Lelaki Untuk Nellya

By dreyaaa_

549K 27.2K 1.4K

Lelaki Untuk Nellya. Nellya hanyalah seorang gadis biasa yang mempunyai crush bad boy Jimmy. Satu sekolah tah... More

PENGENALAN
🌼🌼🌼
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
Bukan update🏁
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼LUN
🌼End
Special chap 1
Special chap 2

🌼LUN

7.7K 437 24
By dreyaaa_

        Nell menjeling Dino di sebelahnya,menyampah melihat Dino yang dari tadi tak henti henti mengusiknya

"Sedap tak air teh o ais Abe jimmy tadi?"soal Dino

Mana tak nya, baru sahaja Dino bangun untuk mengoder air Nell, tiba tiba Jimmy meletakkan airnya di tepi Nell , terus sahaja lelaki itu beredar , mungkin solat.

"Kau senyap la , nanti orang dengar"kata Nell geram

"Kau nanti jangan angau kan imam tadi Nell"usik Dino lagi

Selesai sahaja makan tadi, mereka menunaikan solat zohor berjemaah di masjid berdekatan

Flashback

"Weh , kau dengar tak suara imam tu?"soal Nell kepada Dino setelah memberi salam

"Dengar "balas Dino

"Weh sedap gila suara imam tu "kata Nell lagi

"Haah kan boleh angau weh, tak khusyuk solat"balas Dino

"Tapi suara dia macam pernah dengar"ujar Nell

"Aku pun rasa macam tu, tapi kat mana eh?"kata Dino cuba mengingati

Tiba tiba langsir pemisah bahagian lelaki dan perempuan itu di buka

Terserlah wajah penuh nur Jimmy yang berada di tempat imam

"Weh , hahahahha"Dino mengertawakan Nell

End flashback

"Aduh Nell penat lah tengok drama kau ni"kata Dino

"Shh senyap la, dia dah naik tu"kata Nell apabila melihat Jimmy yang baru sahaja menaiki bas

"Sabar la aku tengah terhibur ni"kata Dino masih lagi dengan tawanya

"Banyak lah kau punya terhibur, kau senyap sekarang"suara Nell semakin perlahan apabila Jimmy lalu di sebelah mereka berdua

Dino menyiku nyiku lengan Nell

"Mengantuk la"kata Dino

"tido"balas Nell sepatah

"Lah kau merajuk ke Nell?"soal Dino lalu tergelak melihat kerenah Nell

"Tak"balas Nell lagi, Dino ni kenapa, dia dah tahu Jimmy ada dekat belakang

"Weh kau nak tahu tak , crush kau dah kahwin"ujar Dino sambil memandang Nell

"Crush aku?..siapa"soal Nell cuba mengingati..banyak sangat ke Crush ?

"Cousin aku tu la , ish takkan tak ingat"kata Dino

"Ouh irpan"balas Nell

"Haaa , dia kahwin minggu lepas, tapi aku baru tahu harini , dah la kahwin dengan jiran nenek aku tu, ish tak suka betul la aku, macam mana la diorang boleh kahwin"kata Dino

"Jodoh"balas Nell

"Tapi aku nak jodoh dia dengan kau , minah jiran tu janda la"kata Dino

Nell terlopong

Mak aih , bukan kaleng kaleng nih

"Apasal aku pulak , aku spm pun tak lagi"kata Nell

Tiba tiba Dino membisikkan sesuatu di telinga Nell

'aku saja je , dia tak kahwin lagi la, tu kau tengok Jimmy kat belakang macam nak makan orang'bisik Dino

Nell menolak Dino jauh, benci.

Terletus tawa Dino apabila melihat reaksi Nell

"Gi mati"kata Nell lalu menjeling Dino

"Nak tanya irpan tu hensem tak?"tiba tiba Daeng menyoal

Dino dan Nell memandang pelik , tapi selepas itu Dino tersenyum sinis

"Ex boyfriend Nell, mesti lah hensem"ujar Dino

Nell terkedu, tersentak,terlopong

"Dino tipu je tu"kata Nell lalu menjeling Dino..ini dah masuk kali ke berapa Dino di jeling

Setelah lama berada di dalam bas itu, akhirnya mereka tiba di port Dickson

"Yey boleh tido"kata Dino setelah turun dari bas

"Weh aku naik jap, aku rasa tertinggal earphone dalam bas"kata Nell lalu meletakkan bag nya di bawah

Sedang dia mencari earphone di tempat duduknya tadi

Tiba tiba ada satu tangan menghulurkan earphone berwarna hitam

"Kau punya aku rembat"kata Jimmy selamba, di telinganya di sumbat earphone Nell berwarna ungu itu

Eh tu punya cikai earphone pun dia nak pakai ke, guna seminggu rosak weh.

Earphone hitam tadi di belek, mak aih ni bukan yang mahal ke

Belum sempat Jimmy pergi, Nell menarik baju Jimmy

"Tak nak la, bagi balik yang tu"Kata Nell kepada Jimmy, walaupun dia agak gugup, dia tetap memberanikan diri.

"Kau cakap dengan aku ke?"soal Jimmy

Nell mengerutkan dahi , terus dia mengangkat muka memandang Jimmy

"Kalau cakap dengan aku, pandang aku, bukan pandang bawah"ujar Jimmy

"Tak kesah la, meh balik earphone tu"pinta Nell

"Kalau aku dah guna, maknanya dah jadi aku punya, kau guna yang aku"kata Jimmy

Eh mamat ni dah kenapa , tak malu ke rembat earphone orang, earphone dia ni lagi mahal kot , ada jenama lagi.

Akhirnya Nell mengalah , dia berura ura untuk keluar dari bas

Namun di tahan oleh Jimmy

"Berapa lama kau couple dengan lipan tu?"soal Jimmy

"Lipan?"soal Nell keliru, lipan mana pulak

"Lupakan je la"balas Jimmy lalu keluar

"Lipan mana ni?"soal Nell sendiri

Ah lantak dia la, yang aku tahu aku nak keluar , kang tak pasal pasal bas bergerak

"Eh Nell lama betul kau cari earphone, ke dating dengan Abe ehem"usik Dino

"Merepek apa kau ni, aku ambil earphone la"kata Nell

Dino tersengih

"Aku tak tahu la jodoh ke apa, bilik kita  sebelah bilik diorang"kata Dino

Nell mengeluh

Jodoh ke bodoh

"Tolong bawakan beg aku, penat tahu tak aku heret beg kau tadi"beg di tangan Nell di hulur kepada Dino

Tiba tiba ada satu tangan mengambil beg itu

Jimmy.

"Anda penat?, Jangan risau kami ada"kata Daeng lalu mengikut langkah Jimmy

"Nah lolipop"kasyaf menghulurkan lolipopnya kepada Rara

Rara mengambil Lolipop itu

Alang alang orang hulur tu ambil je la kan

"Ehem ehem"tegur Meyra

"Mak aih lawa nya hotel dia , serious la ada orang sponsor kita semua...mesti orang tu kaya kan "kata Dino


" Jom la ke bilik, beg Nell dah pergi dulu tu"kata Rara

"Untung laa"kata Meyra

Nell menghela nafas ,habis la kalau fans Jimmy nampak, mungkin lepasni dia di jirus air longkang

Mintak simpang la

Sampai di bilik Nell menyuruh Dino mengambil beg di tangan Jimmy

Namun Dino balik dengan tangan kosong

"Dia suruh kau datang ambil sendiri"kata Dino

"Ish kenapa pulak, kau pergi je ambil"pujuk Nell

"Dah aku dah minta cara baik, dia tak nak bagi, dia cakap dia nak kau ambil sendiri"kata Dino

"Tak nak lah akuuu"balas Nell

"Baik kau pergi Nell, nanti dia tak kasi beg kau, ha apa ada dalam beg tu"kata Meyra

"Dalam tu ada hoodie aku je la"kata Nell

"Pergi la Nell"Meyra menolak tubuh Nell perlahan

Nell mendekati Jimmy yang sedang bersandar pada pintu bilik, rakannya yang lain sudah berada di dalam bilik itu

"Nak"tangan di hulur

Jimmy menghulurkan beg bewarna hitam

"Ni bukan beg aku"kata Nell

"Hmm apa dia?"Jimmy mendekati Nell

"Bu-bukan beg saya ha"kata Nell gugup apabila Jimmy mendekatinya

"Hoodie kau lawa sangat , wangi pulak tu, aku pakai dulu, kau ambil la hoodie aku"Kata Jimmy

Nell tercengang,

Wth?

"Mana boleh macam tu"kata Nell geram

"Kenapa tak boleh?"balas Jimmy

"Itu di kira mencuri"balas Nell

"Mencuri ke apa ke, Hoodie ni dah jadi aku punya"kata Jimmy

Dengan terpaksa Nell mengambil beg hitam itu

"Good girl"balas Jimmy

Nell masuk ke dalam bilik dengan geram

"Ish benci"beg itu di baling ke atas katil

"Eh kau rembat beg Jimmy kenapa?"soal Dino apabila melihat beg yang berukir tulisan Jimmy

"Dia cakap dia rembat hoodie aku sebab lawa , lepas tu wangi"kata Nell

"Hahhahahah, siapa suruh kau beli hoodie lelaki, hoodie kau pulak memang saiz sesuai dengan dia aku tengok..warna hitam pulak semua "kata Meyra

"Apa masalah dia , nak suruh aku kene kejar dengan fans dia lagi ke"kata Nell lalu membaringkan diri

"Aku rasa dia suka kau"Meyra bersuara

Nell menjerit sambil menekup muka di bantal

"Woi kau pahal"tegur Rara

"Geram"balas Nell









Tbc

Sabar semua, saya tengah menyiapkan homework yang betimbun tu😔

Continue Reading

You'll Also Like

19.1K 831 68
Siapa je yang tak kenal dengan roses,empat orang gadis yang cantik,kaya dan sempurna. Tetapi mereka juga terkenal dalam dunia gelap dengan gelaran 't...
263K 12.2K 34
[AUTHOR: AUREL] HAZIEFA HAZIERA seorang gadis polos periang bekerja di bandar untuk menyara keluarganya. Setiap harinya akan dilalui dengan senyuman...
328K 8.9K 59
Dia, Tiada siapa yang mampu menghalang dia untuk melakukan sebarang kekecaman atau pembunuhan,kerana dia ialah Zack Darwish Maxwillson seorang lelaki...
312K 17.5K 50
watak: Hadden Naufal Nur Raisha Darren Naufal Siti Safiyyah Ain Afiyah Rizky Dariel ___ since ada yang request nak cerita Hadden dan Raisha saya Tuna...