Mr Annoying Vs Miss Beku

By Mademoiselle_Hawa

62.4K 2.7K 165

[COMPLETED✔] QAISARA ALYSHA - Seorang gadis yang pendiam, tak banyak bercakap, tidak suka bergaul dengan ora... More

Memperkenalkan Karya Baru
Bab 1 | Aku
Bab 2 | Pertemuan
Bab 3 | Bistro
Bab 4 | Kampung
Bab 5 | Mamat Annoying
Bab 6 | Qash Anaqi
Bab 7 | Dengki
Bab 8 | Sedondon
Bab 9 | Photoshoot
Bab 10 | Butterfly
Bab 11 | Cemburu
Bab 12 | Picnic
Bab 13 | Aquaphobia
Bab 14 | Kareoke
Bab 15 | Pulang
Bab 16 | Hadiah
Bab 17 | Mimpi
Bab 18 | Pengsan
Bab 19 | Panic Attack
Bab 20 | Surprise
Bab 21 | Tarawih
Bab 22 | Balik Kampung
Bab 23 | Takbir Raya
Bab 24 | Tetamu
Bab 25 | Rombongan
Bab 26 | Lamaran
Bab 27 | Ugut
Bab 28 | Keputusan
Bab 29 | Baju nikah
Bab 30 | Persiapan
Bab 31 | One Step Closer
Bab 32 | Dua Hati Bersatu
Bab 33 | Bidadari
Bab 34 | Winter Wonderland
Bab 35 | Keluarga
Bab 36 | Honeymoon
Bab 37 | Gayat
Bab 38 | Japanese Village
Bab 39 | Doa
Bab 40 | Penat
Bab 42 | Pergi
Bab 43 | Tertekan
Bab 44 | Ego
Bab 45 | Penyesalan
Bab 46 | Pulang
Bab 47 | Patah
Bab 48 | Sedar
Bab 49 | Pinky Promise
Bab 50 | Kampung
Bab 51 | Sakit
Bab 52 | Maruah
Bab 53 | Hutan
Bab 54 | Cekak
Bab 55 | Pergi
Bab 56 | Termakbul
Bab 57 | Klinik
Bab 58 | Zuriat
Bab 59 | Mengidam
Bab 60 | New Life
Bab 61 | Happiness
Bab 62 | The End
Coffee Time with Hawa

Bab 41 | Rahsia

797 37 2
By Mademoiselle_Hawa

   AKU membilas muka dengan air. Mulut aku di kumur beberapa kali. Terasa berat kepala aku kini. Tambahan pula aku tiba-tiba sahaja muntah hari ini. Terasa lemah seluruh tubuh aku.

   Tak tahu lah kenapa tiba-tiba rasa tak sedap badan. Siap muntah-muntah lagi. Keracunan makanan ke? Setahu aku, aku tak ada lah melantak benda pelik-pelik semalam. Pagi ni pula aku belum sempat menjamah apa-apa lagi. Sekarang pula dah nak masuk waktu tengah hari.

   Mungkin sebab perut aku kosong? Hmm, boleh jadi. Aku ni bila perut kosong, mula lah rasa nak muntah.

   Aku membasahkan muka buat kali terakhir sebelum melangkah keluar dari tandas di studio.

   "Qai? Kau okay tak ni?" tegur Adam yang baru melangkah masuk ke dalam studio.

   Aku mengangguk perlahan.

   "Kau dari mana ni?" soalku.

   "Aku baru balik dari photoshoot." jawabnya.

   Aku mengangguk faham. Kaki aku berjalan perlahan-lahan menuju ke bahagian belakang studio.

   "Kau okay tak ni Qai? Pucat semacam je muka kau ni. Tak sihat ke?" soal Adam bimbang.

   "Aku tak sedap badan sikit. Tapi tak apa, aku okay." balasku dengan senyuman kecil.

   Adam tayang riak tidak percaya.

   "Are you sure? Kalau tak sihat, aku nak bawak kau pergi klinik." ujar Adam.

   Pantas aku menggeleng laju.

   "Tak payah lah sampai pergi klinik. Aku okay Dam. Jangan risau."

   "Hmm, yelah. Apa-apa hal kau bagitahu aku. Ni, dah makan ke belum?" soalnya.

   Aku menggeleng.

   "Lah, patutlah... Apasal kau tak makan lagi? Karang kalau kau pengsan, laki kau yang menggelabah biawak bawak kau pergi klinik." bebel Adam.

   Aku menggaru kepala aku yang ditutupi dengan tudung.

   "Kejap lagi aku keluar lah pergi makan. Hish, macam atok-atok lah kau ni. Membebel je kerja. Kalah Maktok aku." ejek aku.

   "Aku membebel sebab tak nak kau sakit, gila!" tempik Adam.

   Aku memutarkan bebola mata. Punggung aku labuhkan di kerusi. Kepala aku sandar di kerusi. Haih, pening betul kepala aku ni.

   "Dam, kau ada minyak tak?" soalku.

   "Minyak? Kau nak minyak apa? Minyak dagu? Minyak masak? Minyak hitam?" seloroh Adam.

   Tangan aku dah naik memicit kepala. Susah betul ada kawan mereng macam ni.

   "Kau ni kalau aku kata kau bebal, kau marah. Dah nampak aku tengah sakit macam ni, dah sah-sah lah aku mintak minyak angin!" bidas aku geram.

   "Oh! Cakap lah nak minyak angin. Aku ni bukan ahli nujum pak belalang. Boleh baca apa yang ada dalam kepala otak kau tu." sindir Adam.

   Aku pamerkan wajah tiada perasaan. Malas nak balas, nanti makin menjadi-jadi perang mulut.

   "Hmm, ada tak?"

   Adam mengangguk mengiakan.

   "Ada. Kejap aku pergi ambil." ujarnya lantas berlalu ke meja kerjanya.

   Buat seketika, dia kembali bersama sebotol kecil minyak angin di tangan.

   "Nah! Nasib baik aku selalu bawak minyak angin ni pergi merata." bicaranya.

   Aku menyambut sebotol kecil minyak angin itu selepas berterima kasih.

   Adam duduk di kerusi yang terletak di hadapan meja aku. Aku hanya membiarkan. Minyak itu aku sapukan di dahi. Harap-harap kurang lah rasa pening ni.

   "Kau kalau tak sihat, pergi lah balik. Risau pulak aku tengok kau ni." ujarnya.

   "Sejak bila kau jadi terlebih caring ni?" soal aku tanpa memandangnya.

   Adam terus memutarkan bebola matanya ke atas. "Aku memang caring sejak azali lagi. Kau je tak tahu."

   Aku tersenyum senget.

   "Boleh dah tu cari awek. Confirm girlfriend kau cair bila kau caring macam ni."

   Adam berdecit kecil.

   "Bukan tak nak cari, tapi still belum jumpa yang sesuai." balasnya.

   "Hmm, jangan memilih sangat Dam... Kang, sampai ke tua kau tak kahwin." ujarku dengan mata terpejam rapat. Tangan pula mengurut perlahan dahi aku.

   "Tak sayang mulut betul lah kau ni! Cuba lah doakan aku supaya cepat-cepat jumpa jodoh aku yang tengah sesat tu. Ni cakap aku tak kahwin pulak, nak sangat ke aku jadi bujang terlajak?" bidas Adam dengan wajah cemberut.

   "Why not?" balas aku selamba.

   Adam sudah mempamerkan riak tidak puas hati.

   "Kau ni memang kawan yang tak reti support kawan lah Qai, hmph!" tempiknya.

   Adam terus berlalu ke mejanya.

   Aku pula hanya buat-buat tak dengar. Aku bersandar di kerusi sambil memejamkan mata seketika.  Rasa macam nak tidur sekejap. Mana tahu sakit kepala aku ni hilang. Lega lah sikit rasa.












   HUJUNG minggu tiba.  Aku mengambil keputusan untuk duduk di rumah sahaja. Terasa malas pulak nak keluar.

   Qash pula keluar berjumpa dengan Harith. Kata Qash, sejak berkahwin ni, dia dah jarang berjumpa dengan sahabatnya itu. Nak spend time katanya.

   Aku pula menghabiskan masa aku di bilik kerja. Sambil-sambil tu boleh lah aku edit gambar-gambar yang diambil oleh Zamrul tempoh hari.

   Setelah hampir setengah jam aku menghadap laptop, aku berhenti seketika. Kepala aku sandar di kerusi sambil mata aku memerhati segenap ruang bilik itu. Tak banyak barang perabot di dalam bilik kerja ni. Iya lah, nak banyak-banyak barang buat apa? Bilik ni bukan besar mana pun.

   Aku bangun dari duduk. Langkah kaki aku menuju ke rak buku yang terletak di penjuru bilik. Aku sebenarnya dari hari tu lagi nak belek buku-buku yang tersusun cantik ni. Tapi itu lah, asyik lupa sahaja. Nak-nak pulak aku agak sibuk kebelakangan ni, memang tak terfikir lah nak explore bilik ni.

   Satu persatu buku aku capai. Ada buku-buku masa zaman Qash belajar. Dan... Oh? ada novel jugak?

   Biar betul suami aku ni, dia layan novel cinta jugak ke? Lelaki macho macam dia layan novel cinta? Interesting!

   Mata aku kemudian tertacap pada satu buku yang agak tebal. Tangan aku tanpa sedar mengambilnya dari rak buku. Oh? ni bukan buku cerita. Tapi album gambar!

   Hmm, mesti ada gambar Qash masa kecil ni. Selama aku berkahwin dengan dia, tak pernah sekali pun dia tunjuk gambar dia masa kecil. Mesti comel kan? Dah sekarang pun dia punya kacak kalah Aaron Aziz.

   Aku meletakkan buku album itu di atas meja kerja. Kulit buku yang keras itu aku mula buka. Terpampang wajah Qash ketika bayi. Sumpah comel! Aku tertarik dengan kening dia. Kecil-kecil dah ada bentuk kening yang cantik. Bulu mata lebat macam pakai mascara. Memang sempurna habis lah muka dia!

   Kemudian ada juga gambar Uncle Adwa bersama Auntie Maya waktu ketika masih muda. Wajah mereka masih kekal sama sehingga kini. Nampak seperti umur 30 an. Hmm, muka awet muda daddy dengan mommy ni. Apa rahsia diorang eh? Aku nak korek lah rahsia diorang ni nanti.

   Halaman seterusnya diselak. Terpampang gambar Qash yang berada di atas pokok. Aku tercengang. Ish.. Ish.. Ish... Nakal betul pakcik ni. Dari pandangan aku, aku agak umur Qash ketika ini dalam umur empat atau lima tahun. Dah pandai panjat pokok rambutan.

   Alah, kata dekat orang, kau pun sama nakal jugak dulu! Maktok tu sampai penat nak marah aku dulu. Macam-macam benda aku buat. Panjat pokok lah, pergi kejar anak ayam Tokba lah. Benda paling aku rasa gila, aku sorok anak ayam tu dalam almari baju aku dulu. Berapa hari jugal lah aku biar anak ayam tu dalam almari. Sampai Tokba tercari-cari lah anak ayam dia tu. Tahu-tahu, abah aku yang jumpa dalam almari aku. Teruk jugak aku kena marah masa tu. Iya lah, masa tu umur aku lima tahun, nakal dia nauzubillah lah...

   Tersungging senyuman di bibir apabila mengimbau kembali zaman kanak-kanak. Kelakar pulak rasa. Tapi alhamdulillah, senakal-nakal aku, aku dah jadi orang berguna sekarang.

   Aku menyelak lagi helaian seterusnya. Automatik aku terkaku. Jantung aku menukar rentak menjadi laju. Kenapa... Muka ni macam familiar sangat? Takkan lah?

   Helaian seterusnya aku selak. Terpampang foto gambar kelas. Dan yang paling penting, aku kenal rupa bentuk kelas tu! Tangan aku mula menggigil. Tak, tak mungkin!

   Kemudian mata aku terhenti pada sekeping gambar yang membuatkan jantung aku berhenti berdetak. Aku menekup mulut, mata aku terbeliak. Ya Allah!


**********

Okay, agak suspend di situ...

Jangan lupa vote, comment & share okay!

#ToBeContinue

Update : 23 Sept 2021

Continue Reading

You'll Also Like

163K 6.2K 75
♡BOOK2♡ Khalif Zafran & Dalisha Inara Pertemuan dua insan yang tak pernah dijangka berlaku antara Khalif dan Inara. Khalif, seorang pensyarah yang te...
4.1K 166 30
Bissmillahhirohmanirrohim... Eman Laith × Edian Starla Mula : 2.7.23 Tamat : 22.11.23 🍉🍉 !!! Maaf jika ada kesalahan pada ayat. Maafkan saja jikala...
25.7K 1K 24
[ C O M P L E T E D ] Apabila dua hati terserempak tanpa sengaja, apa yang bakal terjadi? Apabila hati mula terpaut dan terjalin satu kasih sewaktu m...