πŸŒ·π‚πˆππ“π€ π˜π€ππ† 𝐓𝐄𝐑�...

By IeraRoselyn

567K 18.6K 2.2K

Selepas beberapa tahun pemergian tunangnya, Haiyan Aniq terpaksa mengikut kemahuan bonda tercinta supaya menc... More

Prolog
CYT 1
CYT 2
CYT 3
CYT 4
CYT 5
CYT 6
CYT 7
CYT 8
CYT 9
CYT 10
CYT 11
CYT 12
CYT 13
CYT 14
CYT 15
CYT 16
CYT 17
CYT 18
CYT 19
CYT 20
CYT 21
CYT 22
CYT 23
CYT 24
CYT 25
CYT 26
CYT 27
CYT 28
CYT 29
CYT 30
CYT 31
CYT 32
CYT 33
CYT 34
CYT 35
CYT 36
CYT 37
CYT 38
CYT 39
CYT 40
CYT 41
CYT 42
CYT 43
CYT 44
CYT 45
CYT 46
CYT 47
CYT 48
CYT 49
CYT 50
CYT 51
CYT 52
CYT 53
CYT 54
CYT 55
CYT 56
CYT 57
CYT 58
CYT 59
CYT 60
CYT 61
Ebook Light of my Life

CYT 62 (End)

19.3K 393 55
By IeraRoselyn

Psstt... harap maaf kalau ada typo or salah ayat ke apa sebab iera tak check and terus publish je. Ni pun jenuh fikir macam mana nak tamatkan HAHAHA. Happy reading! Ni bab last tau🤪

-

2 tahun kemudian...

MELANGKAH keluar dari tandas, bibir melorek senyuman bahagia. Mata tidak lepas dari memerhati 3 beranak yang pulas ketiduran di atas katil tersebut. Perlahan dia melangkah menghampiri katil. Makin melebar senyuman bila melihat betapa pulasnya pasangan kembar itu tidur sambil kedua-duanya memeluk tubuh sasa Haiyan. Aarash di sebelah kiri dan Aariz disebelah kanan. Kedua-duanya begitu selesa memeluk si bapa sambil kaki juga turut berada di atas perut Haiyan.

Sekejap saja masa berlalu. Usia anak-anak mereka telah pun genap 2 tahun. Seperti baru semalam dia baru melahirkan pasangan kembar itu. Hari ini kedua-dua sudah dapat berlari dan tidak reti duduk diam. Hendak pula Aarash dan Aariz begitu cepat boleh berjalan.

Dia tersenyum lagi seraya melangkah ke wardrobe. Dress miliknya dan juga 3 pasangan baju Melayu dicapai untuk digosok. Hari ini keluarga mereka ada majlis yang sangat besar. Jadi, mereka perlulah bersiap-siap dengan awal.

Usai, katil didekati semula. Aareen berlabuh disisi Aariz yang masih tidur. Nyenyak betul. Kini matanya tertumpu pada wajah Haiyan yang turut nyenyak dalam lena. Kesian lelaki itu, jam berapa baru Haiyan lelapkan mata kerana melayan kerenah dua hero mereka. Merengek tak mahu tidur.

Bibir Aareen dijatuhkan pada ubun-ubun Haiyan. Dia tersenyum sambil tangan mengusap pipi lelaki itu. Ah! Makin hari dia makin jatuh cinta pada Haiyan.

"Sayang..." Panggil dia lembut dan perlahan. Bimbang nanti Aarash mahupun Aariz akan terbangun disebabkan suaranya.

Dilihat Haiyan menggerakkan kepala ke kiri namun masih belum ada tanda-tanda mahu membuka mata.

Bibir didekatkan pada telinga Haiyan.

"Sayang bangunlah..."

Tiba-tiba bibir Haiyan melorek senyuman kemudian ketawa kecil. Berkerut dahi Aareen bila Haiyan ketawa begitu. Lelaki itu masih tidur kan? Atau bukan?

Haiyan membuka mata dan terus matanya disapa seraut wajah lembut milik Aareen. Mahu memegang wajah itu, tangan kanannya menjadi sebagai bantal Aaraz.

"Kenapa gelak?"

"Cara Liya kejut Hubby macam nak Hubby teruskan tidur tau. Manja sangat."

Wajah Aareen membahang. Intonasi suaranya memang begitu nak buat macam mana.

"Dah la cepat bangun. Dah pukul enam dua puluh dah. Solat Subuh."

Haiyan pandang kanan dan kirinya. Tersenyum melihat Aarash dan Aaraz masih nyenyak tidur dalam dakapannya. Perlahan-lahan tubuh dibangkitkan dari baringan agar tidak menganggu tidur kembar itu. Kemudian, dia meralih pula pada Aareen dengan meletakkan kepada diatas riba wanita itu. Mata dipejamkan menikmati belaian tangan lembut Aareen pada rambutnya.

"Give your morning kiss dulu."

Tangkas tangan Aareen menolak kepala Haiyan dari ribanya. "Mengada! Pergilah mandi cepat. Dekat bawah tu banyak lagi kerja kena buat tau."

"Kiss me first. Mmm..." Memuncung bibir Haiyan menanti Aareen memberi ciuman padanya.

"Ah tak ada. Hubby tak gosok gigi lagi. Busuk!" Selamba bibir Haiyan ditenyeh Aareen.

Haiyan bangun dari baringan. "Okay, okay. Hubby pergi mandi. Lepas solat nak tuntut morning kiss." Dalam sisa mengatuk yang masih ada, dia mencapai tuala dan melangkah masuk ke dalam tandas.

Tumpuan Aareen beralih pada Aarash dan Aariz. Kedua-duanya dikucup penuh kasih sayang. Langsung tidak bergerak dan tidak terganggu bila dikucup Aareen.

-

Pintu bilik Hana diketuk oleh Puan Asiyah. Mendengar suara Hana yang menyahut, lantas daun pintu dibuka luas. Bibir mengukir senyuman melihat Hana yang cantik dihias oleh mak andan. Anak perempuan tunggalnya itu didekati. Bahu Hana disentuh.

"Cantiknya anak Mama." Bawah dagu Hana dipegang. Wajah Hana yang sebelum ini tidak pernah dicalit make up benar-benar membuat wajah Hana berbeza.

Hana tersengih. "Thanks Mama." Badan dipusingkan menghadap Puan Asiyah setelah dirinya pasti disiap berdandan. Rasa gementar dan gugup makin terasa. Tangan Puan Asiyah digenggam erat.

"Mama. Hana berdebarlah."

Walaupun dilitupi dengan make up, Puan Asiyah tetap saja dapat melihat wajah Hana yang kelihatan sedikit pucat. Pipi Hana dipegang dan dia tersenyum lucu.

"Biasalah tu. Baca doa banyak-banyak."

Dalam beberapa minit saja lagi Hana akan menjadi isteri orang. Begitu sekejap masa berlalu. Dan dia sendiri terkejut bila Hana buat keputusan mahu mendirikan rumah tangga diusia 24 tahun. Lepas tamat Degree terus terfikir nak kahwin. Tak menyempat betul anak dara dia yang seorang ini.

"Dah besar dah anak Mama. Nak jadi isteri orang dah. Nanti bila dah sah jadi isteri orang, Hana bukan lagi tanggungjawab Papa dengan Mama tau. Apa-apa pun kena dahulukan suami dulu. Ingat tu."

Tubuh Puan Asiyah dipeluk erat. "Insha Allah, Mama. Terima kasih Mama sebab dah besarkan Hana. Halalkan makan minum Hana selama Mama jaga Hana. Hana sayang Mama."

Kepala Hana diusap sayang. "Hana adalah amanah yang Allah kurniakan pada Mama. Dah jadi tanggungjawab Papa dengan Mama besarkan Hana hinggalah tanggungjawab tu beralih pada suami Hana nanti. Jangan derhaka pada suami. Itu je Mama nak pesan. Mama tahu anak Mama ni anak yang baik. Insha Allah boleh jadi isteri yang baik juga."

"Aamiin. Mama doakan Hana tau."

"Mama senantiasa mendoakan anak-anak Mama."

Dia dan Encik Hafizuddin memang bercadang mahu buat majlis perkahwinan anak perempuan mereka di rumah. Hana satu-satunya anak perempuan mereka, jadi mereka mahu menciptakan kenangan perkahwinan Hana di rumah dan bukan di hotel. Lagipula, mereka tidak suka mengadakan majlis di hotel atau mana-mana dewan. Nanti tiada rasa kenduri.

Hana dibawa turun ke ruang tamu tingkat bawah. Sudah ramai yang datang dan menunggu sesi akad nikah antara pengantin lelaki dan perempuan. Aareen disebelah Hana tersenyum melihat wajah gugup adik iparnya itu. Dia, Airis dan Laila tidak sudah-sudah menenangkan Hana. Teruk sangat tahap berdebar adik ipar mereka ini.

"Naufal Adeeb Bin Yusuf."

Naufal menarik nafas dalam menghilangkan rasa berdebar setelah namanya disebut Tok Kadi. Mata dipejam seketika sebelum menjawab.

"Saya."

"Aku nikahkan dikau dengan Nur Hana Aniqa Binti Hafizuddin dengan mas kahwinnya seutas rantai tangan tunai."

"Aku terima nikahnya Nur Hana Aniqa Binti Hafizuddin dengan mas kahwinnya seutas rantai tangan tunai."

Dengan sekali lafaz, Naufal menghela nafas lega. Walaupun sedikit gugup dia bersyukur kerana dipermudahkan akad lafaz. Para tetamu yang hadir serentak mengucapkan kata syukur dan mengaminkan doa yang dibaca Tok Kadi.

Naufal tersenyum saat berada dihadapan Hana yang turut tersenyum kepadanya. Sebentuk cincin disarungkan pada jari manis itu. Dan Hana berbuat yang sama padanya. Dahi Hana dikucup kudus. Syukulah, penantian 2 tahun yang tidak sia-sia. Selepas Hana tamat pengajian, dia terus menyuruh Puan Khadijah menghantar rombongan meminang. Tidak ingin buang masa, dua bulan selepas itu dia terus menetapkan tarikh perkahwinan. Dan sekarang, Hana sah menjadi miliknya.

Selesai sesi bergambar bersama keluarga dan makan beradab, Haidar mula mendekati Naufal yang sedang menunggu giliran untuk bergambar. Sementara Hana sedang bergambar seorang diri.

"Fal." Bahu Naufal disentuhnya.

Segera Naufal mengalihkan perhatian dari terus memerhati Hana di atas pelamin. Tersenyum tidak lekang dia melihat gaya Hana yang nampak comel.

"Along." Haidar dipandang pula.

"Tak sempat nak ucap tahniah tadi." Tangan Naufal disalam. "Tahniah and selamat pangantin baru. Ingat, jaga adik perempuan Along tu baik-baik. Jangan macam-macam kalau tak nak terima nasib macam Iyan. Along ni lebih kurang je dengan Raif tu." Sempat dia mengutuk adik lelakinya yang ketiga itu.

Walaupun dia berada di Johor, dia tahu apa yang terjadi pada rumah tangga Haiyan. Dia juga terkejut bila dapat tahu Haiyan berlaku curang dengan Aareen. Tidak disangka. Tetapi mujurlah cuma salah faham sedikit saja dan bukan perkara yang sangat besar.

Naufal tertawa. Nasib Haiyan lah dikutuk abang sendiri. "Insha Allah. Doa-doakan Naufal dan Hana kekal bahagia sampai Jannah."

"Aamiin."

"Amboi Along. Seronok nampak kutuk Iyan." Muncul Haiyan secara tiba-tiba dari belakang Haidar. Abang sulungnya dikerli. Dia sempat dengar apa yang Haidar katakan tadi.

"Lah... dengar ke? Tak ada lah. At least Iyan boleh dijadikan contoh buat Naufal ni. Biar dia tak ulang benda yang sama macam Iyan dah buat. Pengajaran."

Walaupun sentap, Haiyan tetap mengangguk setuju. Biar dia seorang saja yang melalui rasa kesal tidak berkesudahan kerana pernah menduakan perasaan dia pada Aareen. Jangan orang lain pun menerima nasib yang sama. Jika Hana ditempat Aareen dulu, dia juga akan buat perkara yang sama seperti Raif lakukan pada dia. Menjauhi Aareen dari dia.

"Betul tu Fal. Jaga Hana baik-baik. Jangan kecewakan dia macam abang pernah buat dekat Reen." Dia menyokong.

"Ingat Fal. Hana ada lima orang yang back up dia dari belakang. Papa, Along, Angah, Iyan and Haitham. Jangan berani nak macam-macam." Sambung Haidar dalam nada berbaur ugutan. Gurau-gurau saja.

"Baiklah Doktor Haidar dan Doktor Haiyan. Along dengan abang boleh pegang janji Fal. Insha Allah Fal akan jaga Hana tu sebaik yang boleh. Fal akan sayang dia sepenuh hati Fal macam Fal sayangkan diri Fal sendiri. Fal akan pastikan Hana bahagia." Penuh yakin Naufal berhadapan dengan Haidar dan Haiyan. Ini baru dua beradik itu, belum lagi berhadapan dengan Encik Hafizuddin, Haider dan Haitham sekali. Ini betul-betul dia akan jaga Hana sebaik mungkin.

"Bagus. Along pergi sambung makan kejap. Jom Iyan."

Langkah Haidar dan Haiyan dipandang Naufal. Bila tengok Haiyan, dia teringat akan Aareen. Syukurlah dia tiada apa-apa perasaan lagi pada wanita itu. Dia baru tahu dan faham, perasaan suka dia terhadap Aareen selama ini hanyalah sementara. Kini, cinta dia hanyalah pada Hana.

"Awak." Hana datang dari tepi seraya memaut lengan Naufal. Dia tersenyum manja.

Naufal membalas senyuman. Tangan Hana dipegang. "Dah siap?"

"Dah. Awak pula. Tapi sebelum tu nak tanya. Awak cakap apa dengan Along and abang?"

"Nothing. Dia orang just nak saya jagakan adik kesayangan dia orang ni baik-baik. Itu je."

"Fuh! Saya ingatkan awak kena soal siasat dengan doktor-doktor tu tadi. Tak takut ke berdepan dengan abang-abang saya tu?" Sengaja Hana ingin mengusik.

Naufal ketawa kecil. "Ada la gugup sikit. Tapi demi Hana Aniqa ni redah je la." Hidung Hana dipicit lembut.

Hana tersengih bangga dan gembira. Makin sayang dekat Naufal ni!

"Saya rasa macam mimpi dapat kahwin dengan awak." Dia mula menggedik disisi Naufal. Kepalanya terlentok sana terlentok sini.

"Kan. Rasa macam tak percaya je dapat kahwin dengan crush dekat sebelah ni."

Mata Hana terkedip-kedip memandang Naufal. "Awak tahu?"

"Haitham yang bagitahu."

Gigi diketap geram. Dasar budak single! Sibuk je jaga tepi kain orang. Entah apa lagi lah yang budak tu bagitahu Naufal. Habis semua rahsia dia disampaikan pada lelaki itu.

-

Sejak sampai di Maldives, Aareen tidak henti tersenyum. Suasana bandar Maldives diperhati dengan penuh minat. Ini adalah kali pertama dia keluar dari negara sendiri dan jejak kaki di negara orang. Rasa teruja lain macam!

"Happy nya dia. Dari tadi tak henti senyum." Haiyan disebelah mula menegur. Terlalu jelas keterujaan wanita itu.

Selepas 2 hari majlis Hana berlangsung, dia membawa Aareen terbang ke Maldives. Sejak 3 tahun berkahwin dengan Aareen, dia tidak pernah bawa Aareen berbulan madu. Jadi, hari ini adalah kesempatan dia membawa Aareen berbulan madu disini.

Lengan Haiyan dirangkul erat. "Liya rasa nak jerit kuat-kuat sekarang ni. Finally, I'm here. Liya dah lama tau nak datang Maldives ni. Thank you Hubby." Pipi Haiyan dikucup laju. Tempat awam tak boleh buat lambat-lambat. Malu!

Bibir Haiyan sedikit terbuka. Kaget dengan kucupan Aareen dipipi kirinya. Pergh! Lain macam aura Aareen bila datang sini. Tempat awam pun sempat cium dia. Bibir tersungging senyuman nakal.

"Sabar, sayang. Kita belum sampai hotel lagi." Bisik dia sensual ditelinga Aareen.

Pantas tangan Aareen menepuk lengan Haiyan. Cemberut wajahnya sekarang. "Eee! Hubby ni kan. Gatal memanjang."

Dari Velena International Airport, Male, mereka mula menuju ke Rivethi Beach Hotel juga berada di Hulhumale memandangkan berada dekat denga  airport. Mereka akan bermalam disitu selama 2 malam terlebih dahulu sebelum menginap di Paradise Island. Hendak ke situ, Haiyan sengaja tidak memberitahu Aareen kerana dia ingin memberikan kejutan buat wanita itu. Kegembiraan Aareen adalah kebahagiaan dia. Bila sampai di sana, dia mahu melihat wanita itu gembira dan teruja.

Sampai di hotel, mereka disambut baik oleh semua staff hotel tersebut. Sangat baik dan peramah. Sekali gus memudahkan segala urusan mereka.

"Liya. Tunggu sini. Hubby nak pergi check-in."

Aareen mengangguk patuh dan berjalan di ruang sofa yang ada di lobi tersebut. Matanya tidak lepas dari memerhati suasana lobi hotel. Sungguh cantik dan memukau mata. Dia tidak pernah sangka akhirnya dia dapat jejak kaki ke Maldives!

Tiba-tiba rasa rindu pada Aarash dan Aariz. Entah bagaimanalah pasangan kembar itu tanpa dia mahupun Haiyan disisi. Namun, Aarash dan Aariz tidak kuat meragam. Dengan sesiapa pun tidak mengapa yang penting sudah biasa dan dikenali. Ikutkan hati dia mahu bawa ke sini tetapi dibantah Haiyan. Dan lelaki itu berkata dengan alasan "mana ada honeymoon bawa anak-anak, sayang." Dan dia harus patuh. Hmm.

Beberapa minit, Haiyan patah semula menghampiri Aareen. "Jom." Tangan wanita itu diraih. Mereka mula berjalan menuju ke lift. Luggage mereka telah pun dibawa naik oleh staff.

Sampai di bilik, Aareen terus merebahkan badan ke atas katil. Tidak sempat sudah mahu meneroka pandangan diluar bilik. Belakang terasa begitu lenguh. 5 jam perjalanan dari KLIA menuju ke Maldives. Penat!

Haiyan yang baru keluar dari tandas mendekati Aareen dan turut baring disebelah wanita itu. Lega bila dapat baring seperti ini. Tangan didepakan dan tanpa menduga, kepala Aareen telah selamat beralih dari atas tilam ke lengannya. Dia tersenyum.

"Liya. Bukalah tudung tu dulu. Liya nak rehat dulu atau nak makan terus?" Kepala Aareen masih berbalut shawl dikucup. Dapat dia menghidu bauan dari rambut Aareen yang buat dia terbuai.

Mata Aareen telah terpejam. "Nak rehat. Nak tidur." Dia tak nampak makanan pun sekarang ini. Hanya ingin beradu.

"Okay. Nanti kita keluar ma..." Bicara Haiyan terhenti. Kepalanya diangkat untuk menjenguk Aareen. Ketawa kecil dilepaskan bila melihat isterinya yang sudah pun masuk alam mimpi tidak sampai beberapa saat.

"Penat sangat ni."

Perlahan-lahan tubuh Aareen dialihkan pada kedudukan yang selesa. Kepala diletakkan ke atas bantal. Shawl yang masih berada di kepala wanita itu juga dibukanya. Dahi Aareen dikucup kejap sebelum dia turut sama melelapkan mata bersama Aareen di dalam pelukan.

Perut kosong tanpa diisi makanan memaksa Aareen membuka mata walaupun terasa begitu penat dan malas mahu bangkit dari tidur. Dalam sisa kantuk yang masih ada, perlahan-lahan matanya dibuka. Bibir menggariskan senyuman apabila melihat Haiyan yang masih lena. Jam dinding dipandang dengan mata yang sepet.

"Sebelas malam?" Tidaklah lama sangat dia melelapkan mata. Sampai tadi lebih kurang jam 9 malam. Waktu Maldives lambat 3 jam berbading Malaysia. Jadi mungkin waktu di Malaysia lebih kurang 1 pagi. Anak-anak mereka juga sudah tentu tidur.

Haiyan didakap dan tangan lelaki itu juga bergerak menarik pinggang dia rapat pada tubuh sasa itu.

"Hubby..." Ingin mencuba nasib. Dia tahu Haiyan penat. Tapi dia nak pastikan Haiyan sudah solat Isyak atau belum.

Sekali panggil, Haiyan membuka kelopak matanya kecil. Nafas ditarik dalam seraya menutup mata semula.

"Hmm?" Dahi Aareen dicium.

"Hubby dah solat Isyak?" 

"Pukul berapa ni?"

"Sebelas malam."

Senyap. Haiyan kembali ke alam mimpi. Aareen tersenyum sendiri. Kepenatan Haiyan mengalahkan pilot. Tangan Haiyan yang melingkar di pinggang dialih dan dia bangun dari baringan. Ingin menunaikan kewajipan yang tertangguh. Haiyan dibiarkan dulu.

-

Keesokan paginya, mereka memilih O'View Restaurant sebagai tempat untuk bersarapan. Dekat dengan hotel dan dibukan seawal 7 pagi hingga 11:30 pagi.

Aareen yang enak bersarapan direnung sambil tangan ditongkatkan diatas meja dan menapung dagunya. Nampak sangat wanita itu terlalu asyik  sehingga tidak pandang wajahnya langsung. Usai solat Subuh, Aareen menggesa dia untuk pergi sarapan.

"Lepas ni kita nak pergi mana, Hubby?" Suara Aareen mula kedengaran bila dia sudah habis bersarapan. Sedap sangat makanan disini yang ala-ala masakan mamak. Hampir dia terlupa Haiyan didepannya.

"Lepas ni kita nak pergi pusing-pusing Hulhumale ni. Sebab pagi esok kita gerak pergi Island. So, dekat sini je Liya boleh beli apa yang Liya nak beli before kita pergi sana. 

Aareen mengangguk faham. Dia ikut saja ke mana langkah Haiyan pergi. Kerana dia sedikit pun tidak ambil tahu tentang percutian ini dan bergantung sepenuhnya pada Haiyan. Dan, kalau Haiyan tinggal di sini, di sini juga la dia duduk sampai lelaki itu muncul semula. Mana biasa tempat orang.

Usai sarapan, mereka mula berjalan-jalan disekitar Hulhumale. Bila berpuas hati dapat melihat keadaan dan suasanan di Hulhumale, Male Market menarik perhatian Aareen kerana di sana dia boleh membeli bermacam-macam buah tangan yang boleh di bawa pulang.

Sampai di hotel, Haiyan merebahkan dirinya secara meniarap. Aareen heret dia ke mana saja wanita itu mahu pergi. Lepas satu kedai ke satu kedai hingga penuh ditangan wanita itu dengan plastik. Perempuan dengan shopping memang tidak dapat dipisahkan. Dari pagi keluar sampai nak masuk waktu Maghrib baru balik ke hotel.

Aareen tergelak kecil.

"Hubby ni itu pun penat. Bukannya selalu dapat tengok Liya shopping sakan macam ni." Usiknya sebelum berlalu masuk ke dalam tandas.

Selesai membersihkan diri, dia keluar dari tandas dan pada masa itu juga Haiyan baru masuk ke dalam bilik.

"Eh? Hubby pergi mana?" Serasanya Haiyan berbaring di atas katil tadi. Macam chipsmore.

Haiyan tersengih. "Dah siap mandi?"

"Dah."

"Okay. Lepas Isyak Liya siap-siap tau."

"Nak pergi mana?"

Mata dikenyitkan kepada Aareen dan Haiyan masuk ke dalam tandas bersama senyuman terukir. Aareen menggelengkan kepala.

"Macam-macam."

Seperti yang diarahkan Haiyan, selepas solat Aareen sudah mula bersiap-siap. Haiyan siap berpesan lagi supaya memakai baju yang cantik-cantik. Melihat Aareen dihadapan cermin, Haiyan mendekati wanita itu dan memeluk dari belakang.

"Sayang..." Leher Aareen yang terdedah dicium sekilas.

"Hmm?" Sahut Aareen sambil menempek bedak pada wajahnya.

"Nanti pakai ni tau." Rangkulan pada pinggang Aareen dilepaskan. Haiyan mengangkat tinggi paper bag dihadapan wajah Aareen.

Mata Aareen membulat besar. "Wah! Apa ni?" Tergesa-gesa paper bag ditangan Haiyan dicapai. Tidak sabar-sabar dia hendak melihat isi di dalam.

"Wow!" Sungguh dia teruja melihat sepasang dress berwarna pink muda. Cantik sangat!

Haiyan tersenyum gembira. "Pakai ni tau? Malam ni Hubby ada special dinner dengan wife Hubby ni." Pipi Aareen dicubit lembut. Suka dia melihat mata bersinar wanita itu yang menunjukkan betapa terujanya Aareen sekarang ini.

Tanpa buang masa, leher Haiyan dirangkul erat. "Thank you Hubby. Cantik sangat." Pipi kanan Haiyan dikucup mesra. Dia tersenyum lebar.

"Liya pakai sekarang eh." Lalu tubuhnya dipusing untuk berlalu ke tandas.

Tangkas Haiyan meraih lengan kecil itu. "Nak pergi mana?" Keningnya dijongket.

"Tukar baju lah."

"Kenapa nak tukar baju tapi masuk dalam tandas? Tukar dekat sini je la."

Serta merta pipi Aareen berona merah. Ingat dia tak ada perasaan ke main redah saja tukar baju dihadapan lelaki itu walaupun Haiyan suaminya?

Haiyan yang mula faham itu senyum mengusik. "Malu eh? Tapi kan Hubby dah tengok semuanya. Dari atas sampai bawah. Luar dan dalam. And..." Telinga Aareen dirapati. "You're so beautiful and... sexy."

Buk!

Dress ditangan Aareen dilemparkan pada wajah Haiyan. Ah! Mood merenyam Haiyan dah sampai! Lelaki itu gelak sakan.

"Betul lah, sayang. Nak malukan apa. Tukar dekat sini cepat Hubby nak tengok." Punggung dilabuhkan dihujung katil.

Mata Aareen membuntang. "Nak tengok apa?"

"Tengok Liya pakai dress tu la."

"Ish! Tak kuasa nak tukar dekat sini. Bak sini dress tu." Dress diriba Haiyan cuba diambil tetapi dihalang lelaki itu.

"Sayang. Tukar dekat sini jimat masa. Nak pergi tandas tu dah berapa saat dah Liya buang."

"Eee! Tak nak. Tak ada beza pun. Hubby main-main macam ni lagilah buang masa. Bak la sini."

Tiba-tiba Haiyan senyum gatal dan dia bangun berdiri. "Okay. Nah." Dress dihulur.

Aareen pantas menyambut lalu bersedia untuk masuk ke dalam tandas.

"Sayang, kejap."

"Apa?"

Haiyan tersengih. "Liya tak nak tukar baju dekat sini it's okay. But, Hubby sendiri yang akan tukarkan dress ni dekat badan Liya dalam tandas tu. Jom!"

Lalu, tanpa amaran tubuh Aareen dicempung dan dibawa masuk ke dalam tandas. Aareen sudah berubah cuak.

"Hubby!"

-

Tubir mata Aareen berair. Cukup teruja berserta terharu dengan apa yang tertayang didepan dia sekarang ini. Sungguh dia tidak sangka bahawa Haiyan seromantik ini! Keadaan sekelilingnya yang dipenuhi dengan lilin-lilin kecil menaikkan lagi suasana romantik. Ditambah pula dengan bunyi yang terhasil dari deruan ombak pantai.

"Happy third years anniversary, sayang." Bisik Haiyan penuh lembut ditelinga Aareen dari arah belakang.

Aareen menekup mulut. 3rd years anniversary?

"Ha-hari ni berapa hari bulan?"

"Empat belas haribulan sepuluh, sayang."

Makin terkejut dibuatnya. Ya Allah! Macam mana dia boleh lupa. Alaa!

"Hubby! Liya lupalah." Hampir saja dia ingin menangis. Kenapa dia boleh lupa tarikh penting sebegitu. Atau dia terlalu teruja dengan bulan madu mereka sehingga lupa tarikh ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-tiga.

Haiyan tersenyum. Sudah diagak. "It's okay, love. Kalau Liya ingat, tak ada lah jadi suprise kan?"

Tubuh Haiyan dipeluk erat. Dia mahu menangis sebenarnya tetapi tidak ingin dilihat Haiyan. Malunya! Dia lupa tarikh penting.

"Liya minta maaf, Hubby. Liya betul-betul lupa kali ni." Bimbang Haiyan terasa hati.

Belakang Aareen diusap perlahan. "Small matter lah, sayang. Don't be sorry. I know that you're very excited with our honeymoon. Hubby tak terasa hati pun."

Aareen mendongak dan Haiyan dapat melihat tubir mata wanita itu yang basah. Disekanya lembut kemudian menjatuhkan bibir pada dahi licin Aareen dengan penuh syahdu. Aareen memejam mata rapat menikmati keindahan momen manis seperti ini. Di pantai ini, hanya ada mereka berdua saja.

Deruan pantai kedengaran sangat menenangkan walaupun berombak. Begitu juga dengan mereka sekarang. Masing-masing menahan ombak yang menyapa hati sehingga membuat mereka berdebar namun tetap tenang bila dalam keadaan romantis begini.

"I love you, cinta." Ucap Haiyan disebalik ciuman tersebut.

"I love you too Hubby."

Pelukan dileraikan. Haiyan memegang tangan Aareen erat dengan merenung ke dalam anak mata wanita itu. Redup sekali pandangan mata itu sehingga menghadirkan debaran yang kuat di dadanya. Kekura milik tangan Aareen dikucup lembut.

Aareen hanya diam menanti tindakan Haiyan. Dia cukup terharu pada hari ini dengan kejutan candle light dinner mereka. Rasanya ini adalah kali pertama Haiyan buat begini. Sebelum ini ulang tahu perkahwinan mereka disambut biasa-biasa saja. Biarlah, yang jarang berlaku itu adalah kenangan yang terindah. Seperti hari ini.

Haiyan berjeda seketika. Banyak yang dia ingin ungkapkan pada wanita itu. Terlalu banyak.

"Aareen Eliya isteriku. Anniversary kita kali ni Hubby buat kelainan sebagai tanda penghargaan Hubby pada Liya." Bibir menguntum senyuman manis bersama jari mengelus pipi Aareen.

"Sayang... selama tiga tahun kita hidup bersama, Hubby sedar yang Liya paling banyak bersabar dengan Hubby. Apa yang Hubby dah buat pada Liya di awal perkahwinan kita dulu, Hubby tak akan pernah lupa. Maafkan Hubby atas semua kekecewaan dan kelukaan yang Hubby dah torehkan dihati isteri Hubby ni. Hubby tak akan pernah lupa janji Hubby pada Liya untuk terus cuba membahagiakan Liya. Hubby berdoa supaya Allah terus kekalkan kita hingga Jannah bersama dengan anak-anak kita. Sayang... Hubby terlalu sayang dan cintakan Liya. And I want to say that I'm very grateful because Allah give me a wife like you. Beautiful, wonderful, kindful dan banyak bersabar dengan Hubby. Hubby tak akan lupa dengan segala pengorbanan Liya pada rumah tangga kita. You're very special for me, sayang. Thank you for everything. You have to know that I only have one request from you..."

Haiyan berhenti disitu. Wajah Aareen ditatap sepuas-puasnya. Tak! Dia tak akan puas menatap wajah Aareen. Rasa ingin tatap, renung lagi, lagi dan lagi!

"I want you to stay with me until my last breath. You can hate me if one day you want that. But please stay by my side and don't leave me. You're my love, my soul, my life and my everything. My life would not be perfect without you because that perfection is in you. You have perfected my life, dear."

Akhirnya, Aareen dapat mengalirkan air mata. Cukup terharu dengan kata-kata yang terungkap dibibir lelaki itu. Seakan tidak terbalas setiap patah dari Haiyan. Lidahnya kelu dan dia hanya mampu mengalirkan air mata. Rasa setiap kesabaran dia selama ini dibalas dengan perkara yang cukup indah sekali.

"Hei, sayang. Don't cry. Hubby bukan nak buat Liya menangis..."

"Tapi kata-kata Hubby tu buat Liya menangis. Touching." Pintas Aareen masih dalam menangis. Dan juga ketawa kecil.

"Liya..."

"Shhh... tadi Hubby dah cakap. Now, let me talk."

Haiyan tersenyum. "Okay."

Aareen menarik nafas dalam.

"Hubby. Sebagai seorang isteri, Liya pun tentu ada salah dah silap juga. So, Liya minta maaf jika selama tiga tahun Liya menjadi isteri Hubby, Liya ada lupakan tanggungjawab Liya as your wife. Liya nak minta maaf kalau Hubby ada terasa hati dengan sikap Liya yang kadang-kadang... hehe you know? Naik angin, turun angin, masuk angin and... keluar angin." Ketawa dilepaskan. "But serious, Liya minta maaf sekali lagi atas semua salah dah silap Liya."

"Hubby sebagai suami Liya dan Babah kepada anak-anak kita pun banyak sangat berkorban demi kami. I also want to thanks to you dengan semua yang Hubby dah buat demi kami. Hubby, dari awal kahwin Liya memang Liya tekad tak akan tinggalkan Hubby walau apa pun yang jadi. Liya pun doakan agar kita kekal sampai Jannah. And... Liya cintakan Hubby juga."

Kemudiannya tubuh sasa Haiyan dipeluk dan didakap erat bagai tidak mahu lepas. Dia... bahagia! Haiyan juga tersenyum bahagia mendengar ungkapan cinta dari isteri tercintanya. Pelukan Aareen dibalas.

Jika ada badai yang melanda, biarlah mereka sama-sama merempuhnya. Dia tidak akan biarkan Aareen menanggung perit seorang diri lagi. Terlalu banyak kesan torehan yang berada di dalam hati wanita itu. Biarlah dia yang sembuhkan sehingga hilang kesan parutnya.

'Allah. Panjangkan jodoh kami hingga ke SyurgaMu. Kerana aku sangat mencintai dia keranaMu, Ya Allah. Aareen Eliya adalah cinta yang telah Engkau anugerahkan untukku. Akanku akan pastikan dia adalah cinta yang terakhir buatku. Terima kasih, Ya Allah.'

-

"Ya Allah! Hubby!" Sampai di Paradise Island, Aareen tidak sudah-sudah dengan rasa terujanya. Masha Allah, Subhanallah. Macam mana dia tidak teruja bila dapat melihat keindahan ciptaan Allah yang Maha Besar? Paradise Island bagaikan telah menambat hatinya. Pulau yang kebiruan dan kehijauan. Pandangan langit biru yang begitu menenangkan. Dia sangat suka dan jatuh cinta!

Belakang Aareen dirangkul erat.

"Do you love it?" Pipi wanita itu dikucup.

"Subhanallah! Liya suka sangat, Hubby. Cantik sangat. Rasa nak menangis."

Haiyan senyum. "Sedih menangis. Gembira pun menangis juga. Perempuan, perempuan."

Aareen memusingkan badannya. Mahu dikucup wajah Haiyan bertalu-talu tetapi harus menjaga tingkah laku kerana mereka masih berada di luar resort.

"Hubby. Berapa banyak duit Hubby habis belanja semua ni?" Dia yakin Haiyan telah banyak menghabiskan duit. Dari Malaysia ke Maldives sudah berapa banyak duit yang dihabiskan. Dengan hotel, makan mereka kemudian ditambah pula datang ke Paradise Island ni.

"Hmm... kenapa? Liya nak bayar ke?"

"Kalau boleh. Sebab... kejutan Hubby ni terlalu besar dan Liya tak sangka."

Haiyan sedikit membongkok menyamakan kedudukan wajah mereka. Wajah dia nakal sekali sambil mata melirik Aareen dari atas sampai bawah kemudian ke atas semula.

"Banyak la juga duit Hubby habis. Tapi... Hubby tak nak Liya bayar dengan duit."

"Then?" Polos sekali Aareen bertanya tanpa sempat fikir apa yang berada di fikirkan Haiyan kini. Yang jelas, wajah lelaki itu nakal sekali.

Wajah makin didekatkan.

"Layan Hubby malam ni."

Gulp!

Aareen kaku. Sudahlah tempat ini membahang, ditambah pula dengan bicara Haiyan yang begitu makin membahang jadinya. Dia menunduk malu. Lengan Haiyan dicubit.

"Gatal! Sebelum ni tak pernah ke?"

"But malam ni Hubby nak extra sikit." Haiyan makin gatal. Mata kanan dikenyitkan. "Hubby ada beli lingerie tau. Nanti pakai."

"Hubby!" Luas mata Aareen. Sejak bila... Ya Allah! "Eeee! Kenapa makin gatal ni?!" Bertubi-tubi cubitannya singgah dilengan, dada dan juga perut Haiyan.

Haiyan ketawa besar. Habis terasa sengal badannya terkena cubitan berbisa dari Aareen. Tangan Aareen digenggam dari terus bergerak mencubit badannya.

"Nak tahu tak, masa Hubby tengok lingerie tu Hubby terbayang-bayang macam mana kalau Liya pakai. Itu yang Hubby beli. Liya tak pernah pakai, kan? So, sebagai hadiah untuk Hubby malam ni dan... sebagai ganti honeymoon kita ni Hubby nak Liya pakai."

"Tak nak! Jangan harap! Hmh!" Aareen pandang depan semula. Tebal rasanya muka dia sekarang ini menahan malu dan juga bahang.

"Tak baik tolak permintaan suami." Haiyan menggunakan kuasanya. Bukan serius pun, sengaja mengusik.

Sudahnya, Aareen buat tidak layan dan menikmati keindahan pulau yang terbentang luas dihadapan dia sekarang. Bila sampai sini, terasa tidak mahu pulanglah pula. Mahu terus menetap disini. Tenang dan mendamaikan.

Malam itu, Aareen gelisah seorang diri di dalam tandas. Bermundar-mandir dan sekali sekala bercakap seorang diri melalui pantulan cermin. Baju tidur yang tersarung ditubuh diperhati beberapa kali.

Apa dia buat?

Ya! Dia pakai lingarie yang dibeli oleh Haiyan! What the... Allah! Dia tak pernah pakai baju-baju tak cukup kain seperti ini. Rasanya amat memalukan.

Kain jarang, singkat paras betis itu dikira nice. Kain satin dan jelas melekat pada tubuhnya dan membetuk segala bentuk tubuhnya. Walaupun ada cardigan, tiada beza pun! Sama saja seksinya! Bahagian dada pula... astaghfirullah!

Kepala digaru. "Sejak bila la laki aku jadi gatal sampai tahap macam ni?"

"Sayang... lama lagi ke dalam toilet tu?" Laung Haiyan dari luar.

Aareen ketap bibir. "Orang tengah berdebar ni. Heish! Okay, Liya. Rilex. Tarik nafas..." Nafas ditarik dalam. "Hembus." Kemudian dihembus.

Kenapa rasa berdebar lain macam ni? Bukannya baru kahwin!

Tombol pintu dipulas dengan lafaz bismillah. Mata dipejam dan daun pintu ditarik. Tiba-tiba...

"Wow!"

Mata terbuka luas. Haiyan sudah ada dihadapan pintu! Bibir Haiyan pula sudah tersenyum sinis dan gatal.

"Apa wow-wow? Ingat ni rancangan Wowshop ke Korek mata tu baru tahu." Sambil buat tidak tahu, Aareen melangkah keluar dari tandas.

Tidak sempat dia menuju ke arah katil, badan sudah pun terapung diawangan.

"Eh? Hubby!"

Aareen dibaringkan perlahan ditengah katil dan Haiyan mula menapung dirinya diatas badan Aareen. Aareen benar-benar buat dia terpukau malam ini. Ditambah pula dengan pandangan redup dari wanita itu.

Pipi Aareen dielus.

"You're so beautiful, sayang." Dada begitu berdegup kencang menahan rasa saat ini.

"Hub..."

"Shhh... diam. Hubby nak nikmati pandangan yang cantik depan Hubby ni."

Aareen tergelak halus. Selamba tangannya melingkar di leher Haiyan dan menarik lelaki itu lebih dekat. Bibir Haiyan dikucup lembut.

"I love you."

Pantas bibir Aareen disambar Haiyan tanpa amaran. Debaran didada makin terasa sehingga masing-masing dapat mendengar degupan jantung sendiri.

"I love you too. Let me explore your beautiful, tonight."

× Tamat ×

Alhamdulillah.

Berakhirlah juga Cinta Yang Terakhir. Harap maaf atas salah silap sepanjang iera publish karya yang kali ni. Semuanya hadir dari imaginasi iera sendiri. Harap maaf kalau ada yang tak puas hati and harap abaikan part yang dirasakan "euww" hahaha.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pembaca yang setia menunggu update dari iera. Iera telah cuba yang terbaik untuk puaskan hati readers.

Sila komen banyak-banyak supaya iera tahu sama ada readers suka atau tak dengan CYT ni. Insha Allah iera akan baiki cara penulisan untuk next novel.

Sekali lagi terima kasih and me love you olsssss😍💜

𝓘𝓮𝓻𝓪𝓡𝓸𝓼𝓮𝓵𝔂𝓷.

Continue Reading

You'll Also Like

379K 28.3K 28
Kalau ketemu CEO kaya, terus ternyata suka sama kamu dan dia bucin banget sama kamu. gimana ya? Bucin New Version✨
3.6K 177 15
5 ketua geng motor yang berpindah ke dalam film yang mereka tonton,dan menjadi pemeran utama disana. Setelah kecelakaan mereka koma dan jiwa mereka b...
Alshei By

Romance

103K 3.4K 33
ALGARA VARDESH RAGASWARA Seorang cowok yang harus dikejar kejar oleh seorang gadis yang bernama sheila gadis yang banyak omong itu selalu mengganguny...
5.9M 278K 25
Kamu bisa baca e-booknya di Gramedia Digital. Sebagian Part akan di-unpublish. [Sebelumnya Originals] Pre Order Novel cetak dibuka! 16 Juni 2022 s/d...