ALPHA 122

By NurIzzahHani

193K 20.5K 3.2K

ALPHA 122 merupakan satu daripada tiga pasukan bomba di Balai Bomba Siber Raya. Sedia berkhidmat tanpa mengir... More

Pengenalan
Kemalangan Jalan Raya
Pokok Hempas Bumbung
Teman Pili Bomba
Tersadai Banjir Kilat
TW: SUICIDE
Nyet Nyet Monyet
Pra-Operasi Banjir: Akmals' Plan
Banjir Pt 1
Banjir Pt 2
Banjir Pt 3
Banjir Pt 4
Banjir Pt 5
Banjir Pt 6
Banjir Pt 7
Banjir Pt 8
Banjir Pt 9
Sayonara, Buana
Bilik Kawalan
Burger Dan... Cinta?
Pintu Terkunci
Late Night Thought 💭
Bismillah, Assalamualaikum
Akmals Mukbang
Cincin Tersekat
Bi, Awak...
Kebakaran Bangunan Pt 1
Peluang Kedua
Post Mortem Kebakaran
Oyen 😩
TW: Suicide 2
Oink Oink
Khidmat Komuniti Pt 1
Khidmat Komuniti Pt 2
Bro Is Nervous 🥶
The Akmals Day
Photograph
Ultimate Maggi Night
Filler Chapter
Raja Sehari
Cahaya Baharu
High
Kelam
Desperate SAR
Maggi Talk
Belasungkawa
Memerang
Api Belukar
Akmals
Tinta Penulis
Api Sampah
Pre Order PBAKL2023

Kebakaran Bangunan Pt 2

3K 391 72
By NurIzzahHani

Setibanya kami di lokasi kejadian, api sudah membakar hampir keseluruhan bahagian atas rumah kedai dan mula hendak menyambar bangunan bersebelahan.

Bantuan daripada Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Lumut sudah tiba terlebih dahulu. Cik Ros terus mendekati penyelia pasukan mereka untuk bertanyakan situasi.

Menurut beliau, mereka baru sahaja tiba 10 minit yang lepas. Api semakin besar mungkin disebabkan oleh angin yang bertiup. Punca kebakaran masih lagi disiasat.

"Ada mangsa?" Cik Ros bertanya.

"Ada seorang perempuan dan seorang budak lelaki dekat dalam. Tuan rumah kedai ni kata dia keluar makan dengan kawan-kawan dia. Lepastu dia terima panggilan rumah kedai terbakar."

Cik Ros mengangguk faham.

16 anggota bomba yang berada di lokasi kejadian dibahagikan kepada empat pasukan kecil. Pasukan mencari dan menyelamat mangsa kebakaran dalam bangunan, pasukan pemadam api dari luar bangunan, pasukan pemadam api dari dalam bangunan dan pasukan bantu mula perubatan.

Akan ada lebih ramai lagi anggota bomba yang hadir sekiranya api tidak dapat dikawal. 16 orang anggota nak melawan api besar macam ni memang tak terdaya.

Anggota bomba dari Balai Kuala Lumut sedang membuat proses penyejukan bangunan di sebelah kiri dan kanan bagi memastikan api tidak merebak ke tempat lain.

"Bodoh ke? Api dekat tengah yang pergi sembur kiri kanan tu dah kenapa?" Cacian daripada orang awam melintas di telingaku.

Suka hati je cakap orang bodoh. Siapa yang ada Sijil Sains Kebombaan sekarang ni? Meh la sini tolong pegang hos daripada tolong memekak. Ei, panas pula hati aku.

"Encik, bawa bertenang cik. Nah minum air ni dulu." Dengan tenang Aira menghulur botol air mineral kepada lelaki yang memanggil kami bodoh tadi.

Dia ni tak takut kena pukul tiba-tiba ke? Emosi orang tu dah la tengah tak stabil. Aku pula yang risau.

Terdiam sebentar lelaki pertengahan 30-an itu apabila ditegur oleh anggota perempuan. Dia memandang Aira seolah-olah menghakimi keberadaan Aira di situ.

"Kalau encik nak tahu, kita kena rendahkan dulu suhu kawasan sekeliling api yang belum terbakar supaya api tak merebak." Aira memberitahunya dengan nada yang lembut.

"Kau perempuan jangan cuba nak tunjuk pandai. Kau nak mengajar aku pula sekarang? Kau ni bomba ke cikgu? Buat je la kerja kau." Lelaki itu berlalu pergi. Mungkin dia sudah malu dengan teguran Aira.

Aira menghampiri aku yang akan masuk ke dalam bangunan sebentar lagi. Dia memeriksa tolok tekanan pada BA aku macam aku tak tahu periksa benda tu sendiri. Setelah dia berpuas hati barulah dia berundur.

"Maggi malam ni?" Aira memandang aku.

Aku hanya mengangguk.

Ada 7 orang yang akan masuk ke dalam rumah kedai yang terbakar. Daripada pasukan Alpha 122, ada aku, Alex, Azlan dan Nufail. Manakala baki  tiga anggota lagi dari Balai Bomba Kuala Lumut iaitu Lim, Afham dan Endok.

Endok dan Afham akan membuka laluan dengan memadam api menggunakan air daripada hos yang dibawa mereka. Lim, dan Azlan pula mengangkut dua tabung alat pemadam api bersama mereka. Aku, Alex dan Nufail akan fokus kepada kerja-kerja menyelamat. Nufail membawa selimut kalis api, tuala basah beserta bersama kami. Alex membawa topeng oksigen untuk mangsa di dalam yang berkemungkinan masih hidup tetapi kekurangan oksigen. Aku membawa peralatan untuk memecahkan pintu.

Gril yang berkunci siap bermangga aku potong. Azlan pula memecahkan tombol pintu. Endok dan Afham terus masuk terlebih dahulu.

Patutlah mangsa tidak keluar, bahagian hadapan pintu rumah itu sudah terbakar. Kami masuk secara menunduk supaya tidak terkena asap.

Keadaan di dalam bangunan ini amat gelap kerana kami berada dalam sumber cahaya. Kalau kau tengok cerita yang dalam situasi kebakaran boleh nampak muka hero tak pakai BA, tak ada baju kalis api boleh selamatkan orang siap nampak perabot terbakar dan runtuh, ketahuilah itu semua dusta belaka. Nak nampak anggota lainpun cuma berpandukan fabrik neon yang bercahaya dalam gelap pada baju kalis api yang mereka pakai. Penglihatan amat terhad dan kami banyak bergantung kepada deria pendengaran untuk membantu deria penglihatan.

"Ada orang ke dekat dalam?" Aku mengetuk-ngetuk sekeliling bagi membuat bunyi.

Tok... Tokkk... Tok...

Ada bunyi ketukan yang amat halus kedengaran. Aku cuba mencari kedudukan mangsa dengan penglihatan yang terhad.

"Sini!" Nufail meniup wisel untuk memberitahu kedudukannya. Aku terus mengikuti bunyi wisel itu.

Di hadapan kami ada sebuah pintu yang terhadang dengan almari yang sudah roboh. Pantas almari itu dialihkan.

"Puan jangan duduk dekat dengan pintu." Alex memberi peringatan kerana apabila kami cuba memulas tombol pintu itu ia keras tidak mahu berpusing.

Tombol itu diketuk dengan besi panjang dan aku terus menendang pintu itu agar ia terbuka. Sejurus sahaja pintu terbuka, suluhan cahaya daripada lampu suluh aku menangkap sosok tubuh seorang wanita sedang mendakap anaknya sambil melitupi diri mereka dengan tuala basah dan menutupi mulut serta hidung dengan kain basah.

Telinga aku menangkap bunyi ledakan yang kuat.

"Minta bantuan, tong gas meletup." Aku mendengar laporan daripada radio yang diberi kepada kami.

"Ada sesiapa cedera?"

"Tak ada, tapi api makin marak. Mohon bantuan segera."

Aku mengambil anak yang berusia enam tahun itu daripada ibunya dan membaluti tubuh itu dengan selimut kalis api. Alex dan Nufail akan membantu si ibu.

Sejurus aku keluar, ada api yang menyambar almari betul-betul di sebelah aku. Bahagian yang sudah tidak stabil itu jatuh menghempap belakang tubuh aku.

"Sesiapa, ambil budak ni!" Aku menjerit.

Budak yang berada dalam dakapan aku itu ketakutan dan menangis. Badan aku terasa sangat panas seperti terbakar walaupun ada silinder yang aku pakai tetapi aku tidak boleh beralih kerana bimbang budak ini pula yang akan cedera.

Tapak kaki aku panas rasa terbakar mungkin kerana aku memijik bara api. Pernafasan aku menjadi tak tentu hala. Aku risau silinder yang aku pakai ini menjadi panas melebihi 60 darjah Celsius kerana ia akan memberi kesan kepada paru-paru aku yang menghirup udara suam.

Penggera yang dipasang pada BA aku sudah berbunyi tanda aku perlu keluar segera. Panas, terlalu panas. Rasa seperti dibakar hidup-hidup.

Api yang panas tak membakar Nabi Ibrahim. Aku tak tahu kenapa ayat itu terlintas di minda aku sekarang. Aku bukan nabi yang ada mukjizat. Aku bukan wali yang ada karamah. Aku cuma manusia biasa. Orang awam dalam hal agama. Semua ini terlalu melelahkan.

'Akmal Harith, tenang. Kau memang bukan nabi atau wali. Tapi kau beriman dengan Tuhan yang sama dengan mereka. Allah itu dekat. Dia mendengar setiap doa hamba yang berdoa kepadaNya.' Aku cuba menenangkan diri sendiri.

'Kau bomba yang terlatih, Akmal. Kau dah belajar cara hadapi situasi ni. Percaya sahabat kau. Mereka akan datang selamatkan kau. Percaya BA yang kau pakai. Guna dia sebaik mungkin.' Aku menggunakan kaedah tactical breathing atau juga dikenali sebagai box breathing untuk membantu aku bertenang.

Nafas empat saat ditarik dalam. Ditahan empat saat lagi dan aku hembus perlahan dalam masa empat saat. Rutin itu aku ulang tiga kali supaya aku boleh bertenang.

Aku tak tahu siapa yang mengambil budak itu daripada tangan aku tapi sekurang-kurangnya budak itu sudah boleh dibawa keluar.

"Kau larat tak nak keluar sendiri ni?" Ada suara yang bertanya tapi aku tak dapat membalas. Dada aku terasa sempit dan perit.

Aku menolak kayu almari yang menghempap aku kemudian menghidupkan signal radio supaya lokasi aku mudah dikesan. Aku memaksa badan yang sudah tidak terdaya untuk pergi berhampiran dinding.

BA aku tanggalkan dan letak di hadapan aku. Injap yang mengalirkan udara ke topeng aku matikan kemudian aku buka sedikit sahaja untuk membenarkan udara mengalir masuk ke topeng lalu aku tutup semula. Aku ulang bila aku mahu bernafas lagi. Kaedah wheel breathing ini akan membantu aku menjimatkan udara dalam silinder yang semakin sedikit.

'Akmal Harith, jangan tidur! Kau dah janji nak makan maggi dengan Aira." Aku cuba memastikan diri aku berada dalam keadaan sedar.

Tapi, mungkin dekat sini pengakhiran aku sebagai anggota Alpha 122. Badan aku terlalu panas seperti dibakar. Dada ini terasa sesak dan sempit. Aku masih ada banyak benda yang aku nak buat. Aku masih terlalu muda untuk mati.

Setiap yang bernyawa, pasti akan merasai mati.
(Surah Ali-Imran: 185)

Syarat kematian itu cuma bernyawa. Bukan muda, bukan tua, bukan miskin dan bukan juga berharta.

Aira, maafkan aku. Mungkin kau terpaksa makan maggi seorang malam ni. Maafkan aku sebab mungkin esok dah tak ada untuk aku saksikan pertunangan kita. Maafkan aku sebab tak mampu menjadi sekuat seorang superhero dan watak utama dalam filem yang sentiasa dapat menyelamatkan semua orang.

Aira, jagakan mak abah sampai kau jumpa lelaki yang boleh layan kau makan dan pinjamkan bahu bila kau menangis. Aku tahu, pengganti aku nanti tak akan sekacak aku tapi aku harap, kau akan bahagia dengan dia.

Mak, abah, kakak... Terima kasih untuk segalanya. Adik dah terlalu penat dan sakit. Izinkan adik rehat ya?

"Akmal! Akmal Harith!"

Aku tak tahu suara siapa yang memanggil nama aku tapi terima kasih, sahabat. Terima kasih sebab sanggup pikul aku. Sekurang-kurangnya ada jasad yang sempurna untuk keluarga dan kesayangan aku tatap sebelum aku dikambus tanah nanti.

'Demi nusa bangsa, rela berkorban nyawa'. Ini tagline Alpha 122. Aku tak sangka pula yang akan terkorban itu, nyawa aku.

Tapi tak apalah, asal ada hari esok untuk orang lain, biarlah aku yang pergi. Maaf sahabat, aku tak dapat berjuang sekali. Aku tak lagi bergelar pahlawan api.

Aku tak pernah rasa sakit sebegini. Terlalu menyiksakan seperti tusukan-tusukan pedang yang banyak.

Terbayang wajah semua orang di ruangan mata. Mungkin sudah tiba masa untuk aku pergi.

"Akmal Harith, bangun! Bangun!"

Aira ke tu? Selamat tinggal gadisku.

Tiada Tuhan selain Allah, Nabi Muhammad pesuruh Allah.

Gelap. Sunyi. Kosong.

Perlahan-lahan, aku menghilang.

Tamat.

Continue Reading

You'll Also Like

83K 10.1K 28
Cerita ini ditulis atas highway sebab tak ada line huhu. Tapi ni cerita Angkatan Tentera DiRaja. Raven ni sniper wanita berjaya yang angkuh dan liar...
74.3K 6.7K 53
[Pemenang Bagi Kategori 'The Kpoppers'] "Kenapa tak pakai sabun bau strawberry yang aku beli tu ?" "Maaf . Aku tak suka bau strawberry , so aku pakai...
83.6K 6.2K 58
Syairish Rey, pelajar kolej yang menjalani rutinnya sebagai seorang pelajar. Kehidupannya normal sehinggalah pada hari dia diselamatkan secara tidak...
2.4M 193K 79
(COMPLETED) "Siapakah MARIA? Pada satu sisi, Maria hanyalah seorang wanita biasa yang terpilih menjadi pelatih dalam kem latihan tentera Gavriel. Na...