MY GAY HUSBAND ZAFRAN FUHAID Ⓒ

By peonymin_71

203K 11.1K 6.7K

☊ ZAFRAN FUHAID Di usia yang muda, Zafran telah melakar nama di seluruh pelosok dunia. Siapa sahaja yang tida... More

Cast Interview
𝐙&𝐄 𝟏
𝐙&𝐄 𝟐
𝐙&𝐄 𝟑
𝐙&𝐄 𝟒
𝐙&𝐄 𝟓
𝐙&𝐄 𝟕
𝐙&𝐄 𝟖
𝐙&𝐄 𝟗
𝐙&𝐄 𝟏𝟎
𝓢𝓹𝓮𝓬𝓲𝓪𝓵 𝓔𝓹𝓲𝓼𝓸𝓭𝓮 🦄
29 ᴅᴇᴄᴇᴍʙᴇʀ 2021

𝐙&𝐄 𝟔

14.4K 920 592
By peonymin_71

────────⊹⊱✫⊰⊹────────

𝗦𝗘𝗦𝗜 𝗠𝗘𝗠𝗨𝗝𝗨𝗞 𝗘𝗭𝗥𝗔

A: Ezra, ezra boleh tolong akak tak? 

Ezra: Tolong apa ni?

A: Haaaaa tolong take over episode kali ni boleh? Akak nak gi date jap

Ezra menggaru kepala. 

Ezra: Akak nak pergi date? Akak kan single? Bukan akak tak laku ke? 

<...... Ya Allah... Kenit nak makan budak ni...> 

A: Kejap je. Nanti akak belanja Ezra food ok? 

Ezra: Nanak food

A: Haih... dahtu nak apa? 

Ezra: Ezra nak aiskrim 

<.......> 

A: Aiskrim tu food lah Ezra sayang

Ezra: Lainlah, food tu macam nasi. Aiskrim tu kan dessert 

A: ah apa apa je lah! Yang penting awak take over episode kali ni okay? 

Ezra: Otayy!


˚₊· ͟͟͞͞➳❥ 𝔼ℤℝ𝔸 𝔸𝔻𝕎𝔸 𝕋𝔸𝕂𝕀ℕ𝔾 𝕆𝕍𝔼ℝ

"Mama!! Kakak dah balikk!" 

Harini Ezra happy sebab kakak Min si Author yang sendu bagi Ezra take over episode kali ni. Yeay bestnya dapat bercakap. 

"Happynya adik kakak ni, dah solat Zohor ke belum ni haa? Busuk je, tak mandi lagi eh" 

"Hihihi Ezra bangun lambat hari ni" 

Haaaa ni lah kakak kita! Cantik kan? Tengoklah adik dia siapa. Tapi kenapa mata kakak nampak merah? 

"Kakak, kenapa mata kakak merah?" 

Kakak kita cuma senyum. Eeeee comellah kakak kita senyum. 

"Takde apalah sayang, ada habuk attack mata kakak" 

Ouhhh habuk... 

"Sorang je balik Shal? Zafran mana?" Tanya mama. 

Haah lah, Ezra pun baru perasan yang Abang An takde. 

"Dia ada hal sikit ma, Eshal balik ni pun tak lama. Sekejap je. Eshal rasa Eshal nak bawa Ezra balik rumah umi dengan babah sekejap lah ma. Dah lama Eshal tak pergi sana" 

Nak balik rumah umi dengan babah? Wah bestnya! Dah lama Ezra tak balik sana! 

"Ouhh boleh je Eshal. Nak mama tolong pack kan barang-barang Ezra tak?" 

"Takpelah ma, Eshal buat sendiri. Jom Ezra" 

Kita dengan kakak kita pun naik atas masuk dalam bilik kita. 

"Ezra pergi mandi dulu then solat okay?" 

Lepas kita dah habis mandi dengan solat, kita nampak kakak kita dah tunggu dekat bawah dengan beg baju kita. 

"Haaa kan wangi tu. Baru lah comey sikit adik kakak yang sorang ni" Kakak kita puji kita comel... Haa korang ada? Takde kan? Kesian akak-akak abang-abang semua sendu. 

"Nak pergi mana ni kak? bawa beg Ezra bagai?" Haaa ni abang kita. Nama dia Zahiril. 

"Akak dengan Ezra nak pergi rumah umi dengan babah kejap. Maybe dalam 2-3 months?" 

"Lamanya, bosanlah Hiril kalau Ezra takde kat rumah" 

"Eleh, kamu kalau dia ada pun asyik membuli dia je. Sian budak tu" Betul tu mama. 

"Hehhehehe gurau-gurau manja je, kan Ezra kan?" Haduuiii sakit pipi kita digomolnya. 

"Oklah, Ezra salam mama papa dengan abang. Kita nak gerak dah" 

Kita pun salamlah tangan mama dengan papa. 

"Mana Zairil?" Tanya kakak kita. 

"Hmmmm si budak bengap tu, ada ke patut dia pergi class tak bawa buku. Jangan kata buku, dengan laptop semua benda tak bawa. Menyusahkan je, last-last Hiril tinggalkan aje dia, biar dia balik jalan kaki" 

Haaa abang Zairil tu pun abang kita juga! Muka dia sama denga muka abang Zahiril. Mama kata diaorang kembar sebab tu muka sama. 

"Macam-macam lah korang ni. Okaylah, kitaorang gerak dulu ye" Kakak salam semua orang. 

"Ouh uhm mama papa, kalau Zafran tanya Eshal dekat mana jangan bagitahu dia tau" Pesan kakak kita. 



: ̗̀➛ Tetiba author yang dibenci kembali

A: Ezra sayanggggg! Kakak dah balik!! 

Ezra: Awalnya balik, akak date dengan siapa? 

A: Dengan katil akak lah. Siapa lagi. Kesian katil akak tu takde orang teman.

Ezra: Dah agak dah, sebab akak pun bukannya laku pun

<Haih.... boleh naik gila aku dengan budak ni> 

A: ok kerja awak dah settle so now ambik aiskrim ni pergi main jauh-jauh

Ezra: Yeay! Dapat aiskrim dari author yang sendu 

<korang apahal pandang-pandang aku dengan muka korang camtu? Kau pun single sibuk nak jugde orang. Lempang kang sia-sia je> 






˚₊· ͟͟͞͞➳❥ 𝔹𝔸ℂ𝕂 𝕋𝕆 𝕋ℍ𝔼 ℙℝ𝔼𝕋𝕋𝕐 𝔸𝕌𝕋ℍ𝕆ℝ

Rumah tinggalan umi dan babah Eshal dan Ezra yang sebelum ini sedikit berhabuk sudah bersih dikemas oleh Eshal. Tersentuh hatinya mengenang kembali akan kenangannya bersama umi dan babahnya dahulu. Senyuman terukir setiap kali umi dan babahnya bermain di kepala. 

"Takutlah Ezra kakak senyum sorang-sorang" Eshal tertawa. 

Pipi gebunya dicubit manja. 

"Takdelah, kakak teringat pasal arwah umi dengan arwah babah" Jawabnya. 

Ezra mengalihkan badannya ke atas riba Eshal. 

"Kakak janganlah sedih, Kakak selalu cakap yang umi dengan babah selalu ada dengan kita walaupun kita tak nampak diaorang. Jadi umi dengan babah mesti ada denkat sini tengah tengok kita, so kakak takleh nangis. Nanti umi dengan babah pun sedih" 

Terharu Eshal mendengar apa yang adiknya katakan. 

"Eeeee pandainya adik kakak sorang ni. Siapa yang ajar ni buat ayat-ayat manis camni ni?" 

Ezra tersengih menampakkan gigi arnabnya. 

"Hehehehe Abang Hiril dengan abang ril yang ajar" 

Pipi Ezra digomol kasar. 

"Berapa lama kita nak duduk sini kakak?" 

"Tengoklah macam mana, kenapa? Ezra dah bosan ke?" 

"Takdelah, saja je tanya" 

"Ezra nak tengok album gambar Ezra time baby tak?" 

Mata bulat Ezra memandang kakaknya dengan penuh minat. 

"Nakkkkk" 






˚₊· ͟͟͞͞➳❥

Mesti anda tertanya-tanya. 

Mana Zafran? 

"Woi Zafran, lama tak jumpa. Aku dengar kau dah kahwin sekarang ni?" Tanya Leo sambil meneguk air kencing syaitan itu. (arak) 

"Haah, saja je datang sini. Bosan" Jawabnya ringkas. 

Inilah tempat kegemaran Zafran. Night Club. Disinilah tempat dia akan "membuang" segala masalahnya. Anak ikannya? Hmph Jangan tanyalah, kadang-kadang tu sampai sepuluh orang menjadi lauknya. Ye, semuanya lelaki. 

"Eh asal tak minum? Nah ambil ni aku belanja malam ni, kita party!!" Sorak Leo. 

Zafran hanya diam. Cawan kecil berisi minuman haram itu dia capai. Tidak tahu apa yang dia rasakan membuatkan dia hanya termenung sahaja air itu. Tiba-tiba suara Eshal bermain di kepalanya. 

"Sampai bila awak nak simpan saya? Stop making things hard for yourself Zafran Fuhaid!" 

"Saya ni nampak murah sangat ke bagi awak sampai awak susah sangat nak layan saya dengan baik?"

Meremang bulu romanya secara tiba-tiba. Tangannya mengigil lalu dia meletakkan semula cawan kecil yang masih penuh itu ke atas meja. Leo memandang Zafran pelik. 

"Kau ok tak ni bro?" 

"aku gerak dulu lah bro" 

Zafran mengeluarkan beberapa keping duit RM100 dan menghulurnya ke Leo kemudian bergegas keluar dari kelab malam itu meninggalkan Leo terpinga-pinga seorang diri. 

Sampai sahaja di rumah, Zafran membilas mukanya dengan air beberapa kali. Nafasnya turun naik seperti kekurangan oksigen. Dia menghela nafas dan memandang refleksi dirinya sendiri di dalam cermin. Air basuhan muka masih lagi menitik. 

"What the hell is wrong with you Zafran? Why is she in my head?" Bisiknya kepada diri sendiri. 

Tersentak Zafran melihat refleksi dirinya sendiri di dalam cermin sedang merenungnya tajam seperti ingin membunuh degan senyuman sinis seakan mengejek dirinya. 

"Kenapa muka kau sama macam aku?" Soal Zafran kepada refleksi dirinya yang kini sedang ketawa jahat. 

"Puas? Macam mana Tuan Zafran? Seronok kau permainkan cinta dan keikhlasan hati isteri kau?Isteri yang kau dambakan dan tak pernah kau hargai tu?" Ujar refleksinya. 

Zafran menggosok matanya beberapa kali menganggap yang ianya hanya satu bayangan tetapi tidak. 

"Kau kejam Zafran Fuhaid. Kau pendosa! Kau suami yang tak berguna!" 

Zafran menutup telinganya. Tidak sanggup lagi mendengar kata-kata itu. Secara tidak langsung, dia menumbuk cermin itu hingga pecah menyedarkan dia daripada ilusi itu. 

Nafasnya tidak teratur. 

Takut. 

Itu yang dia rasakan. 

Tangannya yang dipenuhi darahnya sendiri serta cebisan kaca yang tertusuk ke dalam kulitnya dihiraukan. Terduduk dia menundukkan kepala. 

Dia lelah. Hatinya terasa perit. 

Bayangan wajah isterinya terbit di minda. 

"Apa yang kau dah buat Zafran Fuhaid?...." 







˚₊· ͟͟͞͞➳❥

"Mengumumkan ketibaan yang berhormat, Tuan Zafran Fuhaid ke rumahku syurgaku ataupun kadang-kadang zoo hidupan liar!" Umum Zairil dari muka pintu apabila menyabut abangnya yang baru pulang ke rumah. Jelingan tajam diberikan oleh Zafran membuatkan Zairil sedikit takut. 

"Apahal kau ni? Disampuk dek setan dah?" 

Zairil hanya memandang lantai sambil mengumam sesuatu perlahan. "Bukan dia ke yang kena sampuk dengan hantu gay---"

"Apa kau cakap?" 

"T-takde apa. Eh bang panas lah kat sini, jomlah masuk nanti mama bising" Kata Zairil cuba mengubah topik dan bergegas masuk ke dalam rumah. 

"Ha lama kamu papa tak dengar khabar kamu ni, apa cerita dengan kerja? Semua ok?" Ujar Tuan Zaqwan yang sedang ralit membelek surat khabar. <Typical papa> 

"Ok je pa. Zafran saja je datang, nak tanya khabar papa, mama dengan adik-adik" 

Terkejut Tuan Zaqwan apabila melihat anaknya yang menjawab pertanyaannya dengan mesra. Selalunya jawapan Zafran akan berbunyi 'ok' ataupun 'entah' dengan suara dinginnya tetapi Zafran yang berada di hadapannya ini sangatlah berbeza. Tuan Zaqwan gembira melihat perubahan anak sulungnya itu. 

Puan Farihah yang baru sahaja keluar dari bilik membasuh baju menegur anak sulungnya yang baru pulang. Soalan yang sama... Jawapan yang sama... 

"You turn me on like a light switch, when you moving your body around and aroundddd" Suara Zahiril memenuhi ruang tamu sambil bernyanyi. Teruja dia melihat kepulangan abang sulungnya yang dia 'sayang' sangat itu. 

"Wahh Tuan Zafran dah pulang. Selamat datang ke nera-- eh syurgaku wahai abang ku yang tercinta lagikan terbenci" 

Zafran hanya menggulingkan mata ke atas. 

"Apa lagi kau nak?" 

Zahiril mengambil tempat duduk di sebelah abang dan adiknya membuatkan dia berada di tengah-tengah. 

<Haaa kan omey tu duduk ikut urutan> 

Zairil: Diam lah Min

A: kau babi


"Haihh bang, kau tak rindu ke adikmu yang comel dan handsome ni?" 

Zafran hanya riak kosong. "Tak" 

Zahiril memuncungkan bibir. Zafran menjenguk kiri kanan atas bawah seperti mencari sesuatu ataupun seseorang. 

"Cari-cari apa bang?" soal Zairil

"Ezra mana? Harini sekolah ke?" 

"Rumah baru kau tak letak kalendar eh? Ke Kalendar phone kau dah jahanam?" 

Kapala Zahiril diketuk oleh Zafran. 

"Jawab je elok-elok tak boleh?" Zahiril mencebik. 

"Guran pun tak boleh. Ezra ikut kakak dia, entahlah pergi bercuti kot" Jawab Zahiril ringkas. 

Tersentak Zafran. 

"Eshal bawa Ezra pergi mana?" Soalnya

"Pergi cari suami baru kot" Ketukan yang lebih kuat dikenakan lagi di kepala Zahiril

<Kesian si kembar ni. Asyik kena ketuk je> 

"Sakitlah bang! Ish manalah aku tahu, kak Eshal tak cakap nak perg mana" 


Bunyi azan maghrib berkumandang di televisyen. 

"Haa dah masuk waktu maghrib, pergi naik atas solat! Kerja asyik nak merepek je" Pesan Tuan Zaqwan kepada anak kembarnya. 

Zahiril dan Zairil mendaki tangga untuk menunaikan solat. Puan Farihah yang sudah siap bertelekung menegur suaminya. 

"Dah-dah lah baca surat khabarnya tu bang, jomlah cepat nanti lambat tak sempat kita nak maghrib kat masjid" bebel Puan Farihah. 

"Mama dengan papa nak pergi masjid ke? Zahiril Zairil tak ikut?" Tanya Zafran. 

"Haah, saja nak tukar-tukar angin. Adik-adik kamu tu tak mahu mengikut" 

Zafran mengangguk faham. 

Selepas mama dan papanya keluar, Zafran mendaki tangga dan berjalan ke pintu bilik Zahiril dan Zairil. <Ye dah tua pun tidur sekali. Barulah kembar sweet namanya> 

Tombol pintu dipulas dan kelihatan Zahiril sedang membentang sejadah di ruang solat manakala Zairil mengemaskan rambutnya untuk memakai songkok. 

"Ye Tuan Zafran, boleh kami bantu?" Soal Zahiril. 

Zafran mahu meminta sesuatu kepada adik-adiknya tetapi dia teragak-agak. 

"kau nak apa bang?" 

'Tanya je lah Zafran oi' 

"Er... ajak aku ambil wuduk. Boleh?" 

Terkejut lalu terkentut si kembar mendengar soalan abang sulung mereka itu. 

"Haaa haaa tahu dah terkentut! Batal air wuduk" Kata Zairil sambil membuat jari telunjuk atas bawah kepada Zahiril. 

"Kau pun sama, takyah nak haa haa sangat" 

Zafran menggaru tengkuknya. 

"Er... boleh ke tak?" 

Si kembar tersengih nakal. 

"Boleh tapi ada ganjaran lah" 

Zafran menggulingkan mata. Tiada benda lainlah tu, pantang minta tolong sikit mesti ada aje nak ganjaran. 

"Yelah, nanti aku bank in lagi 2 juta" Zafran mengalah. 

Zahiril dan Zairil high five. Dasar pengemis si mata duitan tak bertauliah. 


"Angkat lah lengan baju tu, takkan nak bagi dia basah" Marah Zairil. Pening kepala dia melihata cara abangnya mengambil wuduk. Seperti ini baru pertama kali dia berbuat begitu. 

"Ya rabbi! Yang kau pergi basuh sampai ke lutut tu buat apa bang? Sampai pergelangan kaki je!" 

Kesabaran yang tinggi amat diperlukan oleh si kembar dalam mengajar abangnya mengambil wuduk. 

Setelah selesai, Zahiril membentang satu lagi sejadah untuk kegunaan abangnya. 

"Kau tahu niat solat maghrib kan?" Soal Zahiril 

Zafran memandang kiri kanan. 

"Ohhh niat! haaa tahu tahu" 

"Cuba baca sikit aku nak dengar" 

Ah sudah. 

"N-nawaitu s-souma ghadin----" 

"ITU NIAT PUASA!" Jerit Zahiril dan Zairil serentak. Wajah meraka diraup. 








˚₊· ͟͟͞͞➳❥

Selesai solat maghrib dan Isyak yang paling sukar buat si kembar. Zafran membuka pintu bilik tidurnya perlahan. Sunyi. Kosong. Gelap. 

Seperti hidupnya sekarang. Dia mengambil tempat duduk di atas katil sambil menghela keluhan berat. Lokasi isterinya sudah dia ketahui. Macam mana? Ni kan zaman moden, Zafran dah setkan gps pada setiap kenderaan dia supaya mudah untuk dia kesan. Dia je yang bengong lupa teknologi dah canggih. 

Sebaik sahaja dia tahu yang Eshal dan Ezra selamat di rumah arwah mertuanya, dia menjadi lega. Terasa kurang sedikit beban di jiwa. Tiba-tiba matanya tertoleh ke kanan terpandang sejadah berwana biru tua yang elok tergantung di penyidai. Dia teringat apa yang pernah terjadi. 

"Jom solat isyak sekali, awak imamkan" 

Dia juga ingat kata-katanya yang menyakitkan pada malam itu. 

"Muka aku ni ada nampak macam muka imam kau?"

"Pahala kau pun belum tentu cukup ada hati nak tahfizkan orang"

Pedih apabila dia terkenang kembali kata-katanya. Tanpa dia sedar, air mata jantannya mengalir perlahan. 

'Tunggu aku Eshal.... aku akan ubah diri aku.... demi mendapatkan kemaafan kau' 





-ˋˏ✄┈┈┈┈ Episode 6 End

Wahhhh Haaaaa ambik kau! 3 chapter terus seklai publish dalam satu hari. Haaaaa so how reader reader semua? Apa? Kau ingat Eshal accident ke? Lol lambattttt lagi. Pendapat anda Zafran dah slow-slow berubah amacam? Masih marah kah? 

K lah jumpa esok plk. Maybe update sampai habis terus pun oka gak kan? Kesian korang kena sekolah. Bye! Thank you for reading! Sorrylah kalau ada typo. 

Continue Reading

You'll Also Like

28.2K 2.6K 24
Sinopsis The Quadraple Seller !Itulah gelaran yang diberi oleh group boy band yang terkenal di seluruh negara termasuk Korea,Malaysia,US,Singapore,In...
1.5K 192 38
Jung Eunha seorang nurse yang cantik dan manis bertunang dengan kekasih hatinya seorang detektif Jeon Jungkook. Hidup Eunha menjadi bahaya apabila...
2.3K 243 14
5 orang gadis dari sebuah universiti yang menyertai satu kem telah pun sesat di dalam satu hutan. Mereka ditemui oleh sekumpulan serigala jadian di s...
394K 19.8K 46
Aku dan dia memang rapat sejak kecil dan sudah menjadi lebih daripada kawan. Satu peristiwa hitam yang tak dapat aku lupakan dan telah membuat dirik...