Kerana Cinta

By N_aqilla

40.8K 3.1K 447

Cinta? Usah disebut tentang perasaan itu. Hakikatnya rasa itu sudah lama mati dalam dua hati. Ada dua hati y... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Epilog

Bab 6

1K 79 0
By N_aqilla

A bad overthiking can kill your feels.

Jemari kasarnya bergerak gerak pada bibir cawan. Matanya meliar memandang sekeliling. Fikirannya pula sudah melayang entah ke mana. Hiruk pikuk suasana di cafe itu langsung tak diendahkan. Bibirnya sesekali menyanyikan bait bait lagu yang dia dengari menerusi earphone.

"Lelaki tu."

Arian perlahankan sedikit lagu yang dia dengari. Kini, telinganya cuba mencuri dengar perbualan beberapa orang pekerja yang dia yakini berdiri tidak jauh di belakangnya.

"Kenapa dengan lelaki tu?"

Kedengaran pula suara lain menyampuk. Lunak. Arian kerutkan kening sendiri. Serasa pernah dia dengari suara gemersik merdu itu.

"Eh, Cik Ayra!"

Serentak itu mata Arian membulat. Mendadak dia bangkit dari duduknya. Badannya berkalih memandang susuk tubuh itu.

Ayra tak kurang sama. Matanya membulat sedikit. Dia ingat lelaki ini. Lelaki tanpa nama!

Ternaik sedikit bibir Arian. Senyum.

"Ayra."

"Hm, hye?"

Arian lepaskan tawa. Tawa ikhlas. Gelak yang sudah lama hilang.

"Jemput duduk, Encik advisor." Ayra sekadar berbasa basi. Matanya di isyaratkan kepada beberapa orang pekerjanya. Isyarat pergi sambung kerja sebelum saya potong gaji! Dalam kadar lipas kudung, sepantas kilat bayang mereka hilang. Ayra labuhkan duduk di kerusi bertentangan Arian. Dia hulur senyum manis.

"Ni cafe kau?"

"Lebih kurang."

Arian angguk sedikit. Mata Ayra meliar ke atas meja yang di huni Arian. Terdapat beberapa cawan coffee dan sepinggan croissant. Kini dia faham apa yang hendak dibualkan oleh pekerjanya. Pasti mereka tertanya tanya mengapa lelaki itu berada terlalu lama di cafe ini. Tak perlu di tanya, lihat saja pada meja ini pasti orang dapat meneka bahawa lelaki ini menghabiskan masa yang panjang di sini.

"Coffee tak elok untuk kesihatan."

Arian angguk.

"Tahu." Selamba dia membalas.

Ayra jongket bahu.

"Ayra..."

"Ya?"

"Kau dah okay?"

"Saya?" Ayra tunding wajahnya. Dia ke?

Arian angguk.

"Okay? Daripada apa?" Ayra kerut kening. Tak mengerti.

"From your past?"

"Hm, i'm still fixing myself day by day."

Arian angguk. Faham.

"Encik..."

"Arian."

Ayra ngguk. Dia tersenyum puas. Tahu pun nama lelaki itu! Dah tak misteri.

"Ya, Encik Arian-"

"Just Arian. No need Encik. I'm good with Arian."

"Baik. Awak pula macam mana?"

"Teruk?"

Ayra kelu sendiri. Lelaki asing ini yang berikan dia semangat. Dan sekarang lelaki ini pula yang hilang punca. Ayra tilik wajah itu. Kini baru dia perasan wajah itu sedikit memucat. Terdapat lingkaran hitam di bahagian bawah mata lelaki itu. Bibir itu pula sudah mengelupas sedikit.

"Show me."

Terpingga pingga Arian menerima arahan itu. Show? Nak show apa?

"That." Jari runcingnya menunding tepat ke pergelangan tangan yang di litupi kemeja coklat cair itu.

"No. Tak penting pun."

"Show me." Keras nada Ayra. Tak tahu lah dari mana dia dapat keberanian sebegini untuk beri arahan pada anak teruna orang. Silap orang mahu dia kena tadah telinga dengar bebelan dari lelaki itu.

Arian teguk liur sendiri. Terasa kelat. Perlahan jemarinya bergerak membuka butang di bahagian tersebut. Kemudian, dia selak sehingga menampakkan beberapa kesan di situ. Dia pejam mata sendiri. Malu. Malu kerana dia lemah dalam soal mental hinggakan dia rosakkan tubuh sendiri.

"Mana?"

"Mana?" Arian soal semula bila dia seolah olah tidak mengerti apa yang Ayra cuba sampaikan.

"That star."

Oh. Arian mengangguk. Mengerti.

"Aku tak pakai. That star doesn't look good on my scars." Arian ukir senyuman janggal. Hakikatnya dia tak pernah gunakan bintang itu. Dia rasa tak layak. Mana kan mungkin bintang seindah itu menghias lakaran buruk di tubuhnya. Bah kan tak akan pernah layak.

"Time will pass quickly, sometimes we will not be aware of the time that has passed. So, forget the past and look for a new future." Ayra mula buka bicara. Kasihan menjentik hati bila melihat wajah serabai lelaki itu. Dia jatuh kasihan.

"Kau bukan sesiapa nak nasihatkan aku, Ayra."

Ayra julingkan mata. Ada nampak aku kisah ke nyah?

"Kalau macam tu..." Ayra ketuk sedikit hujung dagunya. Cuba mencari idea.

"Kita kawan?"

"Kau ni terlebih berani pula. Tak malu betul ajak orang asing berkawan." Arian tayang wajah mengejek. Sekadar mengusik.

"Tak peduli. Urat malu saya dah lama putus." Ayra kini pasang wajah selamba. Tak ambil peduli pun dengan kritikan Arian. Ceh! Tepis saja kata kata lelaki itu buat kenangan.

"Kenapa kau nak berkawan dengan aku?" Arian tompang dagu di atas meja.

"Supaya awak tahu yang saya ada untuk jadi tempat meluah awak. Tempat bersandar. Tempat berkongsi dan tempat berharap."

"Cliche!"

"Terpulang. Peluang sebegini dating sekali seumur hidup tau. Jangan menyesal." Ayra tayang senyum mengejek.

"Apa benefit aku dapat kalau aku berkawan dengan kau."

"Seperti yang dinyatakan sebentar tadi-"

"Tak menarik!" Laju laju Arian memotong.

"Demand!"

Arian jongket bahu. Dia tayang wajah berlagak. Apa ingat senang ke nak berkawan dengan seketul Arian ni? Susah tau!

Nyeh! Ayra mengeluh perlahan. Otaknya ligat memikirkan tawaran terbaik yang dia ada. Melihat pada cawan coffee di atas meja laju sahaja idea bernasnya muncul.

"How about, coffee sepanjang hayat?"

Arian jongket kening. Hm, menarik.

"Menarik."

Yes! Ayra rasa macam nak lompat bintang!

"Tapi tak cukup."

Ish! Potong betul lah. Ayra sudah pasang wajah cemberut. Hei! Coffee sepanjang hayat tu kira berbaloi lah! Bukan semua orang dapat minum coffee percuma dari cafe ni! Dia minum pun kena bayar tau!

"Habis tu awak nak apa? Baik awak pilih je sendiri!"

"Aku-" Arian pandang telefonnya di atas meja. Berdering kuat sehingga mengganggunya. Dia pandang sekilas wajah Ayra. Kemudian jemarinya mencapai telefon tersebut dan terus di lekapkan ke telinga.

"Ya... Tahu... Nanti nanti aku balik lah... Ye lah... Baik... Ye, aku balik sekarang." Arian mendengus kasar sambal mematikan panggilan itu. Budak Farraz ni sehari tak ganggu hidup dia tak sah! Jemarinya pantas mencapai sebatang pen. Kemudian di capai pula helaian kertas yang terdampar di atas mejanya. Dikoyak sedikit hujung kertas tersebut, kemudian dia tunduk mencatit sesuatu.

"Yang tu nanti aku fikirkan. Aku nak kena balik. Ni semua... Free kan?" Arian tunjuk beberapa cawan di atas mejanya.

"Tak! Kita belum rasmi jadi kawan lagi, so tak!" Ayra jeling tajam lelaki itu. Meluat! Matanya melirik sedikit lelaki itu yang sibuk mengemas helaian kertas miliknya. Kerja apa pun dia tak tahu! Tak sempat nak usyar sebenarnya. Hehe.

"Yelah, nah. Nanti aku datang lagi." Arian keluarkan dua not 100 bersama kepingan kertas yang sudah dia koyakkan tadi. Di letakkan di atas meja sebelum dia berlalu. Tak sempat Ayra nak membalas batang tubuh itu sudah hilang dari pandangan. Ish! Macam chipsmore! Dah lah beri duit tak ambil baki! Banyak pula tu baki dia! Dah orang ingat cafe ni cekik darah pulak! Ayra tunduk memandang kepingan kertas yang terselit di antara duit itu. Terlakar senyuman di bibirnya. Ish! Arian ni! Ngorat kang!

Thanks for today! Aku terima kau sebagai kawan aku, next time aku datang lagi. Ni nombor phone aku. Need help? Just call me. *Wink! -Mr. Advisor yang tampan lagi kan hot!

Continue Reading

You'll Also Like

936K 30.3K 62
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
38.7K 2K 57
Lapan tahun sudah berlalu, Nawwar merasakan dunia ini tiada makna baginya. Trauma yang dialami sering menghantui dirinya. Bisikan halus kerap menghas...
2.1K 318 28
"Nama abang apa?" "Saufi." "Okay. Ika pergi dulu ya. Terima kasih tolong Ika tadi. Jumpa lagi Abang Opi. Tataaa..." Bermula dengan pertemuan di tam...
22.1K 1.3K 28
HAWA DALILA ร— HARRAZ DZAQWAN