His: Mr. Handball

By ___tzxreyl

1.3K 334 163

His: Mr. Handball Me with you, My Love... ❍♡●♡❍ ❍♡●♡❍ ❍♡●♡❍ Suatu ketika... More

PRECAUTION
00 : 01
00 : 02
00 : 03
00 : 04
00 : 05
00 : 06
00 : 07
00 : 08
00 : 09
00 : 10
00 : 11
00 : 12
00 : 13
00 : 14
00 : 15
00 : 16
00 : 17
00 : 18
00 : 19
00 : 20
00 : 21
00 : 22
00 : 23
00 : 24
00 : 25
00 : 26
00 : 27
00 : 28
00 : 29
00 : 30
00 : 31
00 : 32
00 : 33
00 : 34
00 : 36
00 : 37
00 : 38

00 : 35

9 3 1
By ___tzxreyl

«.......the day.......»

┊  ┊  ┊  ┊
┊  ┊  ┊  ★
┊  ┊  ☆
┊  ★

|.↗✉↘.|

Dua hari berlalu, hari hari mendatang masih ada pengharapan. Masih bernafas dengan kesyukuran.

"Muhammad Irel!"

Ergh, nak apa lagi lah Angah ni? Bila tak ada, aku bosan. Bila dah ada, macam bengong je Angah ni.

"Apa?!" Aku menyahut jua, malas nak dengar lolongan Angah pagi pagi hari ni.

"Muhammad Irel!" suara Angah memekik lagi.

Aku buat tak tahu, tubuh diselebungkan di sebalik duvet tebal. Malas aku nak layan Angah. Lagi beberapa hari dah nak sekolah, aku nak nikmati cuti sepuas puasnya.

Walaupun tak sepuas orang lain yang dapat bersama keluarga.

Tak apa Irel, ikhlas.

Kau tak sama dengan orang lain, takkan sama. Jangan harapkan kebahagian orang lain jadi bahagia kau. Cari bahagia kau sendiri.

"Irel Iralna adik Amirun Akmal!"

Tahu pun aku adik dia. Buat aku macam jurutera yang lain di lapangan buat apa? Terjerit jerit kerana bising.

"Hoi," Angah datang menjenguk di muka pintu.

Aku buat pekak, malas nak dengar. Aku merajuk!

Aku benci nak tipu diri tapi itu je yang aku mampu. Aku nak jugak ada waktu waktu macam orang lain. Tak pernah henti doa tapi mungkin Allah simpan sesuatu yang lebih bernilai kemudian hari.

Air mata yang sudah bertakung, aku tahan. Jangan menangis Irel, jangan nangis.

Percaya. Teruskan percaya. Tetaplah percaya.

Nyah sana kau, syaitan! Jangan rosakkan fikiran aku. Aku elok elok dah positif, tolong jangan nak putar belit akal aku fikir benda yang negatif.

Jangan, aku tak suka bersangka buruk.

"Irel... Siap cepat," Angah menepuk kaki aku.

"Malas, nak tidur. Angah pergi siap cepat, nanti kena buang kerja. Kena buang kerja nanti sapa nak tanggung Irel dengan suami Irel bila Irel kahwin?"

Aku gigit bibir, cuba sembunyi sebak. Dah aku kata jangan nak menangis, jangan la nangis! Jangan tunjuk depan orang lain!

Kerna bagi setiap orang , tangisan itu dianggap lambang kelemahan. Kekalahan. Cengeng! Sikit sikit menangis, sikit menangis.

Kau tahu apa aku rasa? Sedangkan aku juga tak tahu apa yang aku rasa, layakkah kau tahu?

Ergh, macam ni la aku! Motivasi dekat orang lain kalah Prof. Madya! Bila dengan diri sendiri serupa manusia yang sudah hilang daya!

Aku penatla nak menipu lagi.

Kadang mahu tapi tak sanggup aku utarakan. Aku tak nak susahkan orang tapi lagi menyusahkan jadinya. Apa yang aku harap pasti terjadi sebaliknya.

Tak bolehkah berpihak pada aku seketika? Aku dah tak larat nak tanggung mata yang memandang skeptikal. Mulut yang mencebik, mencemuh.

Kau sakit, aku juga sakit. Tak bolehkah kita sama sama mententeramkan jiwa yang lain? Tak layakkah aku di mata manusia?

You can do everything right and still be sad at night.

Ya, tapi dalam kes aku tiap masa. Selagi ada detaknya jarum jam, selagi itulah kesedihan menghimpit ruang dada.

"Cepatlah Angah ada banyak kerja lagi ni." Angah sedikit mendesak sekali dengan goncangan kuat pada badan aku.

"Ha yelah, pergi je lah."

Dah tahu ada kerja, nak bawak aku apahal?

"Irel!" Nada Angah dah keras.

Apa? Nak marah aku? Marah lah, selayaknya aku manusia tak ada guna.  Tempat melempiaskan kemarahan kerana selalu aku berpesan: nak marah, marahla aku.

Tapi bila punca kemarahan dari aku...

"Pergi je lah..."

Selalu aku merenung, cuba fahamkan diri. Aku tak suka bersendirian, tika itu juga pasti akan ada yang menempel. Membisik itu ini. Namun tak juga aku suka akan perhatian, nampak lemah.

Kan sudah aku utarakan, aku juga tak memahami diri sendiri.

"Kau jangan nak mengada, boleh tak? Angah ada banyak kerja lagi nak buat, tau! Ikut je la apa orang cakap, jangan nak sanjung sangat keras kepala tu!"

Kau tahu, aku lah manusia paling lembut luar apatah lagi dalam. Aku banyak bertoleransi mengatakan 'tak apa' tapi apa yang orang lain balas?

Balik balik aku juga yang jadi mangsa. Balik balik aku juga yang nampak buruk.

Aku dah beri yang terbaik, mungkin di mata kalian aku takkan pernah sempurna. Tapi, aku kan ada?

Datanglah tatkala kau perlu, pergilah saat kau sudah jumpa apa yang kau buru.

Tinggalkan aku sendiri disini, tersenyum melihat kau bersama suka.

Kau takkan tahu betapa aku berperang dengan rasa saat memandang orang lain sudah menemu bahagia walhal aku disini masih cuba berlari dari rasa sakit itu.

Di antara dua persimpangan, di antara rasa suka kau dan duka aku, aku cuba untuk percaya. Percaya pada diri yang aku juga mampu tapi sampai bila harus aku terus menipu?

Sampai ada waktu ketika aku menyoal: di manakah Allah?

Kan sudah aku bicarakan, aku tak mahu menempah murka. Tapi mereka mereka yang sentiasa menekan diri ini buat aku hilang segala rasa melainkan takdir yang aku persoalkan.

Aku hamba, tak layak bersoal pada Sang Pencipta.

Tolong jangan buat aku tenggelam lagi. Bukan kau yang mampu berbagi degupan jantung aku saat aku sudah terkapai kapai.

"Batu selayaknya keras, macam tu jugak Irel. Angah, pergilah..." Aku akan tetap berlembut.

Kerana aku percaya pada satu kata kata ini: The Prophet (P.B.U.H) once said, none shall enter the Fire of Hell who has in them a weight of a mustard seed of Iman. And none shall enter Pradise who has in their heart a weight of a mustard seed of pride.

Berbuat baiklah walau hanya sebiji sawi kerna ganjaran pahala itu benar benar janji Allah buat umat Muhammad S.A.W.

Percayalah, tiada janji yang akan dimungkiri jika datangnya dari Allah. Sesungguhnya tuhanMu itu maha hebat dari segala yang lebih hebat. Menjangkaui pemikiran. Merentasi sempadan akal logik.

Aku dengar dengusan Angah.

Aku pejam mata erat. Teringat akan hari ini.

❍☆❍〃

Sepanjang perjalanan, aku hanya senyap. Biarkan radio terus berputar tanpa henti.

Tak tahu apa yang menarik, pandanganku asyik menghala ke luar tingkap melihat jalan raya. Hari cerah tapi tak seterik garangnya mentari jika datang waktu.

Biasa biasa saja.

Angah masuk ke persimpangan sebelum satu bangunan yang cukup gah, menyapa retina mata. Aku kenal sangat bangunan tersebut tambah pula kesesakkan yang berlaku.

"Jom," Angah turun saat kereta diletakkan di tempat letak khas.

"Irel ikut Angah dulh." Angah tarik lengan aku membuntutinya.

Sudah beberapa kali aku ke sini, Angah bawak bila ada urusan kerjanya yang memerlukan dia kerja lebih masa. Itu dulu, sejak naik menengah atas ni dah jarang.

Memandangkan aku tak suka ke sini kalau ada manager Angah yang gatal tu!

"Maksud Angah?" Okey, aku tak berapa faham Angah cakap apa sedari tadi.

Angah diam tak menjawab lagi. Tanganku masih berada dalam genggamannya.

Satu demi satu bahagian dilalui hingga sampai ke bilik khas para jurutera dan teknik. Pintu bilik Angah ketuk.

Tanpa menunggu jawapan, Angah terus tarik aku masuk.

"Woah, bro!"

Kawan Angah yang aku kenal, menyapa. Lantang suaranya mengejutkan rakan yang lain. Tujuh orang kesemuanya termasuk Angah.

Lah, diorang tak pergi ke lapangan ke? Buat apa kat sini?

"Yeah..." Salam cara bro bro seketika diorang.

Tersisih aku sekejap.

"Kau bawak adik kau?" Soal seseorang dari mereka berenam itu.

Aku tayang senyuman je dari tadi.

"Haah, ada game..." Jawab Angah.

Satu pun aku tak dapat tangkap apa yang diorang bicarakan. Kejap itu kejap ini. Rupanya mereka diberi rehat seketika sebelum sibuk semula kejap lagi.

"Mirun, adik kau ni kau nak letak mana?"

"Takkan nak jadi penonton sorang sorang kut?" Riak tertanya tanya jelas terpampang pada kulit wajah putih susu itu.

Putera Razique namanya, kacukan Filipina dan Kadazandusun.

Selain Putera, Badlisyah Chong, Hafiz Hidayat, Thaqif Eirman, Nicholas Tan dan Hadi Al Haj, kawan kawan Angah.

Oh, jangan tanya macam mana aku boleh ingat nama sorang sorang siap latar belakang ringkas lagi. Ni semua berkat Angah yang asyik ceritakan pada aku.

Itu ini apa yang berlaku.

Hah? Diorang cakap apa?

Penonton?

"Angah beli tiket ke?" Aku tarik lengan uniform Angah.

Angah tayang senyum nampak gusinya. Kepala aku digosok.

"Selamat hari lahir, adik Angah ni..." Dahi Angah menghantuk lembut dahi aku.

Nasib slow, nasib aku tengah blur. Kalau tak aku backhand Angah!

"Awww, manis bergula!" Adi bersuara.

"Aku nak potong kaki," tangan Badlisyah berada di dada Nicholas.

"Ambil jantung, belahlah dada. Aku nak adik jugak bah." Nicholas dengan muka feeling habis letakkan tangannya di atas tangan Badlisyah.

Thaqif sudah buat muka nak termuntah. Hafiz senyum cuma dengan tangan berada dalam kocek.

"Run, adik angkat aku ada. Aku pun ada kasi dia tiket masuk, seat Marc." Lelaki kacukan itu memberitahu.

Adik angkat? Takkan nak suruh aku duduk dengan adik angkat dia? Yang paling penting, lelaki ke perempuan?

Tapi kurang gila nak ada perempuan minat dunia permotoran. Kemungkinan adik angkatnya mesti lelaki.

"Adik angkat kau? Masa bila kau ada adik angkat?" Angah menyoal.

"Yang mumia tu ke?" Sampuk Hafiz.

Putera Razique tumbuk bahu Hafiz kuat. Matanya dijulingkan ke atas.

"Kau jaga sikit mulut eh, adik angkat aku tu manusia baik. Tak adanya mumia ke apa ke!"

Yang lain sudah tergelak. Memang itu yang dipanggil pada adik angkat Putera Razique yang serupa mayat bergerak itu.

"Maaf, Tuan Danni dah panggil." Datang seorang lelaki mencelah di muka pintu.

"Ya ah weh, dah pukul berapa ni." Adi melihat sekilas jam dipergelangan tangannya.

"Jom, jom lekas." Ajaknya kemudian.

"Kejap aku call adik aku, korang yang lain pergi dulu."

"Ha yalah, kitorang pergi dulu." Hafiz mengangguk.

Sebelum mereka keluar, masing masing menggosok kepalaku dengan ucapan lahir.

"Happy Birthday, bucuk!" Thaqif senyum hingga sepet matanya.

Ergh, aku wangi okey! Sehari tiga kali mandi ni!

"Sanah Helwah, Amirun little princess." Adi tersenyum lebar.

"Hari menetas, Irel! Nanti hadiah claim dekat Nic, okey?" Kepala aku digosok kasar sampai tertunduk aku cuba mengelak.

Ergh, kawan Angah sorang ni suka usik aku!

"Ah, kau! Kedekut bah Haji Bakhil betul, nyah kau dari sini setan!" Nicholas tendang kaki Badlisyah.

Mengaduh Badlisyah. Aku pun buat muka, betis kering tu!

"Nanti Abang Fiz kasi hadiah, okey? Ibu jari dan telunjuk dibentuk, Hafiz menyenggetkan kepala memandang aku.

Angah dari tadi hanya senyum.

"Okey!" Aku angguk laju.

Kawan Angah kaya kaya, hadiah aku pun mesti mahal mahal. Hehe...

Argh, jangan nak materialistik Irel!

|.↗✉↘.|

😮乂

18102
1556.
-1607

🎊,
~t.reyl.

Continue Reading

You'll Also Like

1.6M 92.5K 54
❌DILARANG SAMA SEKALI DARI MENIRU CERITA INI. ❗CERITA INI 100% DIKERAH OLEH OTAK SAYA. Akibat daripada sikap Rizq Haikal, Hanin Sofea terpaksa menj...
1.2M 93.7K 96
Menjadi mangsa buli merupakan satu perkara lazim baginya apabila menjejakkan kaki di sekolah baru. Baginya, semua benda yang jadi adalah perkara yang...
786 97 11
Andalookaew x Noonpreawa
118K 9K 66
Arabella Luisa nama di beri.Atau orang panggil dia Bella Atau Miss Stalker Atau Perempuan gila yang suka bawak kamera dan teropong ke hulu dan hilir...