His: Mr. Handball

By ___tzxreyl

1.3K 334 163

His: Mr. Handball Me with you, My Love... ❍♡●♡❍ ❍♡●♡❍ ❍♡●♡❍ Suatu ketika... More

PRECAUTION
00 : 01
00 : 02
00 : 03
00 : 04
00 : 05
00 : 06
00 : 07
00 : 08
00 : 09
00 : 10
00 : 11
00 : 12
00 : 13
00 : 14
00 : 15
00 : 16
00 : 17
00 : 18
00 : 19
00 : 20
00 : 21
00 : 22
00 : 23
00 : 24
00 : 25
00 : 26
00 : 27
00 : 28
00 : 29
00 : 30
00 : 31
00 : 32
00 : 34
00 : 35
00 : 36
00 : 37
00 : 38

00 : 33

7 7 0
By ___tzxreyl

«.......an envelope.......»

┊  ┊  ┊  ┊
┊  ┊  ┊  ★
┊  ┊  ☆
┊  ★

|.↗✉↘.|

Aku masih melekat di tempat duduk. Tak bergerak, hanya anak mata yang meliar sekeliling.

"Cepatla," aku kalih pandang Luth di sisi. Bell duduk diam je atas riba aku sambil dipicit picitnya jari aku.

"Sini? Buat apa ni? Rumah siapa kau bawak aku ni?"

Rumah punya la besar tapi macam tak ada orang je aku tengok. Sepi.

Luth di sebelah, pegun pergerakkannya yang merungkaikan tali pinggang. Pandangan malasnya dihantar.

"Haish, rumah aku. Turun lah,"

Membulat mata aku. "Kau gila? Yang kau bawak aku datang rumah kau ni apahal?"

Aku syak Luth ni buang tabiat. Mentang mentang dia buat rumah aku macam rumah sendiri, tapi tak perlu kut nak balas yang sama untuk aku.

Luth tarik nafas dalam dalam. "Aku ada benda nak settle. Pasal family... Kau tak kesah, kan?"

Aku tergamam. Luth yang menunduk sambil mengepak ngepakkan jarinya itu benar benar buat aku tersentuh. Yang ni ke masalah yang Angah cakap hari tu?

Kalau ya, aku sedia nak tolong. At least, ada juga pertolongan yang boleh aku hulur.

"Parents kau ada?"

Luth menggeleng. Sempat aku menangkap cebikkan dari bibirnya.

"Jom, sayang." Mata yang bulat bersinar itu buat aku geram. Rasa nak transfer je mata cantik tu pada aku.

What a blessings gen?

Jealous aku dah tahap maksima je dengan beradik Luth ni.

Aku keluar dulu. Meninggalkan Luth dengan muka tergamamnya, pasti terkejut dengan tindakan aku.

Luth tiba di sisi, pagar automatik terbuka. Keretanya hanya diletak di luar. Baru perasan Luth bawa Honda Civic, baru lagi punya edisi.

Haish, banyak duit betul family dia ni.

"Tak ada siapa," gelengan Luth buat jantung aku macam nak terkeluar dari sangkar rusuk.

Nafas ditarik. Kenchana... Everything will be okey, nothing bad gonna happen.

"Jom," aku dukung Bell.

Alahai, baiknya budak sorang ni. Duduk diam je, tak banyak karenah. Senang nak dijaga. Mesti kontra gila budak ni dengan aku waktu kecil dulu.

Luth masuk dulu sambil kunci di tangannya dilambung lambung. Pintu dikuaknya lebar. "Masuklah,"

"Ya, ya." Macam la aku tak tahu nak masuk.

"Abang..."

Aku terkejut. Membulat mata. Ya Allah comelnya suara budak ni panggil Luth! Halus dan manja!

"Iya, sayang..." Luth gosok kepala Bell yang masih berada dalam dukunganku.

Berat la jugak sebab budak ni boleh tahan tembam. Tengok je la paha ayam KFC dia, tapi sebabkam aku geram, gagah juga aku dukung.

Tak pernah pernah aku nak dukung anak orang ni sebab selalunya budak budak takut dengan aku. Tak tahu la sebab apa. Aku cuma buat muka 'ramah' sikit je, pasti kanak kanak menyorok ketakutan.

Hello, muka arnab aku tak menakutkan orang okey!

Awww, Luth panggil Bell sayang! Comelnya Ya Allah budak berdua ni. Aku jeles ni, aku jeles!

"Abang, Bell nak turun. Kesian kakak..." Jari telunjuknya digigit.

Allah, comelnya! Pelat budak ni serupa duduk dekat Perancis betul. Pekat sebutannya tambah tambah lagi huruf 'r', sama dengan aku!

Huruf 'r' dan 'l' aku agak tebal sebab dulu aku belajar bahasa Perancis ni la. Kalau tak huruf 's' tapi dah hilang, berganti pula dengan dua huruf yang seksa betul aku nak sebut.

"Hah, dengar tu! Dia pun rimas kau dukung dia."

Aku menjulingkan mata ke atas. Datang dah annoying dia, meluat aku!

"Bell nak turun ke sayang?" Eii geramnya aku dengan pipi tembam dia. Merah sampai ke telinga walhal kejap je dekat luar tadi.

"Tak payah layan abang, Bell dengan kakak je, boleh?" Aku turunkan Bell, tangannya aku genggam.

Bell terkebil kebil pandang aku sebelum berkalih pada Luth. "Tapi Bell nak abang..."

Alah alah nak nangis pulak dah budak ni. Tengok mata jeli tu bersinar lain macam.

"Tengok, aku abang dia. Dia nak kat aku jugak. Kan Bell sayang, Bell nak abang kan?" Luth tarik Bell ke arahnya.

Aku menegakkan badan. "Eleh, adik kau memang nakkan kau la. Kalau Angah mesti dia pilih aku dari kau!"

Tipu, Angah hari tu macam dah berpaling tadah pada Luth!

"Kau..."

Baru Luth nak buka mulut, Bell gapai tangan aku. "Bell nak kakak jugak..."

Kalau orang lain dengar suara ni, sure geram tahap garam dekat laut. Punyalah comel suara dia siap pakej pelat lagi. Lagi best dari pelat UK.

"Yelah, yelah amik la siapa pun." Masam muka Luth.

Luth merajuk?

Ahaha, comel!

❍☆❍〃

"Bilik mama papa aku." Luth berbisik perlahan walhal bukan ada siapa pun kat sini kecuali mereka.

Mati langkah Irel. "Kau gila nak ajak aku ceroboh bilik parents kau pulak! Tak nak la aku,"

"Kau kena tolong aku sebelum papa aku balik. Aku cari benda, Iralna..." Luth separuh merayu pada Irel.

"Eh, kalau macam tu hantar aku balik sekarang! Nanti papa kau balik, kantoi macam mana? Kita bukan buat kesalahan menceroboh je tau? Kau bawak aku masuk sini pun kena ingat." Berisiko besar betul Luth ni!

Luth raup rambut lebatnya ke belakang. "Iralna..."

Irel pula tak sampai hati tengok keadaan Luth yang serabutnya lain macam. Alah Irel, macam kau tak biasa buat jenayah!

"Yelah, cepat." Mengalah lagi.

Mengalah tak bermakna kalah,
Lebih baik diam terus mengasah,
Mungkin juga kemenangannya esok membaloikan peluh,
Meraikan lelah.

Luth melangkah masuk dengan debar. Bilik yang luas itu menempatkan berbagai perabot. Tapi hanya rak buku besar di sudut hujung sekali, jadi tumpuan.

Sebelum ini tak tergerak hatinya nak masuk bilik kedua orang tuanya ini. Sakit hati punya pasal, dia malas ambil peduli apa apa tentang papa.

"Kau cari bawah, aku cari atas." Irel mengiyakan saja arahan Luth.

Laci laci di bahagian bawah dibuka satu per satu. Begitu juga dengan Luth. Tercari cari disebalik susunan buku buku tebal.

Cekap saja Irel dapat mengenal pasti itu buku mama Luth berdasarkan judul buku. Kebanyakkannya tentang dunia perubatan tradisional dan moden.

Seketika, Irel berhenti mencari. "Kita cari apa sebenarnya ni Luth?"

Yelah, kalau selongkar satu per satu tapi tak tahu item yang dicari, tak jadi apa jugak. Bukannya dia tahu pun apa benda yang Luth cari. Ya tak ya jugak kau ni Irel.

"An envelope, large with vintage colour." Beritahu Luth tanpa memandang Irel. Fokus pada pencariannya.

Irel angguk cuma. Bell, si budak baik tu ada di bilik apa entah sambil main alat muzik. Kedegang kedegang dram dipalu kuat membingitkan telinga.

Ingatkan sopan sangat, rupanya ganas jugak Bell ni. Lahai, tak apa la budak.

Detik demi detik berlalu, masih tiada apa yang dijumpai. Irel sudah gelong kepala kerana Luth asyik terlanggar kepala dia je! Gerak sikit, kena. Gerak lagi, kena jugak.

"Jumpa tak?" Luth menyoal.

"Tak."

Rasanya dah diselongkar semua laci yang Luth berikan kuncinya tapi tetap jua tak jumpa apa yang dikata sampul surat bewarna lusuh itu.

"Kita cari satu bilik." Tanpa sempat Irel buka mulut, Luth sudah berlalu mendapatkan meja di sisi katil.

Irel lupakan saja niatnya. Dia bergerak ke almari di sebelah sudut pintu. Punya besar la bilik parents Luth ni sampaikan ada sofa kecil.

Belum pun sempat Irel meneruskan pencarian, Bell muncul. Bersamanya headphone berbentuk telinga kucing, elok terletak di kepalanya. Komputer riba diusung sekali.

"Abang..."

"Iralna."

Irel berkalih pandang pula pada Luth. Disitu, Luth menayang sampul surat besar seperti yang diperkatakannya. Warna coklat tua, macam dark chocolate bukan lagi vintage.

"Sure?"

"Hundred percent."

❍☆❍〃

"Papa!"

Bell yang tiba tiba menjerit sambil menuding jari pada kereta di sebelah, menyentakku.

Luth tanpa aku duga, tekan kepala Bell hingga mengenai paha aku muka Bell. Bell terkapai kapai merengek.

"Kau buat apa?!" kalau tak aku nak tambah nama penuh Luth di belakang tapi tak jadi.

Papa Luth ada dekat sebelah kami je di persimpangan traffic light ni! Aku kenal papa Luth kerana selalu hadir ke sekolah mengambil buku report.

"Shhh, Bell diam sayang..." tangan Luth menggosok lembut rambut Bell. Memujuk si kecil.

"Abang..."

"Ya, abang ada dekat sini. Bell duduk diam kejap tau?" Iris Luth kejap berlari ke arah luar sebelum beralih pada Bell.

Aku nak buat apa pun aku tak tahu maka aku hanya pegun di posisi. Terkebil kebil cuba menghadam.

Luth tak nak papa dia nampak, senang cerita. Tambah pula ada Bell sekali, pasti banyak disoal nanti. Dapat aku rasa hubungan Luth dan papanya tak berapa baik.

"Cepatlah..." Luth menggumam sendiri sementara menunggu lampu isyarat bertukar hijau.

Dekat simpang sini memang lama sikit. Maklumlah, jalan utama.

"Abang..."

Bell sudah mula memukul mukul paha aku. Pedih betul budak ni main tampar! Ergh, Luth ni pun satu hal! Suruh je la Bell diam, nak buat budak kecil ni macam mangsa penculikan dah apahal?

"Kejap lah," sudah macam cacing kepanasan Luth di sisi.

"Dah, jalan!" Aku tampar lengan Luth sekali, menyedarkannya.

Luth angkat tangannya dari kepala Bell sejurus gear dimasukkan. Nafas leganya jelas kedengaran.

"Kakak, abang buat..." Bell mengadu padaku dengan bibirnya tersebik sebik.

"Ya sayang, abang Bell tak sengaja tu." Eish, geli pulak aku panggil Luth abang walaupun tak secara berhadapan dengannya.

"Tapi sakit..." Bell terus terusan memancing simpati aku.

Aku menggosok lembut kepalanya. Angah selalu buat macam ni tapi versi yang kasar kalah mesin rumput Pak Cik Kebun sekolah!

"Nak kakak bagi coklat?" Entah apa yang aku fikir, laju je aku bertanya.

Eh, mana boleh! Aku ni payah nak kongsi coklat dekat orang, sayang! Bila datang bab makanan yang aku suka, automatik jadi Haji Bakhil versi gadis melayu.

"Nak!" Hilang terus muka cemberutnya.

Alahai budak ni, nasib sayang. Kalau tak, mesti aku berebut balik punya coklat tu!

Setelah Bell berjaya diam, tenggelam dalam dunia keseronokkan coklatnya, aku alihkan fokus pada Luth.

"Kita nak pergi mana ni?"

Bersaat saat berlalu, Luth diam tak menjawab. Dia tak dengar ke aku cakap apa?

"Luth, kita..."

"Adalah." Tak berperasaan langsung dia cakap!

Setelah itu aku tak bertanya lagi. Melayan Bell sambil sambil aku seludup balik coklat bar Van Houten dari Bell. Acah acah nak suap Bell padahal masuk mulut aku.

Aku dah kata, aku takkan tolerate dengan makanan kegemaran aku.

"Dah, turun." Aku panggung kepala. Begitu juga Bell.

Aish, sekejapnya?

"Lah belakang rumah aku?" Aku menyoalnya dengan muka toya.

Cepat saja aku menangkap kawasan yang dimaksudkan. Dah belakang rumah aku, takkan tak tahu! Tambah pula aku kenal sangat dengan bukit dan air sungai yang mengalir perlahan.

"Aku suka kat sini," terus Luth keluar meninggalkan aku terbata bata di sini.

"Jom Bell," aku angkat Bell turun.

Angkat je muka, berkerut seribu dahi aku. Mana Luth ni? Cepatnya halimunan!

"Luth!" Aku pimpin tangan Bell yang sudah comot.

"Luth!" Aku dapat kau, aku tonyoh plastik coklat ni!

"Sini Iralna, sini!"

"Sini, sini tu kat mana?!" Macam la aku nampak sangat mana Luth!

"Dekat pokok," yelah Luth, pokok memang ada satu pun.

Malas terjerit jerit, aku tarik lembut tangan Bell mengikutiku. Habis comot muka dengan tangan dia, nasib pakaian bersih elok je.

"Luth!" Dia ni kan kalau tak menyusahkan aku tak boleh tau Luth mereng ni!

"Hish, sinilah!" Wah, berani dia marah kan aku eh?!

Dengan hati yang mendongkol geram, aku melangkah dengan terhentak hentak kaki menghampiri Luth. Bell ikut suma hentak kaki.

Haila budak, tak jadi aku nak sembur Luth. Terus sejuk, terhibur dengan gelagat Bell.

Apa entah nama penuh Bell tadi? Lupa dah aku! Fail sungguh bab bab ingat nama orang nih!

"Nama penuh Bell apa tadi? Kakak lupa lah." Sempat aku berhenti dan menyoalnya.

Sepasang mata jeli itu membulat biji matanya. "Eshter Arabella Ursula Smith Slander Smith,"

Dah, dia bagi tahu nama orang putih dia pulak dah! Panjang betul!

"Tak, tak...nama yang lagi satu tu." Sahla budak ni masih teringatkan nama dia yang lagi satu walhal dia sudah lama menetap di sini.

"Layla Lydia Arabella Smith Abdullah Smith."

Aku tahan diri dari tepuk dahi. Panjangnya nama! Tadi rasanya pendek je Luth sebut. Argh, silap aku. Luth kan endah tak endah je orangnya. Jenis malas melayan!

|.↗✉↘.|

Very cute Bell!!

161021
2309.
-1900

📜,
~t.reyl.

Continue Reading

You'll Also Like

2.6M 88.2K 82
Hariz pelajar yang bermasalah di sekolah. Muncul saja mukanya di sekolah, pasti ada saja perkara yang menyusahkan pihak sekolah. Murid lain, balik s...
27.4K 1.3K 33
[cover drawn by me] "Kau nak aku buat apa?!" Aisy menjerit, suaranya menjadi nyaring sebab dia terkejut dengan permintaan kawannya. "Shh, eh kau ni...
34.4K 2.3K 61
"Aku sayang Eshal sehingga hujung nyawa. Tapi, aku sayang kau buat selamanya" FAREL GIBRAN "The mark of a true crush... is that you fall in love firs...
58K 4.2K 52
Nur Puteri Gardenia Rose, berusia 28 tahun. Seorang guru yang cemerlang dan berdidikasi. Hidupnya sempurna, ada rumah, kereta sendiri, pekerjaan yang...