Mr Annoying Vs Miss Beku

By Mademoiselle_Hawa

62K 2.7K 165

[COMPLETEDโœ”] QAISARA ALYSHA - Seorang gadis yang pendiam, tak banyak bercakap, tidak suka bergaul dengan ora... More

Memperkenalkan Karya Baru
Bab 1 | Aku
Bab 2 | Pertemuan
Bab 3 | Bistro
Bab 4 | Kampung
Bab 5 | Mamat Annoying
Bab 6 | Qash Anaqi
Bab 7 | Dengki
Bab 8 | Sedondon
Bab 9 | Photoshoot
Bab 10 | Butterfly
Bab 11 | Cemburu
Bab 12 | Picnic
Bab 13 | Aquaphobia
Bab 14 | Kareoke
Bab 15 | Pulang
Bab 16 | Hadiah
Bab 17 | Mimpi
Bab 18 | Pengsan
Bab 19 | Panic Attack
Bab 20 | Surprise
Bab 21 | Tarawih
Bab 22 | Balik Kampung
Bab 23 | Takbir Raya
Bab 24 | Tetamu
Bab 25 | Rombongan
Bab 26 | Lamaran
Bab 27 | Ugut
Bab 28 | Keputusan
Bab 29 | Baju nikah
Bab 30 | Persiapan
Bab 31 | One Step Closer
Bab 32 | Dua Hati Bersatu
Bab 33 | Bidadari
Bab 34 | Winter Wonderland
Bab 35 | Keluarga
Bab 36 | Honeymoon
Bab 37 | Gayat
Bab 38 | Japanese Village
Bab 39 | Doa
Bab 40 | Penat
Bab 41 | Rahsia
Bab 42 | Pergi
Bab 43 | Tertekan
Bab 44 | Ego
Bab 45 | Penyesalan
Bab 46 | Pulang
Bab 47 | Patah
Bab 49 | Pinky Promise
Bab 50 | Kampung
Bab 51 | Sakit
Bab 52 | Maruah
Bab 53 | Hutan
Bab 54 | Cekak
Bab 55 | Pergi
Bab 56 | Termakbul
Bab 57 | Klinik
Bab 58 | Zuriat
Bab 59 | Mengidam
Bab 60 | New Life
Bab 61 | Happiness
Bab 62 | The End
Coffee Time with Hawa

Bab 48 | Sedar

803 32 1
By Mademoiselle_Hawa

   AKU berjalan perlahan di hallway hospital yang agak lengang pada waktu pagi itu. Iya lah. Jam baru menunjukkan pukul 7:05 pagi. Aku pula baru pulang daripada surau. Dan aku sempat singgah di kantin hospital untuk membeli makanan. Malas nak keluar. Aku tak mahu tinggalkan Qash lama-lama. Takut nanti dia tersedar, dan aku pulak takda di sebelahnya.

   Ya, dah hari kedua. Qash masih belum sedarkan diri. Masih terbaring kaku. Terbit keluhan kecil dari bibir. Entah bila lah dia nak sedar. Sejujurnya, aku tak tenang nak tidur semalam. Kalau boleh, aku nak berjaga malam. Fikiran aku ni asyik memikirkan perkara negatif sahaja. Aku tak suka. Aku jadi takut.

   Tiba sahaja di hadapan wad Qash, aku memulas tombol pintu. Sebaik sahaja pintu dibuka, aku statik di muka pintu. Hampir sahaja plastik berisi makanan itu terlepas dari pegangan aku. Ya Allah, betul ke apa yang aku nampak ni?

   "Qaisara...?" seru si dia perlahan. Terukir senyuman di bibirnya membuatkan aku terasa sebak.

   Mata aku mula berkaca. Langkah kaki aku diatur perlahan menuju ke katil Qash.

   "Q... Qash?" hampir tak terkeluar suara aku. Aku betul-betul tak sangka Qash di depan aku sedang tersenyum nipis.

   Qash yang masih lemah itu masih tidak pudar senyumannya. Aku berdiri di sisi katil. Tak semena-mena air mata aku gugur. Tak tahu macam mana nak gambarkan perasaan aku ketika ini. Aku terasa seperti nak buat sujud syukur. Qash dah sedar!

   "Ya Allah... Syukur alhamdulillah, awak dah sedar..." ucap aku sebak. Aku mencapai tangannya lalu dikucup lama. Kedengaran tangisan kecil aku yang memenuhi ruang bilik itu.

   Tangan Qash sebelah lagi naik mengusap kepala aku yang masih menunduk.

   Aku mengangkat kepala. Aku merenung wajahnya lama. Sumpah aku rindukan wajahnya yang sentiasa tersenyum. Tangan aku membelai rambutnya. Tangan aku lagi sebelah tidak lepas dari mengenggam tangannya.

   "Saya betul-betul risaukan awak... Saya takut sangat. Saya takut awak tinggalkan saya..." tutur aku sayu. Air mata aku masih tidak berhenti mengalir. Aku duduk di birai katil. Tangannya yang aku genggam diletakkan di atas paha aku.

   Qash menguntum senyuman kecil. Dia juga turut membalas genggaman tangan aku.

   "Sa... Saya okay... Awak jangan lah risau. Saya... Bersyukur sebab... Masih berpeluang nak tatap muka awak, Qaisara..." perlahan dia bersuara. Suaranya juga kedengaran serak.

   Lagi bertambah perasaan sebak aku. Aku mengemam bibir menahan diri dari terus menghamburkan tangisan. Aku pantas menyeka sisa air mata di pipi.

   "Qash, awak tunggu sekejap eh? Saya pergi bagitahu nurse yang awak dah sedar." ujarku. Qash pula hanya mengangguk kecil. Aku pula pantas berlari keluar dari bilik Qash.

   Setelah memaklumkan kepada jururawat yang bertugas, jururawat itu memanggil Doktor Mawar yang bertugas merawat Qash.

   Aku duduk di sofa di bilik Qash sambil memerhati Doktor Mawar yang sedang memeriksa keadaan Qash. Selesai tugasnya, aku pantas bangun merapati wanita yang berumur dalam lingkungan 30an itu.

   "Macam mana keadaan dia doktor?" soal aku.

   Doktor Mawar menguntum senyuman manis kepada aku.

   "Alhamdulillah! Keadaan Encik Qash baik. Saya sebenarnya risaukan bila dia sedarkan diri, dia tak ingat apa-apa. Iya lah. Kalau ikutkan, kepala Encik Qash ni terhentak agak kuat masa kemalangan tu. Tambahan pula dia kehilangan banyak darah. Jadi perkara tu yang saya bimbangkan. Tapi, alhamdulillah. Dengan kuasa Allah, perkara tu tak berlaku. Jadi buat masa sekarang ni, Encik Qash masih dalam pantauan kami. Mungkin dalam beberapa hari lagi. Lepas keadaan dia semakin baik, kami akan benarkan dia discharge." jelas Doktor Mawar panjang lebar.

   Aku mengangguk faham.

   "Baiklah, terima kasih doktor."

   Doktor Mawar mengangguk seraya senyum.

   "Kalau ada apa-apa, awak boleh maklumkan kepada nurse yang bertugas ya. Saya mintak diri dulu." pamitnya. Dia menunduk sedikit sebelum melangkah keluar dari bilik.

   Aku menghampiri Qash yang masih terbaring. Punggung aku dilabuhkan di sisinya. Aku merenungnya lama.

   "Saya tahu awak rindu saya." katanya selamba.

   Aku tergelak kecil. Lengannya aku tampar perlahan.

   "Sakit-sakit pun mulut tu bertenaga je kan nak mengusik orang." ujar aku. Qash juga ketawa kecil.

   "Hmm... Awak lapar tak? Jom makan dengan saya? Saya ni tak sarapan lagi. Terkejut tengok awak sedar punya pasal. Sampai terlupa nak makan." pelawa aku diselitkan dengan tawa kecil.

   "Alahai kesiannya dia kan? Mesti mandi tak basah, makan tak kenyang, tidur tak lena sebab risaukan kita." ejeknya.

   Kau tengok? Dia ni, tengah sakit pun masih ada hati nak mengusik orang. Orang sakit ni tak banyak bercakap. Dia? Kau ajak lah dia perang mulut. Dia mesti orang yang terpaling semangat sekali!

   "Iya lah! Isteri mana je yang tak risau kalau dah suami dia terlantar macam ni? Kalau saya ni takda perasaan, dah lama saya tinggal je awak." bidas aku.

   "Awak bukan memang takda perasaan ke?" soalnya, sengaja.

   Mata aku tajam merenungnya. Oh? Nak perli aku lah ni?

   "Oh, awak nak ke saya jadi macam tu? Okay." ujar aku seraya berkira-kira ingin bangun dari duduk. Nak tinggal dia!

   "Eh! Eh! Jangan lah... Saya gurau je. Alaa awak ni makin sensitif lah sekarang. Jangan lah tinggal saya. Siapa yang nak jaga saya yang tengah sakit ni kalau awak takda?" tuturnya dengan muka seposen.

   "Awak jaga lah diri sendiri." jawabku laju. Muka beku aku tayangkan. Ha, nak sangat aku jadi macam dulu kan?

   "Sampainya hati dia nak biarkan kita macam ni. Ialah, kita ni siapa lah kan. Dah lah tak handsome. Isteri pulak tak nak jaga."

   Eh eh, poyonya. Suami siapa ni?

   "Oh, baru nak mengaku diri tu tak handsome ke?" selamba aku bertanya.

   Qash diam sejenak.

   "Eh, tak. Saya tarik balik lah bab handsome tu. Saya memang handsome."

   Aku tayang muka jelik. Dia buat dah.

   "Eee, cuba sehari tu jangan nak perasan, boleh tak?" pinta aku.

   "Tak boleh."

   Aku tayang muka menyampah. Ah! Bila lawan cakap dengan dia ni, memang aku surrender awal-awal.

   "Dah lah. Malas nak layan awak." aku berjalan menuju ke meja kecil di tepi meja. Bungkusan makanan itu aku buka.

   "Malas layan konon. Siapa entah yang menangis tadi." sindirnya selamba badak.

   Eh geram pulak aku dengan dia ni. Aku kepit mulut dia tu kang. Diam terus nanti! Aku buat-buat tak layan. Bekas makanan itu aku buka. Bau haruman nasi ayam memenuhi ruang bilik itu. Automatik perut aku menggedik menari.

   "Sedapnya bau... Nak jugak lah!" Qash bersuara dengan gaya mengada-ngada. Fuh, sabar Qai. Suami kau tu, jangan tampar dia...

   Aku berjalan ke tandas, tangan aku dicuci. Kemudian aku kembali semula di sisi katil Qash. Kepala katil itu aku naikkan sedikit supaya posisi Qash dalam keadaan duduk. Kemudian, bekas nasi itu aku pegang. Nasi dan ayam aku gaulkan dan aku menyuap nasi itu ke dalam mulut Qash. Kemudian suapan kedua dimasukkan ke dalam mulut aku.

   "Fuh! Rasa macam tak makan seminggu." ujarnya.

   "Dah orang tu dah dua hari tak sedarkan diri, mana taknya." balas aku selamba.

   Qash cuma tersengih.

   "Nak air." pintanya. Aku mencapai botol air mineral di atas meja, kemudian botol itu aku hulurkan padanya.

   "Pegang jap." arah aku. Dia pun memegangnya. Kemudian tangan aku memulas penutup botol tersebut. Nak suruh dia bukak? Mesti tangan dia tak kuat lagi ketika ini.

   "Dah, minum." Qash meneguk air mineral itu. Sampai tinggal separuh air dia minum. Haus betul!

   Kemudian aku sambung menyuapnya. Aku hanya makan beberapa suap sahaja. Tak apa lah. Bagi Qash makan kenyang-kenyang. Nanti aku boleh beli yang lain.

   "Kenyang dah?" soal aku selepas suapan terakhir.

   Dia mengangguk laju. Senyuman lebar terhias di bibir.

   "Dah. Tapi awak tak, kan?" tebaknya.

   Aku tidak menjawab. Bekas itu aku tutup semula. Kemudian, bekas makanan itu aku buang ke dalam tong sampah.

   "Takpa. Saya boleh pergi beli yang lain nanti." balas aku. Aku menuju ke tandas dan membersihkan tangan. Kemudian aku kembali di sisi Qash.

   "Sayang..." panggilnya.

   "Hmm?"

   "Mommy dengan daddy ada datang tak?" soalnya.

   Aku angguk.

   "Ada, kelmarin. Abang Eijam dengan Kak Sal pun ada. Saya dah bagitahu diorang yang awak dah sedar. Kejap lagi diorang datang lah tu." balas aku.

   Qash mengangguk kecil.

   "Maktok?" soalnya lagi.

   "Maktok datang sekejap lagi. Dengan pak ngah dengan mak ngah."

   "Wawa pun ada sekali?" soalnya.

   "Datang lah kot." jawab aku malas. Kemudian aku terdengar dengusan kecil darinya. Aku mengalihkan pandangan menghadapnya.

   "Kenapa?" soal aku hairan.

   "Takda lah. Saya tak selesa sikit lah dengan sepupu awak tu. Dia macam... Mengada-ngada." adunya.

   Terjongket kening aku. Aik?

   "Bukan awak okay ke dengan dia?" soal aku ingin tahu.

   "Tu sebelum ni. Tapi hari tu, berapa kali entah dia telefon saya. Mesej saya. Saya rasa tak selesa. Kalau setakat nak tanya khabar tu tak apa lah. Ni, tiba-tiba puji saya lah, tiba-tiba mengadu dia sakit lah. Dia ingat saya ni doktor ke apa?" bebelnya dengan muncung di bibir.

   Aku menayangkan riak tidak percaya. Serius lah Wawa ni? Apa masalah dia? Oh! Dan macam mana dia boleh ada nombor telefon Qash?

   "Macam mana dia boleh ada nombor awak?" soal aku hairan.

   Qash menjongketkan bahu.

   "Entah lah. Saya tak pernah pun bagi dia. Maybe, Maktok yang bagi?" tekanya.

   Aku menggeleng.

   "Tak mungkin lah. Saya kenal Maktok. Dia takkan senang-senang nak kasi nombor orang sesuka hati." sangkal aku. Ya, Maktok sangat jaga privasi orang. Dia takkan senang-senang berikan nombor telefon orang melainkan ada hal penting.

   Aku diam berfikir sejenak. Takkan si Wawa ni curi-curi ambil telefon Maktok kot? Kalau betul lah, memang nak kena kuntau budak tu.

   Qash pula menjongketkan bahu. Dia juga tak tahu siapa yang bagi nombor telefonnya kepada Wawa.

   "Hmm... Takpa lah. Awak rehat eh? Dah kenyang kan? Tidur lah." kata aku.

   "Tak nak lah. Saya dah puas tidur. Nak borak dengan awak pulak." tolaknya. Dia tersengih comel. Erk, comel ke?

   Hmm, comel lah. Sikit.

   Aku pula hanya turutkan sahaja. Kami mula berbual kosong. Kadang-kadang aku ketawa, kadang-kadang dia ketawa. Ada juga kedengaran suara aku marah. Marah sebab apa? Sebab dia lah! Suka mengusik orang!










   "ASSALAMUALAIKUM." sapa satu suara dari muka pintu.

   "Waalaikumussalam, Maktok!" jawab aku ceria. Aku meluru ke arah Maktok. Tangan tua itu aku kucup penuh hormat, kemudian tubuh Maktok aku peluk erat.

   "Amboi... Siapa yang sakit ni? Awat Sha yang mengada lebih?" seloroh Maktok.

   Aku meleraikan pelukan. Sengihan lebar aku tayangkan. Orang rindu Maktok lah!

   "Dia memang Maktok. Qash yang sakit, dia yang mengada-ngada." sahut Qash di katil.

   Aku pantas menjelingnya.

   "Cakap dengan cermin ke?" soal aku selamba.

   Qash tayang muka poyo.

   Maktok pula sudah menggelengkan kepala. Dari sebelum kahwin sampai dah kahwin, asyik bertekak sahaja dua orang cucunya itu. Dia berjalan mendekati Qash. Qash bersalaman dengan Maktok.

   Aku pula dengan perasaan ragu-ragu, berjalan mendekati mak ngah dan pak ngah. Tangan aku dihulurkan untuk bersalaman. Tetapi, maklum sahaja lah tindakan mereka berdua. Langsung tak nak pandang aku. Buat-buat seperti aku tidak wujud.

   Ah, tenang Qai. Macam tak biasa. Aku menarik semula tangan aku. Wawa di sebelah aku kerling. Dia menayang muka menyampah. Hah, ni lah mangkuk hayun yang sibuk nak kacau suami orang tu! Lepas tu buat muka bontot kuali pulak dekat aku. Aku tampar karang, elok terus muka tu!

   Aku kembali ke sisi Maktok yang berdiri di sisi katil Qash. Malas nak layan tiga beranak tu. Tak nak pandang muka aku sudah.

   "Doktor cakap apa Sha pasal Qash ni?" soal Maktok.

   "Hmm, doktor cakap keadaan dia dah okay. Kepala dia je lah yang berbalut tu. Itu pun sebab kepala Qash terhentak masa kemalangan tu. Lepas tu, pergelangan kaki dia patah. Buat masa sekarang ni dia memang tak boleh berjalan lah. Ambil masa beberapa bulan untuk dia pulih sepenuhnya." terang aku.

   Maktok mengangguk faham.

   "Kamu berlanggar dengan apa ni Qash? Macam mana boleh berlanggar? Eee itu lah kamu ni! Bawak kereta macam bawak motor! Mesti bawak laju ni." bebel Maktok.

   Qash tersengih janggal. Aku pulak menayangkan riak 'padan muka kena bebel!' Qash terus menghadiahkan jelingan maut kepada aku.

   "Err... Benda dah nak jadi Maktok. Bukan Qash yang bawak laju." teragak-agak Qash menjawab. Sekadar hanya mencipta alasan!

   "Iya lah tu! Maktok tengok muka kamu pun dah tahu yang Qash tipu Maktok. Haih, apa nak jadi lah dengan hang ni Qash oi... Muda-muda lagi dah patah kaki." tambah Maktok lagi.

   Qash menggaru kepalanya. Mati akalnya nak mencipta alasan. Itu lah orang kata, dengan orang tua-tua ni tak boleh nak menipu.

   "Alah Maktok, bukan anak jantan lah kalau tak patah riuk ni." jawab Qash berani.

Pap!

   Haa... Ambil kau! Sekali Maktok bagi tamparan Jepun dekat lengan Qash.

   "Menjawab! Seronok sangat lah tu patah riuk macam ni! Sha ni punya meraung macam apa dah bila dia telefon Maktok bagitahu kamu excident." marah Maktok.

   Qash menggigit bibir. Dia tersengih. Aiseyh! Kena marah lah pulak! Selalunya Maktok akan backup dia, sekarang terbalik pulak.

   "Meraung buat apa? Dah dia yang tak pandai jaga suami!" bidas mak ngah yang sedari tadi hanya menjadi pemerhati.

   Terdiam aku mendegar kata-kata pedas yang keluar dari mulut mak ngah.

   "Eh, Leha. Kamu ni, dekat hospital pun nak cari gaduh dengan anak buah sendiri jugak ka?" balas Maktok laju. Anaknya itu tak habis-habis nak cari pasal dengan cucunya.

   "Mak, Leha ni cakap benda yang betul. Dah memang dia tak pandai jaga suami. Diri sendiri pun tak reti nak jaga. Orang kalau dah jadi isteri, duduk lah rumah! Tak payah sibuk nak pergi kerja. Ni pergi kerja, tinggal suami. Mana tak dapat balanya!" pedas kata-kata yang dilontarkan.

   "Mak ngah!" sergah satu suara dingin. Automatik suasana di bilik tersebut dikelilingi dengan aura dingin.

   "Saya mintak maaf kalau apa yang saya nak cakap ni akan buat mak ngah terasa hati. Tapi saya nak bagitahu mak ngah, Qaisara ni isteri saya. Dia yang duduk sebumbung dengan saya. Jadi soal dia jaga saya ataupun tidak, itu saya sahaja yang tahu. Mak ngah ingat, bila dia kerja, dia akan abaikan tanggungjawab dia ke? Tak mak ngah. Sikit pun dia tak pernah abaikan. Lagipun, saya yang izinkan dia pergi kerja. Dia ada perniagaan dia sendiri. Perniagaan yang dia usahakan dari dulu sampai sekarang. Jadi buat apa dia nak biarkan cita-cita dia tu tertanam macam tu je?

   Saya tahu, mak ngah ada masalah dengan Qaisara. Tapi saya tak nak masuk campur dengan urusan antara keluarga mak ngah dengan dia. Tapi, saya memang tak boleh kalau ada orang hina dia, cemuh dia, tuduh dia macam-macam depan saya. Dia isteri saya mak ngah. Dia ada maruah. Saya takkan biarkan maruah dia dipijak-pijak lagi oleh sesiapa pun. Saya kalau boleh nak hormat mak ngah, nak hormat keluarga mak ngah. Tapi, jangan disebabkan hal ni, saya hilang rasa hormat tu." keras suara Qash berbicara. Wajahnya tiada secalit senyuman langsung.

   Mak ngah menayangkan riak tidak puas hati. Panas hatinya apabila semua orang membela Qaisara. Dia mendengus kasar sebelum berpaling berlalu keluar dari bilik Qash. Pak ngah juga berlalu keluar. Wawa pula seperti teragak-agak ingin bergerak. Dan akhirnya dia juga turut melangkah keluar mengikuti langkah ibu dan bapanya.

   Qash melepaskan keluhan berat. Maktok pula mengusap bahu anak muda itu. Dia tahu cucu menantunya marah dengan kata-kata yang dilontarkan oleh anak perempuannya.

   Aku pula sedari tadi hanya menekur lantai. Air mata yang aku cuba tahan dari tadi akhirnya jatuh menyembah lantai bilik. Terasa pedih hati aku. Aku tahu, aku memang isteri tak berguna. Aku gagal untuk menjaga suami aku sendiri. Aku tahu aku tak guna. Tapi, jangan lah di hadapan Qash mak ngah nak cemuh aku. Aku tak nak perkara ni jadi lebih besar. Dan aku tak mahu Qash jadi kurang ajar.

   Maktok yang menyedari aku hanya diam dari tadi mula bersuara.

   "Sha? Sha okay ka sayang?" soal Maktok bimbang. Dia menggengam tangan aku dengan erat.

   Aku angguk perlahan. Kepala aku masih menunduk.

   "Sha okay. Sha nak pergi tandas." tutur aku perlahan. Aku terus berpaling menuju ke arah tandas.

   "Qaisara..."

   Kedengaran suara Qash menyeru nama aku. Namun aku hanya abaikan. Aku tak mahu dia lihat aku dalam keadaan menangis begini. Aku mengunci pintu. Tangisan kecil aku lepaskan. Entah apa lagi lah kata-kata pedas yang mak ngah nak bagi pada aku selepas ni. Aku dah penat dengan semua ni. Aku tak suka situasi begini. Aku tak kuat.

**********

Bonjour! Sorry late <3 Enjoy!

Don't forget to VOTE, COMMENT & SHARE!

update : 19 October 2021

  

Continue Reading

You'll Also Like

4K 80 21
Puteri Damia Annelisse merupakan seorang gadis bekerjaya yang menetap di Australia. Sudah bertahun dia menetap disana sejak kedua Ibu bapanya tela...
4M 167K 63
The story of Abeer Singh Rathore and Chandni Sharma continue.............. when Destiny bond two strangers in holy bond accidentally โฃ๏ธ Cover credit...
689K 15.1K 27
[WRITTEN IN ENGLISH] Taylor Marie Johnson a 23 years old businesswoman agreed to have a fixed marriage with her best friend. People said that the tru...
87.2K 5K 21
แ€€แ€ฑแ€ฌแ€„แ€บแ€œแ€ฑแ€ธแ€”แ€พแ€…แ€บแ€šแ€ฑแ€ฌแ€€แ€บแ€Ÿแ€ฌแ€”แ€พแ€…แ€บแ€–แ€€แ€บแ€™แ€ญแ€˜แ€แ€ฝแ€ฑแ€›แ€ฒแ€ทแ€€แ€แ€ญแ€€แ€ผแ€ฑแ€ฌแ€„แ€ทแ€บแ€แ€…แ€บแ€แ€ปแ€ญแ€”แ€บแ€™แ€พแ€ฌแ€œแ€€แ€บแ€‘แ€•แ€บแ€›แ€”แ€บแ€กแ€€แ€ผแ€ฑแ€ฌแ€„แ€บแ€ธแ€–แ€”แ€บแ€œแ€ฌแ€žแ€ฑแ€ฌแ€กแ€แ€ซ................ แ€”แ€‚แ€ญแ€ฏแ€™แ€ฝแ€ฑแ€ธแ€›แ€ฌแ€•แ€ซแ€”แ€พแ€œแ€ฏแ€ถแ€ธแ€›แ€ฑแ€ฌแ€‚แ€ซแ€€แ€ผแ€ฑแ€ฌแ€„แ€ทแ€บแ€€แ€ปแ€”แ€บแ€ธแ€™แ€ฌแ€›แ€ฑแ€ธแ€แ€ปแ€ฐแ€แ€ปแ€ฌแ€แ€ฒ...