Mr Annoying Vs Miss Beku

De Mademoiselle_Hawa

62.4K 2.7K 165

[COMPLETED✔] QAISARA ALYSHA - Seorang gadis yang pendiam, tak banyak bercakap, tidak suka bergaul dengan ora... Mais

Memperkenalkan Karya Baru
Bab 1 | Aku
Bab 2 | Pertemuan
Bab 3 | Bistro
Bab 4 | Kampung
Bab 5 | Mamat Annoying
Bab 6 | Qash Anaqi
Bab 7 | Dengki
Bab 8 | Sedondon
Bab 9 | Photoshoot
Bab 10 | Butterfly
Bab 11 | Cemburu
Bab 12 | Picnic
Bab 13 | Aquaphobia
Bab 14 | Kareoke
Bab 15 | Pulang
Bab 16 | Hadiah
Bab 17 | Mimpi
Bab 18 | Pengsan
Bab 19 | Panic Attack
Bab 20 | Surprise
Bab 21 | Tarawih
Bab 22 | Balik Kampung
Bab 23 | Takbir Raya
Bab 24 | Tetamu
Bab 25 | Rombongan
Bab 26 | Lamaran
Bab 27 | Ugut
Bab 28 | Keputusan
Bab 29 | Baju nikah
Bab 30 | Persiapan
Bab 31 | One Step Closer
Bab 32 | Dua Hati Bersatu
Bab 33 | Bidadari
Bab 34 | Winter Wonderland
Bab 35 | Keluarga
Bab 36 | Honeymoon
Bab 37 | Gayat
Bab 38 | Japanese Village
Bab 39 | Doa
Bab 40 | Penat
Bab 41 | Rahsia
Bab 42 | Pergi
Bab 43 | Tertekan
Bab 45 | Penyesalan
Bab 46 | Pulang
Bab 47 | Patah
Bab 48 | Sedar
Bab 49 | Pinky Promise
Bab 50 | Kampung
Bab 51 | Sakit
Bab 52 | Maruah
Bab 53 | Hutan
Bab 54 | Cekak
Bab 55 | Pergi
Bab 56 | Termakbul
Bab 57 | Klinik
Bab 58 | Zuriat
Bab 59 | Mengidam
Bab 60 | New Life
Bab 61 | Happiness
Bab 62 | The End
Coffee Time with Hawa

Bab 44 | Ego

766 35 2
De Mademoiselle_Hawa

   AKU mengacau air milo panas perlahan. Sambil kacau, mata aku merenung kosong ke arah peti sejuk. Roti kosong aku keluarkan dari bungkusan. Kemudian roti itu dicicah dengan milo panas. Aku mengunyah dengan perlahan. Memang slow-mo habis aku pagi ni.

   Mana taknya? Diri tu tengah sakit!

   Dan Fiya pula awal-awal dah larang aku dari pergi kerja hari ni. Hmm, bagus lah tu. Aku pun masih takda mood nak kerja. Tambah pulak dengan badan aku ni rasa lemah je sejak semalam. Tahu-tahu pagi ni demam pulak. Tambahan pula migrain aku tiba-tiba muncul. Lagi, perut aku rasa mencucuk sekarang ni. Ya, gastrik aku datang tanpa diundang.

   Itu lah kau Qai, mengada sangat takda selera lah apa lah. Kan dah dapat sakit tiga serangkai sekaligus. Dah elok dah si Fiya tu masak untuk kau, tapi kau tak nak makan. Suka sangat cari penyakit, itu lah padahnya.

   Alah, bukannya aku mintak takda selera macam ni. Dah memang aku tak lalu nak makan. Apa kau ingat aku masih ada hati ke nak makan dengan keadaan aku yang macam ni?

Ting!

   Automatik kepala aku terpusing melihat telefon yang berada di atas meja makan. Aku buka pesanan dari Fiya.

Fiya

- Qai, jom lah aku bawak kau pergi klinik.

   Baca sahaja pesanan tu, aku menggaru belakang tengkuk. Ini lagi satu, dari pagi tadi asyik cakap benda yang sama je.

Me

- Berapa kali kau nak cakap benda yang sama je ni?

Fiya

- Aku cakap banyak kali sebab aku tak nak kau sakit lah perempuan! Apahal susah sangat nak dengar cakap aku ni?

   Uih! Marah aku pulak dia ni kenapa?

Me

- Aku okay. Tak payah risau pasal aku.

   Aku meletakkan telefon di atas meja semula. Air milo yang sudah sejuk itu aku teguk sehingga habis. Cukup lah roti dengan milo. Sekadar untuk alas perut sahaja.

   Selepas selesai mencuci gelas, aku mencapai telefon dan langkah kaki aku diatur ke dalam bilik. Aku menghempaskan diri di katil. Hoodie yang tersarung di tubuh aku betulkan. Entah apa pasal lah sejuk sangat. Sampai tiga lapis baju aku pakai. Kaki dah tersarung stokin. Tapi masih terasa sejuk hingga mencengkam tulang.

   "Aduh!"

   Terus mengecut badan aku apabila perut aku terasa mencucuk. Haih ni lagi satu masalah. Macam mana nak hapuskan terus gastrik ni dari aku? Tahu tak sakit? Dah lah pagi tadi aku muntah tiba-tiba. Bukan sikit ya. Banyak. Dah tu air je yang keluar. Dengan kepala ni tak habis-habis berdenyut. Stress nya aku.

   Rambut aku yang diikat sanggul dilepaskan. Mana tahu kot kurang sikit sakit dekat kepala ni. Minyak angin aku sapukan di dahi. Haih, terasa selekeh pulak diri ni bila sakit.

   Hah, jangan lah kau tanya aku dah mandi ke belum pagi ni. Mestilah tak. Kau gila? Air tu sejuk nak mampus. Nak sentuh air pun rasa menggigil badan ni. Takkan aku nak mandi macam dalam cerita P-Ramlee tu?

   Aku menarik selimut menutupi seluruh tubuh aku. Nak sambung tidur lah kejap. Mana tahu bangun nanti dah kebah sikit demam ni. Mata aku terpejam rapat. Sekejap sahaja, aku dah masuk ke alam mimpi.











   AKU terjaga apabila terasa dahi aku basah. Tapi mata aku tak mampu nak celik. Rasa macam ada gam gajah dekat mata ni. Siapa yang pandai-pandai mandikan aku masa tidur ni? Fiya ke?

   "Fiya...?" seru aku dengan mata terpejam.

   Namun tiada respon. Aik? Dah bisu ke dia ni? Aku sedaya upaya cuba mencelikkan mata. Mula-mula nampak kabur je. Lepas lama kelamaan, pandangan aku menjadi jelas.

   Terus terbangun aku dek kerana terkejut beruk. Aduh! Aku memegang kepala aku yang terasa sakit. Dasar bijak bestari punya Qai. Bangun lagi secara mengejut macam tu.

   Eh, macam mana aku tak terkejut? Dah si dia tu tiba-tiba ada dalam bilik aku ni. Macam mana dia boleh masuk? Ikut tingkap ke? Ke dia pecahkan pintu rumah? Lah, bodohnya kau ni Qai. Oh, dan macam mana dia boleh tahu aku ada dekat sini?

   "Hai..." sapanya dengan senyuman nipis di bibir.

   Aku? Memang takda langsung secalit senyuman di bibir. Aku merenung Qash lama.

   "What are you doing here?" soalku dengan intonasi suara yang senada.

   Qash yang duduk di birai katil itu merenung aku dengan pandangan... Entah lah.

   "Kenapa sampai jadi sakit macam ni?" soalnya.

   "Jawapan tu ada pada awak." tuturku, sinis.

   Qash terdiam. Dia menundukkan pandangan.

   "I'm really sorry..." ucapnya perlahan.

   "Macam mana awak tahu saya dekat sini? Macam mana awak boleh masuk?" soal aku tanpa membalas kata-katanya.

   "Fiya bagitahu saya yang awak tak sihat. Dia jugak bagitahu awak ada dekat sini." jawabnya jujur.

   Oh? Jadi betul lah Fiya yang bagitahu dia? Aku dah agak dah.

   "Saya pergi studio tadi. Fiya cakap awak tak datang kerja. Jangan marah dia, saya yang paksa dia bagitahu saya awak dekat mana. I'm worried about you." ujarnya.

   "Saya okay. Awak boleh balik."

   "Qaisara..."

   "Saya cakap saya okay kan?" potong aku laju.

   "Macam ni awak cakap awak okay?" soalnya apabila melihat keadaan aku yang tak terurus.

   Aku hanya diam tidak membalas. Pandangan aku dihalakan ke arah lain.

   "Saya tahu saya salah. Saya tahu awak marahkan saya. Tapi tolong lah, bagi saya jaga awak. Awak sakit sayang..." tuturnya perlahan.

   "Kenapa awak masih nak berpura-pura eh?" aku menyoal.

   Qash aku lihat pamerkan muka hairan.

   "Apa maksud awak?"

   "Saya kenal awak Qash. Dari dulu, awak tak pernah sukakan saya. Jadi, lepas apa yang dah jadi sekarang ni. Kenapa masih nak pura-pura baik dengan saya?" ujar aku kedengaran sinis.

   "Astaghfirullahalazim... Saya tak pernah berpura-pura dengan awak Qaisara. Saya memang ikhlas sayangkan awak. Ya, dulu saya memang suka buli awak. Cemuh awak. Tapi tu dulu. Sekarang, saya betul-betul sayangkan awak..." bicaranya.

   Aku tergelak, sinis.

   "Mustahil lah, orang macam awak ni berubah sampai macam tu sekali. Awak benci saya kan? Lepas tu tiba-tiba, sayang?" soal aku sarkastik.

   Percayalah, aku tak suka apa yang keluar dari mulut aku ni.

   Dan aku dengar Qash mengeluh berat.

   "Saya tak tahu macam mana lagi saya nak yakinkan awak. Tentang perasaan saya. Saya nak awak tahu, saya takkan main-main kalau ia melibatkan soal hati. Saya tahu, perasaan bila dimainkan tu sakit sangat...," ujarnya.

   "Tapi awak dah pun mainkan perasaan saya." potong aku laju. Pandangan aku masih tak bertentangan dengannya. Aku tak mampu. Hati aku akan jadi sebak apabila bertentangan dengan mata milik Qash.

   "Ya, saya tahu. Tu satu kesilapan besar yang pernah saya buat. Tapi percayalah, saya buat semua tu bersebab. Saya... Saya tak nak kehilangan awak Qaisara. Saya tak kuat..." tuturnya lembut. Terselit juga nada sedih di situ.

   Aku mendongakkan kepala sambil mata terpejam rapat. Cuba menghalang air mata dari gugur membasahi pipi.

   "Dah lah Qash... Awak balik lah." tutur aku perlahan.

   "Saya takkan balik selagi awak tak makan dan makan ubat yang saya bawak ni." balasnya.

   "Tak payah susahkan diri awak untuk saya." tolak aku.

   "Apa guna saya sebagai suami kalau saya abaikan tanggungjawab saya sebagai suami? Isteri saya sakit, jadi saya kena buat tak tahu je lah, macam tu?" bidasnya dengan nada serius.

   Aku terdiam. Tak tahu nak balas apa. Lain macam saja dengar intonasi suara Qash kali ni. Terasa takut pulak nak bersuara.

   Dan sekali lagi aku terdengar Qash melepaskan keluhan.

   "Saya takda niat nak buat awak kecil hati. Saya cuma nak jaga awak. Saya takkan boleh buat kerja kalau isteri saya tengah sakit. Dan tolong lah, kali ni. Dengar cakap saya." pohonya dengan penuh harapan.

   Aku masih diam. Kenapa dengan kau ni Qai? Ego tinggi melangit? Qash tu susah payah datang sebab risaukan kau. Tapi kau layan dia macam ni?

   Dengar sahaja suara hati aku, aku rasa terpukul. Kejam sangat ke aku ni? Aku melepaskan keluhan kecil.

   "Hmm." balas aku setelah lama mendiamkan diri.

   Dan Qash aku lihat tersenyum nipis. Dia tunduk mencapai beg kertas di tepi katil. Satu bekas plastik dikeluarkan. Kemudian aku lihat dia keluarkan beberapa jenis ubat.

   "Awak tunggu sekejap. Saya pergi panaskan bubur ni. Saya masak tadi dekat rumah. Tapi dah sejuk. Kena makan panas-panas baru sedap. Tunggu tau." katanya seraya bangun keluar dari bilik bersama bekas bubur.

   Mata aku hanya menghantar kepergian Qash. Dan buat kesekian kalinya, aku melepaskan keluhan.

   Sampai bila perang dingin ni nak berterusan? Jujur aku cakap, aku tak suka dengan situasi sekarang ni. Aku rindukan hubungan aku dengan dia yang dulu. Yang penuh dengan gelak tawa.

   Tapi kenapa diri aku ni susah sangat nak lupakan perkara yang dah lepas? Bila teringatkan semula, mesti hati aku terasa pedih. Kenapa? Aku memejamkan mata dengan rapat. Ya Allah, adakah aku ni pentingkan diri?

   Persoalan itu berterusan berlegar-legar di fikiran aku. Masih tiada jawapan.

   Entah bila dan bagaimana. Aku bukak je mata, Qash dah tercongok di depan aku. Kus semangat! Nasib baik aku tak menjerit dek kerana terkejut.

   Mata aku jatuh melihat semangkuk bubur dan segelas air suam di tangannya. Bau bubur tu dah penuhi ruang bilik ni. Dan semestinya bau tu bangkitkan selera aku. Bau yang sama seperti waktu aku di hospital dulu.

   Qash aku lihat, dia letakkan gelas yang berisi air kosong itu di atas meja kerja aku. Kemudian dia duduk di birai katil. Paling tepat, di sebelah aku. Aku pula membetulkan kedudukan daripada bersandar di kepala katil, kepada duduk bersila. Aku mula berkira-kira untuk mengambil mangkuk bubur itu dari Qash, namun Qash lantas menjauhkan mangkuk itu dari aku. Apahal pulak dia ni?

   "Awak nak buat apa?" soalnya membuatkan aku hairan.

   "Nak makan lah. Tadi awak yang beria paksa saya makan kan?" bidas aku sedikit geram.

   "Iya lah. Tapi buat apa nak ambil mangkuk ni?" soal Qash lagi.

   Bertambah berkerut kening aku.

   "Nak suap makan lah. Awak ni kenapa?" balasku hampir hilang sabar. Aku tengah elok ada selera nak makan ni, dia nak main-main pulak.

   Qash tiba-tiba tersengih menampakkan giginya yang tersusun cantik.

   "Biar saya suap awak." ujarnya.

   Aku berdecit.

   "Tak payah lah. Saya tak lumpuh lagi."

   "Tak kira. Saya nak suap jugak. Awak nak cara lembut ke cara paksa?" ugutnya.

   Kau tengok? Sikit-sikit nak ugut! Aura pembuli dia tu masih tak hilang lagi. Tu yang buat aku kadang-kadang hilang sabar.

   Aku mendengus kasar.

   "Yalah!" balas aku yang dah hilang sabar.

   Aku dengar Qash ketawa kecil.

   "Awak buat macam tu mengingatkan saya dekat kerbau yang dekat kampung Maktok." selorohnya.

   Wah, masih tak hilang lagi ya perangai annoying dia ni? Aku jeling Qash menyampah.

   Qash pula tidak lagi mengusik aku apabila lihat aku tiada respon. Dia mula menyuap bubur itu ke dalam mulut aku. Hmm, masih sedap macam dulu. Air tangan lelaki ni memang lain macam eh bila memasak?

   "Sedap?" Qash bertanya.

   "Hmm." haa kau, dah sehabis pendek aku balas.

   Qash tidak berkata apa. Tahulah dia mood aku masih tak okay. Jangan cuba-cuba nak bergurau dengan aku.

   Masuk suapan ke enam, aku menyuruh dia berhenti menyuap. Mulut aku di tekup dengan tapak tangan. Ya Allah, dia buat hal dah...

   Aku pantas berlari ke arah tandas. Lantas aku memuntahkan apa yang aku makan tadi. Ah, apasal ni? Asyik muntah je. Takkan gastrik ni tak habis lagi? Tapi perut aku dah kurang rasa mencucuk. Ke sebab perut aku ni kosong sangat? Sampai makanan masuk pun perut jadi tak boleh terima.

   Tiba-tiba aku terasa usapan lembut di belakang badan aku. Aku hanya membiarkan. Selepas aku tak rasa nak muntah lagi, aku mencuci mulut.

   "Kita pergi klinik nak? Tiba-tiba je awak muntah ni. Risau lah saya." ujar Qash dengan raut wajah bimbang.

   Aku menggeleng kepala.

   "Tak payah. Ni sebab gastrik je."

   Aku kembali ke katil dengan bantuan Qash. Rasa lemah terus badan ni bila muntah.

   "Ni nak makan lagi tak?"

   Aku menggeleng.

   "Tinggal je. Nanti saya sambung makan." balas aku perlahan. Perut aku diusap perlahan. Rasa tak selesa betul perut aku sekarang ni.

   "Sakit perut ke?" soal Qash.

   "Hmm..." balas aku.

   "Okay, awak makan ubat ni dulu. Lepas tu, baring. Saya sapukan minyak angin dekat perut." arahnya.

   Aku pula hanya menurut. Qash memberikan dua biji ubat demam kepada aku. Ubat itu dimasukkan ke dalam mulut. Kemudian air suam diteguk. Selesai makan ubat, aku berbaring di katil.

   Qash pula mengeluarkan sebotol minyak angin dari dalam beg kertas yang dibawanya tadi. Dah macam poket doraemon. Semua benda dia bawak keluar. Penutup botol dibuka kemudian Qash menyapu minyak angin itu di perut aku.

   Aku menghela nafas lega. Mata aku terpejam rapat. Terasa berangin perut aku ketika ini. Qash mengurut perlahan perut aku membuatkan rasa sakit dan tidak selesa tadi sedikit berkurangan.

   Kemudian dia sapukan minyak angin itu di dahi aku. Dan tanpa dipinta, dia mengurut dahi aku dengan lembut. Aku pula tidak menghalang. Rasa selesa bila diperlakukan sebegitu. Terasa diri aku dimanjakan. Entah kenapa pelik-pelik mood aku kali ni.

   "Dah, awak tidur lah. Insya-allah, lepas bangun nanti awak akan rasa lega." tuturnya lembut.

   Aku pula yang sememangnya terasa berat mata lantas memejamkan mata. Dan sebelum aku terlelap, aku terasa tangan aku digenggam oleh Qash kemudian tangan aku dikucupnya lama. Sekejap sahaja, aku sudah tertidur dengan tangan Qash yang masih tidak berhenti mengurut dahi aku.

**********

Uinaa terasa sweet pulak Qash jaga Qaisara macam tu. Hik hik hik...

Jangan lupa vote okay!

#ToBeContinue

Update: 6 October 2021

Continue lendo

Você também vai gostar

4.1K 166 30
Bissmillahhirohmanirrohim... Eman Laith × Edian Starla Mula : 2.7.23 Tamat : 22.11.23 🍉🍉 !!! Maaf jika ada kesalahan pada ayat. Maafkan saja jikala...
3.4K 108 13
"Asal minah tu selalu pakai rantai tu eh? Buruk plus takde rupa" "Kan! Orang zaman sekarang takdenye pakai rantai macam tu. Tak pandai berfesyen lang...
238K 6.4K 80
Luthfan Darren x Maya Darena Tidak semua orang mampu untuk menjalani kehidupan yang penuh cabaran seperti Maya Darena, seorang anak tunggal yang kehi...
25.6K 1.5K 60
Aisha Amalia seorang anak perempuan sulung dalam keluarga Megat Helmie. Dia bekerja keras demi sebutir nasi untuk dirinya dan 3 orang lelaki adiknya...