Mr Annoying Vs Miss Beku

By Mademoiselle_Hawa

62.2K 2.7K 165

[COMPLETEDโœ”] QAISARA ALYSHA - Seorang gadis yang pendiam, tak banyak bercakap, tidak suka bergaul dengan ora... More

Memperkenalkan Karya Baru
Bab 1 | Aku
Bab 2 | Pertemuan
Bab 3 | Bistro
Bab 4 | Kampung
Bab 5 | Mamat Annoying
Bab 6 | Qash Anaqi
Bab 7 | Dengki
Bab 8 | Sedondon
Bab 9 | Photoshoot
Bab 10 | Butterfly
Bab 11 | Cemburu
Bab 12 | Picnic
Bab 13 | Aquaphobia
Bab 14 | Kareoke
Bab 15 | Pulang
Bab 16 | Hadiah
Bab 17 | Mimpi
Bab 18 | Pengsan
Bab 19 | Panic Attack
Bab 20 | Surprise
Bab 21 | Tarawih
Bab 22 | Balik Kampung
Bab 23 | Takbir Raya
Bab 24 | Tetamu
Bab 25 | Rombongan
Bab 26 | Lamaran
Bab 27 | Ugut
Bab 28 | Keputusan
Bab 29 | Baju nikah
Bab 30 | Persiapan
Bab 31 | One Step Closer
Bab 32 | Dua Hati Bersatu
Bab 33 | Bidadari
Bab 34 | Winter Wonderland
Bab 35 | Keluarga
Bab 36 | Honeymoon
Bab 37 | Gayat
Bab 38 | Japanese Village
Bab 39 | Doa
Bab 40 | Penat
Bab 41 | Rahsia
Bab 42 | Pergi
Bab 43 | Tertekan
Bab 44 | Ego
Bab 45 | Penyesalan
Bab 46 | Pulang
Bab 48 | Sedar
Bab 49 | Pinky Promise
Bab 50 | Kampung
Bab 51 | Sakit
Bab 52 | Maruah
Bab 53 | Hutan
Bab 54 | Cekak
Bab 55 | Pergi
Bab 56 | Termakbul
Bab 57 | Klinik
Bab 58 | Zuriat
Bab 59 | Mengidam
Bab 60 | New Life
Bab 61 | Happiness
Bab 62 | The End
Coffee Time with Hawa

Bab 47 | Patah

786 31 1
By Mademoiselle_Hawa

   AKU terus meluru ke arah seorang doktor yang baru keluar dari wad kecemasan. Muka aku tak payah cakap lah. Risau yang terlampau. Jantung aku sedari tadi tak berhenti berdebar.

   "Doktor, macam mana dengan keadaan suami saya? Dia okay ke?" kalut aku bertanya.

   Doktor wanita itu melemparkan senyuman manis kepada aku.

   "Alhamdulillah, keadaan suami puan dah stabil. Cuma masa kemalangan tu, dia kehilangan banyak darah. Itu berpunca dari kepala Encik Qash yang terhentak kuat masa pelanggaran tu. Mujur dia dibawa ke sini dengan segera." jelas doktor itu.

   Aku memegang dada aku. Nafas lega dihembuskan. Tak tahu nak cakap macam mana perasaan aku sekarang. Rasa nak menangis. Ya Allah, syukur alhamdulillah kau masih bagi peluang untuk aku terus bersamanya.

   "Tapi... Hasil dari pemeriksaan saya tadi, saya dapati tulang kaki di bahagian pergelangan kaki Encik Qash patah. Jadi, mungkin akan ambil masa dalam beberapa bulan untuk kaki dia kembali pulih sepenuhnya." tambahnya lagi.

   Aku yang mendengar itu terdiam. Ya Allah, patah? Tapi aku masih rasa bersyukur kerana takda kecederaan yang serius.

   "Baiklah, terima kasih doktor."

   Doktor itu menghadiahkan senyuman nipis.

   "Sama-sama. Sekejap lagi kami akan pindahkan Encik Qash ke wad biasa. Oh! Sebelum tu, saya nak panggil puan apa ya?" soalnya.

   "Qaisara." jawabku ringkas.

   "Oh, saya Doktor Mawar. Kalau ada apa-apa hal, awak boleh datang jumpa saya ya?" pesannya.

Aku mengangguk faham.

"Terima kasih doktor." ucapku. Dan Doktor Mawar pun berlalu pergi.

   Setelah Qash sudah dipindahkan ke wad biasa, aku melabuhkan punggung di kerusi yang terdapat di sisi katil. Wajah Qash yang kosong tidak beriak itu aku pandang. Terdapat kesan calar di bahagian muka. Kepalanya pula sudah berbalut. Qash masih tidak sedarkan diri. Dan aku berharap, dia akan sedar secepat mungkin. Aku betul-betul risaukan dia. Aku tak boleh tengok dia terlantar kaku begini. Aku rasa kosong. Qash yang dulu ceria orangnya, kini terlantar kaku di katil.

   Rambutnya aku usap ke belakang. Kemudian tangan kanannya aku genggam erat.

   "Awak, jangan tidur lama-lama tau. Jangan tinggalkan saya. Saya tahu awak kuat." gumamku perlahan.

   Namun keadaan hanya sunyi sepi. Tiada sebarang respon. Aku merenung wajah Qash yang berkulit cerah itu. Wajahnya tenang. Walaupun terdapat kesan calar dan lebam, tapi pada pandangan mata aku, Qash tetap sempurna di mata aku.

   Oh, tentang Qash sudah aku maklumkan pada Maktok. Mungkin pada esok hari, Maktok akan datang melawat bersama pak ngah dan mak ngah. Fiya pula akan datang sekejap lagi. Itu pun sebab aku menyuruh dia menghantar beberapa helai pakaian aku ke sini. Aku memang tak akan pulang ke rumah. Aku nak duduk di sebelah Qash. Sehingga dia sedarkan diri.

   Aku merengangkan badan seketika. Terasa lenguh seluruh tubuh aku. Aku mengambil keputusan untuk ke sofa yang tersedia di dalam wad tersebut. Aku duduk bersandar di sofa dan mata aku dipejamkan. Ingin melelapkan mata seketika. Fikiran aku sedang serabut sekarang ni, jadi ada baiknya aku rehatkan diri seketika.










   "QAI, weh Qai... Bangun lah." kedengaran sayup-sayup suara seseorang memanggil aku. Mata aku dibuka perlahan-lahan. Kabur. Aku menggosok mata beberapa kali sehingga pandangan aku kembali jelas.

   "Kau dah kenapa tidur dalam keadaan duduk macam ni? Sakit lah pinggang kau nanti." ujar Fiya. Dia melabuhkan punggung di sebelah aku.

   Aku berdehem kecil. Kedudukan aku dibetulkan. Betul. Pinggang aku sekarang terasa sakit.

   "Bila kau sampai?" perlahan aku bersuara.

   "Baru je. Kau ni, kenapa tak balik rumah? Pergi lah balik, berehat sekejap. Kau tu dah lah pagi tadi pergi outdoor photoshoot. Lepas tu, kau datang sini pulak. Kau tak cukup rehat ni. Muka kau pun lesu je aku tengok." tutur Fiya.

   Aku menggelengkan kepala.

   "Aku nak jaga dia."

   "Ya, aku faham. Tapi dia still belum sedarkan diri kan? Apa kata, kau pergi balik mandi. Tidur sekejap ke apa."

   "Aku tak nak tinggal dia. Takpa Fiya. Dekat sini pun aku boleh mandi. Kau ada bawak kan baju aku?" tolak aku.

   Fiya mengangguk. Dia memberikan satu beg kertas kepada aku. Aku menyambut dan beg itu diletakkan di tepi sofa.

   "Habis tu? Takkan kau nak tidur sini Qai?" soalnya.

   "Dah tu? Kau nak aku balik tidur dekat rumah? Aku kalau balik rumah pun, aku takkan dapat tidur. Lebih baik aku tidur sini. Sekurang-kurangnya, Qash ada depan mata aku. Aku takut Fiya. Aku takut aku hilang dia." tutur aku perlahan. Mata aku merenung Qash yang masih baring terkaku di katil.

   "Qai... Qash dah okay kan? Takda apa-apa perkara yang serius yang jadi. Kau ni, kuat sangat fikir negatif ni." pujuk Fiya lembut.

   Aku menggelengkan kepala.

   "Tak Fiya. Aku pernah mimpi perkara ni. Dan mimpi tu buat aku lebih berhati-hati sekarang. Aku tak nak ada benda buruk jadi pada dia. Aku tak nak..." sangkal aku.

   Fiya terdiam. Pandangannya mengerling ke arah Qash. Kemudian pandangannya beralih kepada Qaisara.

   "Hmm, takpa lah kalau kau dah cakap macam tu. Cuma Qai, aku nak kau terus kuat okay? Jangan cepat mengalah. Yakinkan diri kau, yang Qash akan sedar. Kalau kau perlukan aku, aku akan sentiasa ada dengan kau." bicara Fiya dengan senyuman nipis di bibir. Dia menepuk bahu aku perlahan.

   "Terima kasih Fiya... Oh, err Fiya. Aku minta maaf sebab aku tak dapat nak masuk kerja dalam beberapa hari ni." tutur aku serba salah.

   Fiya pantas menampar paha aku.

   "Apa kau cakap ni? Kau kan bos? Itu hak kau nak masuk kerja ke tak. Aku tak kisah langsung Qai." sangkalnya.

   Aku jeda.

   "Takda lah... Aku rasa serba salah bila biarkan korang buat kerja sendiri. Aku pulak tak datang studio."

   "It's okay Qai... Relax. Kita orang faham dengan situation kau. Dah, jangan fikir dah. Kau duduk sini, jaga suami kau. Masa ni lah dia perlukan sokongan dari kau." nasihat Fiya.

    Aku mengangguk setuju. Ya, Qash perlukan aku saat begini. Aku takkan tinggalkan dia.

   "Hmm, ni kau dah makan ke belum?" soal Fiya memecahkan keadaan yang sunyi.

   Aku menggeleng. Baru aku teringat yang aku belum menjamah apa-apa lagi. Pagi tadi aku tak sempat nak bersarapan disebabkan ada photoshoot pada awal pagi. Waktu tengah hari pula aku dapat panggilan tentang kemalangan Qash. Langsung lupa nak menjamah apa-apa makanan.

   "Aku dah agak dah. Dah, jom pergi makan dekat kantin." ajaknya seraya bangun dari duduk.

   Aku pula masih duduk di sofa. Mata aku memandang ke arah Qash. Habis tu? Qash macam mana? Takpa ke aku tinggal dia sekejap?

   Fiya pula seperti faham dengan isi hati aku ketika ini. Dia mula bersuara.

   "Kita pergi makan sekejap je Qai. Lepas tu kita datang balik. Aku tak nak kau pulak yang sakit nanti sebab tak makan. Takpa, aku akan minta tolong nurse tengokkan Qash nanti. Dah jom." ujarnya lalu menarik tangan aku supaya turut berdiri.

   Aku pula, nak tak nak hanya terpaksa mengikut langkahnya. Kalau aku tolak nanti, bising pulak dengar dia membebel. Korang tahu saja lah kalau Fiya dah mula membebel. Macam Maktok.










   PETANG itu, keluarga Qash datang ke hospital setelah aku memaklumkan kepada Uncle Adwa tentang Qash. Ramai yang datang melawat. Kak Sal bersama suaminya turut hadir. Dan tak ketinggalan juga Mayra.

   "Apa kata doktor?" soal Uncle Adwa.

   "Doktor cakap, Qash kehilangan banyak darah masa kemalangan tu. Doktor jugak cakap, pergelangan kaki Qash patah. Mungkin ambil masa dalam beberapa bulan untuk kaki dia sembuh sepenuhnya." jelas aku.

   Uncle Adwa mengangguk faham.

   "Kenapa lah perkara ni boleh jadi dekat anak kita bang... Maya kesian tengok keadaan dia..." sayu kedengaran suara Auntie Maya berbicara.

   Uncle Adwa mengusap bahu isterinya lembut.

   "Semua ni dah tertulis Maya. Jangan kita persoalkan tentang takdir yang Allah tentukan. Apa yang kita perlu buat ialah berdoa, semoga anak kita cepat sedar. Dan semoga dia cepat sembuh seperti sediakala." lembut suara Uncle Adwa memberi nasihat.

   Auntie Maya hanya mengangguk perlahan. Dia bersandar pada dada suaminya.

   Aku pula hanya menjadi pemerhati sejak tadi. Terasa kagum dengan bapa mertua aku. Dia sentiasa bersangka baik. Sentiasa berfikiran positif. Dan perwatakan Uncle Adwa mirip sekali seperti Qash. Seorang yang penyayang, lembut.

   Aku menghampiri Auntie Maya yang sedang duduk di birai katil. Tangan tua itu aku genggam.

   "Mommy, Qaisara nak minta maaf... Sebab tak jaga Qash betul-betul. Qaisara tahu, mommy mesti dah tak percayakan Qaisara. Qaisara minta maaf mommy..." tutur aku sebak.

   Auntie Maya pula terus menarik tangan aku dan digenggam erat.

   "Qaisara... Jangan cakap macam tu sayang. Mommy tak pernah salahkan Qaisara langsung. Tak pernah. Betul cakap daddy, semua ni memang dah takdir. Kita tak boleh nak tunding jari pada sesiapa. Dah, tak nak cakap macam tu. Qaisara dah jaga anak mommy dengan baik dah." pujuknya lembut.

   Aku pula tanpa kata pantas mendakap tubuh tua itu dengan erat. Entah kenapa aku begitu sensitif. Aku sering salahkan diri aku sendiri. Aku tak mampu nak tahan diri dari terus menghamburkan tangisan.

   Auntie Maya mengusap lembut belakang tubuh aku.

   "Dah, jangan menangis. Qaisara tak salah. Kita sama-sama doa supaya Qash kembali sihat macam dulu, ya sayang?" pujuknya.

   Aku yang berada di dalam pelukannya itu mengangguk perlahan. Kemudian suasana menjadi sepi. Aku pula sudah berhenti menangis. Sisa air mata di pipi aku seka dengan tangan. Lengan Auntie Maya aku peluk, kepala aku di lentokkan di bahunya.

   "Ha Qaisara. Maktok kamu nak datang bila?" soal Uncle Adwa.

   "Maktok cakap... Esok baru dia datang." balasku pendek.

   "Oh? Datang dengan siapa?"

   "Pak ngah dengan mak ngah."

   Uncle Adwa angguk faham.

   "Qaisara tidur sini ke?" soal Abang Farizam atau Eijam, suami Kak Sal.

   Aku angguk.

   "Takpa ke? Kesian Qaisara nanti, tidur sini bukan selesa." sahut Kak Sal pula.

   "Takpa kak. Qaisara nak duduk sini jaga Qash. Nak tunggu dia sedar." balas aku.

   "Ya, akak faham. Tapi takkan Qaisara sorang nak jaga dia? Studio macam mana nanti? Akak suruh Abang Eijam jaga nak? Take turn." cadang Kak Sal.

   "Studio takpa. Fiya, Zam dengan Adam ada. Diorang boleh handle. Saya dah bagitahu diorang yang saya tak masuk kerja. Takpa kak. Saya tak nak susahkan sesiapa." tolakku lembut.

   "Jangan cakap macam tu... Qash tu adik Abang Eijam jugak. Takda istilah susahkan sesiapa." bangkang Abang Eijam.

   Aku pula cuma tersenyum kecil. Baik sungguh keluarga mertua aku. Terasa bersyukur apabila dikelilingi oleh orang yang baik-baik.

   "Hmm, takpa. Kalau Qaisara perlukan pertolongan, Qaisara panggil Abang Eijam minta tolong jaga ya?" ujar aku sopan. Abang Eijam senyum senang sebelum mengangguk.

**********

Hai, sorry for the late update huhu. Baru ada rasa rajin sikit huehue..

Thanks pada yg masih bersama sis <3 jangan lupa vote okie <3

Update : 16 October 2021




Continue Reading

You'll Also Like

2.5K 97 10
//Jiminjeong Fanfic// One-Shot Collection. Short Stories/Scenes.
237K 6.4K 80
Luthfan Darren x Maya Darena Tidak semua orang mampu untuk menjalani kehidupan yang penuh cabaran seperti Maya Darena, seorang anak tunggal yang kehi...
2.6K 221 23
" Kenapa kau tak cerita dekat abang Rabiatul ? " - Iyran Idryan . " Memang abang pernah balik ke selama 5 tahun ni ? " - Rabiatul Darwisya . " Kenapa...
5.4K 314 21
Menjadi bijak dan genius tidak diinginkan langsung oleh gadis bernama Ayshara Dania. Dia hanya inginkan kehidupan yang sederhana dan penuh dengan kas...