Pencuri Hati Mr. Gynophobia

By XiaFiona

6K 585 209

CINTA. Satu perkataan yang senang diungkapkan. Tapi, sejauhmanakah ketulusan yang terzahir oleh pengucapnya... More

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41

23

133 17 4
By XiaFiona

"Telefon saya bila sampai sana nanti." Sempat Arfan berpesan kepada Aryana sebelum mereka berangkat ke pejabat masing-masing.

"Ye awak. Dah lebih 40 kali awak pesan benda yang sama. Saya dah boleh ingat dah."

"Saya pesan sebab saya risau. Dengarlah baik-baik sayang." Awning tudung bawal yang dipakai Aryana dibetulkannya.

"Iya. Saya janji, sampai aje dekat mall saya terus call awak." Tangan kanan diangkatnya.

Arfan tersenyum sebelum menyentuh kepala Aryana. Setelah itu, dia menghadiahkan sebuah kucupan mesra di dahi Aryana.

"Jaga diri," pesannya lagi.

"Aip-aip captain."

Arfan menunggu kereta yang dipandu Aryana hilang dari pandangan kemudian barulah dia memulakan pemanduannya. Hari ini dia akan keluar dengan Arfina untuk mencari hadiah sempena hari lahir isteri tercintanya. Kemudian, malam nanti dia akan memberi kejutan untuk Aryana. Segala persiapan sudah dirancang bersama abang-abang serta kedua abang iparnya. Mereka berempat sudi menawarkan diri membantu mempersiapkan segala kelengkapan. Siulan kecil turut keluar dari mulutnya, menandakan hatinya yang sedang bahagia. Stereng kereta diketuk-ketuk dengan jari telunjuk mengikut rentak siulannya.

***

Aryana mengerling Yasmin yang sudah tersenyum dari tadi sebaik sahaja mendengar nada dering dari telefon bimbitnya. Mana tidaknya, masuk kali ini sudah kali ketiga Arfan menelefonnya.

"Jawablah, Aryn oii. Kesian dekat cik abang. Kang tak boleh nak fokus buat kerja risaukan kau," ujar Yasmin bersama ketawa dihujung katanya.

"Nak jawablah ni. Percayalah cakap aku after 15 minutes nanti dia akan call balik." Aryana bersuara pasrah. Panggilan Arfan dijawabnya.

"Ye awak. Saya okey aje ni. Haah. Tengah jalan-jalan dengan Min ni. Eh, takpe-takpe! Saya boleh jaga diri. Min pun ada tolong tengokkan saya ni haa..." jawab Aryana. Matanya dilirikkan lagi ke arah Yasmin yang sedang menekup mulut menahan tawa.

"Bagi telefon awak dekat Yasmin kejap," arah Arfan di hujung talian.

"Awak nak buat apa?"

"Nak bagi amanah kejap. Bagilah cepat sayang oii."

Aryana menghulurkan telefonnya kepada Yasmin. Yasmin menyambutnya dengan penuh tanda tanya. Kemudian, telefon itu dilekapkan ke telinganya.

"Tolong jaga isteri saya baik-baik. Jangan bagi dia makan makanan pedas, masin, berminyak, berlemak dan seangkatan dengannya. Lepastu jangan lupa pesan salad sayur untuk dia. Awak cakap dekat dia saya yang suruh. Kalau nampak dia penat, suruh dia berhenti rehat kejap. Lepastu kalau jadi apa-apa terus call saya. Kalau dia degil tak ikut apa yang saya arahkan, awak bagitahu dia balik nanti Hakim nak bagi hadiah. Boleh?" Panjang lebar pesanan yang diberikan oleh Arfan.

"Baik. Saya akan ingat. Caring betul awak dekat Aryana ya." Yasmin memandang Aryana sambil tersengih. Sesekali dia mengangguk apabila Arfan menyambung pesannya. Dalam hatinya, dia memuji betapa beruntung Aryana mendapat lelaki seperti Arfan. Aryana yang memandangnya dengan riak ingin tahu tidak dipedulikan sebaliknya dia mengenyitkan mata. Yasmin menghulur kembali telefon itu ke tangan Aryana setelah panggilan ditamatkan.

"Suami aku cakap apa?" soal Aryana ingin tahu.

"Aku rasa macam bahu aku kena hempap batu. Suami kau bagi aku amanah berat," Yasmin tergeleng-geleng sambil menepuk-nepuk bahu Aryana.

"Hakim bagitahu apa?"

"Nanti kau tahu jugak. Dah, jom." Yasmin tarik tangan Aryana masuk ke sebuah butik berjenama yang diminatinya. Inilah tujuan dia datang ke sini.

"Min... aku tunggu dekat luar eh? Malas la nak jadi anak ayam dekat sini."

"Ayat tu takde ke yang lebih baik sikit?" Yasmin menampar perlahan lengan Aryana.

"Ye maaf-maaf. Aku malas nak jadi bayang-bayang kau dekat sini. Penat. Kau kalau dah mula tengok baju, orang baling bom dekat sebelah pun belum tentu kau dengar," kutuk Aryana selamba.

Yasmin bercekak pinggang. Seketika kemudian, dia mula menyelak beberapa pasang baju di hadapannya.

"Pergi duduk dekat kerusi luar sana. Cik abang kau dah pesan siap-siap dia nak panggang aku kalau balik nanti kau mengadu penat. Aku masih bujang, belum merasa lagi bagaimana rasanya memiliki pasangan hidup. So, sebelum aku bakal kena panggang, kau pergilah duduk depan. Aku nak tengok baju ni kejap. Kejap je tak lama," ujar Yasmin bersama mata yang masih melekat pada baju yang dipegangnya.

"Iyelah tu kejap. Alih-alih malam nanti pun belum tentu siap kau ni," omel Aryana sambil melangkah kaki keluar dari butik tersebut. Nasib ada bangku yang telah tersedia di situ, dapatlah dia merehatkan diri. Sedang asyik dia memerhati suasana sekeliling, matanya menangkap sepasang pasangan yang sedang ketawa bahagia. Aryana mengecilkan mata supaya dapat menangkap wajah insan tersebut dengan jelas.

Masa bagaikan terhenti seketika. Aryana kaku melihat pasangan mesra merpati dua sejoli yang sedang saling menyuap makanan satu sama lain. Kemudian, saling diiringi dengan ketawa bahagia. Ibarat hanya mereka berdua sahaja yang berada di situ. Hatinya berdetak laju.

Hakim, sampai hati awak... detik Aryana di dalam hati cuma. Tidak jauh dari tempatnya berdiri, dia menangkap figura Arfan dan seorang gadis cantik sedang menyuap satu sama lain. Nampak bahagia semacam. Dadanya terasa sesak. Tidak tunggu lama, manik-manik kristal mula mengalir deras menuruni pipi. Aryana menekup mulutnya demi mengawal esakan yang menggila. Matanya masih memerhati adegan mesra yang terbentang di hadapannya.

Aryana mengatur langkah untuk meninggalkan tempat itu apabila matanya secara tidak sengaja bertembung dengan mata Arfan. Sebelum dia berlalu, sempat dia menangkap Arfan berkata sesuatu kepada gadis itu sebelum tergesa-gesa bangun. Namun, Aryana sudah tidak peduli tentang itu. Yang dia tahu sekarang, dia mahu melarikan diri buat seketika. Dia segera ke kawasan parkir kereta, dan memboloskan diri ke dalam keretanya. Mujur sahaja mereka datang dengan kereta masing-masing. Jadi, tidak perlulah dia menunggu Yasmin selesai berbelanja. Pandai-pandailah dia bagitahu Yasmin nanti.

Kereta terus dipandu keluar dari kawasan pusat membeli belah itu. Bersama hati yang lara, dia memandu tanpa tujuan. Air mata di pipi dibiarkan mengalir tanpa dikesatnya. Telefonnya berdering minta diangkat. Aryana mengerling sekilas. Sakit hatinya apabila melihat nama yang terpapar pada skrin itu. Tidak mahu terus terganggu, akhirnya telefon itu dimatikannya.

***

"Abang, rasalah Fina punya spaghetti ni. Sedap tau." Arfina menyua sesudu spaghetti kepada abangnya.

"Kalau nak abang makan, Fina rasalah jugak abang punya salad campur ni." Arfan turut menyua sesudu salad campur ke arah Arfina. Bibirnya memberikan senyuman mengejek. Satu kelemahan Arfina yang diketahuinya adalah adiknya itu tidak suka akan sayur. Hal ini mengingatkannya kepada Aryana. Makin melebarlah senyumnya setiap kali mengenangkan bagaimana masamnya wajah isterinya setiap kali dipaksa makan sayur.

"Eee, abang ni! Mesti dengan Kak Aryn pun abang macam ni jugak kan? Suka paksa orang makan sayur." Arfina berbunyi namun dia tetap menyambut suapan yang dihulurkan abangnya dengan muka pasrah.

Arfan tersenyum kemenangan. Secara tidak sengaja dia terpandangkan Aryana yang sedang berdiri di hadapan sebuah butik pakaian. Senyumannya perlahan-lahan memudar.

"Aryana..." serunya perlahan. Makin meeesahkannya apabila dia dapat menangkap dengan jelas, Aryana menyapu pipinya. Sudah pasti Aryana sudah tersalah sangka. Apatah lagi setelah melihat adegan 'mesra'nya bersama Arfina tadi. Melihat Aryana yang seperti ingin berlalu, Arfan berdiri dengan tergesa-gesa.

"Kenapa, abang?" soal Arfina yang masih belum menyedari situasi sebenar.

"Kak Aryn... Kak Aryn nampak kita," cemas Arfan berbicara. Dari situ dia dapat melihat Aryana yang semakin menjauh.

"Fina tunggu sini kejap. Abang nak kejar Kak Aryn."

Arfan berlari keluar ke tempat Aryana berdiri tadi. Matanya memerhati sekeliling, berharap masih ada Aryana di situ. Hampa. Bayang-bayang Aryana tidak dilihatnya. Kemudian, dia bergegas pula ke tempat parkir pasar raya itu. Hatinya mula disapa bimbang. Terselit rasa kesal kerana tidak memberitahu Aryana perkata yang sebenar. Jikalau terjadi apa-apa kepada Aryana dia tidak dapat memaafkan dirinya.

Telefom di saku seluar dikeluarkannya. Nombor Aryana ditekannya berkali-kali. Talian bersambung seketika, kemudian terus tidak dapst dihubungi. Arfan menguak rambutnya ke belakang. Telefonnya berdering kembali membuatkan dia teruja. Namun, dia hampa buat kali ketiga. Bukan Aryana yang menelefonnya.

"Ya, Fina," jawab Arfan lemah.

"Kak Aryn tak jawab call abang. Abang risau," adunya pada Arfina. Panggilan ditamatkan dan kakinya mula melangkah ke dalam pasar raya itu kembali. Restoran tadi dihampirinya bersama wajah muram.

"Macam mana ni, bang?" suara Arfina juga jelas kedengaran bimbang. Sebaik sahaja dia tiba, dirinya terus diterjah dengan soalan.

Arfan menggeleng. Dia sendiri buntu. Bagaimana kalau terjadi sesuatu kepada Aryana?

"Abang balik rumah dulu. Mana tahu Kak Aryn balik rumah ke, kan? Abang explained baik-baik dekat akak. Nanti Fina ajak walid dengan mama pergi sana esok."

"Fina nak balik macam mana?"

"Takpe. Fina boleh balik naik teksi. Yang penting sekarang abang kena kejar Kak Aryn." Arfina tersenyum ikhlas. Dia tahu, walaupun abangnya dilihat seperti sedang berbicara dengannya, dia dapat mengagak ke mana fikiran abangnya melayang.

Arfan mengangguk. Pesanan ringkas diberikan kepada Arfina sebelum dia bergegas ke kereta. Hatinya dirundung seribu keresahan. Doanya di dalam hati semoga kereta Aryana tersadai di garaj rumah. Kereta dipecutnya laju. Waktu-waktu begini, sempat dia berharap dia mempunyai kuasa teleport.

Nombor Aryana didailnya berkali-kali tanpa putus asa. Namun, yang menjawab panggilannya hanyalah peti suara. Perjalanan untuknya sampai ke rumah terasa begitu lama. Padahal, hanya mengambil masa 15 minit sahaja. Pedal minyak ditekan, stereng diputar berhati-hati. Tiba sahaja di rumah, kereta Aryana tidak kelihatan di garaj seperti selalu. Makin menambahkan resah di hatinya. Arfan terduduk di buaian yang tersedia di luar rumah.

"Mana awak, sayang?" rintihnya perlahan sambil tangannya meraup wajah.

***

Aryana memberhentikan keretanya di bahu jalan. Dia melihat ke luar tingkap. Menyedari kawasan itu terlalu asing baginya membuatkan dia menggigit bibir.

Dekat mana dia sekarang ni?, desis Aryana perlahan. Mahu menangis rasanya apabila sedar-sedar sahaja dia sudah tiba di tempat yang tidak diketahuinya. Kerana memandu mengikut perasaan, dia sudah tersesat. Aryana cuba mencari papan tanda, namun tidak dijumpainya. Matanya kemudian ternampak sebuah kedai runcit beberapa meter dari keretanya terparkir. Dia mengambil keputusan untuk bertanya di kedai itu sahaja.

"Assalamualaikum, mak cik," sapa Aryana setelah memasuki kedai runcit tadi.

Seorang wanita lebih kurang hampir sebaya dengan uminya berpaling. Sebaik sahaja ternampak dirinya, wanita itu tersenyum nipis. Aryana membalas senyuman itu setulus hatinya. Melihat senyuman lembut di wajah itu membuatkan dia terkenangkan uminya. Da rindu senyuman uminya.

"Kenapa, nak?" soal wanita itu, masih bersama senyuman yang tidak lekang di bibir.

"Boleh saya tahu, ni dekat mana ya mak cik?" tanya Aryana juga dengan senyuman.

"Oh, sini Bandar Baru Nilai. Anak ni bukan orang sini, ya?" balas wanita itu ramah.

"Haah, mak cik. Terima kasih, ya..." Penuh sopan dia menuturkan kata sebelum meminta diri untuk berlalu.

Aryana kembali ke kereta. Buat seketika, dia termenung di dalam kereta. Ke mana harus dia tuju? Sudahlah tanpa membawa pakaian, seperti melarikan diri dari tahanan pula rasanya. Tiba-tiba, dia teringatkan Port Dickson. Tempat yang dicadang Arfan untuk bulam madu mereka yang pertama. Mengingatkan Arfan, hatinya kembali sakit. Arfan curang dengannya.

Aryana memulakan kembali pemanduan. Dia tidak berniat untuk pulang ke rumah mereka sebaliknya ke Port Dickson untuk mencari resort untuk dia bermalam. Sebelum itu, dia mahu singgah ke kedai dahulu untuk membeli beberapa helai pakaian untuknya.

Telefon pintarnya yang masih dimatikan dikerling sekali lalu. Dia pasti sudah berpuluh-puluh bahkan beratus call dari Arfan untuknya. Dia mengambil keputusan untuk membiarkannya. Biarlah dia melupakan segala sakit hatinya buat lelaki itu.

Hello gaizzzzzz... Hoho, sorry ambil masa yang lama untuk update. Xia betul-betul busy sekarang. Nasib baik esok cuti, dapatla menyibukkan diri sambung taip wattpad ni. Apa-apa pun selamat membaca. Kalau ada sebarang ketidakpuasan hati.... bolehla lampiaskan di ruangan komen ye. 😂😂😂😂 Oh dan juga jangan lupa vote and comments sekali tau. Ehek... Then, byeeeeeee!!!!

Continue Reading

You'll Also Like

197K 7.4K 50
AMARAN โš ๏ธ Jangan lompat cerita โ€ผ๏ธ 1) The last love for us 2) Kuasa cintamu ______________________________ Kehadiranmu... Seperti tak mungkin bisa ter...
240K 6.1K 77
Muhammad Taufiq dan Qistiena Haura. Qistiena Haura merupakan seorang doktor psikiatri. Berusia 25 tahun. Dia mempunyai seorang kawan baik yang usia...
6.8K 237 38
๐…๐ข๐ซ๐ฌ๐ญ ๐’๐ญ๐จ๐ซ๐ฒห—หห‹ โ™ก หŽหŠห— โ™ก๐ˆ๐ง๐š๐ซ๐š ๐‚๐š๐ซ๐ข๐ฌ๐ฌ๐š ๐ฑ ๐“๐ž๐ง๐ ๐ค๐ฎ ๐‡๐š๐ณ๐ข๐ฆ ๐™๐š๐Ÿ๐ซ๐š๐งโ™ก Inara Carissa . Seorang gadis cantik yang sangat b...
Wattpad App - Unlock exclusive features