His: Mr. Handball

By ___tzxreyl

1.2K 334 163

His: Mr. Handball Me with you, My Love... ❍♡●♡❍ ❍♡●♡❍ ❍♡●♡❍ Suatu ketika... More

PRECAUTION
00 : 01
00 : 02
00 : 03
00 : 04
00 : 05
00 : 06
00 : 07
00 : 08
00 : 09
00 : 10
00 : 11
00 : 12
00 : 13
00 : 14
00 : 15
00 : 16
00 : 17
00 : 18
00 : 19
00 : 20
00 : 21
00 : 22
00 : 24
00 : 25
00 : 26
00 : 27
00 : 28
00 : 29
00 : 30
00 : 31
00 : 32
00 : 33
00 : 34
00 : 35
00 : 36
00 : 37
00 : 38

00 : 23

14 6 2
By ___tzxreyl

«.......the bus.......»

┊  ┊  ┊  ┊
┊  ┊  ┊  ★
┊  ┊  ☆
┊  ★

|.↗✉↘.|

Uniform lengkap dari atas hingga bawah, terpantul dari cermin yang melindungkan saluran paip besar.

Paip apa entahla tapi sebesar tiang elektrik. Dari aras bawah hingga ke atas sekali.

Aku tersenyum. Semangat lain macam bila pakai seragam ni.

Rasa bangga dan yakin.

Macam ni ke perasaan pasukan uniform negara? Polis, askar, bomba JPAM dan siapa siap je yang sarung pakain seragam.

Nampak segak dan aura dia lain macam.

Mengancam yang amat!

"Irel!"

Iris mata meliar mencari susuk siapa yang memanggil tadi. Dengar macam Afif tapi tak nampak pula kelibat dia.

"Weh Irel...sini, sini!" Dari kejauhan, figura Diniy melambai memanggil aku.

"Ya!" Aku buka langkah turun dari aras kelas.

Sampai di dataran di bawah, Diniy mengampiri. Dia menyarung baju putih berlengan panjang, berseluar trek dan bertudung hitam.

Kejap lagi baru salin pakaian lain bila dah sampai stadium.

"Kenapa ni?" aku menyoal.

"Tolong kejap. Cikgu Suraini panggil."

"Jom,"

"Kau bawa sepanduk rumah nanti kan? Rumah kita nombor berapa perbarisan?"

Nak mulakan acara perbarisan, lambat. Satu demi satu dengan badan uniform terakhir sekali.

Elok cuaca dah panas dan bahang dari trek stadium dah betul betul macam ayam golek dalam ketuhar kami kena tunggu.

Tak boleh duduk masa tunggu giliran. Tak boleh keluar barisan, barisan kena seragam sentiasa dalam sut lengkap yang berlapis lapis.

Ergh, seksa!

Sebab tu aku malas masuk perbarisan unit uniform. Lambat dan panas!

Nasib tahun ni, diadakan waktu malam.

Okey Irel, boleh lupa semua ketidakselesaan.

"Rumah Cenderawasih dulu, lepastu Garuda, lepas Garuda baru Jentayu. Last sekali Rajawali. Tapi aku takut la, Rel..."

Diniy pandang aku dengan muka gelisahnya. Jarinya ditautkan.

"Kenapa?"

Tiap tahun perkara yang sama juga berulang. Tak ada apa yang berbeza. Naik bas, pergi stadium universiti tak pun stadium negeri, acara dan balik.

"Weh, aku takut la... Yelah nak kena pegang sepanduk rumah sukan lepastu jalan dengan baju macam cinderella, kasut pulak tumit tinggi jugak aku tengok, kau tahu?!"

"Hah?" Aku ternganga. Mati langkah kami.

"Ya! Kau pun tak percaya kan? Aku lagilah! Semalam ada orang Celcom tu datang, hantar baju dekat Cikgu Baiti! Dan aku pulak kena pakai baju tu nanti! Mak aku ada gambar cikgu hantar dalam group. Aku tengok tu, bapak macam mak datin! Bling bling semacam! Bukan jubah dah wei, sumpah macam dress prom night punya!"

Oktaf suaranya naik bertingkat tingkat.

Aku masih terpaku. Bapak ah! Biar kebenaran?

"Why so glamour?!"

"Ha tulah kan. Aku takut weh..." Diniy genggam tangan aku. Sejuk menggigil.

Aku telan liur.

Kalau aku dekat tempat Diniy, dah lama aku blah. Oh, tengah tengah lampu keliling stadium macam tu, ni another level punya pain!

"Alah, buat biasa je. Kau pakai kasut sukan ni je weh, orang tak tahu. Dress kan? Mesti labuh punya." Aku cuba menenangkan Diniy walhal jantung aku macam nak terkeluar.

Beyond imagination!

Diniy tunduk pandang kasut sukan yang tersarung. Macam galaksi warna yang bercampur biru, putih dan ungu. Sesuai dah ni dengan baju warna biru.

"Betul ni? Kau jangan bagitahu cikgu tau? Eh tapi kasut tu nanti macam mana? Hish, diorang ni menyusahkan! Pelik pelik je!"

Wargh, jarang ni Diniy merungut.

"Kasut tu kita buat sorok, habis perbarisan kau buat buat macam pakai. Tak la kantoi nanti." Baik punya cadangan aku susun.

Kalau kantoi nanti, tak tahu la apa nasib aku.

"Masa perbarisan tu nak buat sorok dekat mana?" Diniy nampak berminat dengan idea aku.

Berminat ke terpaksa?

"Takpa, kau kasi aku. Nanti aku sorokkan." Aku lambat lagi nak lintas hormat, ada la masa nak port.

"Betul ni weh? Kau boleh? Aku takut kantoi je ni, Rel..."

Aduh, berbolak balik pulak hati anak Cikgu Hanizah ni. Ya Allah, bulatkan lah tekad hambaMu yang tersepit sorang ni.

Aaammmiiinnn...

"Takpa, boleh."

Okey Irel, kantoi kau jangan nak menyesal. Tapi tak apa kut, aku yang kena. Muka Diniy ni nampak suci sangat untuk kena hukuman.

"Dah, dah jom." Aku tarik tangan Diniy.

Atur rancangan sampai terlupa Cikgu Suraini. Nampak je kelibat kami, Hajjah terus mengamit.

"Ya, cikgu?" Aku buka mulut bertanya.

Diniy di sebelah nampak gugup melihatkan senyuman Hajjah yang luar biasa. Ya Allah, tetapkanlah hati Nur Amira Farahdiniy Binti Rosli.

Aaammmiiinnn.

"Ha sampai pun..."

Aku garu kening, cuba tutup gugup. "Hehe, minta maaf cikgu. Saya dalam tandas tadi, lama sangat. Diniy kena tunggu."

Ha, eloklah tu. Aku mana masuk tandas waktu pagi yang bulan pun masih ada sebab takut.

"Takpa, ni kamu tolong angkat barang barang dalam bonet ke bilik jahitan. Ni, kunci. Cikgu kena pergi pejabat dulu."

Segugus kunci dihulur pada Diniy dan Hajjah berlalu.

"Okey cikgu," kunci aku serahkan pada Diniy.

Kotak kotak barang dalam kereta cikgu dipandang satu satu. Banyak gila! Sampai penuh bonet siap bertindan lagi!

"Macam mana nak bawak ni, Rel?"

Aku diam berfikir dulu. "Erm..."

Kotak diangkat satu. "Ringan je ni. Boleh angkat sekali dua."

Aku ambil satu lagi kotak dengan sebelah tangan dan letak atas kotak yang aku pegang.

Diniy tengok aku dengan pandangan skeptikal. "Serious la?"

"Betul, try angkat." Biarpun sebesar kotak air mineral cap Keluarga tapi ringan je.

Diniy angguk je. "Haah la, ringan."

Setelah itu, empat kotak selamat kami bawa ke blok dua tingkat yang aku dah buka lampu masa datang. Seram sikit blok ni.

Bilik jahitan dibuka kuncinya oleh Diniy sementara kotaknya diletak atas tembok.

Lampu dibuka dan saat masuk je, aku terkaku. Diniy juga.

"Diniy, jangan cakap tu baju yang kau kena pakai?" Iris mata aku tak lepas dari perhati baju yang tersarung dengan plastik.

"Betapa aku harap sangat bukan tapi yang tu la mak aku tunjuk semalam." Diniy angguk.

Jatuh bahunya. Tak rela. Nak tak nak, kena pakai juga memandangkan baju tersebut mengikut saiz Diniy. Diorang siap datang lagi fitting Diniy tempoh hari.

Ada jugak dia pujuk cikgu tapi tak jalan. Pembawa sepanduk selalunya tingkatan 5 dan perempuan.

Tolak aku, Shahirah dan A'watif, tinggal Ama dan Wan. Ama cikgu tarik masuk perbarisan kawad kaki Polis. Wan pula asma jadi dia jarang aktif.

Tinggal Amira, sebab tu cikgu ambil dia. Kelas tingkatan 5 lain, tak ada yang sesuai.

"You deadly meat," maaf Diniy bukan nak takutkan kau tapi aku pun takut!

❍☆❍〃

Luth tarik keluar kasut sukan jenama Adidas dari almari. Disarungnya selepas stoking berada di kaki.

Semuanya dilakukan pantas dan Kawasaki Ninja miliknya menderum.

"Luth..." suara mamanya memangil, bantutkan niat Luth.

Dia yang melepasi pagar, tongkatkan semula moto dan berjalan tenang ke arah mamanya.

"Luth sayang..." Puan Puteri gosok perlahan rambut hitam Luth.

Luth tunduk cium tangan mamanya lalu tubuh itu didakap seketika sejurus dia berlari ke mendapatkan motonya. Langsung tak diberi ruang pada mamanya untuk berbicara.

Dia tahu apa yang bakal dikatakan.

Puan Puteri senyum nipis seraya menggeleng. Keras kepala Luth tetap juga masih beraja di hati satu satunya si anak.

Bunyi ekzos Luth hilang dari kejauhan. Kelajuan motonya bertambah.

Makin lama makin laju, iris hitam matanya bagai penglihatan burung hantu tatkala malam berlabuh.

Tak hirau apa pun yang menghalangi laluannya, semua dipotong. Kenderaan lain dipintas, cekap dia mencilok dengan moto ditunggang macam palesit.

Sampai disimpang, lampu kuning bertukar merah dan Luth potong.

Laju memecut, sikit pun dia tak ambil pusing dengan hon berpanjangan dari pengguna lain.

Irel resah.

Dari tadi dia tercari cari sampai risau dibuatnya. Rasa nak hempuk, nak cantas, nak menangis pun ada.

Semuanya bercampur aduk kacau bilaukan hatinya.

Jari dipatah patahkan.

Ya Allah, Luth Arashy...

Kau kat mana?

Panggilan yang dibuat melalui aplikasi Telegram dibiar tak berangkat. Line ada tapi tetap jua tak disambut Luth.

"Irel, kitorang kena pergi dulu. Cikgu dah panggil atlet naik." Mawi berhadapan dengan Irel.

"Amin tak tahu ke mana Luth pergi? Takkan korang pun tak dapat reach dia? Siapa nak ganti dia nanti? Weh, Luth wakil rumah Jentayu, tau tak?! Kalau nak cari ganti, korang pun ada acara!"

Irel membentak dalam resah. Mundar mandir dengan suara yang tak dapat dikawal gelisahnya.

"Tak, kitorang dah cuba cari dia. Tak tahu la ayah dia yang hantar ke apa tapi dia memang tak ada. Moto pun tak ada."

Entah kali berapa Mawi mengulang pernyataan yang sama. Dia juga runsing fikirkan keadaan Luth.

Dahla dalam seminggu masing masing sibuk dengan sukaneka dan rentas desa. Tak sempat nak bersembang chill chill.

Entah apa khabar agaknya member sorang tu? Kali terakhir dia tahu dari perkhabaran Irel, Luth demam.

Dia tahu Luth demam tak lama tapi apa masalah Luth sekarang?

Dalam ramai ramai mereka, Luth lah muka jarang sekali tak hadir sekolah. Dalam setahun boleh kira dengan jari.

Takkan nak buat hal tahun SPM ni? Luth, kau jangan...

Mawi menggeleng.

"Dah Ir, aku kena pergi. Diorang dah panggil, cikgu dah bising." Mawi pamit diri.

Irel kalih pandang pada bas yang disewa pihak sekolah sebanyak tiga biji. Ulang alik ambil mereka di sekolah dan bertolak ke stadium.

Tahun ni, Temasya Sukan diadakan di stadium negeri yang kali terakhir diadakan ketika batch form 5 tahun ini berada di form 1.

"Okey," dan Irel hanya mampu menyorot bas yang memuatkan atlet rumah Jentayu bertolak.

Sepatutnya Luth juga berada bersama mereka bukan menghilang macam sekarang.

Haih...

Irel merapat dengan barisan kadet. Entah bila mereka akan bertolak saat terpandangkan atlet dan kumpulan perbarisan rumah Rajawali.

Lepastu kena tunggu kadet yang lain pulak. Kadet KASPA akan memasuki perut bas di tempat kedua terakhir sebelum kadet Polis Wanita.

Tak apa Irel, kau ada masa nak tunggu Luth.

Ya, masih ada harapan Luth memunculkan diri. Boleh je naik dengan cikgu nanti.

Cikgu cikgu ada yang memang dari rumah terus bertolak ke stadium negeri. Ada yang bertolak dengan murid.

Diniy pula dah ke sana dengan Cikgu Baiti bersama Wan dan Ama.

Perbarisan rumah sukan kena bertolak awal memandangkan mereka bersiap di sana nanti. Masa tu lah nak pasang itu ini dan apply make up.

"Segak segak doh diorang bila pakai uniform penuh." Ima bersinar biji mata usya pelajar lelaki dari unit lain.

Kadet Bomba dan Penyelamat, St. John, Kadet Remaja Sekolah dan PISPA form 6.

"Yang paling menyerlah Bomba dengan PISPA, duh..." berenam mereka, masing masing jamu mata dengan pemandangan yang sungguh indah.

"Haah, kembar aku dua orang tu segak." Izzah segera mengecam wajah encik crush pujaan dalam diamnya.

Kembar Hakim dan Hakimi yang berada di tingkatan 6 bawah sem 1 itu lah yang Izzah berkenan. Tapi dia paling berminat dengan Hakimi, si adik.

Abang lebih cool, adik pula jenis aktif.

"Eh, Nabil aku hensem lagi." Ima memuncung pada Nabil, pakwenya.

"Kondeyi dengan Alan lagi lah smart!" Athirah angkat thumbs up.

"Eh, Alan tu pun aku punya." Selar Ima, laju.

"Pulun!"

"Abang Uterus, Abang Seksi lagi lah syok! Kaki belalang gila!" Shahirah menyelit, mematikan pertengkaran kecil Athirah dan Ima.

"Aku tetap pilih Harissssss..." 'S' Amira berdesir macam nak sembur air liur.

"Amira, Haris mana ada." Berkerut kening tebal A'watif.

A'watif paling comel dalam satu sut lengkap itu antara mereka. A'watif nampak sangat naive and inncocent yet adorable!

|.↗✉↘.|

081021
1538.
-1773

🚃,
~t.reyl.

Continue Reading

You'll Also Like

2.8M 105K 64
@Choco_Lyn @Random @Romantic @2018 @Terkahwin dengan Sir! @Wattpads 'Hello, my name is Nurul Zafira Warda and you can call me, Warda! My erm.. 'somet...
4.8K 379 24
Andalookaew X Noon praewa
1.6M 119K 101
ALPHABET SERIES: S for SCHOOL 1# Apa pendapat kau tentang kahwin ketika masih bersekolah? Disclaimer: CERITA HANYA FANTASI. FEMALE CHARACTER SEDANG B...
57.8K 4.2K 52
Nur Puteri Gardenia Rose, berusia 28 tahun. Seorang guru yang cemerlang dan berdidikasi. Hidupnya sempurna, ada rumah, kereta sendiri, pekerjaan yang...