His: Mr. Handball

By ___tzxreyl

1.3K 334 163

His: Mr. Handball Me with you, My Love... ❍♡●♡❍ ❍♡●♡❍ ❍♡●♡❍ Suatu ketika... More

PRECAUTION
00 : 01
00 : 02
00 : 03
00 : 04
00 : 05
00 : 06
00 : 07
00 : 08
00 : 09
00 : 10
00 : 11
00 : 12
00 : 13
00 : 14
00 : 15
00 : 16
00 : 17
00 : 18
00 : 19
00 : 20
00 : 21
00 : 22
00 : 23
00 : 24
00 : 25
00 : 26
00 : 27
00 : 28
00 : 29
00 : 30
00 : 31
00 : 32
00 : 33
00 : 34
00 : 35
00 : 36
00 : 38

00 : 37

28 3 0
By ___tzxreyl

«.......his sky and clouds.......»

┊  ┊  ┊  ┊
┊  ┊  ┊  ★
┊  ┊  ☆
┊  ★

|.↗✉↘.|

"Putera Razique abang kau?!" Tak tahu lah luas mana mulut aku melopong sekarang ni.

Kan aku dah cakap, Luth ni manusia perahsia! Rahsia dia boleh lawan dengan Illuminati dan Freemason punya agenda!

Luth buat muka tapai ubi terlebih ragi dia. Toya sebelum hilang diganti dengan muka stoned.

Stoned face stormy heart.

"Abang angkat lah," jawab Luth endah tak endah sambil gigit Choki choki.

Asyik makan je Luth ni. Mulut tu sentiasa mengunyah.

"Macam mana kau boleh kenal Abang Putera?" Aku kenal kawan Angah tu sejak Angah bekerja di sini.

"Aku pernah selamatkan dia,"

"Bila?"

"Esok,"

"Ish, bahenol la! Elok elok lah Luth!" Cap yang tersarung, aku tarik.

Aku tengah serius, dia boleh suka hati tempah sepakan maut aku! Bukan senang aku nak serius, jenis Ahli Maharaja Lawak Mega yang tersingkir ni!

"Elok dah la ni." Luth hanya jeling topinya di tangan aku. Tak ada ura ura nak rampas balik.

"Eish, kau ni kan..." Sampai hilang kosa kata nak bercakap dengan dia ni. Penat betul dengan Luth!

"Apa?" Soal Luth, malas.

"Kau selamatkan Abang Putera tu lah, bila? Korang dah lama kenal ke?" Aku nak tahu jugak, titik.

"Tak," bibir Luth menjuih.

Kalau tak disebabkan ramai orang kat sini, aku dah lepaskan jeritan. Betul betul nak bagi dekat tepi telinga Luth.
Biar dia rasa betapa aku geramnya dengan dia. Tu baru hari ni, hari yang lepas tu?

Tolonglah!

Letak orang tekanan darah rendah tepi dia, confirm naik mendadak jadi tekanan darah tinggi terus!

Ha, aku la tu. Aku patut buat check up kalau aku tak bencikan hospital.

"Ya lah Luth, ya lah..." Asalkan kau bahagia dengan cara tambahkan tekanan darah pada orang, tak apalah.

Biar la aku kat sini baling bola tenis kat dinding balik nanti. Satu kertas kadbod dengan muka kau harus ada sekali. Aku aim kasi kena punya.

"Okey," Luth jeling aku sekilas sebelum kembali menumpukan perhatiannya pada Choki choki.

Balik nanti aku nak beli sekotak benda alah coklat ni, terliur betul tengok Luth!

Aku meliarkan pandangan. Asal jangan tengok Luth sudah, ada jugak aku curi coklat orang lain kut. Haish, tak boleh. Ego Irel, ego sikit.

"Mana Angah ni?" Aku menggumam sendiri.

Tika ini di tempat parking, panas. Tak ada la bahang sangat tai cukup cukup la kulit aku ni asyik terdedah dengan cahaya matahari. Lama lama boleh kena kanser kulit.

Gelap kulit aku!

Bukan macam Luth, bertahun tahun aku tengok kulit dia macam tu jugak. Dari zaman gigi susu baru mula nak cabut sampai la dah lengkap sekarang. Bersih elok je kulit dia.

Pakai produk apa?

SK II? Lancome? Avenys?

Tubuh Luth elok bersandar di dinding dengan kaki ditampan ke belakang. Aku perasan je dari tadi orang yang lalu lalang. Pasti beralih anak mata pada Luth.

Nak kata Luth handsome, Luth tunduk je dari tadi. Hanya seketika panggung kepala.

Sahla, aura dia kuat! Aku di sebelah pun terasa tarikannya apatah lagi orang lain.

Aku pasti bukan semata mata kerana wangian Luth yang lembut tapi disebabkan auranya yang bertebaran.

Slumber in silence. Attractive yet alluring. Got a sort of lunatic vibes.

Ayye, apa aku merapu ni?

Senang cerita, Luth dah curi semua perhatian padanya dengan lagak gaya model dia tu! Dia tak buat apa pun, orang melekat biji mata. Sama juga macam runaway model.

Terasa getaraan di poket seluar, mwnyelamatkan aku dari describe Luth satu satu macam aku pulak lunatic.

Angah.

"Ya, Angah?"

Selang beberapa saat cuma, ton aku naik tinggi. "Habistu? Irel macam mana?"

Di saat itu juga Luth menganggkat panggilan. Aku abaikan dia, tak penting. Yang penting sekarang, macam mana aku nak balik?

Jalan kaki? Hoi, kau fikir dekat?

Sekolah yang sekangkang kera tu pun aku tak pernah lagi balik jalan kaki! Sebab kena lintas jalan besar, aku tak seberani tu walaupun terdesak nak balik awal tiap hari.

Ni? Jauh, nak!

Patut aku pinjam motosikal Marc kejap lepastu suruh dia ambil moto sendiri dekat rumah aku. Ha cun, boleh aku jamu air sirap buat wakil minuman dari Malaysia.

Kalau teh ke kopi ke, Sepanyol pun ada. Sirap ros lah paling command sekali dan menggambarkan rakyat Malaysia.

"Oooo... Okey la kalau macam tu. Pinjam kereta abang sebab Luth bawa moto." Aku dengar Luth berbicara.

"Haa, iya okey." Talian Luth sudah putus.

"Ya Allah... Nasib Irel macam mana, Ngah?" Lemah aku menyoal.

Aku dah pasrah ni.

Tak sempat aku nak merintih minta dikasihani lagi oleh Angah, Angah terus minta diri cepat cepat. Dia ada kerja.

Ya aku tahu abang aku ada kerja tapi tak tahu pulak sesibuk ni. Perlumbaan dah tamat pun, keadaan motosikal penunggang harus diselenggara.

Aku pandang skrin telefon tanpa riak.

"Jom," Luth tarik lengan baju aku.

Aku tersentak. "Eh, nak pergi mana?"

Kalau cakap nak cari makan lagi, aku sumbat kasut aku dalam mulut dia. Kasi kenyang!

"Balik."

"Hah?"

❍☆❍〃

"Kata nak balik, ni nak pergi mana pulak?" soalku. Ni bukan jalan nak balik rumah aku pun.

"Belon," tak ada orang lain yang akam cakap sepatah je dengan aku kalau bukan Luth.

Ya, Luth yang tenang memandu di sebelah.

"Belon apa? Bell pesan ke?" Teringat pula aku pada Bell, si kecil yang behave.

"Tak lah," hujung bibir Luth naik sikit.

Aku berpeluk tubuh. Tahan diri dari mengeluh. Pandanggan dibuang ke luar tingkap.

Dah pukul 4 lebih, nasib dah solat di surau tadi.

Luth diam, aku juga diam. Atmosfera hanya berteman dengan dendangan lagu dari corong radio.

Aku sumbat earphone dalam telinga. Tak berapa berkenan dengan saluran radio Era. Malas, aku tak suka lagu Bahasa Melayu.

Kebanyakkan menyalahkan sesama sendiri tentang hal cinta. Penyanyi perempuan berkisar tentang lelaki begitu juga sebaliknya.

Suara Andy Grammer yang dicover oleh seorang Youtubers, mengambil tempat di pendengaran.

Sedap suara dia, lembut mendayu.

Aku suka sangat dengan cara dia. Kadang kala dia bersama piano, kadang kala juga gitar menjadi pilihan. Pergerakkan jarinya menarik minatku. Lelaki yang berjari panjang no doubt to say, attractive next level!

Lagipula yang berjari halus dan kuku yang bersih, pergh drowning emiles aku!

Oh hold on, I still want you.

Luth pernah ucap sekali.

Kemudian aku hanya tenggelam dalam dunia muzik yang tak ada kesudahan. Playlist yang aku cipta hanya menempatkan nyanyian dari dia sahaja.

SkyLight, nickname yang dia guna.

Mata dipejam menghayati tiap baris lagu yang dia dendangkan bersama alat muziknya.

Sedar sedar je, Luth kejut dengan muka toya dia.

"Kau tidur?"

Aku menjulingkan mata ke atas. Masa bilanya aku tidur? Aku cuma tutup mata je, malas nak hadap muka dia.

Kening diangkat naik. Bertanyakan 'apa' secara non verbal.

Luth lepaskan tali pinggang yang melilit. "Jom," sejurus dia keluar.

Tangan aku sikit lagi nak tampar belakang badan dia. Tak ada ayat lain ke hah selain 'jom'? Ayat yang tak buat aku cliff hanger kat sini? Ha, tak ada ke?

Kurang sangat ke kosa kata dia?!

Kalau tak disebabkan Luth dah matikan enjin dan aku akan berpanas seterusnya mati dalam kereta ni, aku melangkah keluar jua. Berjarak 10 kilometer aku berjalan di belakang Luth.

Tak ada lah, sepuluh meter je. Tu pun dengan kaki terhentak hentak.

Luth berhenti. Pingganya dicekak. Anak mata berkanta lekap hitam itu memanah aku tajam.

"Jalan tu... Cuba ikhlas sikit! Harap aku nak dukung kau ke?"

Keluar dah ayat berapi berpijar tak ada level dia! Meluat aku, sakit hati!

Ingat aku hadap sangat ke? Heh, silap!

Aku berhenti dua puluh sentimeter di depan Luth. Muka tak ada ekspresi menyambung anak matanya. Dengan muka malas je aku tengok dia.

Biar dia cakap pulak kali ni, aku tak nak cakap dah.

"Tukar baju dulu, jom."

Dalam ayat dia memang tak boleh tak ada 'jom' ke?

Aku buat muka 'ada aku kesah?'

"Kejap," dan Luth menghilang lagi. Bagai lebih cip dalam iklan. Kejap ada kejap tiada.

Aku melilaukan anak mata.

Tempat apa ni? Kenapa luas sangat? Macam padang golf.

Luth nak ajak aku main golf? Hehe, boleh sangat. Tapi bukan pukul masuk lubang tu, aku nak pukul bola masuk lubang hidung dia!

"Nah," hulur Luth saat tiba di depan aku.

Aku memandang cuma. Tak ada tangan nak sambut. Bukan, tak ada keinginan nak gerakkan tangan untuk menyambut.

Tengok, otak aku pun meluat dengan Luth ni sampaikan dia tak hantar impuls pada saraf untuk gerakkan anggota badan keculi buat muka terlajak cerdik depan Luth.

Luth juga buat muka bodoh. Maka dengan itu, aku dan Luth sama sama merenung. Tak ada siapa nak mengaku kalah dulu.

Beberapa minit berlalu hinggakan aku terasa tudung aku dihinggap sesuatu, sabungan anak mata kami terputus.

"What the..."

Shame! Which bird no manners popping on my head?! On my hijab?! Which, where are you, huh?!

Hilang suara aku nak jerit ke nak maki ke atau nak menangis. Tegak je aku berdiri dengan muka menegadah ke langit.

Mencari mana burung yang lebih adab sangat buat aku macam tempat ekspres lepaskan najis dia?!

"Tukar baju... Jom?" Dan Luth masih dengan muka bodohnya.

Tapi dalam hati pasti meraikan kemenangannya atas ajakan 'tukar baju' dia tu!

Ergh!

❍☆❍〃

"Luth ni mana?" Tadi kata dia tunggu depan tandas, sekarang ni mana dia?

Mana si hantu ber'roh' tu? Mana?!

Beg kertas aku jinjit bersama. Keluar cari tempat lain. Luth cakap dia ada depan tandas tadi selesai tukar baju tapi kelibat dia langsung aku tak nampak.

Aku seluk telefon di poket seluar. Nak telefon dia kemudian jerit puas puas. Dekat sini aku ada peluang sebab tak ada sesiapa.

Tapi notifikasi mesej darinya melalui Telegram, membantutkan niat.

✈العراش✈
When the top of sky you see⛅...

Hah? Langit biru? Baru aku nak balas mesej sepuluh minit yang lepas, masuk lagi mesej darinya.

✈العراش✈
Get lost from your wonder, explore the lighter 🌑🌕

Hah kuasa dua? Dia tak online pun, tiba tiba muncul. Terkejut aku! Ke internet slow? Tapi aku pakai Celcom, UMobile malas nak topup. Slow!

Atau dia dah set schedule message?

Aku mendongak. Bumbung di susur galur gajah ni. Yang ni ke Luth maksudkan? Gelap? Dan cahaya...

Aku harus menuju ke luar.

✈العراش✈
The sky surrounded by a clouds that can you reach, top of... ☁

Okey, yang ni aku tak faham. Blur. Anak mata meliar. Cuba mencari kesamaan seperti apa Luth mesej.

Awan. Tinggi. Tak tersentuh.

Apa ya?

Seketika anak mata aku terhenti pada bukit yang menghijau. Pohon pohon merimbun terdapat merata. Cantik, pokok yang daun coklat perangnya seperti di musim luruh.

Sekarang musim bunga kan?

Aku terkebil kebil.

Top of... Bukit paling tinggi di tanah rata ini.

Surrounded... Dikelilingnya, pohon pohon yang merimbun.

Bukit? Bukit kan?

Yakin dengan firasat aku dan jenis ayat yang tersirat menjadi kegemaran aku, penuh yakin aku orak langkah ke bukit.

✈العراش✈
But the clouds seems to covered. The grey sky replace the blue ミ❄

Awan kelabu? Nak hujan kah?

Aku mendongak dan automatik mulut mengangga luas. Rahang jatuh. Menggambarkan betapa terkejutnya aku di sini.

✈العراش✈
Nevertheless the grey is not to grave though to gaiety 🐨›‹🐧

Dan ya, senyuman ceria terlukis di birai bibir. Senyuman yang menyimpan rasa terharu. Terbias dari hati yang yang menyelinap satu rasa...

Dihargai.

✈العراش✈
Will light embracing the blue sky again? Even though it's grey right where its coverage?

Aku tekup mulut. Kepala sudah tergeleng. Ya, langit yang gelap telah membuahkan senyuman lebar mengganti pelangi.

✈العراش✈
Now and then it's colourfulness with a bubble at earth meet the clouds top of the sky... Touch it? 🎈›‹🎐

Aku tak dapat tahan diri dari berlari naik ke atas bukit. Aku mengerti sesungguhnya apa yang cuba disampaikan.

Di hadapannya, jarak jauh memisahkan kami, irisnya bertemu dengan irisku.

Aku tekup mulut. Lutut menemui tanah. Melutut dengan kedua dua belah tangan di atas rumput puncak bukit yang hijau.

Luth...

|.↗✉↘.|

Aigoo, mana Luth akuww|ʘ‿ʘ)╯😢😩

201021
1848
1913

🎈›
~t.reyl.

Continue Reading

You'll Also Like

118K 9K 66
Arabella Luisa nama di beri.Atau orang panggil dia Bella Atau Miss Stalker Atau Perempuan gila yang suka bawak kamera dan teropong ke hulu dan hilir...
2.6M 88.2K 82
Hariz pelajar yang bermasalah di sekolah. Muncul saja mukanya di sekolah, pasti ada saja perkara yang menyusahkan pihak sekolah. Murid lain, balik s...
804K 22.3K 50
Qayra Haufia x Nazreen Fawwaz "Tapi saya dah nak kahwin dengan Dayana 3 bulan dari sekarang." - Nazreen Fawwaz "Takpa. Saya janji saya takkan jadi pe...
3.9M 159K 67
[Completed] Highest rank #1 in teen fiction (25 june 2018) Start~16 january 2018 , end~12 march 2018. TIARA DANEESYA seorang gadis cantik yang diperl...