Kïng.

Bởi -reenn

11K 1.1K 777

"Be mine Safira , be part of me. And I'll treat you like a queen." Xem Thêm

𝐊𝐈𝐍𝐆
Prolog
1
2
3
4
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16

5

525 66 86
Bởi -reenn




"First they'll give you butterflies then mental trauma."




"TAK faham bahasa ke?" Kasar Safira bertanya. Peduli apa si malaun ni nak terasa ke tak? Tapi dari gaya.. King memang sejenis muka tembok. Buktinya lelaki itu masih selamba bersandar pada kerusi sambil tersenyum memandangnya.

Creepy!

Safira jeling King sekilas.

"Yang kau ni tak ada kerja ke? Lepak kedai orang?"Sindir Safira sedas. Jauh di dalam hati dia tertanya-tanya .. apa pekerjaan King? Tubuh tinggi lampai King sesekali dikerling.

King santai mengenakan tshirt polo dan berseluar slack. Gosh! Walau bagaimanapun hati mahu membenci , akal masih tidak dapat menafikan hakikat yang King mempunyai tubuh yang cukup sempurna bagi seorang lelaki. Tinggi dan tegap. Tambahan bila King seorang yang bijak dalam mengayakan pakaiannya.

Intinya Safira tidak menafikan King tampan. Mudah. Sedar Safira enggan melarikan matanya dari menatap tubuhnya , King ukir sengih nakal.

"I baru lepas main golf tadi dengan Luth dan Isyraf." Tanpa dipinta ringan bibir King memberitahu Safira. Safira buat endah tak endah , walhal akal ligat membayangkan King bermain golf.

"Tengah hari buta?" Sekarang lunch hour kut! Tak terbayang King ayun putter tengah tengah hari buta. Gila! Boleh pitam berlama lama di padang golf.

King senyum.

"No. Around 10. Lepastu duduk bersembang dengan diaorang , habis je I cakap dengan diaorang I nak jumpa bride to be I."

"Tak perlulah kut kau explain bagai nak rak. Bukan aku peduli pun. Plus , I'm not your bride to be!"

"Tak apa lah kalau you tak peduli pun. I saja nak bazirkan air liur I.." Mata mereka bertemu. King senyum tak bersalah.

"Second. I tak cakap pun you bride to be I. Who knows sebelum I jumpa you , I jumpa perempuan lain? Which is my bride to be?" Prak! Terkejut King dibuatnya dengan tepukan kuat pada meja kerja Safira.

"Keluar." Garang Safira memberi arahan. King lepas tawa kuat. Kelakar melihat reaksi Safira yang dirasakan comel.

"God.. you're cute!" Wajah merah Safira ditatap penuh minat. Lagilah berasap Safira dibuatnya. Ingat kelakar ke?

"Keluar lah. Tak malu ke? Atau kau nak aku seret kau keluar?" Safira sudah berasap sambil mencekak pinggang. King ketawa lagi.

"Wow! You nak seret I keluar? Here.." King hulur tangan kirinya pada Safira. Lagaknya seperti sudah bersedia untuk diseret Safira.

"Seret I please baby.." King sengih.

Tanpa menunggu lama tangan kasar King dicapai , gigih tubuh King yang sedang santai bersandar itu ditarik.

King menggeleng melihat kegigihan Safira. Dah tahu tak mampu tetap juga tak mahu mengalah. Sekali rentapan Safira sudah terdorong ke arah King. Tangan Safira segera menahan tubuhnya dari terlekap dengan tubuh King , mujurlah dia tidak berduduk di riba King. Kalau tak? Ahh! Safira sendiri tidak mahu membayangkan.

Bibir King masih bergayut senyuman nakal.

"Lelaki gatal." Dada King ditolak kasar. Namun Safira salah bila beranggapan King akan mudah melepaskannya.

"Hey.. how dare you panggil I lelaki gatal!" King tayang wajah garang. Lagaknya seperti memahari anak kecil berusia empat tahun lebih.

"Memang kau gatal pun!" King menggeleng sambil bibir menyimpan senyum. Perlahan tangannya melingkar pada pinggang Safira. Membuang jarak di antara mereka.

Merasa sentuhan pada pinggangnya buat Safira memberontak kecil. Namun mana mungkin dia dapat melawan kudrat King.

"Lunch dengan I atau you nak lelaki gatal ni peluk you sampai malam. You choose..."

"..my darling." King kenyit mata sambil bibir mengukir satu senyuman nakal.














"SEKALI lagi kau pandang aku , aku cungkil biji mata kau." King angkat kening sebelah bila melihat Safira sudah mengangkat garpunya. Kepala digeleng kecil. Garang betul Safira versi baru.

"Pity my kids." King menyambung suapan.

"Sorry?"

"They have a fierce mom." Tajam mata Safira menjeling King. King ketawa kecil.

"Sorry lah. Aku pun tak hingin nak mengandungkan anak kau." Dush! Tertampar King dengan balasan tak terjangka Safira. Namun , segera King buang rasa terkilan.

Baru sikit King.. tak kan dah nak give up?

"For now. Esok lusa you mesti tak sabar sabar nak mengandungkan anak I." King ukir senyum lagi. Namun senyuman King dibalas jelingan maut Safira. Menyampah!

Mata Safira melilau melihat keadaan sekeliling. Kosong. Hanya ada dia dan King di dalam satu ruangan yang cukup luas. Mungkin King sudah menempahnya sejak awal. Pasti wang yang dikeluarkan King tebal untuk makan tengah hari mereka pada hari ini. Dekorasi dan susun atur ruangan ini juga cukup moden dan classy. Cantik!

"Family I tanya .. you nak berapa dulang hantaran? Tujuh? Sembilan?" Suara garau King mengembalikan Safira ke dunia nyata.

Timbul kerutan halus pada dahi licin Safira.

"Bila masa aku setuju untuk kahwin dengan kau? Jangan bermimpi , Raja Adrain."

King masih tenang mencicip kopi.

"I bet.. you masih belum jumpa parents you?"

"Huh?"

"I dah tolong keluarga you. I dah tolong ayah you selesaikan hutang-hutang dia pada pekerja dia." Makin ketara kerutan di dahi Safira.

Ya. Ayahnya mempunyai hutang yang cukup berat jumlahnya. Entah apa masalah yang dihadapi gaji pekerjanya terpaksa digantung dan sehingga kini dia masih gagal untuk menjelaskan gaji pekerja-pekerjanya. Dan.. King membantu ayahnya?

Safira bukan tidak mampu. Namun.. dia baru saja berkecimpung ke dunia perniagaan. Terlalu banyak yang perlu dipelajari. Malah hasil dari perniagaannya juga masih sedikit. Cukup cukup makan.

Bukan Safira tidak mahu meminjam wang dari Ray. Ray sememangnya mampu. Namun sifat malunya masih bersisa. Ray sudah banyak berhabis buatnya. Kedai , tempat tinggal mana mungkin dia membebeankan Ray.

Dan Safira bukan dungu untuk menganaslis maksud bicara King.

"Berapa kau habis?" Soalnya lurus.

"Tak perlu rasanya I sebut." Mata mereka bertemu. Dalam.

"Perlu King. Aku akan bayar balik duit kau. Aku tak mahu berhutang!" Tekan Safira keras. King peluk tubuh. Tubuh bersandar penuh pada kerusi empuk miliknya.

"Tak perlu susahkan diri you , Fira. I tak minta apa apa balasan dari you atau keluarga you. I cuma nak restu dari keluarga you."

"King , I'm not puppet!" Keras suara Safira memenuhi ruang makan mereka.

"Kau ingat dengan tolong keluarga aku , aku akan setuju untuk jadi isteri kau?" Tajam mata Safira memanah anak mata King.

"For a good sake , back off King." Kali ini suara Safira berubah sedikit rendah.

"Please."

"Tolong lah tahu yang aku dah 360 darjah berubah. I'm not the same person , King." Tunak mata King ditatap Safira. Mengharap King mengerti.

King senyum tipis seraya kepala dianggukkan sekali.

"Yes you right , Safira. You changed .. a lot."

"See?"

"Dan apa yang kau expect dari perempuan macam aku , King?"

King diam. Wajah manis Safira ditenung lama. King tarik nafas panjang , perlahan tubuhnya dibawa rapat ke meja.

"Give me a chance. That's all I want from you." Ikhlas. Safira ketawa sinis.

"Not that easy , King. Tolonglah faham."

"Why Fira..?"

"Cause I've someone!"

Sepi.

Dua saat berlalu.

"And I love.. him." King sekali lagi terdiam. Safira perlahan menunduk.

"You know what Safira?" Safira angkat wajahnya selaras King. Mata ligat merenung raut wajah masing masing.

"I'll set you free if you're in relationship with a man." Safira kerut dahi sesaat. Jadi? Apa itu bermakna King akan hentikan semuanya?

"That's good.."

"A man Safira , a man." Tukas King. Safira terdiam.

"But I'll never stop if you're in relationship with a woman." Zap!

"King.." Safira menyeru nama itu perlahan. Namun deringan telefon bimbit King terlebih dulu membantutkan perbincangan mereka. Seusai memberi isyarat mata pada Safira panggilan dijawab.

"Hello.."

King kerling Safira yang tidak lepas memandangnya. Seketika dahi King berkerut kerut. Wajahnya juga berubah keruh dan resah.

"How?"

"Ya Allah..." King picit melipisnya kejap. Dahi mudah dipenuhi peluh.

"Mana dia? Teruk ke? You dah bawa dia pergi Hosp?" Bertalu-talu soalan diacukan King. Safira yang melihatnya jadi tertanya tanya.. siapa gerangan yang sedang dikhuatiri King?

"Thank God." King pejam mata kejap.

"Ya. I'm on my way." Panggilan diputuskan.

"Kita bincang semula nanti , boleh? I ada hal kejap lagi." Putus King mudah. Bukan mengelak tapi dia memang ada perkara yang tidak dapat dielakkan selepas ini.

Safira diam. King yang saat ini sedang tergesa-gesa mencuri minatnya.

Siapa..

Siapa yang berjaya mencuri perhatian King?

"Siapa?"

Mata King jatuh semula pada Safira. King kaku. Kaku untuk membalas soalan Safira. Namun untuk tidak kelihatan ketara , King koyak senyum manis buat Safira.

"My family members, sakit." Safira angguk mengerti. Wajar saja King kelihatan gusar .. ahli keluarganya sakit.

I'm sorry Fira.

















"BOS," Teguran itu buat gerak tubuh King terhenti. Wajah Alif dipandang dengan kening yang sedikit berkerut. Perlahan , Alif membisikkan sesuatu. Bertambah kerutan pada dahi King.

"Now?" Alif angguk dua kali. King akur sebelum kaki panjangnya dibawa keluar. Mata King meliar memerhati sekeliling kafe , mencari gerangan yang dimaksudkan Alif.

"Raja Adrain." King menoleh. Seraut wajah putih yang menegurnya tika ini buat dahi King berkerut. Minda ligat memerah ingatan. Familiar.. tapi siapa?

Mata hitam King merenung tubuh itu dari rambut pendek yang disisir kemas hingga kaki. Pada mata kasar, mungkin penampilan manusia di hadapannya ini dapat mengaburi pandangan orang lain. Orang akan beranggapan lelaki di hadapannya tika ini  merupakan lelaki asli.

Namun sayang sekali , ianya tidak dapat mengaburi pandangan King. Dia sudah terbiasa dengan dunia pengkid. Jadi untuk membezakan antara lelaki asli atau lelaki palsu sangat mudah pada pandangannya.

Dan King yakin , manusia berbangsa cina di hadapannya ini asalnya berjantina lelaki.

Mungkin ini gerangan yang dimaksudkan Alif.

"Have a seat , man." Pelawanya. Suaranya sedikit garau dan besar. Tapi sekali lagi sayang , koklea telinga King masih sempurna berfungsi.

"Yes? And you are?" King labuhkan punggung di hadapan si pengkid.

"Call me Ray." Ujarnya.

"Oh .. hi Ray. So anything can I help you? You ada masalah ke? Makanan yang you order tak sedap?" King memutarkan soalan lurus. Tidak gemar untuk membuang masanya bersama pengkid yang kata Alif ingin bertemu dengannya.

Ray merenung setiap penjuru wajah King. Setelah itu mata mula meliar melihat setiap sudut restoran mewah yang berkonsepkan inggeris itu. Mewah. Pastinya King berasal dari golongan yang cukup berada dan mewah.

"I nak Aedrin." Serentak itu timbul kerutan halus pada dahi King. Aedrin? Apa Safira Aedrina maksud si pengkid ini? Saat ini barulah akal dapat mencerna siapa gerangan di hadapannya tika ini.

"Cause I've someone!"

Bibir King mengoyak senyum senget.

"I see.."

".. but sorry not sorry."

"She's my bride to be." Balas King tenang. Tenang? Jauh di sudut hati dia terasa kekok , pertama kali saingannya bertentangan berjantina. Gila! Cina pula tu!

"Dia tak nak kahwin dengan you , King. Let her go." Fuh! Berani betul perempuan ni.

Hujung bibir King terjungkit sebelum kaki disilangkan gaya santai.

"I don't care. I just want to make her mine." Tenang King bersuara.

"Dia tak cintakan you!" Tertahan-tahan suara Ray tika ini. Mungkin menahan marah. Oh.. Ray.. dia belum lihat sisi lain dari Raja Adrain. 

"Then tell me , dia cintakan siapa? You?"

"Obviously." King lepas tawa sumbang.

"You pun tahu kan? Sampai you mati pun you tak boleh bersama Safira." Dush! Tajam mata Ray menikam sepasang anak mata hitam King.

King simpan senyum sinis. Geli hati melihat reaksi Ray.

Ray pula terdiam. Bengang mendengar balasan King. King pula kelihatan tenang. Dan itu merungsingkan Ray yang melihatnya. Ahh!

"You masih nak kan Aedrin , King?" Wajah King berkerut nipis.

"What do you mean?"

"Memandangkan you bakal suami Aedrin. I cuma nak berterus terang pada you."

King hanya membisu. Tumpuannya seratus peratus pada Ray tika ini.

"I nak you tahu yang I pernah check in dengan Aedrin." Reaksi King ditunggu. Sesaat , dua saat..

King lepas tawa kuat. Cukup kuat sehingga berjaya menarik perhatian orang ramai ke arah meja mereka.

"God! You're funny." Komen King lucu. Duduknya dibetulkan sebelum dia memandang Ray sinis. Masih geli hati mendengar kenyataan Ray sebentar tadi.

"Jadi? You berharap I bagi reaction macam mana? Terkejut? If yes.You better not."

"Apa sangatlah yang you boleh buat pada Fira? Both of you are girl!" Bibir King lakar senyum herot. Mengejek Ray.

Dush! Sekali lagi Ray tertampar dengan balasan King. Bagaimana King..

"You.."

"Safira ada beritahu you sejauh mana hubungan kami dulu? Sebelum dia kenal you?" Ray diam. Sejujurnya. Safira tidak pernah menceritakan tentang hubungannya bersama King. Ray pula tidak gemar bertanya. Dia tidak mahu membuat Safira terkenang kisah dulu dan membuatkan gadis itu tidak selesa. 

Melihat reaksi Ray , King senyum kemenangan.

"Little secret Ray , I'm the first. I lelaki pertama Safira."

Đọc tiếp

Bạn Cũng Sẽ Thích

4.1M 247K 71
[ 2021 ] LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEART. Bijak! Kaya! Dingin! Itulah antara kata sifat yang sesuai diberikan kepada NASH ADRIAN.Keberhasilan jejaka i...
986K 13.3K 13
TERBIT DI BAWAH RUMAH PENERBITAN FAJAR PAKEER | Known as Ian Rizqash's. Betulkah cinta setia itu wujud? Hari saja Tuhan hadirkan siang berganti mala...
ZAR Bởi tihatti

Lãng mạn

218K 14.6K 39
[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengap...
487K 17K 70
( In editing process...) 𝐀𝐑 - 𝐑𝐀𝐘𝐘𝐀𝐍 - "I'm looking for the right one, Nadra. Then, I'll straight off to propose her, marry her and treat her...