My Princess II Park Jihoon X...

By juviakim

89 16 15

Bagaimana seorang puteri raja yang lemah lembut tiba-tiba berubah kepada seorang yang ganas? Dan ianya diseba... More

Watak-watak
1
2
3
4
5
6
8
9
10

7

3 1 0
By juviakim

Y/N dan Aisha meletakkan penyepit mereka. Siapa sangka Aisha sangat sukakan pasta buatan Y/N.

"Dari mana puteri belajar memasak?"tanya Aisha.

"Anggap saja saya mendapat inspirasi,"kata Y/N.

Y/N mengalihkan meja mereka itu.

"Cik Muda,boleh saya nak tanya sesuatu?"tanya Y/N.

Aisha mengangguk.

"Awak masih muda. Kenapa awak menjadi gundik diraja?"tanya Y/N.

Aisha diam sejenak. Dia menghela nafasnya.

"3 tahun lalu,ayah patik ditahan atas tuduhan cubaan membunuh raja kerana seorang pegawai mendapati ada perancangan untuk membunuh raja dan yang mengetuai ialah ayah patik. Kerana itu,rumah patik diambil dan kami dianggap sebagai pengkhianat. Kemudian,patik pergi menghadap tuanku raja. Patik memberitahu bahawa patik akan menjadi gundik diraja jika keluarga patik dibebaskan dari gelaran pengkhianat. Jadi,tuanku menarik semula perintah dan membebaskan ayahanda patik,"terang Aisha.

"Tapi,awak tak menyesal ke?"tanya
Y/N lagi.

"Kalau itu dapat menolong keluarga patik,patik takkan menyesal,"kata Aisha.

"Saya bukan nak menyibuk. Tapi,kadang-kadang apa yang kita lakukan tanpa kehendak kita,cepat atau lambat kita akan menyesal. Walaupun sekarang awak tak menyesal,suatu hari nanti awak akan menyesalinya juga,"kata Y/N.

Aisha cuma tersenyum.

"Awak mesti bosan di istana ni. Saya dah bosan walaupun dah beberapa hari di sini. Jadi,apa kata kita berkawan? Saya takkan panggil awak cik puan dan awak tak perlu panggil saya puteri. Panggil saya dengan nama dan saya panggil awak dengan nama. Macam mana?"cadang Y/N.

Aisha tersenyum kemudian mengangguk.

"Jadi,saya panggil awak Yoorim. Dan awak panggil saya... umm..,"Y/N mula berfikir.

Sekarang dia mempunyai dua nama. Jang Y/N dan Kim Sae Hyun. Apa yang patut Aisha panggilnya?

"Saya panggil awak Sae Hyun. Betul kan?"tanya Aisha.

"N.. nae. Betul tu,"kata Y/N.

Mahu tak mahu,dia perlu dipanggil dengan nama puteri itu.

"Saya patut pergi dulu. Saya ingin makan angin sekejap. Jadi,jaga diri,Yoorim,"kata Y/N lalu keluar dari bilik Aisha.

Setelah Y/N keluar,Aisha mula tersenyum.

Di tasik.......

Y/N melihat pantulan dirinya di air. Kemudian,seseorang mendekatinya.

"Puteri ingin berjumpa dengan patik?"tanya seorang lelaki.

Y/N berpaling dan ternyata dia ialah Xiumin atau namanya sekarang Kim Min Seok. Y/N segera memberi arahan supaya dayang dan sidanya meninggalkan mereka berdua. Y/N merenung wajah Xiumin. Dia masih teringat bagaimana Xiumin menikam Jihoon di hadapan matanya. Dia cuma mampu menahan marah kerana itu bukanlah Xiumin melainkan Kim Min Seok.

"Puteri,"panggil Xiumin.

Y/N seperti baru tersedar dari lamunan.

"Nae?"Y/N mula tersenyum.

"Nampaknya puteri memang tak ingat apa-apa tentang kemalangan itu,"kata Xiumin.

Y/N mula berasa aneh.

"Awak tahu apa-apa ke tentang kemalangan yang menimpa beta?"tanya Y/N.

Xiumin cuma diam.

"Beritahu beta sekarang!! Kamu ada tahu apa-apa tentang kemalangan beta?"tanya Y/N lagi.

Kali ini,kemarahannya mula muncul.

"Tak ada apa. Patik cuma tertanya-tanya,"kata Xiumin lalu meninggalkan Y/N.

Baru sahaja Y/N ingin memanggil Xiumin semula,kepalanya mula sakit kembali. Seperti ada ingatan yang datang sekaligus yang membuatkan fikirannya kacau. Lebih teruk,dia merasa sesak nafas. Tepat pada masanya,Dayang Shim tiba dan Y/N tidak sedarkan diri. Dayang Shim mula memanggil sida-sidanya untuk mengangkat Y/N dan membawanya ke bilik puteri.

Di bilik Puteri....

Jihoon kini berada di sebelah Y/N yang tidak sedarkan diri.

"Maafkan patik,putera. Patik tidak bersama dengannya pada waktu itu. Dan puteri tidak sedarkan diri pula,"Dayang Im mula rasa bersalah.

"Mana Pegawai Ju?"tanya Jihoon. Kemudian,Haknyeon terus masuk.

"Macam mana siasatan tentang kemalangan puteri sebelum ini?"tanya Jihoon.

"Patik masih menyiasatnya. Tapi,satu-satunya yang patik boleh beritahu ialah orang yang menyebabkan semua ini berlaku ialah orang dalam,"kata Haknyeon.

Jihoon mengangguk. Kemudian,Haknyeon dan Dayang Im terus keluar dengan arahan Jihoon. Serentak itu juga,Y/N mula membuka matanya. Jihoon yang melihatnya mula tersenyum.

"Puteri,gwaenchana?"tanya Jihoon. Y/N terus bangun. Jihoon mula bingung.

"Putera,orang yang menyebabkan saya cedera pada hari saya kemalangan ialah..... Menteri Kim Min Seok,"kata Y/N.

"Puteri,puteri dah ingat semuanya?"tanya Jihoon.

Y/N mengangguk. Walaupun itu bukan ingatannya,tapi dia telah melihatnya.

"Tapi,kenapa Menteri Kim hendak berbuat demikian?"Jihoon masih tidak percaya.

"Sebabnya,saya tahu tentang rancangannya untuk naik takhta,"kata Y/N.

Flashback......

Puteri Sae Hyun kini berdiri di tepi tasik. Kemudian,Xiumin mendekatinya.

"Apa khabar,puteri?"tanya Xiumin. Sae Hyun berpaling dan senyum.

"Pak Cik,dah lama kita tak berdua seperti ini. Kita sentiasa bermain bersama masa saya kecil dulu. Tapi,saya dah jarang berjumpa dengan pak cik sejak umur saya mencecah 13 tahun,"kata Sae Hyun.

Xiumin tersenyum.

"Pak cik,boleh awak berterus terang? Sekarang cuma kita berdua sahaja,"kata Sae Hyun.

"Apa maksud puteri?"tanya Xiumin.

"Dah lama sejak ayahanda menaiki takhta. Pak cik dah merancang segalanya,"kata Sae Hyun.

Air muka Xiumin mula berubah.

"Pak cik cemburu kerana nenda menyuruh adinda pak cik iaitu ayahanda,menaiki takhta?"tanya Sae Hyun.

"Wae? Salah ke? Pak cik ialah keturunan diraja juga. Tapi,pak cik dilayan seperti tidak wujud padahal pak cik lebih layak untuk menjadi raja dan menjadi raja kepada Soo Young. Kenapa mendiang raja memberi pangkat raja dan permaisuri kepada ayahanda kamu?"akhirnya topeng Xiumin terungkap.

"Jadi,pak cik rancang untuk bunuh semua orang dan menaiki takhta,"kata Sae Hyun.

"Dan juga pak cik akan ambil bonda kamu sebagai permaisuri pak cik. Ayahanda kamu telah merampas segalanya yang sepatutnya menjadi hak pak cik. Takhta dan bonda kamu,"kata Xiumin.

Tiba-tiba,Sae Hyun menunjukkan sehelai kertas kepada Xiumin.

"Sejak saya mencurigai segala gerak-geri pak cik,saya dah menyiasat segalanya. Dan bukti-bukti untuk membuktikan segala rancangan pengkhianatan pak cik,saya catatkan di dalam ini,"kata Sae Hyun.

Mata Xiumin terbuntang. Dia mula takut.

"Saya akan serahkan ini kepada ayahanda. Pak cik perlu terima segala hukuman,"kata Sae Hyun lalu berjalan meninggalkan Xiumin.

Namun,dia dihalang oleh Xiumin apabila Xiumin memegang tangan Sae Hyun. Kemudian dia merebut kertas di tangan Sae Hyun.

"Bagi pada pak cik,"arah Xiumin.

Mereka mula berebutkan kertas itu. Sebaik sahaja Xiumin mendapatkan kertas itu,Sae Hyun hilanga keseimbangan dan akhirnya dia jatuh. Kepalanya yang terhantuk dengan batu berdekatan menyebabkan dia tidak sedarkan diri.

Xiumin mula gementar kerana Sae Hyun tidak sedarkan diri. Dia cuba mengejutkan Sae Hyun namun dia tidak memberi respon. Xiumin melihat ke kiri dan ke kanan dan menolak Sae Hyun ke dalam tasik. Kemudian,dia meninggalkan Sae Hyun. Dia menganggap orang akan menyangka Sae Hyun kemalangan.

Flashback End......

Jihoon yang mendengarnya sangat terkejut. Tidak dibandingkan dengan Y/N yang terkejut kerana tiba-tiba mendapat segala ingatan puteri termasuk hari dia cedera.

"Kamu mesti terkejut. Kamu terpaksa menghadapi kejadian seperti itu,"kata Jihoon lalu memegang tangan Y/N.

"Putera,kita perlu bersiap sedia sekarang. Bila-bila masa saja pak cik saya akan menyerang. Kita perlu lindungi ayahanda dan semua orang,"kata Y/N.

"Tapi,kita juga perlu berhati-hati dengan orang yang akan bekerjasama dengan pak cik awak. Puteri,kamu masih ingat kan?"Jihoon merenung Y/N. Y/N mengangguk.

"Saya ada rancangan. Tapi,semua perlu bantu termasuk putera,"kata Y/N.

'Masa untuk gunakan kemahiran pendakwa raya saya. 😏😏,'bisik hatinya.

Continue Reading

You'll Also Like

963K 22K 49
In wich a one night stand turns out to be a lot more than that.
11.5M 298K 23
Alexander Vintalli is one of the most ruthless mafias of America. His name is feared all over America. The way people fear him and the way he has his...
197K 19.2K 24
"๐™๐™ค๐™ช๐™˜๐™ ๐™ฎ๐™ค๐™ช๐™ง๐™จ๐™š๐™ก๐™›, ๐™œ๐™ž๐™ง๐™ก. ๐™„ ๐™ฌ๐™–๐™ฃ๐™ฃ๐™– ๐™จ๐™š๐™š ๐™ž๐™ฉ" Mr Jeon's word lingered on my skin and ignited me. The feeling that comes when yo...
55.1M 1.8M 66
Henley agrees to pretend to date millionaire Bennett Calloway for a fee, falling in love as she wonders - how is he involved in her brother's false c...