TUAN KHAIRUL ✓ [C]

By samperitmilo

294K 18.1K 3.1K

Sekuel TRIO Luth Mahfuz Luth Hentian Akhir Fatihah : Mahfuz . [[Sila baca sekuel Fatihah Mahfuz dahulu]] BO... More

01 Mak Teh
02 Tampar
03 Teman lelaki mama
04 Cari
05 Bilik disiplin
06 Pecat
07 Pergi
08 Coklat
09 Wad
10 Janji
11 Rokok
12 Sakit perut
13 imbasan CT
14 Lavender
15 Tangkap
16 Riba
17 Pembedahan
18 Tampar
19 Jenazah
20 Lemas
21 Website
22 Hospital
23 Hari baharu
24 Hero
25 Resort
26 Alya
27 Tampar
28 Ultrasound
29 Tawaran
30 Kerja
31 Enam bulan
32 Bayi
33 Hospital
34 Pukul
35 Anak papa
36 Kejar
38 Syarat Haji Daud
39 Tuntut bela
40 Pengawal
41 Minta Maaf
42 Ilmu hitam
43 Tuan
44 Syarat pertama
45 Caesar
46 Malam Jumaat
47 Mimpi
48 Dari mula
49 Fardhu ain
50 Solat berjemaah
51 Lia
52 Berjumpa
53 Setuju
54 Butik
55 Memaafkan
56 Akad Khairul
57 Solat zohor
58 Tertunai
59 Aqidah
60 Suap
61 Ziarah
62 Ke klinik
63 Risau
64 Syukur
65 Kesayangan Tuan Khairul [TAMAT]
Epilog
Epilog 2
Epilog 3
Epilog 4
Epilog 5

37 Balas dendam

3.1K 225 42
By samperitmilo

"Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berpikir."

QS Ar-Rum: 21

"Aku tak pakai apa-apa protection tadi... Lebih baik kau cepat mandi dan pergi klinik. Dekat sana doktor akan bagi kau satu ubat untuk sekat terus air mani aku daripada bersenyawa dalam rahim kau," terang Khairul.

"Tapi... Pastikan kau mandi betul-betul. Kalau kau tak nak mandi, aku yang akan mandikan," bisik Khairul. DNAnya tidak boleh dibawa keluar.

Gadis itu pun mengangguk lemah. Kerdipan mata semakin kuyu. Pancuran air panas kembali dilalukan pada kulitnya. Sakit tadi ditahan, dia membersihkan setiap inchi tubuh badan. Pandangan helang Khairul yang menanti di pintu bilik air lebih ditakuti.

Hujung bibir Khairul terjungkit. Tangan membawa keluar dompet kulit. Sambil menanti si gadis selesai mandi, dia mengira wang bayaran.

"Jangan sesekali kau sebut nama aku masa buat laporan pihak polis. Ingat satu nama ni, Mahfuz. M-A-H-F-U-Z." Khairul siap mengeja lagi akan satu nama yang amat dibenci.

Usai bersiram, gadis itu melintasi perogolnya. Dia berlabuh di birai katil dan mahu mengambil pakaian tadi.

" Jangan pakai baju tu," larang Khairul. Dibimbangi ada air maninya yang tersisa pada pakaian mangsa. Otak cergas lelaki itu sentiasa menyelamatkan keadaan. Sepersalinan baju yang sempat dibeli sebelum naik ke hotel diserahkan pada gadis itu.

"Cepat sikit pakai. Aku akan hantar kau ke klinik," kata Khairul. Bayaran RM500 diserahkan pada tangan si gadis.

Dunianya perlahan. Gadis yang baru sahaja dirogol itu memandang wajah Khairul. Dia tidak dapat berjalan dengan elok, kesakitan yang dialami telah pun melemahkan seluruh badan. Terpinga-pinga apabila melihat ke sekeliling.

Sekelip mata, dia telah ditinggalkan Khairul di hadapan sebuah klinik swasta. Gadis itu memaksa kaki melangkah sebelum badan jatuh menyembah bumi betul-betul di hadapan pintu masuk klinik. Beberapa petugas perubatan lekas mengusung tubuh kecilnya untuk dibaringkan ke atas katil.

Beberapa pemeriksaan dibuat. Akhirnya, tahulah mereka yang gadis itu telah dirogol. Bahagian alat sulit si dara terkoyak dan luka. Badannya panas membahang. Barangkali trauma atas perbuatan zalim Khairul.

Dia yang dipelawa buat berjumpa atas soal kerja menjadi mangsa lelaki itu. Nama Mahfuz masih dalam ingatan.

"Adik, siapa buat ni?" Azzam memegang kedua-dua bahu Lia, matanya membulat kebegangan. Ketakutan yang dihadapi Lia membuatkan badannya menggigil.

"Mah-Mahfuz..."

"Siapa Mahfuz?!" Azzam mengeras kan suara.

"Tak... Tahu..." Lia memecahkan tangis tidak bersuara di hadapan Azzam. Dia tidak dapat menenangkan diri sendiri apatah lagi selepas ditengking abang kandung. Trauma dirogol Khairul menghantui setiap detik yang berlalu. Dia jadi paranoid, takut andai Khairul menantinya di sebalik bayang-bayang. Biarpun tiada Khairul Iddin di situ, masih Lia dalam ketakutan.

"Celaka betul Mahfuz. Aku cari kau sampai lubang cacing." Maki lelaki berkenaan. Apa yang menjadi tujuan  hanyalah untuk membalas dendam. Langsung tidak kisah perihal adik perempuan yang memerlukan sokongan moral ketika itu. Azzam melangkah keluar bilik dan meninggalkan Lia berseorangan begitu sahaja.

PAPPP

***

Di rumah yang sama, pada tanggal berbeza. Janji termeterai tidak ditunaikan. Insan bernama Mahfuz hanyalah mangsa fitnah. Pihak polis melepaskan ustaz Mahfuz daripada tahanan reman lalu menutup kes berkenaan atas satu asbab. Mereka tidak punya banyak bukti buat menyabitkan siapa-siapa lagi.

Hingga ke saat itu, kes rogol Lia tidak selesai.

Azzam melayangkan langkah lemah ke dalam rumah. Pintu dikatupnya kembali.

Hebat balasan Allah pada diri kerdil itu. Dia telah meragut dara seorang gadis bernama Alya lalu ditinggalkan seperti tiada apa yang berlaku. Selang beberapa bulan, adik kandung sendiri dirogol seorang lelaki durjana. Roda kehidupan menghentam jiwa Azzam.

Dia terduduk di atas sofa ruang tamu. Tangan didepakan lalu batang tengkuk bersandar.

Lagi mengejutkan, kes pukul yang ditulis atas nama Khairul Iddin pada hari ini telah ditarik balik oleh pihak pendakwa. Kiranya dia terselamat dalam misi membalas dendam ke atas 'haiwan' itu. Azzam menghela nafas lega. Bermain dengan orang kaya seperti Khairul agak merbahaya kerana mereka punya duit yang mampu membeli apa sahaja. Termasuklah untuk membeli maruah.

"Zam pergi mana? Dah senja baru balik rumah." Pertanyaan berkenaan diutarakan oleh seorang wanita berkain telekung putih di meja makan berdekatan.

"Tak ke mana, ambil angin luar," bilang Azzam. Dia tidak berpaling menghadap sang ibu tika berkata dek minda yang jauh melayang memikirkan cara buat menghabiskan nyawa lelaki yang telah merogol adik kandungnya.

"Tak pergi melawat adik hari ni?"

"Nanti Zam pergi lepas bunuh orang yang buat adik macam tu." Tekad mahu membunuh Khairul tidak terpadam malah makin menjulang hari demi hari. Sikap tidak acuh semua pihak menyakitkan hati Muhammad Azzam dalam menuntut bela ke atas apa yang terjadi pada adiknya.

Puan Nora tidak pernah menganggap Azzam serius dalam berkata-kata. Dia tahu betapa marahnya anak sulung rumah berkenaan pada kejadian yang tidak diingini. "Pergilah mandi. Dah nak maghrib ni."

"Tak payah nak suruh-suruh. Orang tahulah nak buat apa," kata Azzam. Pemuda itu lekas berdiri dan mengkusutkan rambut tanda serabut.

Kerana dendam, Khairul Iddin pernah terjerut dalam bahana masalah dan azab dunia. Allah Ta'ala menarik banyak nikmatnya. Syaitan berjaya menyambung hasad jahat ini pada satu jiwa yang lain pula. Di saat insan bernama Khairul mahu mengecapi kemaafan setiap pihak, ada satu hati menyumpah kematian je atas namanya.

***

Berbaju tshirt kosong dan berseluar jeans panjang. Lelaki tinggi lampai berkenaan menanti dengan sabar. Tangan kiri bersimen dan tergantung dalam pengaduh kain berwarna biru yang disangkut pada batang lehernya. Dia tidak berseorang pada hari itu. Ada pekerja Dato Muhsin diminta buat menghantar Khairul ke mari dek kecacatan sementara yang menghalang lelaki ini memandu sendiri.

"Assalamualaikum," laung Khairul Iddin buat kali ketiga.

"Waalaikumsalam." Keras suara Haji Daud menyambut. Dia mengira manusia bernama Khairul telah berputus asa. Seminggu lamanya kediaman mereka tidak menerima kunjungan lelaki berkenaan.

Keadaan tubuh Khairul yang berlebam sana sini dikerling dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Lebam pukulan Haji Daud tempoh hari tidak kelihatan tika itu. Yang menghiasi wajah tembok Khairul ialah lebam asing yang tidak diketahui puncanya. "Kenapa kau datang lagi? Ingat ke dah tak nak datang. "

"Sebab saya nak nikah dengan anak pak cik. Berilah saya peluang untuk berbincang," pinta Khairul Iddin. Dia terpaksa menebalkan wajah di situ. Sudahlah kehadiran tidak diundang, badan pula berlebam sana sini seperti buah yang masak ranum.

"Kau cuma buang masa," kata Haji Daud. Orang tua ini masih dengan pendirian tegasnya.

"Hari-hari saya akan datang ke sini sampai pak cik lembut hati dengan saya," kata Khairul Iddin.

Haji Daud naik penat untuk menghalau pemuda itu. Sudah berbuih mulut pun masih keras kepala. "Jangan sampai aku panggil polis dan buat aduan kau buat kacau bilau dekat sini."

"Saya takde niat untuk kacau. Saya cuma nak berbincang semeja dengan pak cik. Walaupun pak cik patahkan kedua-dua kaki dan tangan saya, saya akan tetap  datang."

Orang tua itu diam sejenak. Secebis rasa kasihan terbit buat membiarkan Khairul terus berdiri di halaman rumah dalam keadaan begini. "Tangan kau kenapa?"

"Saya kena pukul masa balik daripada rumah pak cik," jujur pemuda itu.

"Siapa pukul kau?"

"Kenapa pak cik pura-pura tak tahu... Walaupun pak cik hantar orang nak pukul saya sampai mati, saya tetap akan datang ke rumah ni dan melutut untuk dapatkan Alya melalui jalan halal."

"Engkau jangan tabur fitnah. Tangan aku tak pernah buat kerja kotor. Sekali pun aku benci kau, namun jauh sekali untuk aku habiskan riwayat kau." Haji Daud tenang menepis sangkaan buruk Khairul Iddin. Seolah ada benda yang tidak kena di situ.

Langit senja mengelap seawal pukul lima petang. Kepulan awan gelap berarak di langit, memansuhkan cahaya matahari daripada menyimbah ke bumi. "Masuklah duduk di dalam. Langit pun dah mendung," bilang Haji Daud lagi.

Khairul yang tidak mengerti melurutkan kasut kanvasnya dengan sebelah tangan. Dia melihat lelaki tua itu lama.

Benarkah Haji Daud tidak menzaliminya?

"Pak cik, betul ke... Bukan pak cik yang buat saya?" Khairul masih ragu-ragu.

"Bukan aku. Mungkin kau ada musuh lain. Tak hairan kalau kau punya musuh dengan perangai kau yang lampau."

"Musuh? Siapa?" bisik hatinya. Kereta yang sedang dijaga pengawal peribadi di luar rumah dikerling Khairul dengan ekor mata. Mujur Dato Muhsin berkeras mahukan peneman untuk Khairul ke mana-mana selepas ini.

Hujan mula menitis ke atas bumi. Bau rumput halaman rumah yang baru dipotong siang tadi naik mengisi rongga hidung. Rasa segar pada waktu petang begini.

"Duduklah dulu. Lepas hujan renyai di luar sana reda, kau baliklah." Haji Daud duduk di kerusi dan mempelawa tetamunya yang keras kepala.

"Kau tak terfikir nak bernikah dengan mangsa rogol kau sebelum Alya?" Berdesus soalan maut membelah ketenangan jiwa. Pasti ada berbakul-bakul soalan cepumas yang disediakan Haji Daud sebelum bersenang lenang menjemput Khairul Iddin naik ke rumah.

Khairul menundukkan wajah."Saya cuba cari perempuan tu beberapa hari yang lalu selepas keluar daripada hospital, tapi dia dah meninggal dunia... Sebab bunuh diri. Saya tak tahu nak buat apa selain minta maaf pada ahli keluarga arwah," katanya kesal.

"Keluarga arwah maafkan kau?"

"Ya, ibu arwah maafkan saya. Saya cuma bercakap melalui telefon dengan pihak sana."

Haji Daud mengangguk faham. Wajah Alya terlayar dalam fikiran. Bersyukur kerana anak gadisnya masih dapat dilindungi. "Ajal dan maut... Semuanya takdir Allah. Kalau dah tiba masa, yang lain cuma asbab. Pasti akan mati juga."

Hajah Norma datang ke ruang tamu sambil menatang seteko kopi panas. Cawan kaca yang telangkup diangkat lalu di tuang isinya. Minuman hitam pekat memberikan semerbak aroma kopi. Dihidangkan berdekatan tempat duduk Khairul Iddin.

"Pak cik terima lamaran saya?" soal Khairul.

"Tak. Aku cuma jemput kau masuk sebab hari nak hujan. Kalau petang ni cerah sahaja, aku halau kau sekali lagi. Tapi..." Jeda. Lelaki tua itu terasa berat hati hendak menyambung ayat. Pujukan Alya tempoh hari untuk memberikan Khairul peluang berjaya menggoyahkan ego Haji  Daud.

"Kalau betul kau ikhlas nak memperisterikan Alya. Datanglah lagi lusa. Aku akan berikan syaratnya."

Sinar detik-detik gelap Khairul sedang bercahaya. Empunya badan bersorak di hati. Wajahnya dikawal supaya berlagak tenang. "Kenapa bukan sekarang?"

"Supaya jika kau terlupa datang lusa, tawaran aku dapat ditarik balik." Dengan selamba Haji Daud berkata.

"Saya akan datang lusa."

"Doalah agar kau tak dipukul bila balik sebentar lagi. Takut tangan lain yang patah, sudahnya seminggu terlantar dekat hospital."

Khairul Iddin tersenyum sumbing. Nada sarkastik  Haji Daud tidak pernah berubah sejak hari pertama dia ke situ. Ada sahaja kata-kata pedas dihempas.

***
votexkomen
***
u

pcoming episode:
" Kalau kau tak dapat penuhi syarat ni, bermimpi sajalah nak kahwin dengan anak aku."

stay tuned.

Continue Reading

You'll Also Like

498K 24.1K 74
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
274K 10.5K 80
1𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓯𝓵𝓸𝓵𝓮𝓼𝔂𝓪 𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
4.5K 113 4
Sambungan dari HUS, terbitan Ogos. EDISI EBOOK 2023 start: April 2023 completed: August 2023 [ FEMALE LEAD's DANGEROUS AREA ⚠️ ] sila baca beberapa...