t a k d i r

By yovvonwoo

10.5K 522 103

persahabatan yang berlangsung indah runtuh akibat satu kejadian. cinta dari aku turut dirasainya namun kerap... More

one
two
three
four
five
six
seven
eight
nine
ten
eleven
twelve
thirteen
fourteen
fifthteen
sixteen
seventeen
eighteen
nineteen
twenty
twenty one
twenty two
twenty three
twenty five
twenty six

twenty four

285 18 11
By yovvonwoo

hari berganti hari , hampir seminggu sejak kejadian gelap bagi Tengku Faiz.Rahsia yang disimpan oleh keluarganya.Dia merasakan bagaikan dirinya tertipu.

dan sepanjang seminggu itu jugalah Aleena tidak menghadirkan diri ke sekolah. Ingin sekali dia bertanyakan kemana Aleena pergi , bagaimana keadaan Aleena sekarang , namun egonya yang tinggi menghalang dari berbuat sedemikian.

Faiz tahu dia bukan sesiapa untuk marah terhadap Aleena. Bukan juga sesiapa untuk tidak meredhai pemergian adik kembarnya , Tengku Nayraa. Tapi kenyataan bahawa Aleena bagaikan memyembunyikan fakta itu darinya membuatkan Faiz sedikit kecewa.

Faiz yang dulunya melihat Aleena dengan renungan mata yang penuh empati kerana kesihatan si dia yang kian memburuk kini berubah. Hanya dengan melihat gambarnya bersama Aleena sudah cukup membuatnya jijik.

Atau dengan erti mudahnya , Faiz sudah mula membenci Aleena.

Aleena pula di sisi lain , sedang menjalani rawatan susulan setelah menjalani sebuah pembedahan kecil. Beberapa hari setelah rahsia pembedahan antara dirinya dan Tengku Nayraa itu diketahui Faiz , kesihatannya kembali memburuk setelah hampir 6 bulan lebih membaik.

“ Aleena sayang , ni Mama ada belikan donut favourite Aleena ”

Puan Ameera meletakkan bungkusan plastik Dunkin Donuts yang berisi donut kegemaran Aleena di meja kecil bersebelahan katil.

Aleena hanya memandang lesu ke arah plastik itu . Matanya kembali mengarah ke arah tingkap. Hujan renyai di luar . Menambah suasana sendu di dalam bilik hospital

“ Aleena kenapa tak nak makan ? Aleena rasa tak sedap badan ke ? ”

Puan Ameera kian risau dengan keadaan anak perempuannya ini.

Jarang sekali Aleena menolak makanan.Mesti ada sesuatu yang tidak kena.

“ Ma ... ”

meleret sekali kedengaran suara Aleena memanggil Mamanya.

“ Ya sayang , kenapa ? Aleena nak makan benda lain ke ? Mama boleh belikan ”

Aleena menggeleng kecil.

“ Aleena letih la Mama. Haritu doktor cakap Aleena dah nak sihat. Kenapa kesihatan Aleena makin teruk ni ma ? ”

Bergetar suara Aleena.

Puan Ameera bagaikan terkedu setelah mendengarkan kenyataan Aleena.

Hati ibunya tersentuh.

Andai Aleena tahu bahawa dirinya sendiri sebagai seorang Ibu juga luluh harapan melihat anak terlantar lesu di atas katil hospital dipenuhi wayar .

“ Tak la sayang , InsyaAllah ni kali terakhir sayang. Lepasni Aleena akan sihat , Mama yakin ”

Puan Ameera cuba untuk memberikan kata semangat untuk puteri kesayangannya sekaligus menyedapkan hati dirinya sendiri.

Namun kata kata itu dinafikan oleh Aleena

“ dari Aleena kecil Ma , Mama dengan Papa keep on repeating the same words. Ulang benda sama je. Aleena penat ma , penat sangat. Kan lagi bagus kalau Aleena tak buat that surgery. Faiz pun takkan benci Aleena macam ni. ”

Air mata Aleena yang ditahan kini laju merembes keluar. Dia terlalu letih . Terlalu banyak ujian buat dirinya.

Encik Zafwa dan Sayf Aaron kebetulan memasuki bilik hospital Aleena terkejut.

Aleena menangis teresak esak. Pertama kali Aleena berinteraksi menujukkan emosi setelah hampir seminggu berada di hospital.

Situasi sedikit reda. Puan Ameera menerangkan apa yang terjadi ke Aaron serta Encik Zafwa.

Tanpa sedar , Aleena tertidur. Mungkin penat melawan emosinya sebentar tadi.

“ Aaron , mama dengan papa yang turun kejap. Nak kirim apa apa tak ? ”

“ belikan Aaron coffee , Pa ”

Encik Zafwa mengangguk sebelum kelibatnya hilang dari pintu bilik hospital itu.

Aaron perlahan menghampiri katil adiknya.

Tidak sanggup dirinya melihat wayar yang berbirat di hampir keseluruhan badan adiknya.

Walaupun suasana ini terjadi hampir setiap tahun , namun dirinya sebagai abang masih sedih

Dia menghusap lembut kepala Aleena.Lalu membisik perlahan di telinga adiknya yang sedang nyenyak tidur.

“ Aleena kuatkan ? Jangan tinggal Along. Along sayang Aleena sangat. Tak lama dah , nanti Aleena tak perlu suffer this much dah ”

Bergetar suara si abang.

Tanpa disedari , kedua adik beradik itu terlena. Puan Ameera dan Encik Zafwa hanya tersenyum melihat Putera dan Puteri kesayangan mereka.

2 minggu berlalu. Masih tiada khabar tentang Aleena.

Yang tahu hanyalah Yasmeen dan Faleeq. Namun mereka diminta untul hanya berdiam diri.

Faiz yang masih tinggi egonya bagaikan tidak menghiraukan ketidakhadiran Aleena. Walaupun hati serta mindanya bagai orang gila menanti sebarang khabar berkaitan Aleena sepanjang 2 minggu lalu.

Ibu bapanya juga tidak memberitahu apa apa.

Dan sepanjang 2 minggu tersebut juga , Qayra Eldania makin rapat dengan dirinya. Ya , dia tidak mempunyai sesiapa di sekolah. Kehilangan Aleena memberikan tamparan yang hebat buat dirinya.

Hanya ada Qayra yang masih terhegeh hegeh ingin berkawan dengannya. Dia juga sudah berbaik dengan Qayra.

Yang dimusuhi bapanya , bahkan anak darah dagingnya sendiri berusaha melarikan diri dari Tengku Amir , bapa kepada Qayra Eldania.

Kenapa namanya hanya Qayra Eldania ? Kerana dia cuba untuk merubah identitinya. Namanya yang dulu terdapat Tengku kini dibuang.

Dan Faiz tahu bahawa mereka berdua mempunyai sifat benci dan musuh yang sama terhadap Tengku Amir.

Dan tanpa disedari , terbit sebuah perasaan di hati Faiz. Namun dia tidak pasti perasaan apakah ini. Mungkin simpati , mungkin hanya kasihan atau sebagai rakan. Dia yakin dia hanya menyayangi Aleena.

Loceng berbunyi tanda tamat waktu belajar .

Pelajar berpusu pusu menuju ke arah gate untuk pulang ke rumah.

Qayra yang menyedari Faiz berjalan seorang diri menghampiri sepupunya itu .

“ FAIZ ! ”

Faiz terkejut kerana suara lantang milik Qayra.

“ kau kenapa Qayra ? terkejut aku haih ”

“ hehe sorry ”

Faiz hanya tersenyum kecil

macam Aleena ”

Jeritan tadi mengingatkan dirinya terhadap Aleena.

Apa kau ni Faiz ? Asal ingat dia

Bisik hati Faiz.

Tengku Syed tiba.

Matanya memerhati ke arah remaja perempuan yang berdiri di sebelah puteranya itu.

Faiz memasuki perut kereta mewah bapanya itu.

“ How's your school Faiz ? ”

“ good ”

dibalas pendek oleh Faiz

“ May I know who's that girl standing next to you just now ? ”

tanya Tengku Syed

“ tu lah Qayra . Anak Tengku Amir. Your brother. ”

Tengku Syed tergamam

“ dah besar ye Qayra. ”

sejujurnya Tengku Syed merasakan sedikit hiba melihat Qayra. Tidak mendapat kasih sayang seorang bapa. Namun Tengku Syed tidak mampu berbuat apa. Dia tidak mahu menanggung risiko. Tengku Amir mampu berbuat apa saja demi merampas kebahagian dirinya.

“ Abah , can I ask you something ? ”

Faiz tiba tiba mencelah

“ sure , go ahead ”

“ Mana Aleena ? ”

Egonya roboh. Dia sudah tidak mampu menanggung rindu terhadap Aleena. Sekurang kurangnya biarlah dia tahu keadaan Aleena sekarang. Kemana dia menghilang.

Tengku Syed terkedu

Mukanya bagaikan sedikit pucat.

“ Aleena tengah tak berapa sihat. I bet she's resting at the home for now. ”

Riak wajak Faiz terus berubah. Mukanya jelas menunjukkan riak risau.

“ Can we go to her house Abah ? I need to hand out some homeworks for her . Poor her for being lefted out at school ”

Sekali lagi. Trick sama yang digunakan Faiz. Entah kerja sekolah mana yang mahu dikebasnya.

Namun ajakan Faiz itu ditolak oleh Tengku Syed

“ No , we can't ”

Suara tegas Tengku Syed menaikkan bulu roma Faiz

“ o-okay then ”

Badanya perlahan bersandar di captain-seat Toyota Vellfire milik bapanya.

Tengku Syed bukan tidak mahu membawa anaknya berjumpa Aleena , namun kedua ibubapa Aleena ingin merahsiakan tentang keadaan Aleena di hospital yang kian memburuk buat masa sekarang.

Faiz mengrenung ke luar tingkap. Lalu melihat ke arah langit yang mendung.

Pokok hujan gelap bagaikan memahami isi hatiku ,
Bersalahkah diriku kerana membenci dirinya tapi tidak meredhai ?
Mungkinkah dia turut benci diriku ?

Persoalan kerap bermain di minda Tengku Faiz


Continue Reading

You'll Also Like

125K 5.4K 52
❥❥❥ [BNHA x Fem!Reader] ❛❛𝔸𝕝𝕝 𝕥𝕙𝕖 𝕣𝕚𝕔𝕙𝕖𝕤 𝕓𝕒𝕓𝕪, 𝕎𝕠𝕟'𝕥 𝕞𝕖𝕒𝕟 𝕒𝕟𝕪𝕥𝕙𝕚𝕟𝕘, 𝔸𝕝𝕝 𝕥𝕙𝕖 𝕣𝕚𝕔𝕙𝕖𝕤 𝕓𝕒𝕓𝕪...
224K 7.7K 98
Ahsoka Velaryon. Unlike her brothers Jacaerys, Lucaerys, and Joffery. Ahsoka was born with stark white hair that was incredibly thick and coarse, eye...
166K 17.6K 23
"𝙏𝙤𝙪𝙘𝙝 𝙮𝙤𝙪𝙧𝙨𝙚𝙡𝙛, 𝙜𝙞𝙧𝙡. 𝙄 𝙬𝙖𝙣𝙣𝙖 𝙨𝙚𝙚 𝙞𝙩" Mr Jeon's word lingered on my skin and ignited me. The feeling that comes when yo...
940K 21.5K 49
In wich a one night stand turns out to be a lot more than that.