SPY VS MAFIA (S1)

Por MsLiaaa

1.5K 107 3

Mafia, gangster, kongsi gelap. Hah! semua tu, aku jentik je. Hilang di pelusuk dunia! Beranilah datang, aku... Más

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
ATTENTION
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
ATTENTION
RATING AND VIEWER

BAB 14

38 3 0
Por MsLiaaa

"Baliklah." Arah Aeron. Hana di belakangnya buat tak dengar aja. Dia meluru masuk ke dalam rumah mewah itu.

"Hana Zack!" Langkah Hana terhenti. Dia pandang Aeron yang begitu jauh dengannya. 

"Jomlah masuk." Pelawa Hana. 

"Aku nak kau balik." Ujarnya dingin. 

"No. Aku dah bahayakan nyawa aku dengan teh strawberri tu. And the result, I'm still alive. Keep your promise Aeron." Hana berkeras. Dia dah sampai sejauh ni, takkan nak patah balik. Misi harus diselesaikan!

"Itu sebab kau alahan!" Aeron meninggikan suara. 

"Alahan tu lebih kurang dengan racun." Hana berpeluk tubuh tanda protes. 

"Boss!" Jerit Fendi dari jauh. 

"Asal?" Tanya Aeron. 

"Mayat ni… nak tanam atau ambil organ dia dulu?" Tanya Fendi sambil memegang mayat Is'hak. 

Hana terus rasa nak muntah, dia alihkan pandangan ke tempat lain. 

"Kau nak jadi orang kanan aku?" Tanya Aeron serius. 

"Me… mestilah nak." Balas Hana gagap. Takut melihat mayat yang sudah pucat dan tubuhnya yang dipenuhi darah itu. 

"Ambil jantung dia." Aeron mula memandang serius pada Hana.

"Jantung dia?" Tanya Hana kurang senang. 

Aeron mengangguk sambil tersenyum sinis. Dia menunggu jawapan dari Hana. 

"Buat apa?" Tanya Hana lagi. 

"Nak jual." Balas Aeron selamba. 

"Aku…" 

"Potong kepala dia." Arah Aeron. 

Fendi mengangguk, menggunakan pedang, dengan sekali libas, kepala itu terputus. Ngeri. Hana cuba kuatkan semangat. Darah yang terpancut diwajah Fendi, dikesat menggunakan bajunya. 

"Your turn." Hana melihat tubuh yang sudah tidak berkepala itu. Bibirnya dikemam kuat. Tangannya yang menggeletar cuba dihentikan. 

"I can't…" ujar Hana perlahan. 

"Jadi orang kanan aku, maksudnya lebih kuat dari anak buah aku. Tapi kau, lemah. Benda macam ni pun tak boleh buat. So jangan berangan nak jadi orang kanan aku Hana…" bisik Aeron sinis. 

"Kau tu gila! Dia dah mati. Kenapa kau nak seksa dia lagi?" Hana cuba beranikan diri. 

"Sebab, aku. Nak. Duit." Balas Aeron dingin.

"Aku bagi kau chance, untuk tunjukkan keberanian yang kau ada sebagai orang kanan aku." Sambung Aeron. 

Air matanya mula mengalir, tak dapat ditahan lagi. Melihat perkara kejam ini bukan kehendaknya!

Beransur–ansur, kerana terlalu trauma. Hana terus tak menyedarkan diri. Sempat Aeron menyambut Hana ke pangkuannya.

"Teruskan kerja kau." Arah Aeron. 

Fendi mengangguk. Badan mayat itu dibelah tanpa belas kasihan. Dan mengambil organ–organ penting untuk dijual. 

Aeron dukung Hana sampai ke bilik. Lalu dibaringkan ke atas katil. Dia teliti wajah Hana, terbit rasa kasihan dalam dirinya. 

"Aku taknak bahayakan nyawa kau Hana… kenapa kau tak faham langsung?" Ujarnya perlahan. 

Baru saja Aeron ingin bangun, tangannya ditarik membuatkan dia terduduk semula. 

"Abang Aeron… selamatkan Hana…" panggil Hana perlahan. Matanya masih terpejam rapat.

"Hana…"

"Abang Aeron!" Jerit Hana. 

Tubuh Hana terus dipeluk erat oleh Aeron. Dia usap belakang gadis itu perlahan. 

"Abang dekat sini Hana…" dia cuba legakan gadis itu. 

"Hana taknak mati…" Hana memberontak. Namun tubuhnya dikunci oleh Aeron. 

Secara tak langsung, Aeron mengalirkan air mata. Rambut Hana diusap perlahan. 

"Aku tak ada pilihan masa tu Hana…" 

Hana sudah terjaga, tapi dia masih trauma dengan kejadian yang menimpanya dulu. Hana menangis teresak–esak. 

"Aku patut selamatkan kau, tapi aku tinggalkan kau…" Aeron mula menyesali tindakannya yang dulu. 

"Kalau kau selamatkan aku haritu… aku takkan benci kau Aeron." Pelukan dilepaskan secara kasar.

Hana yang sudah sedar dari trauma, dia kalihkan pandangan ke tempat lain. 

"I'm sorry…" ujarnya perlahan. 

Hana menahan hati yang sebak. Setiap kali dia teringatkan kisah silam itu, dia mula trauma. 

"Please bagitau aku Aeron, kenapa kau tinggalkan aku?" Tanya Hana, dia terdesak mahukan jawapan yang tergantung berpuluh tahun. Tangannya naik memegang bahu Aeron.

"Lepas Hana…" Aeron terus bangun. Dia keluar dari bilik itu tanpa kata–kata.

Hana seorang diri di atas katil, lututnya dipeluk. Air matanya mengalir. 

Aeron di dalam bilik, akhirnya dia melepaskan semua yang terpendam. Dia menangis. 

Dia dengar jeritan gadis itu. Tapi dia tak menolong. Dibiarkan gadis itu sengsara seorang diri. 

"Kau yang bodoh Aeron!" Dinding ditumbuk beberapa kali. Bengang dengan tindakan paling bodoh pernah dia buat.

Dia menangis tanpa bunyi. Tak ada sorang pun yang tahu, dia amat menyesali perbuatannya setiap hari. Kisah itu tak pernah dilupakan. 

KEHADIRAN Tuan Gabriel disambut oleh semua ejen. Dia duduk bersilang kaki di atas kerusi. Tangannya diletakkan ke atas meja. 

"Betul ke Hana tak makan racun tu?" Tanya Tuan Gabriel. 

"Tak Tuan… Tapi Hana ada alahan dengan strawberri." Ujar Syamim. 

"I know that. Kenapa tiba–tiba bangkitkan  hal ni?" Tanya Tuan Gabriel pelik. 

"Anak buah Aeron, hidangkan dia teh strawberri." 

Tuan Gabriel terus bangun sambil tangannya menghentak kuat meja di hadapan. Membulat matanya mendengar jawapan Syamim. 

"Diorang niat nak kenakan Hana je Tuan… tapi…" 

"Hana mana? Tak balik lagi?" Tanya Tuan Gabriel bengang. 

"Dia… dia tak balik. Dia masih cuba pujuk Aeron, supaya dia diterima jadi orang kanan Aeron." Jelas Syamim. Tuan Gabriel mengeluh berat. 

"Suruh Hana undur misi." Arah tuan Gabriel.

"Dia dah nekad tuan. Dia nak tangkap Dragon tu." Balas Syamim lagi. 

"Saya tak boleh biarkan Hana buat misi ni sorang–sorang. Bahaya. She need a partner." Tuan Gabriel memandang setiap seorang ejen yang berada disitu. 


PETANG, Syamim melihat bahagian dorm perempuan. Tak ada siapa pun yang masuk ke dalam pagar itu. 

"Hope kau selamat…" 

Syamim beredar dari situ. Dia berjalan di bahagian pejabat Agensi Hamra. Tiba–tiba ada yang memanggilnya. 

"Syamim!" 

Syamim terus menoleh. Terlihat Tuan Gabriel sedang berdiri tegak menghadapnya. 

"Ya Tuan?" Balas Syamim. 

"Masuk bilik saya." Arah Tuan Gabriel. 

"Baik tuan." Syamim membontoti Tuan Gabriel dari belakang dengan raut wajah terpinga–pinga. 

"Awak tau kenapa awak dipanggil?" Tanya Tuan Gabriel serius. 

Syamim menggeleng perlahan. Kenapa 

dia dipanggil? Dia sendiri pun tak tahu.


"Boss." Air teh yang leka disisip terhenti apabila dia dipanggil. 

Aeron memandang Fendi, tengah sarapan pun nak kacau!

"Kenapa?" Tanya Aeron. 

"Dragon. Dia nak datang sini." Cawan yang lama dipegang terletak ke meja selepas mendengar nama itu. 

"Dragon? Dia nak buat apa?" Tanya Aeron bengang. 

"Dia nak bunuh ejen Hana." Aeron terus bangun. 

"Bodoh!" Meja ditumbuk sekuat hati. 

"Kau suruh Hana balik. Sekarang!" Fendi mengangguk, belum sempat dia melangkah, terdengar suara orang memanggil dari luar. 

"Ejen Hana, come down!" Jerit Dragon. 

Aeron mula pening. Cepatnya dia datang! Aeron terus naik ke bilik Hana. Gadis itu dipandang serius. 

"Keluar. Jangan cedera. Aku handle." Hana buat muke pelik. Jangan cedera? Kenapa? 

"Ejen Hana!" 

Kali ini suara itu dapat didengari oleh Hana. Hana terus menoleh memandang suara itu. Dia menjenguk ke tingkap. 

Lelaki bertopeng hitam sedang menunggu di bawah pancaran matahari yang terik. 

"Dra… dragon?" Hana mula tergagap–gagap. 

"Kau dengar sini Hana! Dia tak ada kena mengena dengan kau. So aku nak kau balik ke Agensi Hamra." Ujar Aeron serius. 

"For what? Dragon la orang yang aku cari selama ni. Aku kena tangkap dia." Baru saja Hana melangkah, tangannya ditarik. 

"I don't want anybody to hurt you Hana!" Tengking Aeron. 

"Let's fight together. That way, I can be your right man." Tegas Hana. 

"You're crazy Hana!" 

"Tak ada beza dengan kau." Hana berpeluk tubuh. 

"Kau tunggu atas, jangan turun!" Arah Aeron. 

Aeron terus turun ke bawah. Dragon dipandang serius. Dragon pula berpeluk tubuh, sambil sebelah tangannya lagi memegang pistol. 

"Mana Hana?" Tanya Dragon sinis. 

"Dia tak ada kena mengena dengan kau." Balas Aeron dingin. 

"Oh ye ke. Macam mana eh, mangsa aku untuk harini adalah, EJEN HANA." Dia tekankan nama itu. 

Tangannya mula dilepaskan dari badan. Sebelah lagi yang memegang pistol, dihalakan ke atas. 

"Itu ke bilik dia?" Tanya Dragon. 

"Jangan sentuh dia sial!" Aeron melepaskan tembakan, tapi Dragon sempat mengelak. 

"Korang ni semua. Sampah!" Pisau yang diselitkan di belakang kasut ditarik, lalu dilibas ke arah Aeron. Lagi sikit nak terkena di bahagian leher, tapi Aeron pandai mengelak. 

"Habiskan semua." Arah Dragon.

Yang lain mengeluarkan pisau dan berlawan. Satu per satu dari orang Aeron sudah tercedera. 

"Boss…" Dragon toleh memandang Neo. 

Serentak Itu, satu tembakan dilepaskan, oleh Hana. 

"Aeron. Biar aku join sekali!" Hana memberanikan diri berjalan ke arah mereka. 

"Kenapa kau turun?!" Tengking Aeron. 

" I need to fight Dragon." Pistol dikeluarkan, dia cuba fokus pada Dragon, dan tembakan dilepaskan. Tepat terkena pada lengannya. 

"Hana pergilah!" Arah Aeron, sambil itu dia sibuk berlawan dengan orang Dragon yang terlalu ramai. 

"Hana arghh!" Bahunya ditikam menggunakan pisau. Dia pandang orang yang menikam, lalu dahinya ditembak dan orang itu jatuh tersembam ke tanah. 

Dia pegang bahu yang terasa sakit. Tapi dia cuba gagahkan diri untuk berlawan. 

Dragon mula lemah, pendarahan di lengan semakin banyak mengalir. Dia berjalan ke arah Hana. 

"Kau takkan terlepaslah Dragon!" Baru saja dia melangkah, Dragon sudah tumbang. 

Aeron cepat–cepat berlari ke arah Hana. Dia pandang Dragon yang sudah melutut.

"Finally…" mask hitam ditarik kasar oleh Aeron. Hana terkejut melihat wajah disebalik mask…

Syamim?


p/s : Part yang keluarkan jantung tu, actually ilham dari mimpi. Kuat sangat kut pengaruh novel ni sampai masuk dalam mimpi idea tu. Dalam mimpi tu, Hana memang tarik keluar jantung tu lepas dah tebuk. Hahaha untung Kay dapat tengok Real punya.

Seguir leyendo

También te gustarán

210K 23.8K 62
#Book-2 of Hidden Marriage Series. 🔥❤️ This book is the continuation/sequel of the first book "Hidden Marriage - Amazing Husband." If you guys have...
4.1M 259K 100
What will happen when an innocent girl gets trapped in the clutches of a devil mafia? This is the story of Rishabh and Anokhi. Anokhi's life is as...
788K 39.9K 35
1ST BOOK OF BRIDE SERIES✨✨ Don't do this, leave my parents, don't ruin my life, I will die. She was begging infront of him joining her both hands. Th...
1M 78.4K 39
"Why the fuck you let him touch you!!!"he growled while punching the wall behind me 'I am so scared right now what if he hit me like my father did to...