ALPHA 122

By NurIzzahHani

193K 20.5K 3.2K

ALPHA 122 merupakan satu daripada tiga pasukan bomba di Balai Bomba Siber Raya. Sedia berkhidmat tanpa mengir... More

Pengenalan
Kemalangan Jalan Raya
Pokok Hempas Bumbung
Teman Pili Bomba
Tersadai Banjir Kilat
TW: SUICIDE
Nyet Nyet Monyet
Pra-Operasi Banjir: Akmals' Plan
Banjir Pt 1
Banjir Pt 2
Banjir Pt 3
Banjir Pt 4
Banjir Pt 5
Banjir Pt 6
Banjir Pt 7
Banjir Pt 8
Banjir Pt 9
Sayonara, Buana
Bilik Kawalan
Burger Dan... Cinta?
Pintu Terkunci
Late Night Thought 💭
Bismillah, Assalamualaikum
Cincin Tersekat
Bi, Awak...
Kebakaran Bangunan Pt 1
Kebakaran Bangunan Pt 2
Peluang Kedua
Post Mortem Kebakaran
Oyen 😩
TW: Suicide 2
Oink Oink
Khidmat Komuniti Pt 1
Khidmat Komuniti Pt 2
Bro Is Nervous 🥶
The Akmals Day
Photograph
Ultimate Maggi Night
Filler Chapter
Raja Sehari
Cahaya Baharu
High
Kelam
Desperate SAR
Maggi Talk
Belasungkawa
Memerang
Api Belukar
Akmals
Tinta Penulis
Api Sampah
Pre Order PBAKL2023

Akmals Mukbang

3.3K 419 93
By NurIzzahHani

Segan juga pertama kali datang rumah orang terus tumpang bilik air. Nasib baiklah baju Adam ni muat dengan badan aku cuma seluar senteng sikit. Tak apalah, sunnah pakai pakaian atas buku lali.

Aku keluar dari bilik air dalam keadaan sudah siap berbaju. Malulah kalau tubuh terunaku ini dilihat orang. Segan nak berkemban.

Semua berkumpul di ruang tamu. Aira masih belum keluar lagi. Kalau aku jadi diapun silap-silap dua jam aku mandi. Nak hilangkan hanyir bau darah bukannya mudah.

"Ha, duduk situ Akmal."

Glup.

Cik Din menunjukkan kusyen yang berada pada kedudukan 90 darjah daripada tempat duduknya. Seram juga aura

"Tak minat masuk tentera ke macam abah kau?" Cik Din bertanya.

"Rezeki saya dekat bomba cik, permohonan tentera dah tutup masa tu. Tu yang masuk bomba." Aku menjawab.

"Aira tu pula merajuk dengan kami. Tak mahu jadi doktor dia pergi masuk bomba. Rupanya nak jumpa Akmal." Cik Imah pula menyampuk.

"Tak jadi doktorpun hebat. Boleh dia menyusup bawah lori kontena nak bagi bantuan kecemasan. Kalau saya, nak pandang darahpun dah pitam." Mak memegang kepalanya.

"Tu la. Imah ingat Aira tu kerja bomba yang duduk jawab telefon kecemasan tu sebab perempuan kan. Sekali Akmal cakap Aira bawah kontena. Mahu tak luruh jantung saya kak." Cik Imah mengusap dadanya.

Agaknya kalau aku cerita Aira menyusup masuk kereta hanyut ikut tingkap, sambut cebis daging manusia aku tak tahulah macam mana reaksi mereka nanti.

Aira muncul dengan potongan kek pandan lapis dalam piring. Pinggan itu diletak di atas meja kemudian dia duduk berhampiran dengan Cik Imah.

"Mak, nak masak ke makan dekat luar?" Aira bertanya.

Bersyukur jugalah dia bertanya sebab akupun dah kelaparan dah ni. Kalau aku nak tanya macam tak sopanlah pula memandangkan aku tetamu. Bukan nak buat cerita sedih tapi aku cuma makan tiga keping roti dengan sebiji telur separuh masak je pagi tadi sebelum keluar.

Aku syak, Aira lambat tadi sebab dia makan dulu dekat dapur. Serdak biskut yang terlekat dekat tudung dia menjadi bukti kukuh. Dia ni bukan boleh percaya sangat bab-bab makan ni. Sanggup dia makan tak ajak aku padahal sama-sama hadap kes yang datang tiba-tiba kut tadi.

"Macam mana bang? Nak masak ke nak keluar?" Cik Imah bertanya kepada suaminya.

"Keluar je la. Tu tengok muka anak kita tu silap-silap muncung tujuh batu kalau kena masak. Aira ni dia kuat makan sikit budaknya." Jawapan Cik Din itu bersulam tawa.

"Kalau Aira kuat makan sikit, Akmal ni kuat makan banyak. Kalau makan tak bertambah tandanya dia demam la tu." Mak mencelah. Aku juga yang kena.

"Apa kata kita makan dekat Restoren Anggun? Kan ada gazebo keluarga dekat situ. Selesa sikit nak bersembang. Ye la nak jejak kasih kan?" Cadang Aira.

Kepala aku terus mencari inventori menu di Restoren Anggun. Boleh tahan juga pilihan kedai makan Aira ni. Restoren Anggun terkenal dengan menu bakar-bakar dan shell out. Akupun dah lama tak merasa makanan laut.

"Setuju!" Pantas aku bersetuju dengan  cadangan Aira.

"Kalau bab makan tu, laju je dia ni." Abah menepuk kuat peha aku.

~
Sampai sahaja di Restoren Anggun, kami terus menghala ke gazebo keluarga. Keluarga aku di sebelah kanan, keluarga Aira di sebelah kiri. Aku dan Aira duduk bertentangan di hujung meja.

"Order la apa-apa, kami makan je." Cik Din memberi lampu hijau untuk aku dan Aira membuat tempahan makanan setelah menempah air.

Muka Aira berkerut melihat menu macam tengah jawab soalan matematik tambahan. Apa yang rumit sangat nak pilihpun aku tak tahu.

"Beli set ke nak pilih ala carte?" Akhirnya Aira meminta aku menjadi talian hayatnya.

"Kita ambil Set C 6 orang makan lepastu add on apa yang kau nak makan." Aku menunjukkan set 6 orang makan.

6 pinggan nasi, sayur campur, tomyam campur, ikan siakap masak tiga rasa dan telur dadar.

Aku dan Aira bangun meninggalkan ibu bapa kami untuk ke tempat memilih makanan laut. Di restoren ini, pelanggan boleh memilih makanan laut sendiri. Semuanya segar-segar belaka.

"Ambil la apa kau nak. Aku bayar hari ni." Aku mengambil raga plastik berlubang dan meletakkannya di hadapan Aira.

"La, kau kan tetamu. Aku la yang bayar." Aira menolak sambil tangannya memilih udang yang gemuk-gemuk.

"Kau ni, bagilah aku nampak gentleman sikit." Aku menolak sambil memilih sotong.

"Ala, nanti lain kali kau belanja la aku." Aira tidak mahu mengalah.

"Split bill tapi aku bayar dulu nanti aku bagi resit." Aku memberi jalan tengah. Malas nak gaduh.

Aira segera bersetuju.

"Ikan bakar nak?" Aira bertanya.

"Ikan kecil je la nanti tak habis. Kau nak ikan apa?" Aku bertanya kembali.

"Pari bakar." Aira memilih ikan pari sebesar tapak tangan aku.

"Kerang bakar satu pinggan cukup?" Aku menunjuk ke arah kerang segar.

"Cukup tu. Banyak dah ni. Boleh buat mukbang." Aira melihat kembali makanan laut yang telah kami pilih.

Mentang-mentang baru gaji semalam boleh la nak berjoli macam ni. Self-reward kata orang.

Selesai membuat tempahan, kami kembali ke gazebo. Rancak benar orang tua kami berbual. Tengah mengenang zaman dahulu. Almaklumlah, sekarang dah jadi veteran. Kami dengar sahajalah cerita operasi masuk hutan keluar hutan.

Kerang bakar sampai terlebih dahulu. Para ibu bapa tak berminat nak makan kerang bakar, Maka sambil mendengar cerita mereka, aku dan Aira menelan kerang bakar panas panas cicah air asam.

"Ni bahagian aku, ni bahagian kau." Aira membuat sempadan di tengah-tengah antara kerang. Macam buat pembahagian harta rampasan perang.

Mata aku membandingkan kerang aku dengan kerang dia.

"Apahal kau punya besar-besar?" Aku tak puas hati.

"Sebab kau adik, aku along." Jawab Aira sambil membuka kulit kerang.

Logik apakah yang dia guna ni? Aku ni lahir lebih awal daripada dia kut. Aku yang kenal dunia ni dulu. Aku yang makan makanan pejal dulu.

"Nanti kau makan kerang gemuk-gemuk, kau kenyang tak boleh makan benda lain baru tahu." Aku memberi peringatan tak berapa mesra.

"Kalau kenyang boleh tapau. Kau tak nampak ke aku bawa bekas tu?" Aira menunjukkan beg eko yang dibawanya tadi.

Ish, panjang akal betul dia ni.

20 minit juga kami menunggu untuk hidangan kami sampai. Bukan salah aku, salah Aira sebab dia yang buat banyak sangat pesanan. Mungkin salah aku juga sebab aku ada buat tambahan menu.

"Allahu akbar... Nak buat kenduri terus ke macam mana ni? Banyaknya tempah, siapa nak habiskan semua ni?" Cik Imah terkejut dengan jumlah makanan yang sampai ke meja.

"Akmal Aira." Aku menunjuk ke arah Aira.

"Akmal Harith." Aira menunjuk ke arah aku.

"Tak apa, Akmal bayar." Aira menyambung.

"Akmal mana satu?" Cik Din memandang Aira tanda tidak senang jika anaknya membebankan aku.

"Akmal Harith." Aku menjawab.

"Akmal Aira." Jawab Aira.

"Tak apa Cik Din, Cik Imah, mak dan abah enjoy je makan. Benda lain tak payah fikir. Kami berdua cover." Aku cepat-cepat membuat penutup supaya boleh cepat makan.

Nasi putih, ikan siakap tiga rasa, ikan pari bakar, tomyam campur, telur dadar, sayur campur, sotong celup tepung dan udang goreng mentega sudah terhidang di depan mata. Nasib  ketam yang ada kurus kurus belaka kalau tak tambah lagi ketam masak lada hitam.

Aku dan Aira membiarkan ibu bapa kami ambil makanan terlebih dahulu. Kemudian barulah aku dan Aira mengambil makanan.

Satu benda yang aku perasan, Aira tak akan timbunkan makanan banyak-banyak dalam pinggannya tapi dia kerap menambah. Lauk yang dia suka dia akan letakkan di posisi berhampiran dengannya.

Kulit udang goreng mentega aku kupas dalam dua ekor kemudian aku alihkan udang yang telah aku kupas ke pinggan emak. Aku tahu mak aku suka makan udang cuma mak tak berapa gemar kupas kulit udang.

Aku menyambung kerja-kerja nyahkulit udang supaya perjalanan makan aku menjadi lebih lancar.

Ikan pari bakar aku tarik isinya dengan sudu yang ada. Lembut sahaja  isi ikan itu. Bertambah mantap bila dipadukan dengan air asam.

Aku dah tak dengar dah apa yang orang lain bualkan. Aku hanya fokus kepada pinggan aku.

"Macam mana, setuju tak Akmal? Aira?" Tiba-tiba mak aku bertanya.

Aku memandang Aira yang sedang memasukkan sotong goreng tepung ke dalam mulutnya. Langsung tidak sedar namanya dipanggil.

"Aira? Akmal? Setuju tak?" Sekali lagi mak bertanya.

Aira yang baru tersedar dia dipanggil, memandang semua orang sambil mengunyah.

Dia memandang aku meminta penjelasan situasi. Masalahnya akupun tak tahu setuju apa benda.

"Setuju." Malas nak fikir, aku setuju sahajalah.

"Sama, setuju juga." Aku syak Aira hanya mengikuti apa yang aku katakan.

"Alhamdulillah, kalau macam tu insya-Allah hujung bulan ni kami bawa cincin tunang." Mak kedengaran begitu senang.

"Kita ikut adat lah ya? 5 berbalas 7 dulang, " sambung Cik Imah.

Aku hampir tersedak tomyam apabila mendengar perkataan cincin tunang. Aira yang memang sudah tersedak cepat-cepat mencari air.

"Tunang?" Aira meminta kepastian apa yang didengarnya.

"Lailaha ilalah... Tadi kata setuju. Budak ni bertuah sungguh. Dah tu tadi tu setuju apa?" Peha Aira ditepuk kuat oleh ibunya.

Tak fasal tulang keting kaki aku ditendang Aira. Dia ingat aku kenakan dia la tu. Kau sabar jap, akupun terkejut sama ni. Bila masa pula usul tunang ni muncul?

"La, ni jumpa ni bukan nak kenalkan boyfriend, girlfriend ke? Dah alang-alang suka sama suka tu, tak payahlah nak dilambat-lambatkan. Betul tak Din?" Abah cuba mendapatkan persetujuan Cik Din.

"Betul tu. Kalau Akmal yang hendak dekat Aira ni, kuranglah sikit risau aku. Ada yang boleh tengok-tengokkan dia buat kerja. Budak ni kalau melasak, kadang tak ingat dia tu perempuan," ujar Cik Din.

"Aira nak fikir dulu ke?" Mak memanggil Aira.

Aira memandang emaknya dan ayahnya kemudian mematikan pandangan ke arah aku.

"Kalau semua setuju, kita teruskan je la." Aira memberi kata setuju kemudian dia tertunduk.

"Akmal setuju ke nak jadi suami Aira?" Cik Imah bertanya kepada aku.

Aku yang tak pernah bercinta, baru kali pertama jatuh cinta terus diizin mak ayah si gadis untuk menjadi arjuna kepada dara mereka. Rezeki cinta yang halal.

"Insya-Allah, saya nak jadi suami kepada Aira." Aku bercakap penuh keyakinan.

Aku tak tahu aku yang perasan lebih ataupun memang benar aku terlihat Aira cuba menyembunyikan kuntuman senyumannya dengan menyuap nasi ke dalam mulut. Aira versi malu-malu kucing ni boleh tahan comel juga.

Hilang gugup pagi tadi.

"Kalau ikut Islamnya, dah bertunang dah kamu berdua ni, Alhamdulillah. Tapi kita hidup menjunjung adat dan menjulang agama jadi kami orang ni tetap nak buat majlis biar saudara mara dan jiran tahu." Cik Din tersenyum memandang aku.

Alhamdulillah, selangkah lagi aku menghampiri Aira.

"Tak payah bertunang lama-lamalah, enam bulan cukup?" Cik Imah bertanya.

"Tu nak kena tanya juga, puteri sulung ni mas kahwin dan hantarannya berapa?" Abah bertanya bagi pihak aku. Bukan apa, kalau 6 bulan bertunang tapi nak hantaran 20 ribu, cirit juga aku nak mencari duit. Memang tak mampulah jawabnya.

"Mas kahwin tu ikutlah kemampuan. Nak bagi berapa, kami terima sahaja sebab itu kira hadiah untuk Aira. Duit hantaran lapan ribu cukuplah. Belanja majlis sebelah kami, biar kamu tanggung selebihnya. Hantaran kahwin nanti 9 berbalas 11." Jawapan Cik Din melegakan hati aku.

Allah... Mudahnya permintaan si ayah. Insya-Allah aku yang baru lima tahun bekerja ini mampu untuk memenuhi permintaan itu.

Aku mencuri pandang wajah Aira yang tiba-tiba jadi malu-malu kucing bila sudah sah menjadi tunangan aku.  Cik tunang yang kuat makan ini, insya-Allah akan aku bahagiakan semampunya.

Continue Reading

You'll Also Like

9.8K 1.1K 14
ASP HARRIS NUFAIL | RAISA AYANA Bab baru setiap hari Jumaat setiap minggu
2.4M 193K 79
(COMPLETED) "Siapakah MARIA? Pada satu sisi, Maria hanyalah seorang wanita biasa yang terpilih menjadi pelatih dalam kem latihan tentera Gavriel. Na...
45.4K 10.6K 25
K A R Y A|| k e s e b e l a s [ this story just like, "yang kuban kuban jelah" ha like that ] Kisah percintaan hantu lagi best dari manusia 🗿 Eh tib...
7.9K 1.1K 5
Ahmad Aqil, Akmal Harith dan Fajar Aliuddin. Dalam kerjaya masing-masing, tegas, pantas dan dihormati rakan sejawat. Bila berjumpa, jadi 3 idiots. En...