His Babygirl [๐‘ช]

By leesottt

397K 12.5K 349

[ 1st book by leesottt ] HIS SERIES 1 Pertembungan tak disengajakan di shopping complex membibitkan cinta Han... More

WARNINGโš ๏ธ
PROLOG
01 | BABYGIRL
02 | BABYGIRL
03 | BABYGIRL
04 | BABYGIRL
05 | BABYGIRL
06 | BABYGIRL
07 | BABYGIRL
08 | BABYGIRL
09 | BABYGIRL
10 | BABYGIRL
11 | BABYGIRL
12 | BABYGIRL
13 | BABYGIRL
14 | BABYGIRL
15 | BABYGIRL
16 | BABYGIRL
17 | BABYGIRL
18 | BABYGIRL
19 | BABYGIRL
20 | BABYGIRL
21 | BABYGIRL
22 | BABYGIRL
23 | BABYGIRL
24 | BABYGIRL
25 | BABYGIRL
26 | BABYGIRL
27 | BABYGIRL
28 | BABYGIRL
29 | BABYGIRL
30 | BABYGIRL
31 | BABYGIRL
32 | BABYGIRL
33 | BABYGIRL
34 | BABYGIRL
35 | BABYGIRL
36 | BABYGIRL
37 | BABYGIRL
38 | BABYGIRL
39 | BABYGIRL
40 | BABYGIRL
41 | BABYGIRL
42 | BABYGIRL
43 | BABYGIRL
44 | BABYGIRL
45 | BABYGIRL
46 | BABYGIRL
47 | BABYGIRL
48 | BABYGIRL
49 | BABYGIRL
50 | BABYGIRL
51 | BABYGIRL
53 | BABYGIRL
54 | BABYGIRL
55 | BABYGIRL
56 | BABYGIRL
57 | BABYGIRL
58 | BABYGIRL
59 | BABYGIRL
60 | BABYGIRL
61 | BABYGIRL
62 | BABYGIRL
63 | BABYGIRL
64 | BABYGIRL
65 | BABYGIRL
66 | BABYGIRL
ENDING
SPECIAL CHAPTER 1
SPECIAL CHAPTER 2
SPECIAL CHAPTER 3
SPECIAL CHAPTER (LAST)
TUMPANG PROMOTE

52 | BABYGIRL

5.5K 135 7
By leesottt

TANGAN yang dipegang secara tiba-tiba oleh Hayzack menolehkan kepala Hana memandang lelaki itu di sebelah. Bibir bawah Hana gigit. Rasa resah dan gelisah semua muncul dalam diri secara tidak diduga.

Jelas pemandangannya sekarang disapa dengan sederet pengawal yang beratur di kiri kanan dan mereka pulak seolah Raja dan Permaisuri yang lalu di karpet merah di tengah.

"Tuan Muda" serentak semua pengawal di situ menunduk hormat apabila mereka melangkah bersama-sama di tengah laluan masuk.

Dan Hana pulak hanya mampu melempar senyuman tipis. Kalau diam kang orang kata sombong pulak. Baru beberapa saat dia tersenyum ada satu tangan sasa menekup mulutnya.

Dahi Hana berkerut. Hujung mata menangkap muka dingin Hayzack yang tertayang. Lelaki itu marah sebab dia senyum ke? Tiba-tiba rasa takut pulak. Lagi takut dari tempat yang dia tengah lalu sekarang ni rasanya!

Sesampai sahaja mereka di pintu masuk Villa berkonsepkan moden itu. Hayzack mula menurunkan tangan dari menekup mulut Hana. Pinggang Hana dirangkul rapat ke dada miliknya. Pintu utama awal-awal lagi ditutup.

Nasib dalam rumah ni tak ada orang. Kalau tak mesti orang itu akan menjadi penonton tak berbayar melihat aksi mereka berdua yang sudah serupa pelakon.

"Siapa suruh kau senyum?" soalan yang berbaur cemburu itu buat Hana mahu tergelak. Namun , dia cuba mengawal dari terhambur pada hadapan Hayzack. Takut pulak makin buat lelaki itu naik angin. Tak pasal-pasal jenuh nak memujuknya pulak.

"Kalau saya diam nanti pekerja awak label saya sombong pulak. Lagipun senyum tu kan satu sedekah" jawab Hana dengan mimik muka tidak bersalah.

"Sedekah tak sedekah belakang cerita. Yang aku tahu jangan kau berani nak bagi senyuman tu pada lelaki lain sebab senyuman tu hanya untuk aku seorang je. Lelaki lain semua tak boleh. Nanti diorang jatuh cinta macam mana?"

Cakaplah yang dia ni tamak sekalipun. Hayzack tetap tak kisah sebab Hana Adenin memang untuk dia seorang sahaja. Jadi dia tidak suka berkongsi berkenaan Hana pada lelaki luar. Tidak kisahlah senyuman atau gelakan sekalipun. Dia tetap tidak suka!

"Awak jealous ke husband" rahang tajam Hayzack diusap lembut. Tunak mata Hana memandang muka kacak Hayzack yang berkacukan cina itu.

"Aku memang jealous pun dan sebab tu aku tak suka kongsi kau dengan lelaki luar. Even senyuman sebab kau tu hak milik aku. Kau faham kan?" ujar Hayzack berterus terang pada Hana. Mata memanah tajam segenap muka cantik itu.

Sedih dan rasa takut muncul dalam diri. Sudahlah sewaktu Hana senyum tadi. Ada pekerjanya yang membalas siap pakej mengenyit mata.

Waktu tu Hayzack jangan katalah dah terbakar dah hati dia. Mahu sahaja dia memberi tumbukan sulung pada lelaki yang mahu menarik perhatian isterinya tadi!

"Husband don't worry okay. Saya takkan curang dengan awaklah sayang sebab saya dah lama tunggu kehadiran awak. Takkan semudah tu saya nak curang dengan awak" lembut pujukan Hana pada Hayzack.

Rambut perang Hayzack diusap lembut. Bukan dia tidak mendengar nada sedih lelaki itu sewaktu berkata. Risau sangat dia beralih arah agaknya alahai. Sayang benar Hayzack padanya!

"Betul ni babygirl?" muka Hana ditatap bersama dengan pandangan redup.

"Iya husband saya. Dah-dah no more sedih-sedih okay. Sekarang ni jom kita naik tingkat atas. Tadi awak kata dekat dalam kereta nak tunjuk kawasan rumah kita kan?" kata Hana cuba mengalih topik perbualan.

"Lupa dah aku. Ni semua gara-gara senyuman kau tadi. Tak pasal-pasal aku terlupa pasal hal ni" bebel Hayzack cemberut. Sempat tangan kecil Hana dimasukkan ke dalam pegangan tangannya.

Terhambur gelakan Hana. Comel betul gaya lelaki itu waktu membebel. Dengan mimik muka dingin dan mulut yang berceloteh. Macam mana dia tak jatuh cinta dengan suaminya. Cuba cakap?

"Kau gelak apa babygirl?" nada itu lembut bertanya pada Hana. Tidak kasar dan tidak meninggi seperti mula-mula mereka berjumpa dahulu.

"Gelak sebab awak comel sangat Husband" tersenyum manis Hana pada Hayzack. Dapat Hana rasakan genggaman di tangannya makin dipegang utuh oleh lelaki itu.

"Husband?" ternaik hujung bibir Hayzack. Hampir sahaja dia mahu melakarkan satu senyuman manis mendengar panggilan itu dari seulas bibir Hana.

"Mulai hari ini saya akan panggil awak dengan gelaran Husband. Lagi pun Bonda kata tak elok panggil suami dengan panggilan biasa. Nanti tak ada manis pulak dalam alam perkahwinan" jawab Hana menceritakan serba ringkas pesanan dari Puan Sri Arlina padanya sebelum dia bertolak ke rumah baru mereka.

"Kenapa panggil husband kenapa bukan Abang?" tanya Hayzack pelik. Yelah biasa kan panggilan ini selalunya digunakan dalam alam perkahwinan?

"Sebab panggilan Abang tu dah banyak kali saya dengar. Lagipun dari dulu lagi angan-angan saya memang nak panggil suami saya dengan panggilan husband. Kenapa awak tak suka ke?" polos nada Hana menyoal. Sampai terkelip-kelip matanya.

"Aku suka. Thank babygirl" spontan dahi licin Hana dikucup sayang.

Hati Hayzack usah kata gembira sahaja. Jarang-jarang Hana sweet dengannya. Tidak henti lafaz kesyukuran terbit dari bibir Hayzack pada sang pencipta.






TUBUH yang lena beradu di bilik utama itu buat Hana mengambil langkah mendekati. Jari-jemari Hana gigit. Nak kejut ke tak? Kalau tak kejut perut dia berdangdut sakan malam buta nanti.

Aduh , macam mana ni?

"Babygirl"

Suara serak basah itu menyentakkan Hana. Kepala berpaling memandang ke arah katil tempat Hayzack berbaring. Alis kanannya terangkat apabila melihat tangan Hayzack diawang-awangan padanya. Panggil dia ke?

Kaki Hana menapak mendekati birai katil di tepi Hayzack. Punggung di labuhkan bersebelahan tempat lelaki itu berbaring. Tangan suaminya yang masih diawangan Hana tangkap dan memegang erat.

"Why husband?" soal Hana. Kepalanya sedikit menunduk bersebelahan muka Hayzack. Takut pulak nanti tak dengar suara suaminya kata nanti.

"Aku tahu kau lapar babygirl. Jadi aku dah order food panda. Kejap lagi sampailah tu. Perut kau masih boleh tahankan?" mata Hayzack celik sebelah untuk melihat muka Hana.

Kepala Hana mengangguk kecil. Terbit senyuman di bibirnya. Suaminya macam tahu-tahu saja yang dia tengah lapar sekarang ni. Maklum sajalah nak masak tapi barang basah tiada langsung di dalam peti. Esok awal pagi baru mereka ada kesempatan untuk beli.

"Babygirl" seraya dengan panggilan itu. Hayzack tanpa isyarat menarik pergelangan tangan Hana masuk ke dalam pelukannya.

"Husband terkejut saya. Awak ni kan?" dada Hayzack ditepuk geram. Mata yang kuyu memandangnya Hana jeling tajam. Namun , dia tetap memeluk tubuh tegap Hayzack walaupun hatinya masih geram dengan olah suaminya.

"Marah-marah orang tapi tetap peluk orang jugak" sindir Hayzack berbisik pada telinga Hana. Dapat Hana rasakan Hayzack tersenyum sinis di ceruk lehernya. Cis , kurang ajar punya suami!

"Kalau macam tu saya nak bangunlah. Tak nak peluk husband malam nanti. Baik saya peluk pengawal awak kat luar tu" rajuk Hana. Dia yang mahu bangun kembali terbaring di sisi Hayzack apabila lelaki itu menarik tangannya. Hana berdengus marah. Suami dia ni kan memang tak makan saman betul.

"Don't you dare babygirl. I'm warning you" bisikan keras itu buat Hana terasa gerun. Dia yang mula-mula mahu bergurau dengan Hayzack terus jadi lain. Dapat Hana rasakan pelukan di pinggang kian longgar sebelum Hayzack mengambil langkah membelakangi tubuhnya.

Alamak suami dia merajuk ke?

"Husband" sunyi. Hayzack tidak membalas.

Bibir bawah Hana ketap. Tubuh yang masih membelakangi itu Hana panjat perlahan-lahan. Disebabkan suaminya tidak mahu melayan terpaksa dia buat macam ni. Cara begini sahaja yang boleh buat Hayzack melayannya.

"Ahhh husband"

"Ya Allah babygirl" tubuh kecil Hana yang hampir melorot jatuh dari katil Hayzack tangkap sebelum dibawa ke dalam pelukan. Berdebar jantungnya melihat aksi Hana. Nakal betul gadis kecilnya ini.

"Kau ni kan ya Allah. Janganlah sampai panjat badan aku. Kalau jatuh tadi macam mana. Elok tak ada penyakit jadi ada. Nak ke?" lembut Hayzack menegur Hana. Kepala Hana di dadanya dielus lembut. Hampir mahu tercabut jantungnya tadi!

"Sorry husband. Awaklah tak nak layan saya" bibir Hana cebik manja.

Hana salahkan dia pulak. Walhal salah sendiri yang pergi kata bukan-bukan dekat dia kenapa. Mana tak merajuknya dia?

Elok orang tengah sembang dia pergi masuk topik berkenaan pengawal siap pakej nak peluk pulak tu. Sudahlah kes petang tadi dia masih tidak puas hati. Ini Hana pergi tambah lagi!

"Aku tak layan sebab yang kau pergi sebut hal pengawal tu kenapa? Kau tahukan aku benci dahlah kau kata siap nak peluk bagai. Hal petang tadi pun aku rasa panas je bertambah lagi yang ni rasa dah terbakar dah hati aku" Hayzack mengesot jauh dari Hana. Dia nak merajuk!

Baru sahaja dia mahu memusingkan tubuh ke belakang. Hana terlebih dahulu memanjat ke atas tubuhnya bagi menghalang sebarang pergerakan darinya. Air liur Hayzack telan. Ni yang lemah ni!

"Baik kau turun babygirl" tubuh Hana cuba dijatuhkan. Namun , Hana bagai sengaja mengeratkan pelukan di lehernya.

Hayzack melepaskan keluhan lemah. Dibiarkan tubuh kecil Hana terdampar atas tubuh tegapnya. Nanti Hana penat pepandailah dia turun sendiri. Mata Hayzack pejam kembali.

"Husband—" bisikan kecil itu buat dahi Hayzack berkerut tetapi matanya masih terpejam. Tahu siapa yang bisik kalau bukan isterinya sendiri. Mereka berdua sahaja yang ada dalam bilik!

"Saya dapat rasa six pack awak husband" sambung Hana lagi. Dalam hatinya sudah pelbagai ketawa dia gelakkan pada Hayzack apabila melihat renungan tajam dari lelaki itu.

"Kau ni gatalkan babygirl. Siapa yang ajar ni?" kepala Hana ditolak lembut mendekati mukanya. Pipi putih itu terus digomol geram dengan keletah nakal Hana.

Terkekek-kekek Hana gelak. Habis senak perutnya rasa tidak henti ketawa. Kali ini badan Hana pulak ditindih dengan Hayzack. Tersedar terlalu lama menggomol pipi Hana dia mula melepaskan. Tersungging senyuman sinis di bibir Hayzack melihat Hana tercungap-cungap.

"Awak ni" nak menangis Hana rasa. Dari tadi lagi dia cuba menolak dada Hayzack dari terus menggomol pipinya. Tapi satu apa pun tak jalan!

TING TONG

Bunyi loceng dibawah menyentakkan mereka berdua dari beradu mata. Perlahan Hayzack jatuhkan tubuh di sebelah Hana.

"Bangun babygirl. Makanan dah sampai dah tu. Kau pergi ambik dulu kejap lagi aku turun bawah. Nak pergi pakai baju kejap" sejurus dengan pesanan yang dititipkan Hayzack terus menghilang ke dalam bilik closetnya.

Hana menghentak kakinya. Tak apa esok-esok hari ada lagi. Memang kali ini dia akan pastikan Hayzack pulak yang terkena. Asyik selalu dia je kan jadi mangsa Hayzack. Apa salahnya kali ini kenakan suami sendiri pula?



Nak konflik ke tak?

Don't forget to vote and comment , thankies <3

Continue Reading

You'll Also Like

22.3K 898 33
Evantino Alexandro-lelaki yang berkacukan Melayu Itali ini mempunyai sifat yang sangat dingin tetapi tidak apabila bersama keluarga nya.Dia juga dimi...
136K 6.4K 42
[completed] 1st Series ๐“ ๐“ช๐”‚๐”‚๐“ฒ๐“ถ & ๐“œ๐“ฎ๐“ต๐“ฒ๐“ผ๐“ผ๐“ช โ๐”‡๐”ฌ ๐”ถ๐”ฌ๐”ฒ ๐”จ๐”ซ๐”ฌ๐”ด ๐”ด๐”ฅ๐”ž๐”ฑ'๐”ฐ ๐”ช๐”ฌ๐”ฏ๐”ข ๐”Ÿ๐”ข๐”ž๐”ฒ๐”ฑ๐”ฆ๐”ฃ๐”ฒ๐”ฉ ๐”ฑ๐”ฅ๐”ž๐”ซ ๐”ฉ๐”ฌ๐”ณ๐”ข ๐”ž๐”ฑ ๐”ฃ๐”ฆ๐”ฏ๐”ฐ๐”ฑ...
112K 3.4K 57
Satu peristiwa yang melibatkan orang tersayang mengubah hidupnya... Mafia yang selama ini hidup dalam kegelapan akan tetap bergitu.. ____________...
160K 9.9K 51
THE IBRAHIM FAMILY. The most powerful family in the country. The folks look up to them. Children in every generation made them as their inspirations...