[C] Stockholm + San ATEEZ

By borasaekbyeol

36.4K 5.1K 2.5K

《Sinopsis》San, seorang psychopath yang bekerjasama dengan Yunho dalam pasaran gelap menjual organ. Tugasnya a... More

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
Stockholm
18
19
20
21
22
23
24
25
Dissaperance of Moon Hwari-26
an attack to u bestie<3
Seonghwa's Investigation-27
Reunion (pt.1)-28
Reunion pt.2: Sudden Confession -29
Seonghwa's Investigation 2 - 30
End of season one -31
Season 2 announcement!!!
3eason2?
33
34
35
36
37 - Spekulasi
38
39 - Feelings over Logic
40 - Save hwari pls #petition💀
41- ain't no 2 parts for this, here 2.8k words chapter
42
43
44 - Hwari, Yunho & San... Yujin?
45- Non-blood Related Brothers, Ends with Blood
46 - KARMA: Everything Circles Back (Finale)
EPILOG
Extras: *Detective* Kang Yeo Sang
Extras: Yujin
Deleted scene #3: Lee Ren

Alternate Ending: Deleted scene #1

405 59 27
By borasaekbyeol



Short talk!

Hii! Disebabkan Stockholm dah officially complete, saya nak tanya kalau ada yang nak lihat nota untuk Stockholm ^_^

Dia akan jadi special chapter, saya akan tunjukkan awak semua nota dan scene yang jadi masuk di dalam ff dan tidak jadi masuk, beserta ending-ending yang saya fikirkan, ooo mungkin saya akan cuba buat alternate ending chapter dari certain point, explanation kalau ada saya rasa saya tulis..? 


edit: its 5/11/2021, I wrote *points above paragraph* that on idk what date in october tapi macam pertengahan bulan.



Alternate ending #1 in which, San lives.

We're going to go through this in one chapter okay? 


Tap

Tap

Tap

Tap

Seonghwa melihat alamat di mana signal telefon Wanwan terakhir dijejaki.

Kini dia berada di luar rumah San dan Hwari.

Mengapa... Signal telefon Wanwan terakhir di jejaki berada di sini?

Di rumah di mana Hwari dan teman lelakinya tinggal?

Tanpa sebab, Seonghwa teringatkan nota Hwari yang dia tinggalkan untuk meminta tolong.

Seonghwa masih dalam usaha untuk membantu Hwari secara senyap namun pertemuan mereka sejak sekian lama dahulu membuatkan Seonghwa rasa dia patut putus asa dan pada masa yang sama, dia tidak mahu hilang harapan.

Mungkin ini, adalah peluang yang terakhir sebelum Hwari benar-benar akan hilang sepenuhnya daripada hidup dia.

"I can't, not now." Hwari berkata begini semasa mereka berdua bertemu buat kali pertama di pasar raya sebelum ini selepas bertahun-tahun.

Kata-kata Hwari bermain difikiran, jika Hwari maksudkan saat itu tidak sesuai, adakah sekarang, kali ini menjadi berbeza? Adakah sekarang keadaan akan kembali seperti biasa?

Sebab utama Seonghwa pergi belajar ke luar negara tanpa beritahu Hwari ialah...

Dia ingin melindungi Hwari dengan cara dia tersendiri, gadis yang terasa seperti ahli keluarganya walaupun tiada pertalian darah. Namun Seonghwa tidak tahu yang keadaan akan berubah arus.

Moon Hwari, seseorang yang penting bagi ramai orang tanpa dia tahu.

Mingi, Seonghwa, Dayoon, Yeonseo, Jiyeon dan San. Dengan sebab yang berbeza masing-masing.

Seonghwa rasa tidak sedap hati, hatinya bertambah tidak tenang apabila terdapat dua buah kereta diparkirkan di luar rumah dalam keadaan yang tidak mematuhi undang-undang, seperti mereka tergesa-gesa hendak keluar dari kereta.

Seonghwa menyimpan telefonnya di poket belakang seluar lalu melangkah lebih dekat ke arah pintu masuk utama.

Dia mengetuk pintu.

"Hello? Is anyone home? I'm with the police. "

Namun tiada jawapan.

Sunyi.

Seonghwa menjauhkan badannya daripada pintu sambil mengerutkan kening.

Dia memegang tombol pintu dan cuba memulaskannya.

Klik!

Pintu tersebut langsung tidak berkunci.

Rasa tidak sedap hati mula menggunung, Seonghwa menolak pintu itu ke dalam lalu melangkah masuk.

Perkara pertama yang Seonghwa perasan apabila dia memasuki rumah itu adalah bau hangus dan asap kelabu nipis yang terhasil. Asap tersebut mengganggu area pemandangannya.

Dia segera pergi ke dapur.

Seonghwa terbatuk sambil melibaskan tangannya ke kiri dan kanan untuk menghalau asap-asap tersebut.

Dia menutup dapur gas dan memandang ke arah kuali yang mempunyai nasi goreng yang telah rentung. Inilah punca asap dan bau hangus tadi.

Seonghwa terbatuk lagi sekali sebelum memusingkan badannya ke balakng untuk melihat kaunter island itu.

Mata Seonghwa membulat, terdapat tompokan besar cecair merah di atas kaunter marmar tersebut.

Apa yang terjadi di sini?

Hwari... Adakah dia selamat??

Perasaan tidak sedap hati Seonghwa bertukar realiti.

Yang hanya dia kesahkan pada waktu ini ialah hanya Hwari.

Hwari..

Hwari...

Hwari

Hwari.

Seonghwa segera mencapai pistolnya yang berada di belakang badan. Setelah mengambil pistol tersebut, dia mengacukan pistol kedepan dan berada di dalam posisi sedia.

Kedua tangan Seonghwa memegang pistol tersebut, dia segera melihat sekeliling untuk mencari klu.

Namun rumah ini sunyi dan kemas di bahagian lain kecuali dapur.

Seonghwa tidak tahu terdapat ruang bawah tanah, namun dia bijak.

Dia memandang ke bawah, ke arah lantai dan disitu dia dapati kesan darah yang menuju ke suatu arah.

Darah tersebut tidak banyak, tidak juga sedikit, sesiapa sahaja yang cedera itu mungkin masih hidup.

Kesan darah tersebut berhenti di hadapan sebuah kabinet.

Tanda tanya muncul di atas kepala Seonghwa.

"Is this, a secret passage? "

Seonghwa menyimpulkan dengan segera, dia adalah seorang detektif after all.

Seperti helang yang mencari mangsa, Seonghwa memerhatikan kabinet tersebut dengan berhati-hati

Kemudian dia perasan empat bulatan yang kelihatan seperti boleh ditekan. Mungkin nampak bodoh tapi Seonghwa tekan satu persatu sehingga...

Klik!

Seperti bunyi kunci terbuka, Seonghwa membelakangkan dirinya daripada kabinet tersebut.

Dan, kabinet tersebut bergerak dengan sendiri ke tepi, menunjukkan satu laluan untuk turun ke bawah.

Bau darah menyapa hidungnya.


________


Hwari menarik nafas, San masih memeluk erat dia dengan risau.

Anak mata Hwari bergerak ke arah tubuh Yunho yang sudah lama ditinggalkan roh, kolam darah juga semakin membesar.

Kemudian pintu untuk masuk ke ruang bawah tanah ini terbuka, cahayanya menyilaukan mata Hwari.

Figura seorang lelaki kelihatan di sebalik mata Hwari yang berair.

Wajahnya yang semakin dekat menjadi semakin jelas.

Tap

Tap

Tap

Bunyi tapak kaki yang bergema...

Akhirnya Seonghwa sampai untuk bertemu dengan dia kembali.

Akhirnya Seonghwa bertemu dengan San, orang yang akan menyimpan Hwari selama-lamanya sehingga kematian memisahkan mereka.

Wajah Seonghwa berkerut, dia melihat ke arah Hwari yang di peluk oleh San itu dan perasan di tangan Hwari terdapat pisau yang berlumuran dengan darah. Hwari juga kelihatan seperti dia bermandi darah.

Seonghwa melihat sekeliling, apa yang terjadi sebelum dia sampai? Di sini terdapat seperti kemudahan untuk seseorang mengambil organ. Mungkin kah...?

Kemudian mayat Yunho menarik perhatian dia.

Dan Seonghwa sedar... siapa yang lakukannya.

Ianya Hwari.

"W-What..." Suara Seonghwa menggigil. Dia tidak mahu percaya dengan kegilaan yang dia saksikan ini.

Dan San di hadapannya? membuatkan amarah Seonghwa meninggi.

San sedar ada seseorang di belakangnya, dengan senyap-senyap dia mengambil pemukul besbol tadi lalu segera berdiri dan memusingkan badan.

Bang!

Seonghwa melepaskan tembakan.

San terjatuh, dia menghadap wajah Yunho yang pucat itu, buku lalinya ditembak oleh Seonghwa, darah bercucuran dan jeritan lelaki yang berada di dalam kesakitan bergema.

"ARGHH!!!!"

Jantung Seonghwa berdebar, dia terkelu melihat rakan sejak dari sekolah menengah, yang dia kongsikan rumah dan segalanya kelihatan begitu.

Dan dia adalah seorang detektif di mana tugasnya untuk menangkap orang yang jahat. Melihat ekspresi Hwari yang kosong itu... Hwari ialah seorang penjenayah sekarang.

Akta mempertahankan diri? Reaksi Hwari katakan sebaliknya.

Namun, Hwari ialah seseorang yang penting bagi dirinya, tidak kira dia pembunuh ataupun tidak.

dan untuk melindungi orang yang dia anggap istimewa,

dia tidak pernah terfikir yang dia akan sangat kesahkan seseorang yang dahulunya hanyalah orang asing bagi dia.

Seonghwa menjatuhkan pistolnya ke lantai.

Bayang-bayang Seonghwa kelihatan menakutkan, apatah lagi ekspresi wajahnya sekarang.

"Hwari... tolong aku..." San berkata, dia mencapaikan tangannya ke arah Hwari yang masih dalam posisi sama.


Hwari menoleh ke arah San,********(Hwari didn't turn into a psycho)********


Seonghwa segera duduk di atas San dan menumbuk dia berkali-kali.

Di muka, di badan, di hidung, di dada.

Sehingga termuntah darah San, mengalir dari lubang hidung dan mulut.

Di situ, Hwari snap daripada lamunannya selepas sedar dia membunuh seseorang, apabila melihat San dibelasah separuh mati, dia tidak sanggup melihat mayat lain.

Lagi-lagi mayat San.

Hwari segera merangkak ke arah San dan memeluk dia supaya Seonghwa yang kelihatan seperti akan hilang akal itu tidak cuba menyerang.

Keadaan yang berdarah ini akan membuatkan banyak salah faham timbul.

Tangan Hwari menggigil, dia tahu dia baru bunuh Yunho namun perasaan itu sungguh tidak menyenangkan, seperti sesuatu akan keluar daripada anak tekaknya. Degupan jantungnya juga semakin laju.

"Berhenti.. hicc.. Tolonglah.."

"Jangan! Jangan sentuh dia..!" Hwari menjerit, air mata mula bergenang. Dia rasa menyesal entah kenapa.

Seonghwa terberhenti daripada memukul San separuh mati kerana marah menjadikan Hwari pembunuh.

Namun Seonghwa cuba menolak Hwari.

Hwari menunjukkan pisau yang mempunyai darah Yunho ke arah Seonghwa. 

Hwari mengerutkan kening ke atas sambil melihat Seonghwa, dia memohon dengan wajah yang terdesak supaya tidak apa-apakan sesiapa di dalam ruang bawah tanah ini.

"Jangan, paksa, aku lawan kau dengan ni Seonghwa..." Suara Hwari menggigil, begitu juga dengan tangannya.

Seonghwa menjauhkan tangannya yang dipenuhi darah San, dia tidak mahu Hwari mencederakan orang lain.

Hwari menoleh ke arah San, San nampak sungguh lemah di tangannya.

Hatinya terasa berat, sudah tentu, sejak dari dulu dia memang naif.

"Tapi Hwari!" Seonghwa menaikkan nada suara, tidak percaya, sungguh tidak percaya yang perempuan itu akan memilih orang yang menculik dan mendera dia.

Hwari memang jatuh, sungguh dalam, ke dalam sindrom Stockholm.

"San..San! San..." Tiada perkataan lain yang mampu Hwari utarkan dengan suaranya. Dia tidak dapat fikirkan apa-apa lagi selain daripada keselamatan San.

San kelihatan tidak boleh buka matanya, tapi dia still menghadap Hwari.

Cuba menarik sedikit kain daripada lengan baju Hwari.

"I'm glad I trusted you..." Bisik San, suaranya perlahan sebelum dia pengsan.

Dia tidak kesah jika Hwari mengkhianati dia, cuma perasaan selepas dikhianati itu akan pedih sedikit. Dia tahu, semua perkara yang dia buat akhirnya akan memakan diri dia jika dia tertangkap.

Sudah buat jenayah kan? Buat apa nak menangis ataupun meratap lagi kalau ditangkap dan ada bukti kukuh.

Tetapi perempuan yang bernama Moon Hwari ini, kekal naif dan tidak biarkan moralitinya dicalar.

Walaupun moraliti juga perlu untuk letakkan dia di penjara.

Hwari...

Kau sungguh naif.

Masih kekal di dalam sindrom ini sehingga ke akhirnya.

Mendengar perkara itu, tangisan Hwari semakin kuat. Air matanya menitis di atas pipi San.

Dia memilih San di penghujung, melengkapi permulaan di mana San yang memilih dia untuk berada di sisi walaupun dipaksa.

Everything circles back.


_______



Beberapa bulan berlalu sejak kejadian itu.

Hwari menyediakan bekalan makanan di dalam tiga kotak yang bertingkat, kemudian balutnya dengan kain yang cantik coraknya.

"Are you going to visit him today?" Seonghwa turun daripada tangga, memunculkan batang hidungnya di dapur.

Hwari menaikkan kening, terkejut sekejap ada orang di belakang.

Lagipun, dia sentiasa dilarang oleh Seonghwa untuk berjumpa dengan San di penjara.

Selepas Hwari menangis teresak-esak dihadapannya meminta supaya San tidak diapa-apakan, Seonghwa tidak lakukan apa-apa lagi selepas itu, cuma dia memberikan Hwari satu syarat.

Untuk memenjarakan lelaki itu.

Hwari kembali tinggal semula dengan Seonghwa, menjalani hidupnya dengan tenang tanpa hari-hari yang tidak penuh kepastian semasa bersama dengan San.

Tapi itulah, walaupun dah aman, namun minda Hwari masih dihantui oleh lelaki bernama Choi San itu.

Meracuni minda dia setiap hari.

Menjadikan San sukar untuk dilepaskan.

Hwari menoleh ke arah Seonghwa, "Yeah, I'm going to visit him."

Seonghwa mengeluh berat, sudah berkali-kali dia halang Hwari berbuat demikian.

"Let me drive you there." Kali ini, Seonghwa mengalah.

Hwari memberikan senyuman.


________


Di penjara lelaki.


Bilik melawat, di mana ada kaca penghadang di antara pelawat dan banduan. Telefon disediakan untuk bercakap di setiap pihak.

"He will be here shortly." Kata pegawai itu sambil menunjukkan tempat di mana Hwari boleh duduk.

Hwari menunduk ke arah pegawai penjara yang memberikan dia panduan untuk ke sini, lalu meletakkan kotak makanan itu di atas meja. Hwari menunggu San dengan penuh sabar.

Kemudian... Orang yang ditunggu-tunggu sampai sambil di escort oleh pengawal.

San duduk dihadapan Hwari, pandangan matanya masih melihat ke bawah.

Hwari tersenyum sedih.

San...

Hwari mengambil gagang telefon dan meletakkannya dekat di telinga dan bibir.

San menghela nafas, lalu mengangkat kepalanya. Dia tidak berubah langsung, masih tenang seperti San yang dahulu.

San turut mengambil gagang telefon tersebut.

"I.. never thought we end up like this." Hwari membuka perbualan.

Secara jujurnya, Hwari tidak pernah membayangkan yang San akan masuk ke penjara dengan 'rela hati'.

"Are you... doing fine?" Tanya Hwari, memberikan senyuman ikhlas. Agak kekok walaupun baru terpisah buat beberapa bulan, well mungkin lebih kurang 6+ bulan sebab kes San agak sukar pada mulanya semasa dibicarakan. Selebihnya kerana dihalang oleh Seonghwa.

San hanya merenung Hwari sepanjang dia bercakap.

Lalu mengukir senyuman selebar mungkin yang kelihatan gila, San memandang Hwari dengan ekspresi psikotik.

Pada permulaan cerita, dia tidak sukakan sangat dengan perempuan itu namun... semakin dia menjebakkan diri dengan Hwari, semakin dia terikat bersama apabila memilih untuk tidak membunuhnya. Terbelit dengan gari sendiri yang dia buatkan untuk Hwari.

Setiap hari tanpa Hwari di sisi, dia mula rasa seperti hilang akal di penjara.

Akhirnya, Moon Hwari berada di hadapan dia.

Orang yang berikan dia mimpi ngeri yang indah setiap malam.

San terseksa menunggu Hwari.


"My dear angel, I know you did not leave me."


Kata San melalui alat komunikasi itu.

Mereka berdua terikat antara satu sama lain dengan cara sendiri, menghantui minda masing-masing. 




Continue Reading

You'll Also Like

47.3K 5K 46
𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘 𝐅𝐀𝐍𝐅𝐈𝐂𝐓𝐈𝐎𝐍 2020 " when you get hurt by your husband " ⊹ 𓏲 short story. ❜ ╰► start ; 010120 ╰► end ; 230420 stat...
110K 10.6K 41
"Aku tahu aku tak layak untuk menyukai dia. Dan dia adalah orang pertama dan terakhir yang aku suka." »Seventeen Kim Mingyu Fanfic. »By : chxnnxx_ »...
4.2M 481K 189
❣︎ Mengisahkan tentang gadis remaja yang jatuh cinta pandang pertama pada crushnya? Terlalu klise? Terlalu berdrama? Terlalu cringe? Lawak lawak bo...
5.2K 217 20
Sofea Qaisara, setelah sahaja dia kembali semula ke air tanahnya, Qaisara ingin meneruskan kehidupannya seperti biasa di Malaysia. Sehingga dia berte...