The Secret Police Agent (Hiat...

By deRosella_

1.1K 332 1.4K

Kisah satu kumpulan perisik muda yang perlu siasat tentang satu kes pembunuhan. Mereka semua terpaksa berkerj... More

THE SECRET POLICE AGENT
- Bab 1
- Bab 2 -
- Bab 3 -
- Bab 4 -
- Bab 5 -
- Bab 6 -
- Bab 7 -
Announcement
- Bab 9 -
- Bab 10 -
- BAB 11 -

- Bab 8 -

76 25 146
By deRosella_

=========================
| | THE SECRET POLICE AGENT | |
=========================

"Pak ngah buka semula kes ni sebab pembunuhan yang sama berlaku lagi. Cara yang sama, pembunuh kali ini juga turut meninggalkan sekuntum bunga mawar merah ditepi mangsa yang sudah mereka bunuh. Ianya, sama seperti dulu."

Mereka bertiga terlopong. Mengapa pembunuh itu perlu kembali? Bukan sahaja kes pembunuhan meningkat di kawasan CyberTech malah kes penculikan budak-budak dan remaja-remaja juga turut meningkat. Seolah-olah kedua-dua jenayah ini ada kaitan dengan satu sama lain.

"Tapi bukankah siasatan sebelum ini diberhentikan atas sebab tidak ada sebarang klu yang boleh kita teruskan siasatan?" Soal Ellyna. Soalan yang bermain-main dikepalanya sebentar itu dihamburkan jua.

Tuan Syarid hanya tersenyum. Dia tahu soalan itu akan ditanya kerana sebelum ini Ellyna sendiri yang sertai siasatan kes 'The Red Rose'. Ellyna tekad untuk mencari pembunuh ibubapanya walaupun ketika itu dia masih berumur 15 tahun. Namun, kita hanya mampu merancang. 'Dia'lah yang menentukannya, siasatan itu terpaksa diberhentikan atas sebab tidak ada sebarang bukti ataupun klu untuk teruskan siasatan.

"Kali ini kita dapat sesuatu yang boleh teruskan siasatan."

"Baiklah, kami bertiga akan bawa yang lain pergi ke pusat latihan. Kami minta diri dulu." Ujar Ellyna.

Ellyna memandang ke arah Haiz dan Nadz. Mereka berdua menganggukan kepala tanda bersetuju. Langkah mereka bertiga diatur keluar daripada pejabat Tuan Syarid. Seperti ada sinar baharu untuk Ellyna. Akhirnya, dia dapat mencari pembunuh ibubapanya semula. Husna, Rine dan Lya telah menunggu mereka di luar Ibu Pejabat. Cepatnya diorang ni kemas barang.

"Semua dah cukup? Ada apa-apa tertinggal?" Tanya Husna kepada dua rakannya.

"Dah, semua dah cukup. Tapi kenapa tiba-tiba kita kena tinggal asing daripada keluarga kita?" Soal Lya.

"Kenapa Rose balik sini? Selepas 3 tahun kita cari dia merata tempat sekarang baru dia nak tunjuk muka." Ucap Rine.

"Dia adalah sebab dia hilangkan diri. Nanti kita tanya dia elok-elok." Pujuk Lya.

Rine hanya membiarkan sahaja. Ellyna dan yang lain keluar berjumpa dengan mereka bertiga.

"Una, Haiz dengan Nadz naik dengan kau. Nanti kau orang ikut aku daripada belakang," Tiada balasan daripada mereka. Mereka hanya menganggukkan kepala.

Ellyna melepaskan keluhan kecil. Dia tahu mengapa mereka layan dia seperti itu. Haiz mendengar keluhan yang dilepaskan Ellyna, dia hanya mampu memberi semangat. Mereka semua bergerak pergi ke rumah Ellyna. Rine, Lya dan Ellyna menunggang motorsikal manakala Husna memandu kereta. Seusai sampai di rumah Ellyna mereka memakirkan kenderaan masing-masing. Rine, Lya, Nadz dan Haiz melopong melihat rumah banglo dihadapan rumah mereka.

Dikawasan itu hanya ada beberapa buah rumah sahaja. Macam manalah Ellyna boleh tinggal seorang diri dalam rumah yang besar macam tu. Tak ngeri ke?

"Jemputlah masuk," Ucap Ellyna dengan ramah.

Mereka melangkah masuk kedalam rumah diawali dengan memberi salam.

"Dalam rumah ni ada 7 bilik, 6 bilik tidur 1 lagi... nanti korang tahu. Kita ada 6 orang cukup-cukup untuk semua. Korang pilihlah bilik mana yang korang suka. Tingkat bawah ada 3 bilik atas ada 3. Bilik aku ada dekat tingkat atas mula-mula sekali."

"Haiz nak atas" Ujar Haiz seraya mengangkat beg bajunya naik ke tingkat atas.

"Kalau macam tu kami bertiga tingkat bawah. Nadz tingkat atas." Ucap Husna.

Semua orang pergi ke bilik masing-masing termasuk Ellyna. Pintu bilik Ellyna dikuak dari luar. Ellyna membaringkan badannya diatas katil. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu.

"Alamak! Tom yam! Aduh, aku tertinggal lah pulak." Ellyna menepuk dahinya.

Setelah selesai mengemas barang mereka semua berkumpul semula di ruang tamu. Ellyna mengerling jam tangan miliknya. Pukul 6 petang.

"Korang semua dah siap kemas bilik ke?"

"Hmm, dah." Balas mereka semua.

"Jom ikut aku, aku ada nak bawa korang pergi satu tempat."

"Pergi mana?" Soal Husna.

Ellyna hanya tersenyum dan berjalan ke arah satu lagi bilik. Mereka yang melihat Ellyna berjalan pergi ke situ mengikuti langkahnya. Pintu dikuak daripada luar, dapat mereka lihat banyak barang yang disimpan di dalam bilik itu.

"Store? Kau nak bawa kitorang pergi mana? Masuk dalam store ni?" Tanya Rine pula.

Pelik sungguh Ellyna ni, ada ke bawak pergi store kut lah nak bawak pergi makan ke. Orang pun tengah lapar ni.

Ellyna masuk ke dalam bilik itu. Tirai yang yang menutup tingkap di dalam bilik itu diselak. Tingkap kaca itu ditolak ke dalam, ternganga luas mereka semua apabila Ellyna dengan tanpa ragu-ragu melompat masuk ke dalam cermin itu.

"Cepat ah masuk, jangan risau tak ada apa-apa pun dalam ni" Suara Ellyna terdengar perlahan.

"Wehh Elly betul ke tak apa ni. Nampak macam kau jatuh ke bawah je. Suara kau pun dengar bergaung ni." Ucap Lya. Risau juga kalau jatuh ke bawah. Tak pasal-pasal patah kaki nanti.

"Kak Lya takut ehh? Kalau takut meh Nadz pergi dulu."

Nadz melompat masuk ke dalam. Kedengaran suara Nadz yang menjerit. Lama-lama suara jeritan Nadz mula menghilang. Walaupun mereka tidak yakin untuk masuk ke dalam tingkap tu ataupun pintu rahsia.

Mereka terpaksa masuk juga ke dalam apabila Ellyna marah-marah suruh mereka lompat masuk. Haiz melompat masuk ke dalam apabila Ellyna sudah mula membebel diikuti dengan Husna, Rine dan Lya.

"Ahhhhh! Elly! Kau kata ok! Mana lantainya ni!" Jerit Lya sambil menutup mata apabila dia merasakan dia sedang terjatuh daripada tempat tinggi.

Lya berhenti menjerit apabila terasa badannya terapung dan ditiup angin yang kuat. Matanya dibuka perlahan-lahan. Wajah kawan-kawannya yang menahan ketawa ditatap tajam. Mukanya mula memerah akibat malu. Badan Lya perlahan-lahan menjejak lantai.

"Elly kau jahat! Kau tipu aku! Kau tahu tak aku rasa macam nak mati je tadi!" Marah Lya.

"Wehh Lya, lawak gila muka kau tadi. Hahahaha" Tawa Rine.

"Kau pun sama je Rine. Malas nak kawan dengan kau."

"Alah... Alah... Sorry lah.. tapi.... Muka kau memang lawak gila wehh... Aku tak tahan nak tergelak." Akhirnya tawa yang ditaham daripada tadi terletus jua.

Lya mengembungkan pipinya. Floor Fan dibawah dipandang.

Ni rupa floor fan tu ataupun kipas lantai. Kipas ni boleh apungkan orang. Faham tak? Huhuhu kalau tak faham buat-buat faham jelah 😂

"Tak nak turun ke dari atas kipas tu? Ke kau nak terapung sekali lagi Lya?" Soal Ellyna sambil tahan gelak.

"Aku nak turun lah ni... Humph"

"Lorong rahsia? Lorong ni pergi ke mana?" Soal Nadz.

"Pergi ke pusat latihan," balas Ellyna.

"Bukan ke jauh pusat latihan dengan rumah kak Elly?" Soal Haiz pula

"Memang lah jauh, kita naik tulah. Cepat sikit sampai," jawab Ellyna seraya menunjuk ke arah beberapa buah basikal.

"Basikal?" Soal Husna

"Ehh tak lah, kereta. Basikal lah tak kan kereta ada 2 tayar."

"Main-main eh kau. Aku tanya betul-betul."

"Alah, gurau je pun. Cubalah kau naik dulu basikal tu. Nanti kau tahulah." Ujar Ellyna sambil tersenyum penuh makna.

Lya dan yang lain berasa tidak sedap hati melihat Ellyna tersesyum seperti itu. Alah, surprise apa pulak dia nak bagi ni fikir Rine, Lya dan Husna. Nadz dan Haiz hanya memberi reaksi yang biasa kerana mereka sudah tahu 'basikal' tu telah diupgrade.

Mereka mengambil basikal masing-masing. Semua orang bersedia untuk bergerak.

"Satu, dua, tiga. Jalan! Ehh jap, aku lupa nak bagitau yang," belum sempat Ellyna menghabiskan ayat Rine, Lya dan Husna sudah mula mengayuh dan

"AHHHHHHH! APASAL LAJU SANGAT WOI!" Jerit mereka bertiga yang masih berusaha untuk mengawal basikal masing-masing.

"Basikal tu dah diupgrade," sambung Ellyna.

Nadz dan Haiz menggeleng kepala melihat Ellyna yang mengetawakan kawan-kawannya.

"Haiz, kau rasa tak apa yang aku rasa," ucap Nadz kepada Haiz.

Haiz menganggukan kepala "Aku rasa Kak Elly macam budak-budak sekarang ni," Nadz mengangguk kepala bersetuju dengan Haiz.

Setelah berhempas pulas Rine, Lya dan Husna cuba untuk mengawal kelajuan basikal masing-masing, akhirnya mereka bertiga berjaya. Tanpa berlengah mereka semua mengayuh 'basikal' yang macam basikal turbo itu ke pintu masuk pusat latihan. Jikalau diikutkan mereka sepatutnya mengambil masa 1 jam untuk sampai ke pusat latihan jika menaiki kereta biasa tetapi mereka hanya mengambil 30 minit untuk sampai ke pusat latihan dengan menaiki 'basikal'.

| | TO BE CONTINUED | |

------------------------------------
Hai dan assalamualaikum, maaf tak update minggu lepas. Macamlah ada yang tunggu kan.

Huhuhu... Penulisan Iqa makin teruk rasanya 😭

- maaf kalau hambar dan mengarut -

- Assalamualaikum -

- 1320 Words -

-----------------------------------

Continue Reading

You'll Also Like

344K 13.2K 61
🌸🌸🌸🌸 "Sanggup ke Cik Maya bercinta dengan lelaki biasa macam Faris tu? Dia siapa? Anggota polis biasa, Cik Maya pula? Satu Malaysia kenal Cik Ma...
875K 115K 61
Seluruh dunia digemparkan dengan kematian beramai-ramai di sebuah feri mewah yang berlabuh di Pulau Jengka. Tiada siapa tahu apa sebabnya. Henry da...
73.9K 2.5K 45
[KARYA PERTAMA] [COMPLETE] [FANTASY + THRILLER] [PROSES MENGEDIT SEMULA] ‼️WARNING ‼️ (rajinkan diri anda untuk membaca) 📢Sinopsis ada di dalam. 📢...
Suamiku Mr.Bad Boy By qiss

Mystery / Thriller

728K 30.8K 54
Hanania gadis yang naif dan ceria terperangkap dengan seorang lelaki yang bad boy secara tidak sengaja di dalam lif. Pertemuannya membuat dia jatuh c...