gadis di belakangnya

"Ni girlfriend aku ratna, dia bawa kawan dia sekali, tak apa kan ?"soal Emir

"Tak apa sebab kitorang pun bawa kawan sekampus kitorang"balas Dino

Nell pula hanya mendengar

"Dino"tegur lelaki di belakang

Nell memusingkan badan , seperti ku kenali

"Ha tu dah sampai"kata Dino lalu melambai ke arah dua lelaki itu

Meyra memandang ke arah Dino dan Rara, ini plan diorang?

Mantap.

"Weh bad, boy  sumpah la lama tak jumpa"tegur Nell

"Ha lama kan, eleh rindu aku la tuu"balas Boy

Nell membalas dengan gelakan

"Jom lah kita pergi"kata Dino

Yang lain hanya mengangguk lalu mengambil barang mereka

Nell mengambil beg di dalam kereta, telefon di buka sebentar ,  sesudah itu , dia memalingkan badan le belakang

Hampir tercabut jantungnya apabila melihat Jimmy di belakang

"Aw-awak buat apa dekat sini"soal Nell

"Kau tu lambat, tak nampak diorang dah pergi dulu"kata Jimmy

"Ouh tak perasan"balas Nell

"Jom"kata Jimmy

Nell tidak membantah, dia mengikuti langkah Jimmy ke arah rakan rakannya

"Kenapa aku pulak, kau la"kata Daeng

"Ish aku nak teman awek aku kat belakang"kata Emir

"Biar la dia dengan member dia"kata Daeng

"Ish bising lah"kata Rara geram melihat pergaduhan dua lelaki itu

"Boy Kau dengan Bad je la kat depan"kata Dino

"Bolej je"kata Bad dan Boy

Sebenarnya mereka berdua ni kembar tak seiras

"Nell kau nak jalan belakang ke?"soal Meyra

"Bagi aku depan la"Nell berjalan ke arah Meyra , namun dirinya di tarik seseorang

"Dia jalan kat belakang dengan aku"kata Jimmy

"Eih"Nell mengerutkan dahi , bila masa aku nak jalan dengan dia? ,Ish Ummi !!

"Okay"balas Meyra dengan senyuman mengejek .

Nell mengeluh , kenapa nasib nya selalu begini ya

"Pegang tali ya semua "kata Boy di hadapan

Mereka semua mengangguk paham lalu tali yang di hulur itu di pegang

Mereka mandaki bukit itu , peluh mula jatuh menitik, waktu semakin cerah

"Penat nya"kata Dino , peluh di dahinya di lap menggunakan kain

"Lama lagi ke?"soal Nell

"Tatau lah, aku rasa nak mati"kata Dino

Cis , mengada je perempuan ni

"Banyak lah kau punya mati, berpeluh la sikit biar keluar lemak lemak kau tu"kata Meyra

"Bising lah kau"balas Dino semula

Nell membuka zip begnya untuk mengambil botol air

"Jangan minum banyak"suara jimmy di sebelah menegur

Nell mengangguk perlahan lalu dia meneguk air itu

Setelah beberapa lama mendaki, mereka akhirnya tiba di destinasi

"Ya Allah, akhirnya sampai juga"kata Dino

Nell mengeluh penat , sepenat inikah mendaki

"Kau lah ni paksa aku ikut, lepasni memang tak aku nak ikut , tidur lagi best"kata Nell kepada Dino di sebelahnya

"Kerja kau tidur je, lagipun tak best la tak ada kau Nell"balas Dino

Nell menjeling tajam

"Okay pasang khemah korang cepat"kata Bad

"Nell kau pasang"kata Dino , beg khemah di letakkan di bawah

"Kenapa aku pulak?, Malas aku"balas Nell

"Ish kau ni, kau kan ahli pengakap"kata Dino.

"Sejak bila pulak aku ahli pengakap...yang pengakap tu engkau"kata Nell

"Alah aku penat la, ha aku nak pergi cari kayu , bye Nell"kata Dino seterusnya meninggal Nell seorang

Nell menjeling kelibat Dino yang semakin menjauh..Aku juga yang kena

Akhirnya dengan terpaksa dia memasang khemah itu, leceh betulla , aku jugak yang kena pasang

"Kau boleh buat tak ?"soal Boy

"Ha bagus, alang alang kau tanya tu,kau tolong pasangkan terus khemah ni"kata Nell

Boy tergelak

Namun baru sahaja ingin menolong, ada satu suara menegur

"Biar aku tolong"kata Jimmy , matanya tajam memandang Boy

"Err okay"balas boy , eh boy jangan lah tinggallll!!!

Selesai memasang khemah Nell berterima kasih kepada Jimmy

Jimmy pula hanya mengangguk

"Yey dah siap"Suara Dino menegur , Dah siap baru nak balik!

Beg di masukkan ke dalam khemah

"Ikut aku"dingin suara Jimmy menegurnya

Nell memandang pelik "pergi mana?"soal Nell.

"Ikut"Tekan Jimmy lagi

Nell menghela nafas berat , geram apabila di paksa , ish dia ingat dia siapa?

Nell dengan terpaksanya mengikut langkah lelaki dingin itu

Sampai di tempat itu

"Nak buat apa?"soal Nell pelik apabila melihat bahan bahan masakan di hadapannya

"Memasak"balas Jimmy

Waterpakkkk , memasak dengan mamat ni ke?

"Siapa lagi yang masak?"soal Nell lagi

"Kau nampak ada siapa je dekat kita ni? , Dah potong ayam tu"soal Jimmy

Nell memandang ayam di hadapannya, air liur di telan

Ummi macam mana ni? Nell tak pandai potong ayammm, rasa nak menangis di buatnya

Memang itu satu kekurangan dirinya dia takut akan pisau, setakat potong bahan bahan lain tu boleh la

Tapi potong ayam, fuh hampir jarinya terputus dahulu gara gara ingin memotong kepala ayam sahaja

"Termenung apa lagi?"soal Jimmy

Dengan perlahan Nell mengambil pisau di atas meja itu

"Ni pisau baru?"soal Nell

Jimmy memandangnya pelik , terus Nell mengalihkan anak matanya dari memandang Jimmy

Macam mana aku nak cakap dekat dia ni???

"Hei?"tegur Jimmy setelah melihat wajah Nell yang seperti ketakutan

"Ermm, saya tak reti potong ayam"kata Nell jujur , mesti aku kena reject jadi calon bini kan??

"Kenapa tak cakap awal awal?"soal Jimmy lalu pisau di tangan Nell di ambilnya

Nell hanya melihat sahaja Jimmy yang memotong ayam di hadapannya

Sedang ralit dia memandang , tiba tiba Jimmy berhenti

Terus Nell memandang wajah lelaki itu

"Er- saya potong sayur la"kata Nell lalu dia mengambil sayur untuk di potong





Tbc

Maafkan saya..lama tak update

Continue Reading

You'll Also Like

642K 36.3K 108
Seorang gadis melarikan diri daripada perkahwinan bodoh yang dirancang oleh ibu bapanya. Disebabkan perjanjian dan jasa Dato itu kepada ibu bapanya d...
170K 7.8K 78
" how I can say it? my life used to be unhappy, but why does my life suffer more?" - Hafsya. " You deserve it, and I want to see your life become li...
114K 7.1K 43
Forgive Me, Please... ''forgive me, sweetheart. Forgive all my sins against you...'' Dihina, diejek, dan sering diperlekehkan. Itulah gadis yang menc...
92.6K 4.1K 82
BOOK 2 OF (Mr Mafia Miss Sombong...) Saya sarankan mana yang baru baca sila baca buku 1 seperti yang tertera. s̑̈l̑̈ȏ̈w̑̈ ȗ̈p̑̈d̑̈ȃ̈t̑̈ȇ̈ m̑̈ȃ̈y...