FALEEQ QAYDER

By nr_frhnn

9.3K 340 22

Once you mine,forever mine More

Prolog
⛓️FQ2
⛓️FQ3
⛓️FQ4
⛓️FQ5
⛓️FQ6
⛓️FQ7
⛓️FQ8
⛓️FQ9
⛓️FQ10
⛓️FQ11
⛓️FQ12
⛓️FQ13
⛓️FQ14
⛓️FQ15
⛓️FQ16
⛓️FQ17
⛓️FQ18
⛓️FQ19
⛓️FQ20
⛓️FQ21
⛓️FQ22
⛓️FQ23
⛓️FQ24
⛓️FQ25
⛓️FQ26
⛓️FQ27
⛓️FQ28
⛓️FQ 29
⛓️FQ 30
⛓️FQ 31
⛓️FQ 32
⛓️FQ 33
⛓️FQ 34
⛓️FQ 35
⛓️FQ 36
⛓️FQ 37

⛓️FQ1

717 18 1
By nr_frhnn

Buk!

Buk!

Bertubi-tubi punching bag itu ditumbuk.

"Stop!"

Termengah-mengah Ayra dibuatnya. Nafasnya naik turun.

"Take it slowly Ayra"nasihat kawannya.

Muka Ayra hanya membatu.

"Enough for today Ayra"

Ayra mencampak kasar tuala di lehernya lalu disarung hoodie ke tubuhnya.

"Jom,dah lambat"

Dia menangkap botol air yang dibaling kawannya lalu diteguk rakus.

"Slow-slow lah gila. Dah macam unta"

"Diam ah!"

Nisrin menjongket bahu. Ganas betullah kawan dia ni.

Bahu Ayra dipeluk lalu mereka sama-sama keluar dari pusat latihan itu.

"Lepaslah,geli la peluk-peluk ni"Ayra menggoyang-goyangkan badannya.

"Peluk sikit pun tak boleh. Kedekut"

"Badan aku"

Nisrin buat selamba. Kalau dia koyak pun,ingat Ayra nak pujuk dia?

Hell no! Kau merajuk la sampai setahun lebih pun centu la juga dia.

Dari jauh Nisrin menekan butang kunci keretanya. Bernyala lampu kereta itu,tanda sudah dibuka.

Lagi beberapa tapak mahu sampai ke kereta,leher Ayra serasa dipeluk oleh seseorang.

Tersentak Ayra dibuatnya. Sudahlah tengah penat.

Whoever you are,you are dead.

Ayra menyiku kuat perut orang dibelakangnya itu.

Lelaki itu memegang perutnya sekejap sebelum tersengih. Tak sakit agaknya.

"Hai adik manis. Garangnya maghrib-maghrib ni. Dari mana nak ke mana?"

Eh wah dia tanya macam member lama!

"Tadi ingat nak balik,tapi sekarang kena cari tanah kubur dulu"jawab Ayra mendatar.

Tali hoodie di bawah leher di ketatkan. Masalah betul mamat dua ekor ni. Dahla dia tidak bertudung sempurna.

Seorang hadap Nisrin,seorang lagi menghadap dia.

Kutu rayau mana lah awal sangat sesat ni. Baru waktu maghrib.

"Adik ni garang sangat lah"lelaki itu mengeluarkan pisau lipat dari dalam poket seluar.

"Abang nak duit je,abang taknak apa-apa pun"

Dasar peragut hingusan.

"Adik manis.."

Buk!

Wassalam.

Terkebil-kebil Nisrin memandang lelaki di hadapannya yang sudah pengsan itu.

Ayra menahan gelak.

"Ala,asal awal sangat pengsan ni? Aku geli dia panggil aku adik manis tapi aku nak la lawan dia"cebik Nisrin.

Ayra tersenyum sumbing.

"Tak guna kau!"lelaki itu meluru dengan pisau di tangan.

Ayra mengeluh. Baru awal cerita dah kena serang ni apa kes?

Ayra menangkap pergelangan tangan lelaki itu lalu dihentak dengan lututnya. Terjatuh pisau itu dari pegangannya.

"Aduh-aduh! Sakitlah pompuan!"

"Salah nama tu bang"jawab Ayra sebelum menolak lelaki itu.

Tak kuat,tak perlahan.

Ayra tunduk mengutip pisau yang terjatuh di atas jalan itu lalu dia melangkah ke arah lelaki tadi.

"Nah,amik balik. Aku dah lambat nak solat maghrib tak sempat nak solat jenazah"Ayra melempar pisau itu.

Lelaki itu mengerang bila pisau itu terhiris sedikit di lengannya.

Ayra memandang.

"Sorry not sorry"

"Chaw lu!"

Nisrin yang sedari tadi berada di dalam kereta hanya memandang. Broken sangat tak boleh cari gaduh la tu.

"Jom,gerak balik"

"Dahtu kau nak suruh aku buat apa dekat sini? Joget lambak?"bidas Ayra.

Bertambah-tambah broken lah orang tu.

"Doktor Faleeq"

Faleeq mengangkat muka,memandang gerangan yang memanggilnya tadi.

"Ya saya?"tiada senyuman menghiasi di wajah itu.

"Sa-saya nak ajak doktor lunch.. Doktor sudi tak?"soal doktor wanita di hadapannya itu,malu-malu.

Faleeq meletakkan pen di atas meja sebelum menongkat dagu.

"I'm sorry but aren't you someone's fiancee?"soal Faleeq.

"Just a lunch will not harm"yakin sekali suara wanita itu.

"Yes just a lunch but im sorry,not with me"Faleeq mengerling ke arah jam di dinding.

"Excuse me Doctor Marlina"Faleeq berdiri sambil membetulkan kot putih di tubuhnya.

Doktor Marlina hanya memerhati tubuh maskulin itu.

"Oh if im not mistaken,i saw your fiancee with other girl at the VIP ward. You sure you don't want to pay a visit?"

Dia bukanlah mahu sibuk hal orang lain,cuma kes ni macam lain saja.

Dia nampak doktor Marlina terus keluar dari biliknya. Pandai pun keluar. Ingat dah tak ingat pintu keluar.

Faleeq melangkah keluar dari biliknya. Bersendirian.

Dia sudah biasa.

Tidak seperti kebiasaan lelaki,Faleeq berjalan sambil menundukkan kepalanya. Sebab apa dia begitu pun dia tidak pasti.

Yang pasti dia lagi suka tengok lantai dari kerenah manusia. Yang berbagai ragam.

Apa orang kata? Seorang lelaki harus menundukkan pandangan.

Dah kalau laki dah tunduk,perempuan tak payah sibuk nak tayang.

Easy.

Faleeq turun ke Kafeteria di tingkat bawah. Tak kuasa dia nak berebut-rebut makan dekat kedai kat luar tu.

Sedang dia menatang dulang makanannya,dia tersepak sesuatu.

Dulang makanannya? Wassalam atas lantai.

"Hey!"

Terpana sekejap Faleeq melihatnya. Habislah dia dah buat masalah.

Dekat seorang perempuan pula tu! Ya Allah!

Apa aku nak buat ni?

Perempuan yang bermask hitam itu sibuk membersihkan sisa makanan yang terlekat di hoodienya. Habis rosak segala mood nak pergi jumpa doktor.

Dia menjeling doktor lelaki di hadapannya itu lalu segera berlalu pergi.

Faleeq terdiam. Malu. Sudahla semua mata di kafeteria itu memandangnya.

Dia memandang wanita yang semakin menjauh itu. Tak marah pun,habis macamtu je ke?

"Doktor Faleeq,biar makcik yang bersihkan ya"

"Terima kasih cik" Faleeq menunduk sebelum berlalu ke atas.

Mood makan dah hilang.

Tapi eh,apa kes perempuan tadi tu?

Aku nak kena minta maaf ke tak eh?

Faleeq berpaling. Mencari kelibat perempuan tadi.

Hilang pula dah. Mana entah pergi.

Doktor Hashina tersenyum simpul,memandang Ayra di hadapannya yang heboh bercerita itu.

"Lepastu doktor,dia boleh pandang je saya? Takde maaf takde apa-apa kekesalan pun doktor!"semangat Ayra bercerita sampai ternaik-naik tangannya.

"Dia doktor ke?"

Ayra mengecilkan mata. Mengingat sesuatu.

"Tak nampak lah doktor apa pula tadi. Tapi dia doktor"jawab Ayra sambil tersenyum senget.

Doktor Hashina menepuk lengan gadis itu.

"Dah kalau pakai kot putih tu doktor la Ayra oi"

Ayra tersengih.

"Done with this chit chat.Let's go on yourself"

"Macamana perkembangan setakat dua tahun ni?"soal doktor Hashina.

Ayra seakan berfikir.

"Dah dua tahun eh doktor?"

"Hish budak bertuah ni. Sendiri punya sihat ke tak pun tak ingat?"bebel Doktor Hashina.

Ayra tersengih. Sekali bebel macam mak-mak pula.

"Tak ingatlah doktor. Tapi serius ke dah dua tahun?"Ayra menggaru kepala.

"Ayra Syafia,jangan macamni. Awak kena fokus dengan kesihatan awak dulu"nasihat doktor Hashina.

Ayra terdiam.

"Perkara ni bukan main-main Ayra. Awak hilang separuh dari memori awak yang lampau. Awak tak rasa nak sembuh ke Ayra?"nasihat doktor separuh abad itu lagi.

Ayra menarik nafas.

"Doktor,macamana kalau masa lampau saya teruk? Saya gembira dengan kehidupan saya sekarang. Saya tak rasa kehidupan lampau saya penting"bidas Ayra.

Doktor Hashina menarik nafas. Kena brainwash sikit pemikiran budak ni.

"Lagipun doktor,saya masih ingat keluarga saya. Apa yang lagi penting selain itu?"Ayra menjawab lagi.

"Apa maksud awak yang masa lalu awak teruk?"

"Saya.."Ayra kehilangan kata.

"Saya tahu yang masa lampau saya teruk"

Ternyata ayat penyata itu cukup menarik perhatian doktor wanita itu. Terangkat sebelah keningnya.

"Kalau tidak doktor,kenapa saya terlibat dengan kemalangan?"

Doktor Hashina menanggalkan kaca matanya. Matanya memandang Ayra tajam.

"Jadi awak taknak tahu punca awak kemalangan? Kalau saya lah kan,saya akan cari siapa yang rancang kemalangan itu"

"Dan saya yakin saya tak dapat hidup dengan aman bila saya masih tak tahu siapa yang buatkan saya terlibat dalam kemalangan. Malang tak berbau Ayra. Macamana kalau selama ni awak dalam pemerhatian dia? Lagi bahaya awak taktahu pun dia tu baik ke jahat,sebab apa? Sebab awak tak ingat pun"

"Saya penat"spontan Ayra menjawab.

Doktor Hashina memandang Ayra,menyuruhnya menyambung percakapan.

"Dua tahun doktor dan saya tak dapat ingat apa-apa pun dari kehidupan lampau saya. Saya dah move on"

Move on tu penting ya anak-anak. Jadilah macam Ayra.

Doktor Hashina menulis sesuatu di laporan kesihatannya.

"Habis untuk hari ini. Kita jumpa bulan depan ya Ayra"

"Doktor tak marah saya kan?"soal Ayra takut-takut.

Doktor Hashina ketawa.

"No im not Ayra. Don't worry"

"Lega saya. Kalau macamtu bulan depan doktor kena belanja saya makan"

Doktor Hashina bercekak pinggang.

"Banyak cantik muka!"

Ayra mengekek ketawa.

"Minta diri dulu doktor!"

"Yelah,pergi-pergi. Datang bulan depan"

Ayra menutup pintu bilik dengan perlahan.

Pantas dia menarik mask hitamnya.

Function pakai mask? Dia pun taktahu kenapa.

Tangan dimasukkan ke dalam poket oversized hoodie.

Dahla jom balik. Busuk lah bau hospital ni.

Bukan takat hospital je,dia pun busuk sekali sebab kena makanan doktor lelaki tadi.

Huh,menyebalkan.






















Continue Reading

You'll Also Like

54.3K 5.4K 28
Qaleef Akhtar x Aireen Qaisara To be honest, cikbunga tak fikir lagi sinopsis dia. Tunggu separuh cerita baru cikbunga up sinopsis dia okay! Sekarang...
289K 13.8K 61
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...
633K 24.3K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
140K 9.3K 32
Adam Hirdy | Azalea