His: Mr. Handball

Galing kay ___tzxreyl

1.2K 334 163

His: Mr. Handball Me with you, My Love... ❍♡●♡❍ ❍♡●♡❍ ❍♡●♡❍ Suatu ketika... Higit pa

PRECAUTION
00 : 01
00 : 02
00 : 03
00 : 04
00 : 05
00 : 06
00 : 07
00 : 08
00 : 09
00 : 10
00 : 11
00 : 12
00 : 13
00 : 14
00 : 15
00 : 16
00 : 17
00 : 18
00 : 19
00 : 20
00 : 22
00 : 23
00 : 24
00 : 25
00 : 26
00 : 27
00 : 28
00 : 29
00 : 30
00 : 31
00 : 32
00 : 33
00 : 34
00 : 35
00 : 36
00 : 37
00 : 38

00 : 21

8 5 0
Galing kay ___tzxreyl

«.......fever.......»

┊  ┊  ┊  ┊
┊  ┊  ┊  ★
┊  ┊  ☆
┊  ★

|.↗✉↘|

Luth mengiring ke kanan pabila iringannya di kiri serasa tak kena. Lenguh terasa setiap urat sendi. Panas macam duduk dalam sauna.

"Ergh..." Luth mengerang.

Baringannya semua tak kena. Akhirnya Luth bangun. Perutnya pula berkeroncang hebat.

Aduh, baru dua jam yang lepas dia isi perut. Luth tonyoh hidungnya laju laju. Seketika, dia turun dari katil.

Tak boleh jadi ni.

Bilik Irel dituju. Baru dia nak ketuk, dia teringat yang Irel temankan Angah. Irel berada di dalam bilik Angah tika ini.

Nak masuk ke tak? Kang kalau Irel tak pakai tudung macam mana?

Luth serabutkan rambut dengan hidung ditonyoh kemudiannya. Ya Allah, tak selesa betul. Malas fikir panjang, Luth bawa diri ke dapur.

Dia lapar, dia nak makan. Harap harap ada lah makanan yang berbaki untuk dia santap.

"Blah," tanpa nada Luth keluarkan arahan.

Dari anak matanya, dia perasankan sesuatu berada di atas tong sampah sambil perhatikan dia.

Luth tanpa cakap banyak, keluarkan plastik sampah sejurus dia keluar dari rumah dengan kunci yang digantungkan berdekatan suis televisyen. Settle, dia masuk balik.

Tangan dicuci dan Luth buka pintu peti ais. Iris bewarna russet itu perhati satu per satu apa yang boleh dia makan.

Luth capai seplastik daging burger Ramlah. Tersenyum nipis dia tatkala koklea matanya menangkap kotak coklatnya sudah tinggal suku.

Dalam kalut pun sempat lagi minah tu sental coklat.

Luth ambil pula lapan keping roti Gardenpia. Keningnya bercantum. Apa punya jenama ni? Dahla plastik warna merah campur indigo, macam dekat disco je.

Jenama roti tu juga cukup terkenal oleh seluruh rakyat Malaysia. Semestinya Gardenpia menjadi pilihan kerana lebih enak dimakan begitu saja.

Luth cari pula sayur yang dia boleh masukkan sekali tapi tak ada satu pun yang tinggal kecuali cendawan shitake. Burger dengan cendawan?

Not bad!

Luth cincang kasar daging burger dengan cendawan. Sos pasta yang bersusun di atas rak kabinet, dia ambil yang dalam tin paling kecil punya.

Kuali dipanaskan. Luth letak bawang cincang dan seangkatan dengannya yang dia potong dadu. Daging burger dan cendawan turut dimasukkan.

Kurang dari setengah jam, sandwich anak angkat burger, siap dimasukkan ke dalam mulut. Empat biji keping kesemuanya.

Irel termati langkah pabila tampang Luth singgah di kornea matanya. Kepalanya dipegang, nasib dia bertudung. Tak perasan pula dia tidur tak buka tudung lagi.

Luth dihampiri. Lampu dibuka. Makhluk ni pakai penglihatan karnivor ke apa?

Luth terhenti suapan. Jatuh isi dagingnya ke dalam pinggan.

"Luth?"

"Iralna?"

Serentak nama masing masing diseru.
Irel jungkit kening. Luth terkelip kelip.

"Ya?" Luth menyoal serupa dia tengah duduk di dapur rumah sendiri. Serupa dia bawak sendiri segala bahan dia masak.

Tenangnya tak beriak.

"Kau demam ke?" Irel berdiri hampir dengan Luth.

Belakang tanganya yang berlapikkan jubah yang tersarung, menyentuh dahi Luth sebelum turun di tengkuknya. Irel perhati muka Luth pula.

Kulit pucatnya bertambah pucat. Mana pergi saluran darah mamat ni? Kalau toreh pun, darah bagi salam sejam sebelum kut baru dia keluar.

"Ya Allah, Luth!"

"Ya..."

"Hidung kau merah. Muka kau pucat." Irel tunjuk tangan dan muka Luth. "Mana warna urat kau? Kau demam ke? Panas tau tak badan kau, Ya Allah."

Irel buntu. Apa nak jadi lah dengan mamat ni? Selamba dia je menyumbat lagi macam tak ada apa apa.

"Aku demam laa sekarang ni..." Luth angguk angguk.

Pap!

Irel tepuk dahi Luth. Kuat tak kuat, tersentak juga Luth dibuatnya.

"Kau apahal, Iralna?" Riak muka Luth bengang.

Ergh, mahu tak bengang bila tetiba je kena penampar macam tu. Nasib Irel perempuan, kalau orang lain buat macam tu, memang bertepuk amai amai orang tu dalam wad!

"Kau lah. Kau demam kau tahu tak?" Tegas nada Irel. Dia bercekak pinggang.

Ya Allah, panjangnya hari ni. Macam macam berlaku.

"Tahu, sebab tu aku makan banyak." Luth sambung kunyah. Dah tinggal sekeping, tu pun setengah je sebab dia dah koyak.

"Terima kasih untuk bahan bahan ni. Tak pernah aku cuba tapi sedap." Thumbs up dilayang depan mata Irel.

Irel tengok macam nak gigit ibu jari Luth. Nak lempang tapi nanti dia pula jadi lempeng kena marah dengan Angah sebab buat anak orang. Angah nampak macam boleh terima kehadiran Luth.

"Kau demam, kau tahu tak?" Ulang Irel.

Luth hela nafas halus. "Ya tahu..."

"Habistu?"

"Aku demam, aku lagi lapar. Bagi masa kejap aku nak makan ni. Oh, kau nak jugak? Tinggal sikit je ni ha." Luth sua ke Irel.

Irel tahan geram di hati. Ni kalau betul betul makan lempang aku, raya tahun ni kau tak payah cari lemang dah!

"Luth Arashy... Kau demam, kau kena rehat. Selsema pulak tu, mana boleh sejuk sejuk. Hujan dah rintik pun, tak elok dah, kau dah demam. Kau masuk dalam bilik sekarang, biar aku kemas ni. Nanti kau baik, aku belanja kau makan puas puas. Fahamkan?" Irel berubah lembut nasihat dan arahkan Luth.

Cakap kasar, tak jalan. Lagi dia buat derk adalah.

Berkaca kaca pupil Luth. Dia tunduk, nafas ditarik dalam. Saat dia angkat pandangan, air muka Irel yang polos menyambut retina matanya.

"Terima kasih," senyuman lebar dihadiahkan dan dia terus bawa haluan naik ke bilik.

Ada sesuatu menghuni di dada hinggakan nak bernafas juga dia rasa sukar. Sungguh malam ini dia gagal membendung perasaan yang menghimpit. Akhirnya Luth tewas, dia menangis.

His worst feeling is when he have a lot of things to say but he keep silent on it. Simple he say, he don't want that sympathy and empathy look. Enough is enough.

Irel terkesima. Tak terduga olehnya reaksi dari Luth. Salah dia ke? Tapi dia tak marah, siap cakap lembut lembut lagi.

Irel menggeleng. Pandangannya jatuh ke pinggan. Air tangan Luth dirasa sebelum dia tarik kerusi menikmati baki dari Luth. Heaven.

❍☆❍〃

"Luth!" Aku kejut keras tubuh Luth.

Ya Allah Luth, kau buat apa?!

Tubuhnya tidur di sisi katil Angah berdepan denganku. Aku di bahagian sisi kanan katil, Luth di sisi kiri. Turut ketiduran macam aku yang hanya berlapikkan tangan temankan Angah.

Rasanya semalam dia tidur dalam bilik dia, ni apahal ada sini pulak?

"Luth..."

Nak tak nak Luth harus dikejutkan. Subuh akan menghampiri ke waktu Syuruk tak berapa lama lagi.

"Luth!" Bahunya aku goncang.

Luth masih begitu. Pegun dalam posisinya.

"Weh Luth, bangun subuh." Kali ini aku goncang kuat dari tadi.

Kejap lagi nak kena kejut Angah pulak. Angah bukan je tidur mati tapi telinga dia serupa shut down terus dari dengar sebarang bunyi. Selagi tak putus anak tekak, selagi tu la Angah tak bangun.

"Luth Arashy!" Dan Luth bangun dengan kepalanya macam layang layang putus tali sebelum mendarat ke katil semula.

"Ya, ya... Tahu demam tapi sekarang solat dulu. Pukul 6.40 dah ni. Cepat, kejap lagi Angah pulak." Aku pegang kejap bahu Luth dan paksa dia bangun.

Lemah sangat aku tengok dia ni. Semalam bukan main hyper lagi sampai pukul 12 pun sanggup turun masak sekarang ni lembik macam jeli.

Luth dengan langkah longlai, bangun masuk ke dalam bilik air. Terhuyung hayang langkahnya dengan tubuh membongkok.

Aku menggeleng.

Kini, Angah pula yang kena kejut. Selalu Angah kejut aku, hari ni dan sepanjang Angah tak sihat, akulah yang kena.

"Luth," sebelum Luth tumbang lepas solat, aku seru dia dulu.

Angah dah masuk ke alam lain lepas susah payah solat. Solat pun solat duduk yang beberapa kali nak jatuh.

Tak pernah Angah seteruk ni lepas kali terakhir dia demam teruk empat tahun lepas.

Aku agak musykil macam mana Angah boleh tetiba demam.

"Nanti Iralna, nanti..." Dari nadanya, nampak sangat Luth penat.

Tapi aku ada benda penting nak bagitahu ni!

"Alah kejap, aku nak cakap. Hari ni hari Jumaat. Kita takkan tak pergi sekolah?" Jari jemari aku patahkan.

Runsing fikir.

Hari ni dahla Hari Jumaat, ada subjek Sejarah. Ada pula kelas Matematik dan latihan kawad KASPA waktu pagi.

Dengan bukaan mata yang kecil, Luth hantar pandangan tak beriaknya. Langsung tak dapat aku tebak apa maknanya selain 'ada aku kesah?'

"Biar la," Ha kan aku dah kata!

"Habis parents kau macam mana? Diorang cari kau, Luth. Macam mana ni? Pinjam phone kau, bagi aku cakap dengan mama kau. Diorang tentu risau." Aku bersuara kalut kalut memandangkan makin kecil mata Luth.

Tunggu nak pergi belayar macam Angah je.

"Pandai pandai la aku settle nanti," dan terus Luth angkat tangannya.

Talk to my hand.

Ergh, kau ni tak faham aku langsung! Aku punya gelabah ni, tak payah cakap. Dengan tak boleh solatnya, jantung aku berdegup lain macam. Lari ritmanya.

Gelisah je.

"Yelah, yelah tidur dulu." aku akhirnya beralah. Kepala aku juga berpusing lain macam dari semalam tapi aku buat tak tahu.

Kalau aku layan, siapa nak urus Angah?

Akhirnya aku juga terlelap di dalam bilik sendiri. Takpa kut Angah aku biar, Luth pun ada sekali dalam bilik tu. Even dua dua demam at least suara speaker Angah boleh panggil aku.

Aku nak rehat, penat. Nanti aku bangun haraplah tenaga aku serupa 100 peratus dicas macam bateri.

❍☆❍〃

"Irel mana Irel?" Ima yang baru tiba sejurus meletakkan beg di sisinya di tapak dataran, menyoal.

Afif yang duduk di petak barisan paling depan bahagian lelaki, kalih ke belakang sebelum buka mulut.

"Dia tak datang lah tu, dah pukul berapa dah sekarang." sebelum dia sambung baca Al Quraan terjemahan di tangan.

Begitulah rutin tiap hari. Datang je terus ke dataran dengan beg sekali. Nak letak dekat kaki lima atau hanya di sisi, ikut suka masing masing. Jangan letak dalam kelas sudah kalau tak nak cikgu cekup siapa pemiliknya.

Bacaan Al Quraan akan diadakan bagi pelajar Muslim yang diketuai oleh Pengetua bergilir dengan ustaz dan pelajar yang terpilih sejurus tiba saja beliau ke sekolah yakni dalam pukul 6.30 macam tu hingga jam 7.20.

7.20 hingga 7.40, dataran akan penuh dengan para pelajar dan cikgu cikgu. Pelajar India dan Cina yang ditempatkan di kantin dan makmal Fizik, berkumpul sekali di dataran ikut barisan kelas.

Selang seli lelaki perempuan mengikut kelas dan tingkatan dengan tanda batu bewarna di hadapan.

"Hmmm, ada lah tu kerja dia. Semalam pun dia balik paling lambat, entah pukul berapa. Waktu aku balik, dia tak balik lagi." Izzah menyampuk.

"Semalam pukul berapa kau balik?" Athirah menyoal sambil muka disorokkan di celah celah bukaan Al Quraan.

Mata mata cikgu walaupun bermata empat, tajam. Cikgu datang senyap senyap je sebelum tampar belakang kau.

Sekali kena, malu sebab semua orsng tengok.

"Dekat pukul 6 lebih jugak."

"Weh lambatnya!"

"Ha, tulah."

|.↗✉↘.|

Punya panjang hari dua makhluk tu sampai berbab bab😷😷😫 and chapter ni terrrpaling pendek🌚

011021
1609.
-1684

🆒,
~t.reyl

Ipagpatuloy ang Pagbabasa

Magugustuhan mo rin

222K 14.7K 62
Delilah Lavelle, kehidupannya tak seindah nama yang diberi. Saat kejatuhan terbesar dirinya bermula ketika orang tuanya bercerai. Bertambah tragik, d...
1.6M 119K 101
ALPHABET SERIES: S for SCHOOL 1# Apa pendapat kau tentang kahwin ketika masih bersekolah? Disclaimer: CERITA HANYA FANTASI. FEMALE CHARACTER SEDANG B...
5.5K 1.3K 16
Spin-off | ADORE (ft. FUTURE) Loving you is healing me 9 Mac 2024
113K 1.5K 6
NEW VERSION OF HENDRIYAN "Aku ni tak nampak apa-apa. Yang aku nampak cuma kegelapan..." - HENDRIYAN "Sebab tulah saya ada dekat sini. Saya ni lah ma...