His: Mr. Handball

By ___tzxreyl

1.3K 334 163

His: Mr. Handball Me with you, My Love... ❍♡●♡❍ ❍♡●♡❍ ❍♡●♡❍ Suatu ketika... More

PRECAUTION
00 : 01
00 : 02
00 : 03
00 : 04
00 : 05
00 : 06
00 : 07
00 : 08
00 : 09
00 : 10
00 : 11
00 : 12
00 : 13
00 : 14
00 : 15
00 : 16
00 : 17
00 : 18
00 : 19
00 : 20
00 : 21
00 : 22
00 : 23
00 : 25
00 : 26
00 : 27
00 : 28
00 : 29
00 : 30
00 : 31
00 : 32
00 : 33
00 : 34
00 : 35
00 : 36
00 : 37
00 : 38

00 : 24

15 6 1
By ___tzxreyl

«.......to the line, squad!.......»

┊  ┊  ┊  ┊
┊  ┊  ┊  ★
┊  ┊  ☆
┊  ★

|.↗✉↘.|

Perut bas aku masuki dengan langkah longlai. Buat kali terakhir, iris aku masih ingin menangkap kelibat dia.

Tak apa, aku takkan sound dia nanti kalau dia datang jugak.

Asalkan dia datang weh!

"Masuk cepat!"

Dan aku terus sumbat earphone dalam telinga. Tak nak dengar apa, aku nak cari balik mood.

Tak best la kalau mood hilang, tahun ni dah tahun akhir kut. Kena enjoy and keep all the moment joyfully.

Ya, lupakan je.

Sepanjang panjang perjalanan yang makan masa lebih kurang 30 minit, aku hanya merenung ke luar tingkap yang aku selak langsirnya.

Diorang yang terpandangkan aku sambil berusaha bertanya, hanya dibalas dengan gelengan. Diorang duduk di seat belakang manakala aku di belakang pemandu.

Sebelah aku tak ada siapa.

A'watif Wakanda👹
Relll
Kau kenapaaa
Napa duduk situ
Ni sebelah aku ni, kitorang dah cop tempat kau
Wehh kosong seat kat sini

YOU
Oh, nak amik angin
Plus duduk belakang bas lagi buat aku pening

A'watif Wakanda
lah, chill ah Relll
Mana lagi nak dapat chance

A'watif masih typing tapi aku dah bangun dengan beg sukan bergantung di bahu kiri.

"Kau apasal ni, Ir?" Amira yang sedang membetulkan tudung, bertanya.

Aku senyum nipis dengan kening dijungkit naik. Sebelah A'watif aku duduki. Earphone ditarik sebelah.

"Tangkap gambar jom?" ajakku.

Cuba mengalihkan perhatian diorang walaupun aku lah paling liat sekali bab bab tangkap gambar ni.

Rasa insecure lagi tinggi bila tengok gambar sendiri.

"Jom, jommm!" Ima dah teruja lain macam.

Berhasil jugak taktik aku.

"Hana, dul...set!"

Peace dilayangkan dengan berbagai bagai reaksi muka dibuat. Entah berapa keping kami snap, buat video...confirm tak terkira.

Tak sedetik pun aku lupa pada Luth dengan harapan masih ada.

"Irel, tengok sini!" Shahirah menegur.

Aku tersentak. Nafas halus dihela sejurus senyuman lebar ditayang. Lupakan kejap Luth, aku kena fokus pada apa yang berada di depanku kini.

Kawan kawan aku.

❍☆❍〃

Beret di kepala, aku tekan. Ya Allah penat! Padahal lambat lagi giliran akan tiba.

Baru je nak mula dengan ucapan alu aluan dan penutup Temasya Sukan oleh Tuan Pengetua beserta Pengerusi PIBG sekolah.

"Majulah sukan untuk negara!" Tuan Pengetua menggengam penumbuk di udara dan dengan itu tepukan bergemuruh di stadium negeri.

Aku...

Aku rasa tak larat nak kerdipkan mata apatah lagi gerakkan badan sekalipun.

Tapi...

Aku dah tak boleh tahan dengan ucapan Tuan Pengetua yang panjang lebar.

Aku disini, berdiri bersama yang lain di trek larian ini serasa tubuh aku kian tak seimbang.

Dunia berputar putar.

Aku rasa cikgu tak sedar akan keadaan aku kerana aku berada di belakang sekali.

Di sebelah kanan Lingga dan kiri Hafiz. Dua dua junior aku tingkatan 4.

"Weh, kau kenapa ni?"

Aku dengar suara Lingga tapi dia macam menyoal bak angin lalu.

Nadanya keliru dan aku...

Rebah.

"Lingga! Irel pengsan lah bongok!" Hafiz memarahi Lingga.

"Lahhh, kenapa?" Lingga berubah kalut.

Ergh, kalau bukan sebab aku dah tak ada daya, aku dah lama luku kepala Lingga ni. Dia ni jugak yang aku suka cari pasal kalau ada latihan kawad.

Duduk line belakang sekali bagi kami kelebihan untuk bersembang. Kadang tergelak dengan salah langkah line depan takpun diorang hentam gelak kalau aku jalan macam robot.

Aku bukan apa, kadang keliru sikit.

Dah, dah Irel. Fokus pada pitam kau.

Dari hujung pendengaran antara dengan tak, keriuhan bertambah.

Aku rasa sesak. Pipi di tepuk tepuk dan kalau aku dapat tahu siapa punya kerja ni, tak perlu izin aku nak lempang terus!

Sakit gila!

Saat tubuh aku terasa diangkat, semua deria gagal berfungsi seketika.

❍☆❍〃

Bersilih ganti pasukan membuat lintas hormat, kini semua berkumpul di padang berumput. Tegak berdiri, menanti tentatif lanjutan.

"Up!"

"Kami, para pelajar SMK TSSB dengan ini berikrar akan melibatkan diri di dalam bidang kokurikulum semampu yang boleh juga berikrar mengangkat nama baik sekolah ke persada arena sukan seterusnya mengharumkan sekolah kebanggaan kami. Kami juga berikrar dan berjanji menjadikan sukan dan riadah sebagai rutin wajib bagi melahirkan generasi belia negara yang sihat tubuh badan dan akal. Majulah sukan untuk negara!"

"Down!"

Berdiri di situ, Irel tak mampu untuk tahan senyuman bangganya. Berkaca sepasang mata tanpa mengalihkan tumpuan pada titik fokus yang dia pasakkan.

Suara yang bergema melalui sistem pembesar suara itu jelas mendirikan bulu romanya.

Berselang seli ikrar yang dipimpin dengan suara para pelajar yang menyahut.

"Tibalah kita ke acara yang ditunggu tunggu sebentar sahaja lagi. Para pancaragam diminta untuk membubarkan barisan."

Dan satu demi satu sebanyak 12 warna yang menghiasi padang bola, keluar mengikut turutan.

Tiga tapak dan tabik hormat sebelum bersurai.

Bermula dari Cenderawasih, Garuda, Jentayu, Rajawali, Pandu Puteri, Puteri Islam, St. John, Kadet Bomba dan Penyelamat, KRS, KASPA, Kadet Polis Wanita dan terakhir, PISPA tingkatan 6.

Padang kosong dan para pelajar mula memenuhi kerusi stadium.

Ada yang menyalin pakaian seragam ke baju rumah sukan, tak kurang juga yang bergegas membantu set up padang untuk upacara pembukaan acara balapan.

"Irel!"

Irel berpaling.

Figura Diniy melambainya dari jauh sambil baju kembangnya diangkat oleh Wan dan Ama, membuatkan tawanya terburai.

Nasib dah habis lintas hormat, boleh la cakap kasut tinggi tu disalin dengan kasut sukan.

"Ni baju kau. Baju sukan aku gantung dekat bilik persalinan. Nanti kau masuk, kau cari rumah Jentayu punya bahagian, dekat situ aku ada tampal kau punya nama lepastu kau bukak, kau ambil pakaian kau. Kasut spike ada dalam tu, dah cepattt!"

Sekali nafas yang ditarik, Diniy menerangkan satu per satu.

Terperinci dia boleh buat jadi tesis PhD!

Irel terus berlari meninggalkan kerumunan kadet. Dia perlu kejar masa.

Masuk je bilik persalinan, bahagian yang diletak logo Celcom, dimasuki. Meliar iris matanya cuba mencari dimana letaknya nama dia. Mujur sekejap je jumpa dibawah label 'atlet'.

Pakaian yang bergantung diperhati seketika.

Seluar tracksuit Adidas dan baju rumah sukan juga secetak line tiga beserta tudung hitam, kasut sukan dan kasut spike. Berpaku di tapak.

"Irel!"

Datang menepuk bahunya, Fadhilah.

Atas bawah Irel perhatikan Fadhilah. Sudah lengkap dengan pakaian rumah sukan Garuda. Di sudut dada, tersulam logo Digi dan Puma.

"Cepat weh siap. Aliya dengan Fadhilahtunnur dah nak siap. Kau cepat sikit!" gesa Fadhilah.

"Ya, ya!"

Irel terus berlalu ingin menukar pakaian.

Selang lima minit kemudian, Irel dan Fadhilah berlari ke trek. Bukan untuk perlumbaan lagi melainkan acara pembukaan perlumbaan.

Muehehe...

Gempak betul Temasya Sukan kali ini.

Semuanya dirancang rapi bagi memberi kelainan memandangkan kali pertama pihak sekolah mendapat tajaan dari badan telomunikasi Malaysia.

Di blok permulaan, keempat empat atlet mewakili rumah sukan, berdiri sebaris.

Para pelajar diam di kerusi masing masing. Mana yang masih melenggang, lekas lekas melabuhkan duduk.

Saspens.

"Weh, Irel kenapa tu? Diorang nak mula 100 meter pecut dah ke?" Izzah menyoal hairan.

Serasanya acara pecut di akhir nanti setelah selesai acara larian yang lain.

Dan di kaki Irel, bukan tersarung kasut paku sebaliknya kasut sukan biasa yang disediakan khas.

"Tak tahu," A'watif menggeleng perlahan.

"Bukan kot, tak mula lagi acara pecut. Marathon, lumba jalan tu dulu kut. Entahla." Amira angkat bahu.

Dia juga atlet bagi acara 400 meter nanti, tak pula dimaklumkan apa apa.

"Eh, eh...diorang pegang apa tu?" Ima sudah tak senang duduk di tempatnya.

Kerusi yang diduduki mereka taklah betul betul di bawah stadium. Tak best, nampak pun belah diorang je. Kalau dah melepas belah sana, dah sayup sayup.

Kalau duduk atas sangat, tak jelas pula pandangan ke bawah.

Maka posisi di tengah jadi pilihan. Satu stadium boleh nampak, baru feel!

"Apa tu? Mercun ke? Ke baton?" Tak pasti apa yang dilihatnya, Athirah tonyoh mata.

Luruh satu bulu mata panjangnya. Alah biar, ada orang rindu la tu.

Tak Najman pasti Samsudin! Dua dua tak dilayan, dia hanya anggap sebagai kawan tapi Najman...

Untill we meet again!

"Tak tahulah!"

"Dah, dah nak mula. Diam diam!" Shahirah akhirnya bersuara.

"Rakam weh, macam gempak je!" A'watif menyuruh.

"Jangan nak gabra sangat, ada kamera diorang rakamkan." Izzah menjawab.

"Tudia weh, macam live sukan Olimpik! Bangga pulak aku!" Ima mengipas diri sendiri.

Konon bangga sanggat dengan sekolah sendiri. Tapi memang bangga pun, dah la ni tahun terakhir. Rasa dihargai.

"Muka aku ada apa apa tak? Sunscreens bertapuk tapuk ka?" Amira sua mukanya.

"Dahla, diam sat!" Shahirah sekali lagi mematikan segala karutan.

Dari blok permulaan, Irel dengan segulung riben panjang dan lebar bewarna biru, bersedia di posisi.

Senyuman di birai bibir melebar. Sungguh tak disangka dia yang dipilih dari barisan atlet perempuan rumah sukan.

Berdiri bersama atlet terbaik rumah sukan masing masing bukanlah perkara baru buat Irel namun satu je yang buat dia teruja sampai nak lompat ke bintang.

"On your position, get ready!" dari pengulas, menyepikan satu ruang stadium.

"3...2..."

"1!"

Serentak dengan itu, lagu Waving Flag berkumadang mengiringi larian seiring 200 meter.

Riben yang diangkat tinggi beralun di udara. 200 meter berempat mereka beriringan sebelum diambil alih atlet lelaki rumah sukan masing-masing.

Beberapa jarak memisahkan mereka, nak jatuh rahang Irel ke bawah dek terlalu mengangga.

Makin hampir dan atlet perempuan berhenti. Menyerahkan 200 meter baki selanjutnya pada atlet lelaki.

Saat mata bertentang mata, Luth capai riben di tangan Irel.

Beriringan dengan Ammar, Azam dan Liam dari rumah sukan Cenderawasih, Rajawali dan Garuda.

"Surprise?" sempat dia menyoal biarpun jelas di mata riak terkejut Irel.

Tak boleh cover betul!

Dan 200 meter terakhir, atlet lelaki kembali semula bersama atlet perempuan. Reben berganti dengan gas warna di tangan.

Bulatan oleh lapan orang atlet terbentuk.

"Countdown..."

Paluan dipasang.

"Three...two...one!"

Dan lambungan serentak riben dan gas bewarna merah, biru, hijau dan kuning sekali mengejutkan seisi stadium dengan letupan bunga api di udara.

Lampu stadium yang dipadamkan dari mula menyerlahkan warna dari riben, gas bewarna dan mercun.

Tepukan gemuruh mengamatkan stadium.

Tanpa disuruh, flashlight dari telefon pintar masing masing berkerlipan bagai kunang kunang di tempat duduk.

Pancaran cahaya kamera berjaya merakam satu kejayaan besar buat sekolah dan marganya. Hilang kata kata bagi menggambarkan betapa indahnya suasana malam.

Itu baru pembukaan.

Dan pastinya setiap detik peristiwa, tersemat kukuh di kotak memori.

"Adakah ini pentas Olimpik?"

"Aku bukan atlet, tak lepas nak masuk Olimpik, sayang."

"Ni bukan Olimpik la kira?"

"Ni Temasya Sukan sekolah kita."

Dari Ima dan Athirah yang berbalas bisikan, lagu sekolah yang mulanya dinyanyikan mereka berdua terus berjangkit dari mulut ke mulut.

Bergema stadium dengan lagu sekolah.

Pengetua urut dada. Terkejut dengan nyanyian gamat tiba tiba itu.

Kalau perhimpunan mingguan, radio je yang nyanyi. Suara pelajarnya tersekat!

Dekat stadium ni lain pulak yang jadinya. Tak perlu lagu latar belakang pula tu!

Menggeleng beliau.

"Usaha tangga kemajuan, itu yang kami harapkan. Usaha terus usaha, bangsa menjaya memajukan nusa. Kamilah bakal pemimpin jaya, kamilah bakal pemimpin jayaaa!"

|.↗✉↘.|

Omoo omooo i'm cryingg!!!😭😭😭 Lagu sekolah gue terpalingg sedap i pernah dengarr, bestt wohhh boleh buat karoke kalau bosan😭😭😭

081021
1650.
-1745

😭,
~t.reyl.

Continue Reading

You'll Also Like

3.9M 159K 67
[Completed] Highest rank #1 in teen fiction (25 june 2018) Start~16 january 2018 , end~12 march 2018. TIARA DANEESYA seorang gadis cantik yang diperl...
228K 15.1K 62
Delilah Lavelle, kehidupannya tak seindah nama yang diberi. Saat kejatuhan terbesar dirinya bermula ketika orang tuanya bercerai. Bertambah tragik, d...
58K 4.2K 52
Nur Puteri Gardenia Rose, berusia 28 tahun. Seorang guru yang cemerlang dan berdidikasi. Hidupnya sempurna, ada rumah, kereta sendiri, pekerjaan yang...
98.2K 6.1K 49
×BOOK 1× [ C O M P L E T E D ] Nor Amni Shah seorang budak perempuan yang berani mati menyamar jadi lelaki semata mata ingin masuk ke Highschool Prin...