Lelaki Untuk Nellya

Od dreyaaa_

550K 27.2K 1.4K

Lelaki Untuk Nellya. Nellya hanyalah seorang gadis biasa yang mempunyai crush bad boy Jimmy. Satu sekolah tah... Více

PENGENALAN
🌼🌼🌼
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
Bukan update🏁
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼End
Special chap 1
Special chap 2

🌼LUN

7.4K 423 26
Od dreyaaa_


     Nell terjaga apabila dirinya di goncang seseorang "Hey budak bucukk bagunn"suara seorang lelaki menyapa

Nell memandang wajah lelaki ktu

"Nell Nell"suara yang di rinduinya

Angah yang sudah meninggalkan dirinya beberapa tahun yang lalu

"Nell tengok ni gambar angah tangkap, lawa kan"kata angah sambil menggoncang bahu Nell

"Nell sayang, angah cakap ni"kata Angah lagi

"Cantik"balas Nell lalu melihat gambar itu, gambar ummi dan Walid

"Walid , walid mari la sini, tengok gambar yang angah tangkap tadi"kata Angah

"Wah boleh jadi jurugambar anak walid ni"balas walid lalu memeluk angah

Nell memandang wajah walid, wajah yang di rinduinya

Walid dan angah yang memakai jubah putih itu membuatkan dia berasa seperti berada di syurga

Terus dia memeluk tubuh walid

"Walid , Nell rinduu"kata Nell dengan tangisan

"Eh apa anak walid ni nangis pulak"kata walid

"Kenapa walid tinggalkan Nell"kata Nell beserta tangisan

"Ish apa adik angah ni menangis pulak,tak malu lah"kata Angah lalu menggosok kepala Nell penuh kasih sayang

"Walid ada je ni dengan Nell,angah pun ada"kata Walid

"Tak, walid tinggalkan kitorang ...walid Nell sayang walid, sayang angah"kata Nell

"Walid pun sayang Nell juga, dah besar dah anak manja walid nii"kata Walid sambil menggosok kepalanya

"Nell bangun sayang"tiba tiba satu suara kedengaran sayup memanggilnya

"Ummi"kata Nell

"Ish ummi ni, angah baru nak luangkan masa dengan adik angah ni"kata Angah lalu ketawa

"Ummi dah panggil Nell , Nell bangun ya Sayang,  ingat pesan walid tau , jaga solat.. dengar cakap ummi , Walid dengan angah tunggu kamu semua di syurga"kata Walid

"Angah sayang semua, Nell jaga diri, InsyaAllah kita jumpa di syurga"kata angah

"Walid jangan tinggal Nell, angah!!!"Nell mengejar langkah Walid dan Angah yang semakin menjauh

"Bye adik angah sayang... jangan sedih sedih tau"kata Angah lalu banyangan mereka berdua hilang

Taman yang indah itu juga turut hilang  menjadi putih

Kini semuanya hilang ,taman yang tadinya cantik kini hilang , yang tinggal hanya putih

Dengan perlahan dia membuka matanya

Tangisan ummi kedengaran di sebelahnya

"Kak Nell, ummi kak Nell dah bangun"kata Nafis

"Nell"ummi memeluk tubuh Nell

"Walid"kata Nell , matanya yang memang sudah basah itu semakin basah akibat tangisannya

"Waliddd, angah"kata Nell lagi berserta tangisan

"Nell kenapa sayang"soal Ummi

"Along panggil doktor"kata Along

"Kak Nell, walid kan dah tak ada"kata Nafis

Nell menangis semahu mahunya , sungguh indah mimpinya tadi

Walid, Nell sayang walid dan angah

"Nell, sebulan kau koma "suara Dino kedengaran di sebelahnya

Dia baru tersedar  ramai sedang berada di bilik itu.

setelah itu, doktor masuk untuk memeriksanya

"Hai Nellya Safura, biar saya check kamu dulu"kata doktor itu

Nell mengangguk kepalanya

"Kamu ingat mereka semua?"soal doktor itu setelah memeriksany

Nell menganggukkan kepala

"Tak sangka awak boleh bangun dalam masa sebulan , kuat juga awak ni, siapa yang kejutkan awak dari koma?"soal Doktor itu

"Walid"balasnya membuatkan semua di situ terdiam

Doktor itu tersenyum

"Syukur , perkara tu tak selalu berlaku dekat orang koma"balas doktor itu

"Alhamdulillah awak dah sedar, luka di dahi awak pun dah semakin pulih masa awak koma, kaki awak juga semakin nak sembuh"kata doktor itu lagi

"Awak ada rasa sakit dekat mana mana?"soal Doktor

Nell menggeleng kepala

Doktor itu tersenyum

"Baiklah itu sahaja, pastikan awak makan ya nanti"kata doktor itu lalu meminta diri untuk keluar

"Ya Allah Nell ummi risau"kata Ummi lalu memeluk dirinya

Nell tersenyum sedikit

"Kau tahu tak mamat cina bukit tu rupanya yang langgar kau, aku mintak maaf sebab tak teman kau Nell"suara tangisan Dino mula kedengaran

"Leo?"soal Nell

"Ya , dia dengan Maria dah kene ambil masuk tanjung rambutan kot, gila"balas Dino

Nell terkedu, ya Allah kenapa Leo?

"Nah"meyra menghulurkan air kepada   Nell

Nell mengambil air itu lalu di teguk, ega tekaknya

"Kak Nafis rinduu"Nafis memeluk kakaknya itu

"Ish sakit lah Nell tu , kau ni Nafis"along menarik Nafis lalu dia pula memeluk Nell

"Hek eleh , cakap je la nak peluk pulak"kata Nafis lalu menjeling

"Bising lah kau, dah la menangis"kata along

"Biar la"balas Nafis

"Nak tahu sesuatu tak Nell...Leo dengan Maria tu sebenarnya kembar, nama diorang , Mark Leo , Maria lee"kata Rara

"Kembar?"soal Nell tidak percaya

Rara mengangguk kepalanya

"Actually leo tu sebenarnya obsess dekat kau Nell , di sebabkan ada someone ni asyik jaga kau , leo ni tak boleh buat apa apa"kata Rara

"Habis tu kenapa diorang langgar aku"kata Nell

"Sebab Maria ...dia manipulate Leo "kata Meyra

"Dah la, jangan cerita lagi ummi tak suka la ingat ...yang penting Nell dah sedar , diorang pun dah di bawa jauh"kata Ummi

"Sorry ummi, Nell tak sangka akan jadi macam ni"kata Nell

"Apa pulak Nell minta maaf, Nell tak salah"kata Ummi

Nell tersenyum

Tubuh ummi di peluk erat "sayang ummi"kata Nell

Yang lain tersenyum melihat Adegan itu

"Assalamualaikumm"suara pasangan lelaki dan perempuan memberi salam

"Waalaikumsalam, masuk la"ummi mempelawa pasangan itu masuk

Meyra, Rara dan Dino sudah tersenyum kepada nell

Dah kenapa tiga ekor ni?

"Nell, ini  mak dan ayah tunang Nell"kata Ummi

"Ouh"balas Nell lalu menyalam tangan wanita itu

"Alhamdulillah, syukur Nell dah bangun"kata Wanita itu

Nell membalas dengan senyuman

Cantik

Agaknya anak dia hensem tak?

"Nah kami bawakan buah, coklat ni pulak dari TUNANG nell ha, kata nya malu nak datang"kata Wanita itu

"Terima kasih "balas Nell dengan senyuman

"Hmm patut la si budak tu nak sangat dekat Nell, cantik orangnya, manis "kata Wanita itu

"Haih kembang dah budak ni kena puji"kata Ummi

"Haih rasa bersalah pula saya , kalau bukan sebab lampu dekat situ rosak semua  ni takkan jadi, maafkan saya ya hanis"kata ayah encik tunang pula

"Ya Allah tak apalah, bukan salah tansri"kata Ummi

"Ish apa tansri pula"kata lelaki itu

"Entah hanis ni, panggil biasa saja la"balas wanita itu

"Saya ni ha nak sangat sponsor budak budak tu, sampai lampu rosak semua tu pun tak perasan masih belum di baiki"kata tansri itu lagi

Oh jadi maknanya diorang la yang sponsor semua tu?

Ayah kepada tunang aku?

Mak aih

Bukan kaleng kaleng bakal pak mertua aku ni

"Tak ada lah, benda dah jadi"kata Ummi

Setelah beberapa minit berbual, dua pasangan itu meminta diri untuk pulang kerana kerja

"Nell jangan lupa makan ubat tau, tunang Nell tu asyik risau je "kata Wanita itu

"Baik "balas Nell dengan senyumannya

"Kami minta diri dulu, assalamualaikumm"kata mereka

"Waalaikumsalam"balas kami

"Nell aku dah kenal tunang kau, hensem Nell"kata Dino

"Siapa?"soal Nell ingin tahu

"Aih mana bolehhh"balas Dino

"Aih , apa ni ummi, kenapa Nell je yang tak kenal tunang Nell sendiri"kata Nell dengan monyoknya

"Ummi tak boleh tolong, Tunang Nell tu yang merayu dekat ummi"balas Ummi

"Korang tahu jugak"soal nell kepada Meyra dan Rara

Dua gadis itu turut mengangguk

"Ish tak adil la"balas Nell

"Alah, nak tahu kahwin je la"kata Along

"Along lah kahwin dulu, umur dah tua pun tak kahwin kahwin, tak laku la tu"kata Nell

"Eh along muda lagi, baru 25"kata Along

"Cis , apa kata Ummi carikan calon untuk along"kata Nell

"Ummi dah ada calon"kat Ummi

"Bapak ah, awal nya"balas Along

"Lama lama kang tak laku , nangis"kata Ummi membuatkan mereka semua tertawa






Tbc

_______________


Alah gurau je semalam tu pun marah, nanti cpt tua<!!!!!

Pokračovat ve čtení

Mohlo by se ti líbit

32.3K 2.3K 30
Aydan Qays × Maysa Arrani Aydan Qays sering mengelarkan Maysa Arrani 'debab' membuatkan gadis itu berasa geram dengan sikap annoying Aydan Qays. Teta...
163K 5.8K 44
[Book 1] Adam Zahrain x Riya Dahlia She needed someone to show her how to live and he needed someone to show him how to love.
1.1M 56.2K 54
" Tak sangka di taman perumahan elit ni juga jodoh kita bertemu . " *smirk* - Qaz Aldine ft Raiya Hana - " you're sweet talker badboys that i love y...
645K 24.6K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...