ALPHA 122

By NurIzzahHani

193K 20.5K 3.2K

ALPHA 122 merupakan satu daripada tiga pasukan bomba di Balai Bomba Siber Raya. Sedia berkhidmat tanpa mengir... More

Pengenalan
Kemalangan Jalan Raya
Pokok Hempas Bumbung
Teman Pili Bomba
Tersadai Banjir Kilat
TW: SUICIDE
Nyet Nyet Monyet
Pra-Operasi Banjir: Akmals' Plan
Banjir Pt 1
Banjir Pt 2
Banjir Pt 3
Banjir Pt 4
Banjir Pt 5
Banjir Pt 6
Banjir Pt 7
Banjir Pt 8
Banjir Pt 9
Sayonara, Buana
Burger Dan... Cinta?
Pintu Terkunci
Late Night Thought 💭
Bismillah, Assalamualaikum
Akmals Mukbang
Cincin Tersekat
Bi, Awak...
Kebakaran Bangunan Pt 1
Kebakaran Bangunan Pt 2
Peluang Kedua
Post Mortem Kebakaran
Oyen 😩
TW: Suicide 2
Oink Oink
Khidmat Komuniti Pt 1
Khidmat Komuniti Pt 2
Bro Is Nervous 🥶
The Akmals Day
Photograph
Ultimate Maggi Night
Filler Chapter
Raja Sehari
Cahaya Baharu
High
Kelam
Desperate SAR
Maggi Talk
Belasungkawa
Memerang
Api Belukar
Akmals
Tinta Penulis
Api Sampah
Pre Order PBAKL2023

Bilik Kawalan

3.2K 384 57
By NurIzzahHani

Semalam, kami tiba pada jam 2 petang. Aku gagahkan diri untuk menunaikan solat zohor. Selesai berdoa, aku terus syahid sementara. Nasib baiklah Darwish nak tidur rumah aku malam tu ada la juga orang yang kejut solat kalau tak aku rasa habis 3 waktu aku tuang. Kalau meninggal masa tidur tu tak tahulah nak kata apa.

Hari ini aku bekerja. Kalau diikutkan rasa macam nak cuti seminggu tapi apakan daya aku bukan CEO kepada syarikat 'papa nak kahwinkan kamu dengan anak Tan Sri Zainal untuk kembangkan lagi perniagaan papa.' maka gigihlah aku menyarung celoreng lagi hari ini.

"Balik dah Akmals kita. Lepasni dah tak adalah makanan tak habis." Cik Ros menyapa aku.

Aku mampu tersengih sahaja.

"Akmal balik!" Lew dan Alex berlari ke arah aku.

Kalau kena rempuh dengan manusia dua orang ini, mahu patah riuk. Tapi sayang kawan punya fasal, aku terima dengan reda. Kami berpelukan macam dah setahun terpisah.

Aku menyapa rakan sepasukan lain. Dari jauh sudah kelihatan Aira menuju ke arah kami dengan baju celoreng dan beret merahnya. Ceria benar dia pagi ni.

Tepat jam 8 pagi, kami berkumpul terlebih dahulu di dataran untuk melakukan pertukaran pasukan yang bertugas. Hari ini, bagi meringankan beban aku dan Aira, kami ditugaskan untuk bertugas di bilik kawalan.

"Kau lapor dekat PGO, aku buat ujian siar raya." Aku mengagihkan tugas.

"Tak nak, kau lapor PGO, balai kita perlu dengar suara morning angel untuk bagi semua bersemangat." Aira membangkang.

Eh dia ni, aku lipat masuk dalam poket baru tahu.

Aku terus mengambil walkie-talkie.

"PGO Selangor, PGO Selangor dari Bilik Kawalan Siber Raya..." Aku memanggil ke sana.

"PGO selangor terima,"

"Kawalan Siber Raya ingin membuat ujian panggilan dalam kiraan 1234321 bagai mana pgo selangor terima?"

"PGO Selangor terima over."

Aira yang sudah menunggu di mikrofon terus menghidupkannya.

"Assalamualaikum dan selamat pagi petugas bilik kawalan PB 197018 dan PB 196806 ingin membuat ujian siar raya diminta semua anggota bertugas bertenang semasa ujian siar raya dijalankan." Suara Aira bergema di di seluruh Balai Bomba dan Penyelamat Siber Raya.

Siren ditekan dan dibiar untuk beberapa saat sebelum dimatikan. Semoga hari ini sejuk dan tenang tanpa kes yang berat-berat.

Ujian siar raya berjalan dengan lancar.

Sekali lagi Aira membuat pengumuman.

"Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua anggota bertugas sila berkumpul di engine bay terima kasih." Pengumuman itu dibuat supaya semua anggota berkumpul untuk agihan tugas pada hari ini.

Mengikut jadual, hari ini penyelenggaraan peralatan dan pemeriksaan pili bomba akan dijalankan.

"Kau tidur berapa jam semalam?" Aku bertanya kepada Aira yang sedang menyusun walkie-talkie.

"Entah la aku tak kira masa. Aku set alarm waktu solat je. Tiba-tiba rasa penat tu macam menghambat," jawab Aira.

Sama kes dengan aku la ni.

Telefon Aira berbunyi. Panggilan daripada ayahnya.

"Assalamualaikum ayah, Along kerja ni. Kenapa ayah call?" Aira bertanya.

"Hah? Along sandar dekat lelaki? Mana ayah nampak ni? Bila masa pula Aira rapat-rapat dengan lelaki?" Berkerut kening Aira.

"Dekat Facebook bersepah?" Makin berkerut wajah Aira.

Aira memandang aku. Logiknya lima hari ini memang Aira rapat dengan aku tapi mana ada sampai bersandar. Bersentuhpun tidak.

"Laki mana ni ayah? Along kerja dekat tempat banjir tau bukan kelab malam," sambung Aira.

"Lelaki tinggi pakai baju bomba. Cuba ayah hantar gambarnya. Nanti Along telefon balik." Aira mematikan telefon.

Dia terus melihat gambar yang dihantar ayahnya lalu menunjukkan gambar itu kepada aku.

Gambar itu telah disunting di mana gambar Aira ditindih di hadapan gambar aku jadi nampak macam dia bersandar pada aku padahal tidak. Jadi sekarang ini ayahnya sudah salah faham.

Aira terus menelefon ayahnya untuk merungkai salah faham itu namun lain pula jadinya sebab gambar-gambar yang lain memang menunjukkan aku rapat dengan Aira terutama gambar bayi bertukar tangan.

"Ayah, boleh tak malam ni Along jelaskan. Along tengah kerja ni ayah. Iya malam nanti kalau ayah nak cakap dengan lelaki dalam gambar tu pun boleh. Memang tak ada apa la ayah. Bayi tu bukan bayi kamipun. Tu bayi mangsa banjir. Apa yang nak heboh sangat dekat Facebook tu?" Aira agak tertekan. Panggilan telefon dimatikan.

Aik? Apahal aku ditarik sekali?

"Habis bertugas hari ni kau jangan nak lari. Terangkan dulu dekat ayah aku tentang benda ni. Dah viral dekat Facebook katanya." Aira bercekak pinggang.

Nak memeriksa akaun media sosial waktu kerja ni rasanya tak patut jadi kami biarkan sahaja dahulu.

Telefon di hadapan kami berbunyi. Terus aku sambut.

"Assalamualaikum dan salam sejahtera Balai Bomba dan Penyelamat Siber Raya. Apa boleh saya bantu?" Aku memberi ayat template terlebih dahulu.

Aku mendengar aduan yang diberi sambil membuat catatan lalu aku serahkan kepada Aira untuk membuat pengumuman.

"Perhatian, perhatian, perhatian! Panggilan khidmat khas pintu bilik terkunci di alamat No. 22, Jalan Jaya Setia 5U, Taman Mergastua. Semua anggota bertugas diminta untuk bersiap sedia." Aira membuat pengumuman.

Aku mula menyediakan laporan.

"Aku nak kena cakap apa dengan ayah kau nanti?" Aku bertanya kepada Aira memandangkan dia yang melibatkan aku dalam hal ni.

"Manalah aku tahu kau kena cakap apa. Apa ayah aku tanya kau jawab je la. Mana nombor telefon wartawan semalam tu? Aku cubit baru tahu. Dah tangkap gambar asing masuk asing la. Gigih sangat nak editkan tu buat apa?" Aira dari semalam memang tak berpuas hati dengan wartawan itu.

Ada emel yang masuk melalui telefon lalu aku buka. Seperti yang dijanjikan oleh wartawan semalam, dia menghantar artikel dan gambar-gambar yang diambil ketika operasi bencana. Tajuknya Perwira Tidak Didendang.

Aku membaca artikel penuh yang ditulis. Semuanya elok sahaja cuma mungkin gambar kami yang ayah Aira kurang berkenan.

Satu jam selepas panggilan khidmat khas tadi berlalu, Cik Razak dan Kumar datang ke bilik kawalan untuk memberi laporan lisan.

"Ada mangsa ke tadi?" Aku bertanya.

"Tak ada sesiapa. Bilik kosong dia tertinggal kunci kereta dalam tu." Kumar kedengaran hampa.

Aku faham perasaan itu. Hampa bukan sebab tiada mangsa dan tak boleh jadi hero tapi hampa kerana panggilan itu tidak sepatutnya dibuat. Panggilan khidmat khas pintu terkunci hanya patut dibuat sekiranya ada mangsa dalam bilik yang terkunci.

Bayangkan jika mendapat panggilan pintu berkunci lalu lima ke enam anggota bomba datang ke lokasi tiba-tiba berlaku kecemasan yang lebih genting melibatkan nyawa. Ada orang yang lebih memerlukan khidmat anggota bomba bukankah sudah merugikan masa dan mengancam nyawa?

"Saya rasa kita kena buat kempen kesedaran la. Mungkin ramai kut yang ingat bomba akan datang ke semua kes tak kira tahap kecemasan." Cik Razak bermuka serius.

"Tapi kira dah settle boleh tutup laporan la ni?" Aku memohon kepastian.

"Boleh dah," jawab Cik Razak.

"Cik, saya suka idea cik buat kempen kesedaran tu. Apa guna ada abang akak bomba viral dekat balai ni." Lew ketawa mengejek.

Dia mula dah... Dia mula dah...

"Saya setuju, cik. Tu la aku kata dah dia orang berdua ni tak dating dalam EMRS, dia gi dating dekat Buana nun. Tenang kita tak ada," celah Alex.

Bila masa pula budak-budak ni muncul?

"Dah-dah jangan nak lebih-lebih." Aku memberi amaran.

"Amboi, makin garang ya sekarang. Dah-dah jangan kacau love birds buat kerja." Azlan meletakkan lengannya pada bahu Lew dan Alex lalu membawa mereka pergi.

Aman sikit bilik kawalan ni.

"Aira, kau single?" Aku memberanikan diri untuk bertanya.

"Aku? Double special telur benjo extra sayur." Selamba dia menjawab tanpa memandang muka aku. Tangannya sedang menulis laporan.

"Kau ada pasangan hidup ke?" Aku membetulkan soalan aku.

Aira meletakkan pen yang dipegangnya lalu memandang aku dengan muka yang serius.

"Akmal, aku minta maaf sangat kalau gurau-gurau aku suruh hantar resume bagai tu kau pandang serius. Mungkin juga kau ni tengah caught in the moment sebab selalu kena usik dengan aku. I'm not interested to be in any kind of fragile relationship. Antara aku dan kau cuma rakan sekerja," tegas Aira.

"Chill, aku tanya je bukan ajak bercinta. Dah tu nanti kau nak kahwin macam mana?" Aku bertanya lagi.

"Kalau parents aku nak aku kahwin, mereka la kena carikan. Kalau aku sendiri memang tak la."

"Kau okay ye jodoh ditentukan parents. Jarang aku dengar orang zaman sekarang nak terima macam ni."

"Okay sebab kalau relationship tu gagal aku ada orang lain nak salahkan bukan diri aku sendiri," jawapan yang diberi oleh Aira itu langsung tidak aku duga.

Belum sempat aku membalas, telefon berdering.

"Assalamualaikum dan salam sejahtera Balai Bomba dan Penyelamat Siber Raya. Apa boleh saya bantu?" Aira menjawab panggilan itu lalu mencatat butiran kemudian diberi kepada aku.

"Perhatian, perhatian, perhatian! Panggilan khidmat khas mangsa tersepit di alamat Tadika Al-Aqsar, Jalan Jaya Setia 2, semua anggota bertugas diminta untuk bersiap sedia." Aku membuat pengumuman.

Aira pula membuka laporan kes itu.

"Kau ada buah hati?" Aira bertanya.

"Ada, tapi dia isteri orang. Kau nak tengok gambar dia?" Aku tersenyum.

Selamat botol mineral dicampak ke kepala aku tak sempat nak mengelak. Habislah benjol.

"Kau jangan nak buat gila suka isteri orang." Naik suara Aira.

"Cuba sabar kejap bagi aku terangkan." Tak sempat aku nak terangkan, Aira dah serang dahulu.

Tapi belum sempat aku buka mulut, isteri orang itu menelefon aku.

"Ni ha, isteri abah aku. Buah hati aku tu mak aku la." Aku terus mengangkat panggilan. Jarang mak aku nak telefon dulu.

"Assalamualaikum, adik. Ni viral gambar adik ni tangkap gambar dekat-dekat dengan perempuan. Kenapa macam tu dik, malu la kumpulan ngaji mak tengok." Mak terus menyerang aku. Aku ingat ayah Aira sahaja rupanya mak akupun sama.

"Waalaikumussalam, mak tu gambar edit la. Adik ambil gambar asing dengan Aira lepastu orangnya edit macam tu." Aku memberi penjelasan.

"Siapa dia ni? Tak pernah kenalkan mak dengan pun?" Ah sudah...

"Mak, adik tengah kerja ni. Malam nanti adik kenalkan mak dengan dia ya?" balasku.

"Adik jangan nak macam-macam ya? Mak kahwinkan dengan anak Makcik Sarah tu baru tau." Mak mengugut.

"Tak macam-macam la mak. Adik tengah kerja ni. Nanti adik telefon balik."

"Ha, kerja elok-elok. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam." Panggilan telefon itu aku matikan.

"Dik, ambil air jap."

Aku terus mencapai botol air. Kejap. Tak guna punya Aira! Dia guna intonasi 'Along' dekat aku. Nak ejek aku la tu.

Aku menghempas botol air tanda protes. Terkekek-kekek Aira ketawa sampai mengalirkan air mata kerana terlalu geli hati aku jatuh dalam perangkapnya.

"Comel la panggil adik." Aira memberi komen yang aku tak mahu dengar.

"Aku ni anak soleh yang taat. Dipanggil adik aku reda je. Nak panggil baby pun aku terima. Takde la lari bawa diri jadi bomba." Aku masuk bakul angkat sendiri.

"Ye la ye la. Kau la baik aku yang jahat." Aik, Aira ni apahal dengar macam merajuk?

"So malam ni kita swap. Kau explain dekat mak aku, aku explain dekat ayah kau, okay?"

"Dekat mana? Takkan nak datang rumah kut." Aira bertanya.

Aku memikirkan lokasi yang strategik untuk kami berjumpa.

"Burger?" Aku memberi cadangan.

"Okay, onz." Cepat sahaja Aira bersetuju.

Cik Ros mengetuk pintu bilik untuk mebuat laporan kes tadi.

"Uit, rancak sembang tak perasan kita datang." Tegurnya.

"Ehe, macam mana tadi Cik Ros? Teruk ke tersepitnya?" Aira bertanya.

"Tak cederapun cuma tulang siku dia sangkut dekat celah besi buaian tak boleh nak keluar. Kita kepak sikit besi tu lepastu boleh dah keluar."

"Tangan dia boleh lurus la semua." Aira bertanya lagi.

"Alhamdulillah boleh. Cuma hari ni Eric mandi muntah budak. Budak tu takut kut tengok alat kita guna sampai termuntah dekat Eric yang pegang dia." Cik Ros terkenang peristiwa Eric dimuntahkan tadi.

Kasihan dia tapi apa boleh buat, demi negara tercinta rela berkorban jiwa raga walaupun dimuntahkan.

"Dahsyat, apapun tahniah dan terima kasih untuk kerja yang baik hari ni." Aku memuji mereka dengan ikhlas.

Aira menyudahkan laporan untuk dihantar.

Tepat jam lapan malam, pasukan lain yang bertugas pula akan menggantikan tempat kami.

"9 dekat bawah?" Aku meminta kepastian.

Aira mengangguk setuju. Entah apa akan jadi malam ni, akupun tak tahu.



Continue Reading

You'll Also Like

126K 10.9K 58
[COMEDY ROMANCE] Chris nak jadi muslim? Adakah itu namanya fakehope anak-anak? Kepercayaannya kepada Tuhan hanya err 0.1% mungkin? Atau tiada langsun...
45.4K 10.6K 25
K A R Y A|| k e s e b e l a s [ this story just like, "yang kuban kuban jelah" ha like that ] Kisah percintaan hantu lagi best dari manusia 🗿 Eh tib...
34.5K 2K 38
For younger me, who wanted to be someone's first choice.
37.9K 3.9K 34
2024 Ini merupakan sambungan kepada HAZRAEL. H Series Buku 1: HAZRAEL Buku 2: Internet Death Angel Sila baca HAZRAEL dulu baru baca Internet Death An...