Mr Annoying Vs Miss Beku

By Mademoiselle_Hawa

62.2K 2.7K 165

[COMPLETEDโœ”] QAISARA ALYSHA - Seorang gadis yang pendiam, tak banyak bercakap, tidak suka bergaul dengan ora... More

Memperkenalkan Karya Baru
Bab 1 | Aku
Bab 2 | Pertemuan
Bab 3 | Bistro
Bab 4 | Kampung
Bab 5 | Mamat Annoying
Bab 6 | Qash Anaqi
Bab 7 | Dengki
Bab 8 | Sedondon
Bab 9 | Photoshoot
Bab 10 | Butterfly
Bab 11 | Cemburu
Bab 12 | Picnic
Bab 13 | Aquaphobia
Bab 14 | Kareoke
Bab 15 | Pulang
Bab 16 | Hadiah
Bab 17 | Mimpi
Bab 18 | Pengsan
Bab 19 | Panic Attack
Bab 20 | Surprise
Bab 21 | Tarawih
Bab 22 | Balik Kampung
Bab 23 | Takbir Raya
Bab 24 | Tetamu
Bab 25 | Rombongan
Bab 26 | Lamaran
Bab 27 | Ugut
Bab 28 | Keputusan
Bab 29 | Baju nikah
Bab 30 | Persiapan
Bab 31 | One Step Closer
Bab 32 | Dua Hati Bersatu
Bab 33 | Bidadari
Bab 34 | Winter Wonderland
Bab 35 | Keluarga
Bab 36 | Honeymoon
Bab 37 | Gayat
Bab 38 | Japanese Village
Bab 39 | Doa
Bab 40 | Penat
Bab 41 | Rahsia
Bab 43 | Tertekan
Bab 44 | Ego
Bab 45 | Penyesalan
Bab 46 | Pulang
Bab 47 | Patah
Bab 48 | Sedar
Bab 49 | Pinky Promise
Bab 50 | Kampung
Bab 51 | Sakit
Bab 52 | Maruah
Bab 53 | Hutan
Bab 54 | Cekak
Bab 55 | Pergi
Bab 56 | Termakbul
Bab 57 | Klinik
Bab 58 | Zuriat
Bab 59 | Mengidam
Bab 60 | New Life
Bab 61 | Happiness
Bab 62 | The End
Coffee Time with Hawa

Bab 42 | Pergi

805 40 11
By Mademoiselle_Hawa

   MATA aku mula berkaca. Jantung aku bagaikan hendak terkeluar. Tangan aku terketar-ketar memegang buku album itu. Masih tidak percaya dengan apa yang aku lihat sekarang ni. Sesuatu yang tak aku sangka.

   Aku tak tahu perasaan apa yang harus aku gambarkan ketika ini. Sedih? Kecewa? Marah? Takut? Aku tak tahu. Yang aku tahu, hati aku bagaikan kepingan kaca ketika ini. Retak, terluka. Fikiran aku bercelaru. Hati seumpama tak boleh terima kebenaran yang sudah terbongkar.

   Kenapa? Kenapa dia rahsiakan semua ni dari aku? Apa motif sebenar dia? Sengaja berkahwin dengan aku semata-mata nak sakitkan hati aku? Atau sengaja nak permainkan hati aku? Pelbagai andaian yang bermain di fikiran aku.

   Tanpa sedar, air mata aku gugur mengalir di pipi mulus aku. Aku terasa dikhianati. Sakit. Sakit untuk aku terima kebenaran ni. Aku menekup wajah aku. Melepaskan tangisan yang makin menjadi-jadi.

   Jadi, selama ni semuanya cuma pura-pura? Dia cuma pura-pura sayangkan aku? Apa makna perkahwinan ni? Ya Allah, sakit sangat rasa ni ya Allah...

   Macam mana aku nak berhadapan dengan dia sedangkan dia lah orang yang paling aku takut waktu ketika dulu? Dia lah pembuli yang kejam tu. Dan yang paling aku tak boleh terima, dia juga orang yang sama penyebab aku hampir lemas. Orang yang paling aku benci!

   Tubuh aku mula menggigil. Ya Allah, andai ini semua hanyalah mimpi, kau bangunkanlah aku. Aku tak mampu terima semua ni.

   "Qaisara?"

   Tersentak aku mendengar suara itu. Aku pantas mengangkat muka memandang tuan empunya suara. Wajah aku sudah basah dengan air mata. Aku merenung Qash dengan pandangan tajam.

   Qash yang berada di muka pintu hanya statik berdiri. Dia menayangkan riak terperanjat bercampur cuak. Dia memandang aku dengan pandangan serba salah.

   "Qaisara..." panggilnya.

   "Apa semua ni?" soalku dengan suara serak. Bercampur dengan rasa sakit di hati.

   Qash kesihatan serba salah.

   "Sayang, i can explain..." ujarnya. Dia cuba menghampiri aku.

   "Jangan dekat dengan saya!" halang aku. Dada aku berombak hebat cuba mengawal rasa marah dan sedih.

   Automatik pergerakkan Qash terhenti. Wajahnya terpancar riak kecewa bercampur sedih.

   "Qaisara, bagi saya jelaskan. Dengar dulu sayang..." pujuknya.

   "Selama ni saya percayakan awak Qash! Saya sayang awak. Saya letakkan seluruh kepercayaan saya pada awak. Tapi apa yang saya dapat? Saya dapat sakit. Sakit Qash untuk saya terima semua ni. Sakit! Awak buat saya ni macam patung. Awak mainkan hati saya. Awak buat saya ni macam tak ada perasaan langsung!" luah aku dengan penuh perasaan.

   Terasa lemah lutut aku ketika ini. Aku terasa begitu lemah kini.

   "No Qaisara, saya tak ada niat langsung nak mainkan perasaan awak. Tak pernah. Please, let me explain first..." tuturnya penuh berharap.

   Aku menggelengkan kepala beberapa kali. Aku meraup rambut dengan kasar. Air mata aku sedari tadi masih tidak berhenti mengalir.

   "Tak ada niat? Jadi semua ni kebetulan? Hah?" soalku dengan ketawa yang dibuat-buat. Bukan ketawa kerana suka, tetapi ketawa kerana kecewa.

   "Awak sebenarnya memang dah kenal saya kan? Sebab tu lah awak beria sangat nak tahu nama saya dulu? Sebab awak memang kenal saya! Awak tahu semua tu!"

   "No! No Qaisara... Awak dah salah faham, dengar dulu apa yang saya nak cakap ni. Please sayang..." rayunya.

   Qash cuba untuk menyentuh lengan aku, namun cepat-cepat aku elak.

   "Enough Qash. Saya tak nak dengar apa-apa buat masa sekarang. Hati saya ni sakit sangat. Saya kecewa dengan awak. Awak ni selfish! Awak lagi suka tengok saya sakit macam ni daripada tengok saya bahagia, betul kan?"

   Qash menggeleng laju. Dia cuba untuk bersuara tetapi dia seakan tidak mampu. Sakit jiwanya melihat insan yang paling disayangi dan wanita yang terpenting dalam hidupnya mengalirkan air mata. Dan perkara itu berpunca dari dirinya sendiri.

   "Dekat mana awak letak nilai cinta saya Qash? Dekat mana? Dekat tempat yang paling bawah? Awak tahu, awak tahu saya susah nak serahkan hati saya. Tapi, bila saya dah bagi. Apa yang saya dapat? Saya rasa macam nilai cinta saya dipijak-pijak. Langsung tak ada harga." sambung aku lagi. Terasa sakit sangat perasaan aku tika ini. Sakit nak luahkan segala yang terbuku dalam hati.

   "Tak sayang, i love you so much! Saya tak pernah niat pun nak mainkan perasaan awak. Tak... Tolong, jangan buat saya macam ni Qaisara... Dengar dulu." sangkalnya laju. Perlahan-lahan cecair jernih mengalir dari tubir matanya.

   Aku menggelengkan kepala perlahan. Aku terasa tak mampu untuk dengar penjelasan. Fikiran aku bercelaru. Dada aku terasa sesak.

   Aku menyeka kasar air mata aku. Aku berpaling dan keluar dari bilik kerja. Langkah kaki aku laju menuju ke bilik tidur aku dan Qash. Tudung bawal aku sarungkan di kepala. Beberapa helai pakaian dimasukkan ke dalam beg galas.

   Aku tak boleh tinggal dekat sini buat masa sekarang. Aku tak mampu nak berhadapan dengan dia. Aku perlukan masa untuk terima semua ni.

   Bukannya aku tak ada perasaan sayang pada Qash. Aku terlalu sayangkan dia. Dia lah lelaki pertama yang berjaya ketuk pintu hati aku. Dan disebabkan aku terlalu sayangkan dia, hati aku jadi sakit. Seumpama hati aku ditoreh dengan sebilah pisau yang tajam.

   "Qaisara... Aw.. Awak nak pergi mana?" soal Qash yang baru masuk ke dalam bilik tidur kami berdua.

   Aku tidak menjawab. Sebaliknya tangan aku laju menggalas beg galas itu.

   "Awak nak pergi mana? Awak nak tinggalkan saya?" soalnya kalut.

   Aku melepaskan keluhan berat. Mata aku merenung ke arah dinding. Tipu lah kalau aku kata aku sanggup nak tinggalkan dia. Tak, hati aku berat nak tinggalkan dia. Tapi aku perlukan masa, untuk rawat hati aku.

   "I can't stay... I have to go. I'm sorry Qash. I just need some space. Untuk terima semua ni." tuturku lemah.

   Dengar sahaja kata-kata aku, Qash terus laju menghampiri aku. Tangan aku digenggamnya erat.

   "No, no... Tolong, jangan tinggalkan saya... Saya tahu saya salah sebab tipu awak. Saya rahsiakan semua ni. Tapi semua tu bersebab. Saya minta maaf sangat-sangat. Tolong jangan tinggalkan saya..." rayunya.

   Aku dapat lihat terdapat sisa air mata di tubir mata Qash itu. Hati aku dihimpit perasaan hiba.

   Tapi apa yang boleh aku lakukan? Aku terpaksa pergi. Untuk tenangkan diri. Ini semua kerana aku terlalu sayangkan Qash. Fikiran aku tak mampu menerima bahawa Qash dengan budak lelaki yang punca aku hampir mati lemas ialah orang yang sama. Terlalu perit untuk aku terima.

   "Tolong izinkan saya pergi Qash. Saya perlukan masa, saya perlukan ruang. Untuk terima semua perkara ni. Please..." pohon aku berserta dengan air mata yang setia menemani.

   "Saya takkan hilangkan diri. Saya cuma perlukan ruang untuk tenangkan diri. Dan saya harap awak faham. Awak yang buatkan saya jadi macam ni. Tolong, izinkan saya pergi." tambahku.

   Dari ekor mata, aku lihat pipi Qash sudah basah dengan air mata. Dia masih menggengam erat tangan aku. Seolah-olah mahu lepaskan.

   Dan tanpa aku duga, Qash menarik aku ke dalam pelukannya. Terasa tubuh aku di dakap erat.

   "I'm so sorry Qaisara. Saya tak bermaksud nak mainkan perasaan awak. Dan tak pernah langsung terlintas di fikiran saya nak sakitkan hati awak. Saya ikhlas sayangkan awak. Terlalu sayang. Dan disebabkan sayang, saya tak mampu untuk berlaku jujur. Saya takut, takut awak tinggalkan saya lepas awak tahu siapa saya sebenarnya. Saya tak kuat untuk kehilangan awak Qaisara. Saya tak mampu... Bila awak bagitahu yang awak bencikan budak lelaki yang menyebabkan awak phobia tu, lagi buatkan saya takut untuk jujur. Saya tak nak awak terus bencikan saya. Saya tak nak..." luahnya dengan perasaan hiba.

   Aku hanya kaku di dalam pelukannya. Diam mendengar luahan lelaki itu.

   "Dan jujur saya cakap, saya tak ada niat langsung nak buat awak lemas dulu. Saya sendiri tak sangka dengan apa yang berlaku. Trust me,after the incident. Saya hidup dengan rasa serba salah dengan apa yang saya dah buat pada awak. Saya tak dapat nak maafkan diri saya. Saya sendiri bencikan diri saya. Saya rasa tak tenang Qaisara... Selagi saya tak dengar kata maaf dari awak, saya takkan rasa tenang. I'm so sorry butterfly..."

   Aku menjadi sebak apabila mendengar luahan sayu Qash. Perlahan-lahan air mata aku mengalir di pipi. Ya Allah, kejamkah aku membuatkan suami aku mengalirkan air mata?

   Tetapi perasaan aku yang terluka ni juga perlu untuk dirawat.

   "I know, it's not easy for you to forgive me. I know you need some space. And I will wait. Until you're willing to forgive me. Saya izinkan awak pergi. Tapi tolong bagitahu keberadaan awak pada saya. Saya tak nak ada perkara buruk terjadi pada awak. Cause i love you so much." tambahnya.

   Terasa kepala aku yang ditutupi tudung dikucup oleh Qash sebelum pelukan dileraikan.

   Aku menyeka sisa air mata di tubir mata aku. Kepala aku hanya menunduk sedari tadi. Beg galas yang berada di bahu aku dibetulkan.

   "Saya pergi dulu. Assalamualaikum..." pamitku.

   Tangan lelaki itu aku kucup sebelum langkah kaki aku laju meninggalkan Qash yang masih berdiri kaku di tengah-tengah bilik tidur.

   Kereta Myvi milik aku dihampiri. Aku masuk ke dalam perut kereta sebelum enjin dihidupkan.

   Buat kesekian kalinya, air mata aku kembali membasahi pipi mulus aku. Aku menekup wajah. Melepaskan tangisan semahu-mahunya.

**********

Ah, tak pandai sangat lah buat scene sedih ni :( minta maaf kalau ada kekurangan <3

Jangan lupa vote & share okies!

Sending you lots of love <3

Update: 25 Sept 2021

Continue Reading

You'll Also Like

4K 80 21
Puteri Damia Annelisse merupakan seorang gadis bekerjaya yang menetap di Australia. Sudah bertahun dia menetap disana sejak kedua Ibu bapanya tela...
93.8K 1.7K 50
Start: 16/03/2018 Mengisah kan seorang doktor playboy namun dia dijodohkan oleh mamanya dengan seorang doktor yang juga bekerja di hospital yang sama...
5.4K 314 21
Menjadi bijak dan genius tidak diinginkan langsung oleh gadis bernama Ayshara Dania. Dia hanya inginkan kehidupan yang sederhana dan penuh dengan kas...
5.6K 182 23
Karya kedua. Pada mulanya hidup Khayla Nafeesa penuh dengan warna warni. Suasana hidupnya yang ceria dapat menjadikan hari-harinya indah. Satu perka...