✅𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐀𝐘𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐂𝐎�...

By Drizellla

2.4M 113K 10.4K

| 2021| 18+ EXTENDED VERS COMINGSOON MELODRAMA 𝐎𝐛𝐬𝐞𝐬𝐢, 𝐩𝐚𝐧𝐚𝐬 𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧, 𝐝𝐢𝐭𝐚𝐤𝐭𝐨𝐫, 𝐤𝐨�... More

⚠️ A M A R A N ⚠️
1 | OUR MARRIAGE
2 | THE INNOCENT DEFENDANT
3 | I AM THE COURT
4 | UNFAIR PENALTY
5 | LESUNG BATU
6 | POLICE REPORT
7 | HUJAN LEBAT
8 | SAVING THE ROSE
9 | HANSEN OR HAYDEN
10 | ARCHERY AND BOW
11| WASIAT GAMBINO
12 | ESCAPE FROM HEART
13 | MERABHA,ISTANBUL
14 | GAMBINO SCANDAL
15 | THE TAMRIK'S HOUSE
16 | ÇOK GÜZEL- BEAUTIFUL
17 | AMARAH CINTA
18 | JEJAK MAWAR
19 | HAYDEN'S CAGE
20 | 365 DAYS IN COURT
21 | DO YOU LOVE ME?
22 | SERANGAN PENCEROBOH
23 | THE LAST WARNING
24 | VICTORIAN-ERA NIGHT
25 | HAYDEN ' S GAME
26 | I CAN SMELL THE BLOOD
27 | YOU'VE CHANGED
28 | DNA STATEMENT
29 | RAHSIA MAWAR
30 | NONSENSE OFFER
31 | PENANGAN SI DAJJAL
32 | HALALKAN DEMI NATHAN
33 | AUDITORY HALLUCINATION
34 | KILL ME, HEAL ME
35 | HABEAS CORPUS
36 | GAMBINO PRIDE
37 | CHATEAU DE VOLLINI
38 | I'M A RAPIST
39 | NEGOTIATION TENDER
40 | LUKISAN NATHAN
41 | MACCHIATO SPLASH
42 | FINDING MAWAR
43 | PECAHKAN PINTU
44 | MISS UR SCENTS
45 | GOD DAMN , LOVE
46 | DEATH OF US
47 | THE MYSTERY ZARRA
48 | PRE-MATURE ANGEL
49 | LITTLE HAKAN ARSALAN
50 | THE FAMILY DINNER
51 | ALLAH, I'M LOST IN MYSELF
52 | HANTU PUNGGUNG
54 | MRS. RAJA HAYDEN
55 | DIGGING THE THRUTH
56 | THE WITNESS
57 | DIVORCE NOORA
58 | THE AFFIDAVIT
59 | I CAN'T FEEL ANYTHING
60 | OUR LAST JOURNEY
SEMI FINAL
FINAL | SATU

53 | SURAT, BUKTI LAYANG

37.8K 1.9K 196
By Drizellla

BANG! BANG! KBANG! Nyaring berdentum disana-sini, bunyi pintu sel besi mencemarkan lubang telinganya. Seperti biasa, teriakan beberapa orang warden penjara sentiasa bergema menegur banduan-banduan yang kurang ajar sengaja membuat bising di kawasan itu.

"Sudahlah goncang pagar besi ni bodoh! Gila ke apa! Kau ni dahlah bodoh, tunjuk lagi perangai samseng kau dekat sini sampai bila nak keluar penjara!"

"Eh, kau sibuk apa sial aku goncang pagar besi? Aku fuck pagar besi sampai beranak pun tak ada hal. Bukan kau yang bagi aku makan. Kerajaan! Setakat gaji kau jilat dubur kerajaan, menteri main rasuah pun kau takut nak tangkap! Ah, pungkoq mak kau!"

"Diam!"

"Aku jual pelacur aje pun, bukan jual mak kau!"

"Hoi, laparlah! Bila lagi nak makan ni? Dah nak pukul 1.30 petang ni! "Bentak suara-suara sumbang mengadu mereka tengah kebuluran belum dihidangkan apa-apa makanan. Agresif kerana dihukum tidak melakukan kerja amal pagi tadi.

Termasuk dia, dia bukannya culas menyapu sampah di depan gelanggang tapi ada sekumpulan samseng sial cuba menggertaknya di belakang stor kebun.

Srakkk! Hades tersentak ekoran sesuatu menyasar laju ke arah kakinya. Sebiji pau kosong, nasi sejuk sebesar penumbuk dewasa dan ikan kembong setengah badan kelihatan dihidangkan di atas sebuah tray steel.

"Ikan kembong, ikan kembong, ikan kembong! Tak ada makanan lain ke? Dah nak muflis ke apa kerajaan ni?!" Komplen penjenayah di sebelah sel besinya.

"Makan ajelah bodoh! Tak cukup, hisap telur kau sendiri!"Lawan seorang pegawai penjara kerana tertekan dengan aduan tidak bersyukur penjenayah celaka tak masuk ajar tersebut.

Masuk hari ini genap sebelas bulan dia meringkuk dalam penjara kerana tertangkap cuba berkomplot dengan seorang datuk dalam jenayah perjudian atas talian. Jadi, dia cuma ada tinggal 5 bulan lagi untuk menamatkan segala hukuman penjara.

Hades susun kaki ke arah pintu pagar besi. Sehelai kertas saiz A4 dilipat kecil di dalam tray dipandang lama kemudian diambil untuk melihat isi kandungan yang tertera dalam kertas tersebut.

Sunyi —Nafas tenang tadi tak semena-mena berombak ganas. Peluh merecik dahi. Tidak percaya, Hades terduduk lemah di tepi dinding sebelum tangisan jantannya pecah. Meraung dalam hati kenapa Tuhan menghukumnya seteruk ini?

Adakah kerana dia pernah membuang Nathan? Adakah kerana dia tidak pernah menghargai kewujudan Nathan? Adakah kerana dia tidak ada hati perut meninggalkan Nathan? Adakah kerana dia tidak terlintas untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang ayah. Dia tidak sempat!

Hades tersedu-sedu sendirian. Dia tidak pasti dia redha atau tidak. Penyesalan paling besar dalam hidupnya. Mati atau hidup, dia akan mencari siapa dalang pembunuhan Nathan hingga ke lubang cacing.

"WHAT I should do, doctor?"Sekian lama menyusun komunikasi, bibir Hayden akhirnya meletus semula  dengan soalan buntu. Meski tenang dengan apa yang telah disampaikan, Hayden tetap ada hati tidak percaya dengan apa yang sedang menimpa isterinya.

Doktor Steve Hamdan tancap tunak anak mata pada wajah lelaki muda itu. Keruh wajah Hayden. Ada juga warna-warna keliru kontra menyelimuti pada wajah Hayden.

Kasihan.

"Beri perhatian sepenuhnya dekat isteri kau. Jangan lukakan hati dia. Jangan buat dia tertekan. Rawat dia dan jaga dia baik. Hargai dia macam kau hargai ibu kau. Itu saja."

"Satu lagi, isteri kau kerap keliru dan berhalusinasi. Dia cenderung nak cederakan diri dan anak kau. Pantau dia baik. Jangan risau, kalau kau beri kerjasama yang bagus dekat dia, masalah ni akan selesai satu hingga tiga bulan. Pastikan dia dapat rehat secukupnya. Jangan paksa dia untuk buat benda. Tolong dia semampu kau."

Hayden senyum pahit tepi bibir. Cukup kelat. Dia cuba untuk faham. Ya, ini seratus-peratus salah dia. Nafas dilentur dalam ke dalam ruang paru-paru. Kepala diangguk lemah.

"Aku tahu apa perasaan kau. Aku dah bertahun handle benda ni, jadi aku dah tengok berapa banyak pesakit yang terkena dengan Post-partum depression dan psychosis." Gumam Doktor Steve Hamdan pada wajah datar Hayden.

"This is gonna be okay, young man. " Bahu Hayden ditepuk. Berharap itu mampu meredakan kerunsingan Hayden kini.

DENDANGAN suara lunak seperti sedang mendodoi bayi menepis sipi-sipi telinganya. Syahdu dan mendamaikan hati. Tombol pintu wad diselak sikit. Mekar senyuman nipis Hayden melihat Mawar sedang menggendong Hakan.

"Hey, sedapnya lagu isteri abang."Puji Hayden seraya mengambil tempat duduk sebelah Mawar yang sedang sibuk menyusukan Hakan. Kepala Mawar dipaut bagi menyentuh bibir. Dikucup sekilas.

"Hidung Hakan macam hidup abanglah. Sebijik muka abang. Tak aci." Tegur Mawar.

Hayden angkat kening tinggi pada Mawar. Bangga. Ramai orang kata wajah Hakan 90% mengambil wajah dia termasuk Mawar sekali turut sukar menyangkal persamaan itu.

"Alahai, syoknya jadi baby ni."Seloroh Hayden tiba-tiba. Turut terjuih bibirnya pada Hakan yang masih menghisap susu dengan mata terpejam.

"Kenapa?"

"Tak ada. Hehe."Hayden menyengih kerang busuk.

Mawar pandang semacam muka Hayden. Sehelai blanket baby ditutup di bahagian bahu ,lalu tubuh dialihkan perlahan membelakangi Hayden.

"Ala, abang pun haus jugak. Asyik Hakan saja menyusu. Adillah sikit dengan abang."Tutur Hayden lalu menayangkan muka tidak puas hatinya.

"Shut up, Hayden. Sejak bila Mawar susukan abang?" Mawar melarikan diri ke ruangan baby breastfeeding.

"Aik, bukankah Mawar yang selalu susukan abang sebelum ni? Takkan jiran yang susukan abang?" Bayangan Hayden muncul di sebalik pintu langsir. Seronok mengusik Mawar yang sedang mempamerkan rona merah seluruh wajah. 

"Tak payah nak merepeklah, Raja Hayden Behzad. Sibuk aje dekat sini."Gerutu Mawar. Tapi, Hayden tak makan saman. Makin digesel pula kepala pada bahunya.

"Bukan merepek, tapi abang sentiasa ingat kisah silam abang yang kuat menyusu. Tak boleh ke nak kenang kisah silam sendiri?"

"Kisah silam apa? Are you okay, Hayden?"Mawar lingaskan diri dari rangkulan Hayden. Nak bagi anak menyusu pun tak boleh!

"Kisah silam abang menyusu dengan Mawar lah. Masa tu abang haus sangat. Abang menyusulah dengan Mawar. Sampai hati Mawar lupa abang lepas Mawar susukan abang."

"Gilalah, awak ni! Tak betul. Senteng." Marah Mawar. 

"Masa tu comel tak abang menyusu?"

"Tak comel. Ada macam beruk sikit." Jawab Mawar selamba. Lelah melayan perangai Hayden yang tiba-tiba saja tak semenggah.

"Tapi Mawar suka kan? Hmm? Abang tau Mawar suka tapi Mawar malu nak mengaku dengan abang." Hayden makin galak mengusik.

"Jantan pengotor!"Sumpah Mawar. Mata dijegilkan besar pada wajah Hayden. Pap! Napkin kotor berbau hamis terkena sedikit air kencing Hakan terus dicampak pada muka Hayden. 

Berderai gelak besar Hayden selari dengan rengekan Hakan mengisi suasana ruangan wad. Tiba-tiba, bam! Dentuman pintu begitu  kuat terhempas menyebabkan tawa Hayden berhenti dan Mawar juga sama terkesima.

Ada orangkah mencuri masuk ke dalam wad mereka tadi?

Tapi, siapa?

Hayden tarik pistolnya perlahan dari belakang seluar. Menuju ke arah pintu wad, sekaligus didail nombor James.

"James, ada sesiapa masuk wad Hakan?"

"Saya tak pasti tuan. Tapi tak ada pulak nampak doktor ataupun jururawat keluar dari wad bayi tuan."

"Aku rasa ada orang pecah masuk wad Hakan. Check." Tegas lelaki itu. Tidak menyedari Mawar di belakang yang sesak nafas dan bergetar lutut ketakutan memerhatikannya sedang memegang senjata api.

*****
14.10.2021
—Drz🖤

Continue Reading

You'll Also Like

EVE [COMPLETE] By Violetta

Mystery / Thriller

2.9K 291 54
EVE. Arsya Althea Binti Arman Akhtar anak kacukan Indo-Malay. Siapa tidak kenal sikap kasar dan dinginnya seperti ratu ais. Arsya merupakan adik kepa...
1.2M 60.2K 72
Kisah seorang gadis berumur 28 tahun yang ingin berkahwin. "Korang aku nak kahwin! Tapi takde calon lagi. Macam mana ni?" -Adara Sumayyah "Wow! Amazi...
2.6K 322 10
Ini adalah kisah seorang diva bertemu dengan jejakanya... Si diva merupakan pembunuh lelaki tanpa bayang. Sekali dia kenyit mata, semua boleh tunduk...
2.8M 120K 51
"Daddy always said not all the people in your life will stay with you, he was right. Cause he was the first to leave." **** Bella Najwa. Kisah kanak...