His: Mr. Handball

By ___tzxreyl

1.3K 334 163

His: Mr. Handball Me with you, My Love... ❍♡●♡❍ ❍♡●♡❍ ❍♡●♡❍ Suatu ketika... More

PRECAUTION
00 : 01
00 : 02
00 : 03
00 : 04
00 : 05
00 : 06
00 : 07
00 : 08
00 : 09
00 : 10
00 : 11
00 : 12
00 : 13
00 : 14
00 : 15
00 : 16
00 : 17
00 : 18
00 : 19
00 : 20
00 : 21
00 : 22
00 : 23
00 : 24
00 : 25
00 : 26
00 : 27
00 : 28
00 : 29
00 : 30
00 : 32
00 : 33
00 : 34
00 : 35
00 : 36
00 : 37
00 : 38

00 : 31

11 9 2
By ___tzxreyl

«.......self day.......»

┊  ┊  ┊  ┊
┊  ┊  ┊  ★
┊  ┊  ☆
┊  ★

|.↗✉↘.|

Aku menelentang sambil hadap ceiling. Tangan merentang luas. Kelopak mata terkelip kelip. Telinga bersumbat dengan earphone.

I will fight,
I will fight for you
I always do until my heart
is black and blue.

Luth...

I would stay, I would stay with you
We will make it to the others side
Like lovers do
I reach my hands up in the darkness
Wait for yours too to interlock
I'll wait for you, I'll wait for you...

Cause I'm not givin' up, I'm not givin' up, givin' up'
No, not yet
Even when I'm down on my last path
Even when they say there's nothing left

So don't give up on me...

Aku tarik earphone dari telinga. Ergh, entah apa apa yang aku mengarut.

Sejak cuti sekolah, macam ni la keadaan aku. Hanya duduk di rumah tak keluar bercuti macam orang lain.

Tengok status kawan kawan aku, happy je diorang melancong sana sini.

A'watif melepas sampai ke Dubai. Amira ada kenduri kahwin sepupunya di Teluk Intan, Perak.

Shahirah bersama keluarga besarnya adakan vacation meraikan Pak Su nya yang grad tempoh hari.

Senang cerita, kawan kawan aku punya waktu berkualiti bersama keluarga masing masing.

Sedangkan aku pula, seminggu lebih hanya berkurung dalam rumah.

Angah bertambah tambah sibuk, siapa je la nak layan aku?

Nampak gayanya sampai habis cuti penggal lah, aku mereput dalam rumah ni.

Melukis, mewarnakan kanvas kosong, syok sendiri cuba choreography, tulis puisi convert to song dan benda paling best, baca novel.

Memandangkan Angah sibuk macam lebah, aku minta Angah bekalkan aku novel banyak banyak.

Tapi sekarang semua novel yang diborong, dah habis. Sampaikan aku terasa nak termuntah air kopi yang aku hirup.

Tak reti memasak punya pasal, hanya air yang masuk sementara tunggu Angah pulang.

Sekarang pula, Angah pulang makin lewat. Pukul sepuluh malam kadang kadang.

Aku takut duduk rumah sorang sorang tapi lebih kepada sunyi.

Bayangkan la aku ni serupa ayam jantan, bertelur ke tak bertelur ke, mengokok je kerjanya, tiba tiba serupa ada ulser dalam mulut.

Apa ingat ayam jantan kokok waktu pagi je?

Bosan gila!

Kalau berada di sekolah, aku nak cepat cepat balik rumah. Kalau berada di rumah, aku tak sabar nak pergi sekolah.

Betul la, perempuan ni complicated!

Bila Angah tanya aku makan ke belum, laju je aku jawab dah. Tengok muka penat Angah, takkan nak jawab tak? Kesian Angah.

Tapi Angah patut kesiankan aku jugak. Masa masa remaja ni lah rebut segala peluang, kumpul momen momen. Nanti bila aku tua, ada cucu, nak jawab apa dekat cucu aku kalau ditanya masa balik cuti sekolah?

‘Tok Ir, cerita la zaman muda muda Tok Ir, mesti best kan?!’

Heh, tak ada apa pun nak bestkan cu! Nasib kamu nampak lagi nek dekat sini sebab muda muda lagi nek dah banyak mereput!

Buk!

Asyik sangat melayan perasaan sendiri, tak sedar tubuh aku dah jatuh bawah katil.

Malas nak bangun, aku berguling pula dekat lantai. Sambung balik sesi luah perasaan aku.

Tak apa lah Angah, tak apa...

Rel faham, Rel cuba faham. Lagipula aku termotivasi dengan Angah. Pekerjaan Angah menarik minat aku.

Aku juga ingin berkecimpung dalam dunia kejuruteraan suatu hari nanti jikalau aku tak mampu menjadi seorang astranouts.

Tak pun pilot, tak pilot, aku dah fikir nak jadi saintis dalam bidang angkasa.

Aerospace Engineering.

Sounds good, right?

Kejuruteraan Aeroangkasa, bidang yang masih baru di Malaysia biarpun negara negara maju lain sudah jauh ke depan membangunkan teknologi dalam bidang angkasa.

Dianggap satu cabang pekerjaan yang rare di Malaysia ni. Sama juga seperti jurutera di bidang Oil And Gas.

Berada di pelantar minyak. Pelantar minyak menjanjikan pekerjaan yang bercabang cabang bidangnya dan mencabar.

Tapi itulah, aku tak rasa Angah akan izinkan. Kerja di pelantar, mental kena kuat.

Selain fizikal yang fit, banyak dugaan yang perlu dihadap. Tengah laut, fikir sendiri la.

Susah susah, aku tak nak jadi apa terus.

Ya, tahu aku teruk. Teruk sangat. Tapi aku punya pemikiran yang diluar kawal. Jenis mudah berputus asa, dahtu meratapi pula tu.

Ergh, aku benci bila rasa itu datang.

Sesibuk mana pun, tak pernah aku lupa akan rasa itu. Serasanya dalam diri, raksasa itu akan tetap hidup.

Hidupnya dalam diri aku sekaligus menghidupkan berbagai bagai rasa dalam diri.

Aku takut, takut tak dapat kawal.

Pernah ada ketika waktu bisikan itu hadir, aku bagaikan hilang pedoman. Berbulan bulan lamanya hari hari ditemani air mata. Kelam mengisi sepinya jiwa.

Aku menangis atas sebab apa?

Aku langsung tiada jawapan untuk itu. Biarpun beribu detik berlalu, masih aku tak ketemu jawapan dan puncanya.

Jikalau hanya air mata yang menitis saja, tidak mengapa.

Tapi...

Tapi kenapa perlu berbisik macam macam? Aku ada Allah, kenapa nak ganggu aku?

Aku yakin tapi selalunya was was itu lebih menguasai diri. Aku takut, takut perkara dimurkai Allah itu aku ambil jalannya.

Dosa besar? Ya, aku tahu

Tak cium bau syurga? Ya, aku tahu.

Nabi tak mengaku umat? Ya, aku tahu.

Di neraka kelak, kejadian itu bakal menjadi seksaan aku? Ya, aku tahu.

Teringkatkan detik detik mencengkam jiwa itu, tanpa sedar air mata mengalir. Dada jadi sesak, sebak.

Datang lah waktu yang bergulir tanpa berhenti, masih tetap air jernih jatuh dari kelopak mata.

Jadi saksi betapa pengecutnya aku. Pengecut dengan masa silam yang kelam.

I see my friends, one by one moving on from their past, restart a new them. While I'm here still stuck. Sure a sicker.

People start to heal the moment they feel heard.

Berpegang dengan kata kata itu, aku mula mencari. Tercari cari tempat yang aku boleh tadahkan segala kegelisahan yang tak berkesudahan. Dari situ, aku temukan tempat kebergantungan.

Ahad, Allah yang satu.

Sujud aku makin lama. Doa yang diuntaikan makin panjang. Bibir makin basah dengan zikir ke atasNya serta selawat kepada junjunganNya yang agung.

Mahumu beribu ribu tapi solatmu terburu buru.

Pun begitu, aku sering tertanya tanya, mengapa aku masih tak punya kekuatan seperti mereka?

Mereka mereka yang berjaya mendapatkan versi yang terbaik dalam hidup.

Sempurna itu mustahil tapi sekurang kurangnya lebih baik dari hari semalam.

Dan sekarang aku sudah temui jawapan pada setiap persoalan yang aku cemburui pada mereka.

Persoalannya tak terhitung namun jawapannya cuma satu dalam hitungan.

Lepaskan.

Ya, lepaskan. Move on. Itulah satu perkara yang pasti bagi setiap yang bernafas.

People heal by letting go. People hurt by lying, lying to self. People heard by diary themselves to others. People happy by helping. People chase for heaven by burning the hell of this world that so called heaven.

Makin lebat mutiara jernih turun, mengaburi pancaindera penglihatan. Tenggelam semula dalam relung yang tak henti membohong.

Kini, sepi terus mengzalimi
Mengejar lagi diri yang sendiri
Membawa bersama sebeban spekulasi
Yang kau panggil manusia jiwanya mati.

Kelopak mata dipejam erat. Aku penat, aku mahu rehat. Moga di sana kelak jadi tempat beristirehat bagi setiap jiwa yang tenat.

❍☆❍〃

Aku bodoh, semua ni bodoh.’

Dada ditumbuk kasar. Air mata mula menakung saat pekung kini mengepung diri. Bagai laksananya terapung apung berdiri.

‘Aku bodoh, semua ni bodoh.’

Kenapa harus aku dikejar? Bukankah sudah disebatikan bahawasanya aku seorang yang positif? Optimis dalam setiap langkah. Bukan si pesimis yang mengemis secebis ruang minta dikasihi.

‘Aku bodoh, semua ni bodoh.’

Haruskah aku juga turut mengemis? Mengemis akan rasa hati yang penuh mewarnai hari hari biarpun langit menggerimis. 

‘Aku bodoh, semua ni bodoh.’

Tak cukup lagikah langkah yang aku orak penuh gagah? Hatta tergoyah namun masih tegak utuh.

‘Aku bodoh, semua ni bodoh.’

Kepadanya dikirimkan angin, lembut berpuput sedia memujuk. Kiranya pemisah ruang mimpi juga tahu berbuat baik, kau pula?

'Aku bodoh, semua ni bodoh.’

Disini, masih lagi tercari cari akan sinarnya sang mentari. Dipujuk, kelak bukan setakat mentari, pelangi juga muncul menunjukkan diri.

'Aku bodoh, semua ni bodoh.'

Di setiap jiwa manusia itu, akan hadir rasa bahagia. Saat kau bersama dia, jangan lupa Dia yang mencampakkan segala rasa.

'Aku bodoh, semua ni bodoh.'

Yakinlah. Sesungguhnya dengan keyakinan gunung nan tinggi juga mampu berada dalam genggaman.

Di bawah terang bulan,
Bintang malam tak berteman,
Lirik lagu dikirim jadi nyanyian,
Sepi hari kian berangkat meninggalkan.

|.↗✉↘.|

Take it as theraphy, I'll be happy ツ

15102
1206.
-1345

ヅ,
~t.reyl.

Continue Reading

You'll Also Like

5.3K 290 30
Pertemuan Dua karakter Animasi yang sudah Beberapa Tahun Berpisah
1.2M 93.7K 96
Menjadi mangsa buli merupakan satu perkara lazim baginya apabila menjejakkan kaki di sekolah baru. Baginya, semua benda yang jadi adalah perkara yang...
118K 9K 66
Arabella Luisa nama di beri.Atau orang panggil dia Bella Atau Miss Stalker Atau Perempuan gila yang suka bawak kamera dan teropong ke hulu dan hilir...
753K 40.2K 79
TENGKU AREENA ARISYA seorang gadis yang mempunyai rupa paras wanita arab. Hanya melihat rupa paras sahaja sudah dapat membuat jejaka di luar sana tid...