[OG]Drowning Love | Mafia • D...

By fierose_

3.8K 394 19

[SLOW UPDATE] Cinta. Cinta itu datang tanpa di sangka. Cinta itu juga duduk di hati dan menghadirkan sesuatu... More

Prolog 👠
BAB 1|CINDERELLA
BAB 2|EYES TO HEART
BAB 3|HEARTBEAT
BAB 4|DARK WORLD
BAB 5|PLAY GAME
BAB 6|SOMEBODY TO LOVE
BAB 8|ROSE
BAB 9|SILENCE
BAB 10|PRETTY LIES
BAB 11|NIKAH
BAB 12|WIND OF LOVE
BAB 13|BROKEN HEART
BAB 14|PROMISE
BAB 15|SECRET
BAB 16|SAVE HER
BAB 17|MIDNIGHT
important

BAB 7|DIRGAHAYU

188 23 3
By fierose_

“One day, our destiny will be together”

🔱🔱🔱

Arya membuka helmet setelah turun dari motosikal. Rambutnya seperti biasa di ikat semula agar kelihatan kemas. Nafas di tarik dalam kemudian ingin melangkah masuk ke dalam rumah. Helmet di bawa masuk sekali. Takut hilang pula kalau letak di luar rumah.

Namun kakinya berhenti di hadapan pintu rumah itu. Dahi Arya mula berkerut saat melihat pintu rumah itu terbuka besar tidak tertutup, pelik.

"Makcik Ejah? " Arya mula memanggil Makcik Ejah namun hanya senyap sahaja. Arya menutup pintu setelah masuk ke dalam rumah. Ruang tamu itu tiada orang. Biasanya mereka akan lepak di ruang tamu sambil menonton televisyen.

Jam di dinding dilihat dan ianya menunjukkan pukul 7.20. Mungkin Makcik Ejah sedang solat maghrib di biliknya.

Arya terus melangkah laju ke tingkat atas biliknya berada. Kaki melangkah laju menaiki tangga itu. Baru sahaja Arya ingin belok ke arah biliknya,kedua mata Arya membulat besar.

"Boss—" kelihatan Adrian sedang berjalan lambat sambil tangannya memegang dinding untuk elakkan dirinya jatuh. Mulutnya sedikit luka seakan baru lepas kena tumbuk. Ada darah keluar dari tepi perutnya, sebelah tangannya menutup luka di tepi perut itu.

"Adrian! Kau kenapa? " Arya menuju laju sambil mendekati Adrian. Tidak pernah-pernah melihatnya seperti itu. Gaduh dengan Hayden ke?

Arya menyentuh wajah Adrian untuk melihat luka itu. Kemudian melihat kawasan di tepi perutnya itu yang banyak darah keluar. Baju putihnya jelas ada kesan darah.

"Aku okey boss, sikit je ni" ujar Adrian sambil menolak tangan Arya perlahan.

"Boss nampak Makcik Ejah? " soal Adrian laju.

"Kenapa Adrian? " balas Arya cemas melihat wajah Adrian yang serius sambil menahan sakit.

"Cari Makcik Ejah dulu, cepat" arah Adrian sambil berjalan semula ingin mencari Makcik Ejah.

"Huh? Kenapa ni Adrian? " soal Arya sambil membantu Adrian untuk berjalan. Adrian tidak menolak.

"Tadi aku dekat bilik, ada dengar bising-bising dekat luar. Jadi aku keluar bilik nak tengok apa yang dah jadi—" balas Adrian.

"Lepastu? " soal Arya laju sambil membantu Adrian untuk turun dari tangga dengan berhati-hati.

"Lepastu, ada dua orang pakai topeng hitam dekat tingkat dua tadi. Diaorang mungkin perompak jadi aku nak tangkap diaorang. Tapi diaorang lincah dan ada pisau. Diaorang sempat larikan diri. Aku tak tahu diaorang sempat curi apa lagi" jelas Adrian. Kini aku dan Adrian sudah tiba di bawah.

"Mana Hayden? " soal Arya kerana tidak nampak kelibatnya.

"Hayden keluar kejap, aku tak tahu dia pergi mana" jawab Adrian.

"Boss cari Makcik Ejah dulu, risau kalau dia cedera—" Adrian memandang wajah Arya dan Arya juga memandangnya.

"Kau duduk sini kejap. Aku cari Makcik Ejah. Kau boleh tahan tak ni?" soal Arya sambil menyuruh Adrian untuk duduk pada sofa di ruang tamu itu.

"Aku boleh tahan lah. Boss cari dekat kawasan bilik Makcik Ejah. Aku cari dekat kawasan dapur" arah Adrian. Tanpa buang masa Arya hanya angguk dan melangkah laju mencari Makcik Ejah berada.

Kaki Arya mula melangkah laju. Degupan jantung mula berdetak dengan laju. Entah kenapa rasanya sungguh tidak tenang.

Pintu bilik Makcik Ejah Arya tolak cepat. Arya masuk kemudian memandang sekeliling. Matanya jatuh pada atas lantai bersebelahan dengan katil.

"Makcik Ejah—" Arya mula memanggil saat melihat Makcik Ejah sudah terbaring di atas lantai itu. Kedua tangan Arya mula menyentuh badannya. Wajahnya di sentuh perlahan. Wajahnya kelihatan pucat. Air mata Arya mula bertakung.

Hatinya risau.

"Makcik Ejah, bangun. Macik Ejah kenapa ni? Jangan main-main dengan Arya—" Arya menggoncang tubuh kaku itu kemudian memeriksa nadi di leher Makcik Ejah. Arya manarik nafas berat. Arya tidak puas hati. Tangan Makcik Ejah, Arya pegang dan denyutan nadi tidak dapat rasakan.

"Boss, dekat dapur takda—" Adrian sudah muncul di hadapan bilik Makcik Ejah. Arya memandang wajah Adrian dan air matanya mula mengalir. Adrian melangkah masuk perlahan ke dalam bilik itu lalu duduk di sebelah Makcik Ejah.

"Makcik Ejah? " Adrian mula memanggil lalu memandang wajah Arya. Arya menggeleng perlahan kemudian tertunduk. Arya tak mampu untuk bercakap.

Adrian memeriksa keadaan Makcik Ejah lagi untuk memastikannya. Adrian dapat lihat ada kesan jerutan di leher Makcik Ejah. Dia menghembus berat kerana dia sudah terlambat.

"Boss? Adrian? dekat sini rupanya korang. Aku panggil dari tadi tak jawab pun" kelihatan Hayden sudah muncul. Hayden memandang pelik ke arah mereka dan anak matanya jatuh pada tubuh Makcik Ejah yang terbaring kaku di atas lantai itu.

"Kenapa Makcik Ejah baring dekat atas lantai?" soal Hayden yang tertanya.

"Hayden­, Makcik Ejah dah takde" Adrian bersuara. Hayden yang ingin melangkah masuk membuatkan dia terhenti. Air liurnya di telan kelat.

Arya sudah menangis sambil tertunduk di sisi Makcik Ejah yang sudah meninggal dunia itu. Adrian dan Hayden memandang simpati ke arah Arya. Dia tahu yang Makcik Ejah adalah segalanya untuk dia. Sekarang orang yang dia sangat sayang sudah pergi menjauh darinya.

🔱🔱🔱

Dua orang lelaki berpakaian hitam sedang menunggu kehadiran seseorang. Mereka berdua sedang berada di hadapan pagar rumah banglo seseorang. Waktu malam mungkin membuatkan orang tidak perasan akan kewujudan mereka di situ.

kelihatan pintu pagar di tolak sedikit. Seorang wanita keluar dari situ sambil membawa satu sampul bewarna coklat. Wanita itu memandang kiri kanan agar tiada siapa yang nampak akan dirinya.

"Amboi, macam nak merompak aja gayanya" ujar salah sorang dari lelaki itu.

Pakk!

Sampul berwana coklat yang di isi duit itu selamat mendarat di atas kepala lelaki yang berkata itu.

"Mulut kau boleh diam sikit tak?" balas wanita itu.

"Betul apa yang dia cakap" sorang lagi lelaki bersetuju dengan ayat yang diberikan oleh kawannya itu.

"Yang perompak tu korang berdua. Dah dah, hasil macam mana?" soal wanita itu.

Dua orang lelaki itu memandang antara satu sama lain kemudian memandang wanita itu.

"Perempuan tu kami tak dapat jumpa, jadi kami cuma terbunuh sorang Makcik tua. Mungkin orang gaji dia" balas salah seorang lelaki itu dengan bersahaja.

Wanita itu menarik nafas berat setelah mendengar jawapan dari orang suruhannya itu.

"Aku dah cakap kan bunuh perempuan tu bukan Makcik tua tu!" marah wanita itu kemudian menutup mulutnya seakan sedar yang dia tercakap kuat tadi. Kedua matanya cepat-cepat memandang sekeliling.

"Dah tiba-tiba Makcik tu muncul, tak ada pilihan lah jawapnya" balas lelaki tadi.

"Eh dah dah, mana duit kami?" soal lelaki lagi sorang.

"Duit ajalah korang nak cepat. Kerja aku bagi pun tak dapat buat!" balas wanita itu sedikit bengang. Wanita itu membuka sampul bewarna coklat itu lalu mengeluarkan sebahagian duit yang ada di dalam itu.

Kemudian di serahkan kepada mereka sehagian duit yang ada dalam sampul bewarna coklat itu.

Lelaki itu menyambut lalu membuka sampul berwarna coklat itu lalu di tutup semula.

"Tak cukup ni, mana lagi?" soal lelaki itu yang tidak berpuas hati.

Wanita itu berdesis kecil.

"Kau bunuh perempuan tu dulu baru aku bagi lebih. Kerja korang tak selesai lagi. Aku tahu perempuan tu mati secepatnya. Faham!?" jawab wanita itu mendatar.

Dua orang lelaki itu tidak berpuas hati.

"Ibu?" seorang lelaki mula memanggil dari dalam, dia melangkah keluar dari pintu pagar itu.

Wanita itu sudah terkejut dengan kehadiran anaknya itu.

"Korang blah,cepatlah!" halau wanita itu dengan tergesa-gesa, takut terkantoi pula nanti.

Dua orang lelaki itu cepat-cepat beredar dengan tidak puas hati.

"Iya Kashaf kenapa?" wanita itu mendekati anaknya. Ya wanita itu ialah Puan Mawar.

"Emm siapa dua orang tu ibu?" soal Kashaf hairan sambil memandang dua orang lelaki yang sedang berlalu pergi dari situ.

"Tak ada apalah, diorang tanya jalan, ha tanya jalan. Sesat kot diaorang tu. Dah jom masuk" Puan Mawar sudah menarik tangan anaknya itu untuk masuk ke dalam rumah semula. Kashaf berkerut dahi tanpa membalas apa-apa.

Puan Mawar menghembus nafas lega kerana anaknya tidak menysakki apa-apa.

🔱🔱🔱


Pada pagi esoknya, orang ramai mula beredar dari tanah perkuburan orang islam itu. Arya masih duduk di atas tikar bersebelahan dengan kubur arwah Makcik Ejah. Dia memakai jubah hitam serta selendangnya yang di lilitkan simple sahaja.

Kedua matanya masih merenung kubur di hadapannya. Sungguh dia tidak sangka yang Makcik Ejah akan pergi secepat ini.

Adrian dan Hayden sudah bangun lalu berdiri. Mereka menunggu sedikit jauh sambil memerhatikan agar tidak mengganggu Arya. Manakala Kashaf berada di tepi kubur bertentangan dengan Arya.

Kashaf memandang wajah Arya yang kelihatan tidak bermaya itu. Ianya membuatkan dirinya menumpang simpati atas kepergian arwah Makcik Ejah. 

Saat dia menerima pesanan mesej ringkas dari Arya, membuatkan dirinya terkejut. Nasib baiklah dia sempat singgah melawat sebelum pergi ke kerjanya. Puan Mawar dan Rosy pula sudah beredar awal-awal setelah habis membaca doa tadi. Kashaf tidak mampu nak berkata apa-apa saat melihat ibu dan adiknya begitu.

"Arya kena kuat. Kashaf tahu yang Arya boleh lalui ujian yang Allah bagi ni" ujar Kashaf lembut.

"Arya tak macam Kashaf. Kashaf masih ada lagi orang tersayang. Tapi Arya? Dah tak ada apa-apa lagi. Orang yang Arya sayang akhirnya akan tinggalkan Arya juga" balas Arya lemah. Kashaf mengetap rahangnya kerana tidak mampu buat apa-apa. Kalau Arya adalah isterinya, sudah lama dia peluk dan memberikan kata semangat yang secukupnya kepada Arya.

"Arya, percayalah kalau Arya kehilangan orang yang Arya sayang. Ada lagi orang lain yang masih sayangkan Arya. Mungkin Arya tak nampak dan rasa benda tu, tapi percayalah cakap Kashaf yang dia akan muncul dalam hidup Arya nanti" ujar Kashaf cuba memujuk hati Arya.

Air mata Arya mengalir laju di pipi saat teringat akan arwah ayah dan ibunya. Sungguh berat rasanya untuk dia tanggung. Kini orang yang di anggap seperti ibunya juga sudah pergi dalam hidupnya.

Kashaf berdiri lalu pergi ke arah Arya. Di cangkuk menghadap Arya. Dia tidak mampu untuk memujuk lebih lagi selain mengelap air mata Arya yang jatuh mengalir itu.

Ibu jari Kashaf sudah mengelap air mata itu. Arya memandang wajah Kashaf yang berada di sebelahnya. Kashaf memberikan senyuman nipis sambil memandang simpati ke arah perempuan yang di sukai dalam diam itu.

"Kashaf, Arya akan cuba. Kashaf pergilah kerja dulu, nanti terlambat pula" balas Arya sambil menolak perlahan tangan Kashaf yang dekat dengan wajahnya itu. Senyuman cuba Arya berikan sebelum air matanya mengalir lagi. Arya menghadap ke hadapan lalu menunduk kebawah semula. Entah kenapa air mata itu mengalir sendiri setelah cuba untuk di tahannya.

Kashaf perlahan-lahan berdiri. Memandang tubuh Arya buat kali terkahir sebelum dirinya pergi dari situ.

"Assalamualaikum, Kashaf pergi dulu" ujar Kashaf lalu melangkah pergi dari situ. Arya hanya menjawab dalam hati.

Setelah beberapa minit berlalu, Arya bangun dari duduk. Selendang yang di pakainya di betulkan sedikit. Adrian dan Hayden datang mendekati Arya semula saat Arya sudah ingin beredar.

"Boss nak balik dah?" soal Adrian. Arya membalas anggukkan kemudian melangkah ke tepi untuk menggulung tikar yang dia duduki tadi.

"Ehh boss biar aku yang buat" Hayden cepat-cepat menghalang dan tangannya laju mengulung tikar kecil itu.

"Aku boleh buat lah" balas Arya yang sudah memeluk tubuh melihat Hayden menggulung tikar itu.

"Boss nak cari juga siapa punya kerja?" soal Adrian.

"Aku akan cari sampai lobang cacing" balas Arya.

"Cari-cari juga, sekarang mari balik. Boss tak tidur dari malam tadi tahu? boss kena banyak rehat sekarang ni" ujar Hayden yang sudah siap menggulung tikar itu.

Setelah Makcik Ejah di hantar ke hospital untuk bedah siasat pada malam itu, Arya masih tidak tidur. Adrian pula telah diberikan rawatan di temani oleh Hayden pada malam itu juga.

"Aku tahulah Hayden" balas Arya lalu melangkah pergi dari situ. Adrian dan Hayden mengikuti langkah Arya.

Manakala dari sudut jauh, kelihatan Mikael sedang memerhatikan dari dalam keretanya. Sepanjang proses pengebumian tadi dia sudah lama menunggu dan memandang dari jauh sahaja.

"Tuan Mikael nak jumpa dia ke?" soal Leo yang ada di tempat pemanduannya.

"Buat masa sekarang tak, tapi nanti aku akan datang jumpa dia" balas Mikael yang masih memandang tubuh Arya yang tidaklah jauh dengannya. Sehingglah Arya masuk ke dalam kereta, dia menutup semula tingkap keretanya.

"Jalan" arah Mikael kepada Leo. Akhirnya, kereta itu berlalu pergi.

.
.
.

p/s:thanks vote ❤

Continue Reading

You'll Also Like

9.4M 264K 36
"Don't touch me" He said through gritted teeth, "I don't know what I'll do if you touch me" My heart dropped. "I don't want to see you like this" I...
34.1K 996 15
As Y/N, you work with the equipment in Task Force 141. You handle the Walkie Talkies, you try out the new guns to see if they are manageable, you cre...
49.9K 8.7K 122
ခေါင်းစဉ် 《替身》လူစားထိုး 作者:北棠墨 မူရင်းရေးသားသူ -ပေထန်မော့ ဘာသာပြန် May Tulips Love   အခုခေတ်နောက်ခံ 1 V 1 , HE Zawgyi နဲ့က နောက်တအုပ်ရေးထားပေးတ...
55.2K 1.2K 24
Alissa was sent away after being framed by her mother and twin sister. But when she gets arrested for the 4th time that week her family is called. Sh...