🌷𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑�...

By IeraRoselyn

569K 18.7K 2.2K

Selepas beberapa tahun pemergian tunangnya, Haiyan Aniq terpaksa mengikut kemahuan bonda tercinta supaya menc... More

Prolog
CYT 1
CYT 2
CYT 3
CYT 4
CYT 5
CYT 6
CYT 7
CYT 8
CYT 9
CYT 10
CYT 11
CYT 12
CYT 13
CYT 14
CYT 15
CYT 16
CYT 17
CYT 18
CYT 19
CYT 20
CYT 21
CYT 22
CYT 23
CYT 24
CYT 25
CYT 26
CYT 27
CYT 28
CYT 29
CYT 30
CYT 31
CYT 32
CYT 33
CYT 34
CYT 35
CYT 36
CYT 37
CYT 38
CYT 39
CYT 40
CYT 41
CYT 42
CYT 43
CYT 44
CYT 45
CYT 46
CYT 47
CYT 48
CYT 49
CYT 50
CYT 51
CYT 52
CYT 53
CYT 54
CYT 55
CYT 56
CYT 57
CYT 59
CYT 60
CYT 61
CYT 62 (End)
Ebook Light of my Life

CYT 58

11K 334 19
By IeraRoselyn

HARI ke 15, Haiyan sudah tidak sabar-sabar lagi mahu tamatkan syarat Aareen bila genap saja sebulan. Seperti hari-hari yang berlalu seperti hari pertama syarat bermula, Haiyan tetap menjalankan syarat tersebut tanpa sedikit tersalah. Dia benar-benar patuh pada syarat yang dikenakan Aareen. 

Perhatian pada buku latihan anak muridnya dihentikan. Badan disandarkan pada kerusi guru yang didudukinya. Jadual pada hari Selasa seperti hari ini kebiasaannya tidak terlalu padat. Jadi, dia hanya menghabiskan masa di dalam bilik guru sementara menunggu kelas seterusnya. Sambil itu memeriksa buku latihan anak-anak muridnya. 

Pen ditangan diputar-putarkan. Bibir tidak semena-mena menguntum senyuman lebar. Terasa lucu dan lawak bila mengenangkan suaminya. Nampaknya Haiyan benar-benar mahu dapatkan kemaafan dari dia. Bersungguh lelaki itu mengikut syarat yang diberinya. Lelaki itu sabar dan tetap tabah. 

"Eh Reen. Senyum je memanjang. Teringat Encik Suami ke?" 

Aareen menoleh ke sebelah. Dia tertawa kecil bila diusik sebegitu oleh rakan cikgunya, Cikgu Shida. Sepanjang dia bertugas di sekolah ini, cikgu-cikgu disini baik belaka dan sangat peramah. Sering juga memberi dia tunjuk ajar membantu dia dalam menjadi seorang guru yang berdedikasi. 

"Tak ada lah. Tiba-tiba teringat benda yang lucu. Kak Shida dah habis kelas ke?"

Cikgu Shida melabuhkan duduk diatas kerusinya. Lelah dilepaskan. "Ada lagi. Tunggu sepuluh minit lagilah baru masuk. Penat."

Aareen hanya mengangguk faham dan masih tersenyum. 

Tok! Tok!

Mata mereka melorot beralih pada pintu bilik guru. 

"Maaf menggangu cikgu. Ni saya cuma nak hantarkan makanan ni untuk Cikgu Aareen. Tadi ada orang yang hantarkan." Ujar pengawal keselamatan tersebut sambil berlalu masuk ke dalam dan mendekati meja Aareen. 

"Untuk saya?" Kening Aareen terjongket hairan. Siapa pula yang rajin hantarkan makanan ni? Bekas makanan tersebut tetap diambil dari huluran pengawal itu. 

"Siapa yang hantarkan ni?"

"Tadi rider yang hantarkan. Saya ingat Cikgu Aareen ada order apa-apa makanan. Cuma rider tu cakap ni untuk Cikgu."

"Oh. Okay. Thanks Pak Samad."

"Baiklah. Pak Samad pergi dulu." 

Bekas makanan diletakkan di atas meja. Sekejap lagi akan masuk waktu rehatnya. Macam tahu-tahu je siapa yang hantarkan ni. 

"Wah! Ada yang hantarkan makanan. Encik Suami la tu. Sweet sangat ni. Eh Kak Shida pergi dululah." Sempat Cikgu Shida berseloroh sebelum berlalu pergi. 

Aareen menggeleng kepala seraya tersenyum kecil. Tumpuan kembali pada bekas makanan itu. Buka saja penutup makanan itu, ada sekeping kertas yang terselit. Lantas dia ambil dan membuka kertas yang berlipat itu. 

'Enjoy your meal, sayang.'

'I can't call and text you but I still can send you this notes right? Sebab tak ada dalam syarat awak tu.'

From your beloved husband.

Love you<3

Dia tergelak halus. 15 hari sudah berlalu, hari ini baru Haiyan dapat idea bagaimana nak pujuk dia ke? Ingatkan Haiyan sudah tidak mahu memujuk dia lagi. 

"Yakin-yakin je dia tu beloved husband."

Walauapapun Aareen tetap gembira dan terharu dengan sikap Haiyan yang tidak putus asa mahu memujuk dia. Dia juga mahu mereka berdua berbaik seperti dulu. Tetapi dia bimbang jika Haiyan akan buat perangai semula. Dia percayakan lelaki itu tetapi dia masih perlukan masa. 

Perutnya diusap. 

"Ibu dah maafkan Babah, sayang. Tapi kita kena uji Babah tu lagi. Tapi Ibu yakin Babah memang sayangkan awak."

-

Balik ke rumah, Aareen menunggu kepulangan Haiyan dengan penuh sabar. Entah kenapa dia tidak sabar-sabar rasanya ingin menatap wajah kacak itu. Bila mendengar deruan kereta Haiyan masuk ke kawasan rumah, pantas dia duduk diruangan sofa sambil berpura-pura membaca novel yang sempat dibelinya sebelum pulang tadi. 

Pintu rumah kedengaran seperti dibuka. Aareen masih lagi buat tidak tahu. Kenapa pula lah jantungnya berdetak laju?! Tiba-tiba dia terasa sebelah kirinya seperti gelap sedikit. Cahaya dari sliding juga seakan terlindung dari sesuatu menghalang dia untuk membaca. 

Dia menoleh. Bibir sedikit terbuka kerana dia sedang terkejut. Kaku dan... mungkin juga sedikit teruja!

Ada seekor patung beruang yang besarnya boleh sama tinggi dengan dia mungkin. Patung beruang itu tegak berdiri berserta dengan perkataan 'Sayang, I'm sorry' ditengah-tengah perut bear tersebut.

Perlahan-lahan dia berdiri memandangkan keadaan perutnya yang membesar menyukarkan dia untuk terus bangun.

Haiyan menghulur bear tersebut tanpa menunjukkan wajahnya lagi. Aareen gelak kecil tanpa suara. Buang tabiat ke apa suaminya itu? Tak pernah-pernah buat perangai belikan dia teddy bear. Nak-nak pula yang besar gedebak ni.

"Wow! Ada teddy bear la." Dengan teruja dia memeluk bear itu. "Malam ni boleh tidur peluk bear ni. Kan baby baby Ibu sekalian."

Haiyan dibelakang bear itu mengetap bibir. Sebal sungguh dengan Aareen! Dia belikan bear itu sebagai tanda meminta maaf bukan untuk wanita itu peluk. Kalau Aareen peluk bear, siapa yang nak peluk dia?!

Argh!

Malam itu, tidurnya bersamanya Aareen dipisahkan oleh bear tersebut. Seperti dia tidak tahu yang Aareen memang sengaja letakkan bear itu ditengah-tengah katil. Menghalang ruang diantara mereka berdua. 

Haiyan meletakkan tangan diatas dahi sambil merenung siling di atas. Lama dia begitu sebelum menoleh ke sebelah kiri memandang Aareen. Tak! Bukan Aareen tetapi wajah bear yang... tersenyum? 

Bibir diketap geram bila melihat isterinya itu tidur di dalam keadaan sedang memeluk bear tersebut. Posisi Aareen terlihat sangat selesa bila dapat memeluk bear itu sambil mengiring. Kaki pula turut diletakkan diatas bear. Mungkin disebabkan perut yang besar itu menyebabkan Aareen sukar untuk mendapat posisi yang selesa ketika tidur. 

Perlahan-lahan tubuh digerakkan mengiring dan dia meletakkan kepala diatas dada bear tersebut. Posisi seperti wanita itu. Dari sini, dia dapat menatap wajah Aareen puas-puas. Bibir tersenyum tipis. Wajah Aareen tersangat polos dan comel ketika tidur. 

Baru saja tangan bergerak ingin membelai wajah itu, akalnya mengingati sesuatu. Dia masih lagi belum selesai dengan syarat-syarat wanita itu. Ada lagi 15 hari untuk dia terus tabah dan bersabar. 

"Tapi... kalau nak sentuh sikit tak apa kan? Liya bukan tahu pun." Gumam dia perlahan bersama senyuman nakal.

Alah! Aareen kalau tidur memang tidur mati. Tak mungkin akan tahu apa yang dia ingin lakukan pada wanita itu. Lagipula dia terlalu rindu ingin membelai Aareen. 

Bayangkan betapa lama dia tidak membelai Aareen dengan rasa cinta dan kasih sayang sejak mereka bertengkar besar beberapa bulan yang lepas. Sejak Aareen mengandung, hubungan mereka tidak pernah baik. Ada saja masalah dan ujian yang hadir tanpa diminta. Dan sekarang keadaan masih sama. Kalau dia mendekati sekali pun, Aareen masih cuba mengelak. Terseksa!

Tanpa fikir panjang, tangan dipanjangkan ke arah wajah Aareen. Sudah bersiap sedia ingin menyentuh wajah wanita kesayangannya itu. Makin teruja rasanya bila tapak tangan hampir menyentuh pipi mulus itu. 

Tiba-tiba dilihat kelopak mata Aareen yang bergerak perlahan-lahan ingin terbuka. Bimbang terkantoi, laju Haiyan menutup mata di dalam keadaan tangannya didaratkan hampir pada wajah Aareen. 

Aareen buka mata. Dahi berkerut melihat jarak wajah Haiyan dan dia semakin dekat. Tadi bukankah kepala lelaki itu berada diatas bantal? Ini kenapa pula wajah Haiyan menempel pada dada teddy bear seperti posisi dia tidur sekarang? Tangan Haiyan yang hampir dengan wajahnya pula dipandang. 

Mata dikecilkan. Dia seperti dapat tangkap apa yang lelaki itu mahu lakukan. Bibir dicebik. Berpura-pura tidur nampak gayanya suaminya itu. Melihat Haiyan yang menutup mata itu, dia turut menutup mata. Ingin menunggu tingkah lelaki itu yang seterusnya. 

Sebelah mata dibuka secara perlahan-lahan. Bimbang jika Aareen terjaga. Keluhan lega dilepaskan bila melihat mata wanita itu tertutup rapat menandakan Aareen hanya mamai dan bukan terjaga sepenuhnya. 

"Heih! Nak sentuh isteri sendiri pun susah." Keluhnya perlahan. 

Tanpa membuang masa, dia kembali ingin membelai wajah Aareen. Tangan didekatkan semula pada wajah wanita itu. Bila sampai saja tapak tangan pada pipi Aareen cuma tinggal mahu mendarat saja, maka pada waktu itu juga wanita itu membuka kelopak mata luas. 

Haiyan terkaku dan tergamam. Bibir diketap. 

Hujung bibir Aareen tertarik. Tersenyum sedikit sinis pada lelaki itu. Kantoi sudah!

"Ha! Awak nak buat apa ni?" Kepalanya diangkat sedikit. 

Serentak itu Haiyan membenam wajahnya pada dada teddy bear. Aareen berpura-pura tidur ke tadi? Argh!

Aareen sembunyi senyum. "Oh! Nak langgar syarat eh? Saya tambah lagi sebulan nak ke?"

Segera Haiyan mengangkat wajah. Kepala digeleng beberapa kali tanpa henti. Lagi sebulan? Tolonglah! Dia tak sanggup lagi. Untuk bertahan selama 15 hari lagi pun sudah tidak sanggup. 

"Tahu takut. Dah. Tidur tempat awak tu balik. Sibuk je nak ganggu orang." Tanpa perasaan Aareen kembali memeluk bear dengan erat dan mata dipejamkan. Puas hati bila lihat wajah cuak suaminya.

Haiyan mengeluh. Dia mengalah dan kembali ke tempatnya semula.

Sabar Iyan. Sabar. Lagi lima belas hari and lepas tu kau nak cium, nak gomol isteri kau puas-puas pun tak apa.

Dada sendiri diusap berkali-kali supaya bawa bertenang dan sabar. 15 hari saja lagi dan berharap bila muka saja mata pagi esok dah pun genap 15 hari.

-

Hana mengetuk-ngetuk meja. Mata meliar mencari kelibat seseorang yang ditunggunya. Sudah hampir setengah jam dia berada di restoran milik Papanya ini. Setiap pelanggan yang masuk dia tidak hiraukan. Biar pekerja lain yang uruskan. Sekarang ini dia sedang menunggu seseorang dan masih belum nampak bayang pun!

Lelaki memang macam ni ke? Janji Melayu!

Puas menunggu, lebih baik dia sambung buat kerja. Dengan kecewa dia bangun dari kerusi. Apron dicapai semula.

"Hana!"

Keluhan dilepaskan. Kenal sangat dengan suara dari arah belakang itu. Dia berpaling.

"Hana, sorry. Saya kena settle kerja sikit tadi. Sorry." Bersama wajah minta simpati dan tangan disatukan Naufal memandang Hana.

Melihat Naufal segak berpakaian, tidak jadi pula hendak marah lebih-lebih. Lelaki itu nampak kemas dan... handsome sangat! T-shirt putih didalam dipadankan dengan blazer guni jaket berwarna hitam berserta seluar jeans biru gelap.

Aumm!

Eh?

Hana menggeleng-gelengkan kepala. Mata dipejamkan. Apa ni skodeng anak teruna orang? Astaghfirullahalazim!

Naufal yang melihat, pelik jadinya. Dahi berkerut. "Hana? Kenapa ni? Tergeleng-geleng."

Mata dibuka. "Ha? Emm nothing. Awak cakap apa tadi? Maaf. Saya... termengelamun. Hehehe." Hana ketawa segan. Termengelamun sebab awak handsome sangat. Aum! Dalam hati pun menyempat.

"Oh. Tak. Saya cakap sorry saya lambat. Ada kerja yang kena settle. Sorry."

"It's okay. I understand. Awak duduklah dulu. Nak makan? Air?"

Naufal tersenyum. "Macam biasa. Saya duduk dekat tempat kita eh?"

Entah kenapa berbunga-bunga hati Hana ketika ini. Tempat kita? Ah! Rasa seperti mereka berdua ini pasangan bercinta pula. Ya Allah! Sho excited!

Sejak kali pertama Naufal hulurkan bantuan ketika kereta dia rosak, mereka sudah mulai rapat. Hendak pula lelaki itu sering saja makan di restoran Papanya. Pelik. Naufal cakap restoran ini adalah restoran kegemaran lelaki itu. Tetapi selama ini tidak pernah pun dia nampak kelibat lelaki itu.

Mungkin ketika itu tiada jodoh. Sekarang dah ada. Aik? Hshshs.

"So, apa yang penting sangat nak jumpa dengan saya?" Naufal mula bertanya setelah selesai menghabiskan makanannya.

Dengan itu, dada Hana berdegup dengan kencang. Bila melihat lelaki itu sebentar tadi dia bagaikan terlupa tujuan sebenar dia meminta lelaki itu datang ke sini. Ada sesuatu yang ingin dia sampaikan atau lebih tepat ingin dia luahkan perasaan dia pada lelaki itu. 

"Hana?" Naufal masih menunggu. 

Bibir bawah digigit. Seluruh tubuhnya rasa seram sejuk. Malah tangan dan kaki juga sudah sejuk. Dia sebenarnya seorang yang mudah berdebar dan gugup. Bila itu terjadi, secara tiba-tiba anggota badan rasa seperti sejuk yang teramat dan tentu kukunya bertukar menjadi warna kebiru-biruan. 

"Se-se-sebenarnya... saya ada some-thing nak bagitahu." Seboleh mungkin Hana cuba menghalau rasa berdebar. Tadi bukan main yakin lagi. Tapi bila berdepan dengan Naufal sendiri, macam ni pula jadinya. 

Naufal membetulkan kedudukan. "Ya. Saya tahu awak nak bagitahu something dekat saya. Tapi, apa? Masa awak call pun awak cakap benda yang sama." Ketawa kecil dilepaskan. Lucu pula bila melihat wajah Hana yang berubah itu. Seperti gugup pun ada. 

Hana genggam tangan sendiri. 

'Okay Hana. Rilex. Jangan tunjuk sangat yang kau gabra.'

Nafas ditarik dengan dalam dan bibir mengukir senyuman. Yakin boleh berdepan dengan Naufal. 

"Saya nak tanya tapi ni personal matter. Awak okay ke?"

Naufal mencebik kecil seraya menjongket bahu. "Insha Allah saya akan okay. About what?"

"Emm..." Hana berjeda. "Awak... pernah bercinta tak?" Sebagai muqadimmah. Tak akan lah nak terus luah perasaan. Nanti buat malu diri sendiri pula. 

Tepat anak mata Naufal menatap wajah Hana. Bibirnya terkunci rapat. Dia pernah bercinta ke? Dia sendiri pun tidak pasti sama ada dia pernah bercinta ataupun tidak. 

"Saya sendiri pun tak tahu saya pernah bercinta ke tak." Jujurnya. 

"Ha? Tak tahu? Eip. Macam mana boleh tak tahu? Peliknya." Rasa gugup sudah sirna. Yang ada sekarang cuma rasa pelik dengan Naufal. Berkerut-kerut dahi Hana ketika ini. Itu macam orang pun adakah?

Naufal meletakkan tangannya di atas meja. Nafas dihela lembut. "Actually, saya pernah couple."

Wajah Hana berubah mendung. Rasa kecewa bertandang dihati. 

"Tapi... saya tak ada rasa suka, sayang ataupun cinta dekat dia. Awak faham tak? Saya couple dengan dia sebab... kesian."

Bulat mata Hana memandang Naufal. Couple sebab kesian pun ada ke?

"Kenapa boleh jadi macam tu? Awak memang tak ada perasaan pada dia?" Mungkin 'dia' yang dimaksudkan Naufal adalah bekas kekasih lelaki itu. 

Naufal mengangguk yakin. "Yup. Tak ada perasaan. Dia macam ni. Perempuan tu suka sangat dengan saya. Macam obses? Lebih kuranglah. Saya cuba untuk elak dari dia but dia still desprate sangat. And saya try untuk terima dia. Saya ingat bila saya couple dengan dia, saya akan ada rasa sayang tapi tak. Sampai tahap dia minta putus dengan saya pun saya still tak rasa apa-apa. Biar je dia pergi."

Mendengar cerita dari Naufal, hati Hana diserbu kerisauan. Mungkinkah dia akan menerima nasib seperti perempuan diceritakan lelaki itu? Menerima hanya disebabkan rasa kasihan? Tiba-tiba rasa takut. 

"Maybe awak ada sukakan someone? Sebab tu awak susah nak buka hati awak dekat dia." Hana mula buat andaian sendiri. Biasanya, bila seseorang tersebut susah mahu menerima sesiapa mungkin dihati sudah ada terpaut pada orang lain. 

Sukakan someone?

Sontak, terbit senyuman kecil dihujung bibir Naufal. Ingatan dia terus mengingati Aareen. Dia menunduk menyembunyikan senyuman yang sudah bertukar menjadi sengihan. Hana yang melihat semakin kecewa jadinya. Namun tetap saja senyuman digariskan. 

Perlahan-lahan lelaki itu mengangguk. "Awak betul."

Bagai ada sesuatu yang tajam mula menoreh hati Hana sedikit. 

"Wah! Untungnya perempuan yang awak suka tu sebab awak tetap pilih dia." Suara ceria dibuat-buat demi menutup rasa kecewa yang bertandang. 

Bibir yang tersengih itu mula mengendur dan tiada sedikit senyuman pun. "Tapi... dia isteri orang."

Hana tercengang. Oh no! Naufal pernah dikecewakan rupanya. Kesiannya crush dia. 

"Awak. It's fine. Maybe awak dengan dia tak ada jodoh. Tapi jodoh awak dengan orang lain. Kita tak tahu apa yang Allah rancang. Tapi yang pasti apa yang Dia rancang tu adalah yang terbaik untuk kita. Apa yang kita suka, tak semestinya terbaik untuk kita. Kadang, yang kita benci tu lah yang terbaik untuk kita. Sabar, okay?"

Pandangan anak mata Naufal terus menikam anak mata Hana didepan. Tersentuh dengan nasihat dari gadis itu. 

"Awak pula? Pernah bercinta?"

Hana menunduk malu seraya menggelengkan kepala. "Papa dengan Mama tak izinkan. Awak tahu-tahu je la yang saya ni kan the only girl dalam family saya."

"Faham, faham. Baguslah tu. At least awak tak perlu tanggung rasa kecewa pada usia macam ni." Ungkap Naufal setuju. 

Masing-masing mendiamkan diri. Selepas mendengar apa yang Naufal ceritakan tadi, keyakinan yang ditiup dalam diri terus lenyap. Hana tidak mampu lagi untuk meluahkan perasaan dia pada Naufal. Bimbang jika Naufal menerima dia hanya sebab kesian. 

"Tadi cakap nak bagitahu something?" Soal Naufal lagi seakan terlupa pula.

Hana pura-pura tersengih. "Saya dah lupa." Beralasan. Biar sajalah perasaan dipendam begini. Daripada Naufal terima dia sebab... kesian.

-

Sejak jam 5 petang, Aareen tidak henti-henti bermundar-mandir di ruang tamu. Dia juga tidak henti menjenguk ke luar rumah menanti kepulangan Haiyan. Sekarang sudah hampir masuk waktu Maghrib tetapi Haiyan masih belum pulang dari hospital. Dia risau. 

Bibir digigit berasa gusar. "Mana Iyan ni. Biasanya lima setengah dah balik." Suara sedikit bergetar. Dia rasa begitu bimbang. 

Perutnya diusap. "Mana Babah awak-awak ni. Dah nak masuk Maghrib pun tak balik lagi." 

Dia duduk disofa namun fikiran masih memikirkan Haiyan. Telefon disebelahnya dicapai. "Ish! Tak ada call pun." Namun tiba-tiba dia menepuk dahi. Dia terlupa!

"Macam mana dia nak call kalau kau tak nak bagi dia call dulu, Reen! No call no text, kan. Heish!" Kalau dia hubungi lelaki itu sekali pun, Haiyan pasti tidak akan bercakap kerana lelaki itu tidak dibenarkan bercakap. Aduh!

"Maybe dia sibuk. It's okay lah. Tunggu lepas Isyak. Kalau dia tak balik lagi terpaksa la call dia." Walaupun Haiyan tidak bercakap. Cuba bayangkan, dia menghubungi Haiyan tetapi lelaki itu tidak bercakap. Dan hasilnya? Krik krik krik!

Usai solat Isyak, Aareen menyidai telekung dan terus menerkam telefon bimbitnya. Dah hampir jam 9 tapi Haiyan masih belum pulang. Rasa risau dan bimbang makin memenuhi segenap ruang hatinya. Tidak pernah Haiyan pulang lewat begini selepas mereka sedikit berbaik. 

"Awak pergi mana Iyan? Risaulah!" 

Tidak ingin buang masa, Haiyan dihubungi. Namun tetap tidak berangkat. Dicuba lagi dan lagi. Tetapi tetap sama!

"Ish! Kenapa ni?" Aareen mula tidak senang duduk. Dia bangun berdiri dari hujung katil. Ligat otaknya berfikir sekarang. "Entah-entah dia dengan Farah lagi!" 

Marah yang sirna pada Haiyan mula membara semula. Dia duduk semula dengan hati yang sebal. 

"Astaghfirullah! Reen kenapa fikir macam tu?" Wajah ditekup kuat. Kenapa dia perlu fikir sehingga ke situ? Dia sudah percayakan Haiyan bukan?

"Ya Allah. Husnuzdon Reen, husnuzdon." Berkali-kali dia beristighfar dan cuba berfikir yang baik-baik. 

Lama berdiam diri, dengan sendirinya air mata mengalir dipipi. Entah kenapa dia mula terfikir sesuatu. Adakah sebab Haiyan tidak pulang ke rumah kerana lelaki itu kecewa dengan dia? Haiyan sudah tidak sanggup untuk jalani syarat-syarat yang dia kenakan itu ke? Atau, Haiyan sudah tawar hati dengan dia sebab dia seakan melampau memberi syarat kepada lelaki itu. 

"Iyan..." Nama lelaki itu disebut seraya memegang dadanya. 

Haiyan tak pernah balik selewat ini. Air mata diseka. 

"Tak apalah. Maybe betul dia sibuk. Jangan fikir bukan-bukan Reen. Still positive. Bukan kau seorang tanggungjawab dia. Dia pun ada tanggungjawab pada kerja."

Tepat jam 3 pagi, Haiyan pulang ke rumah dalam keadaan lesu. Dia melangkah masuk ke dalam rumah yang sudah gelap gelita itu. Mungkin Aareen sudah tidur. Kasihan wanita itu berada dirumah seorang diri. Kesibukan dihospital buat dia tidak sempat untuk memberi pesan pada Aareen bahawa hari ini dia pulang agak lewat. 

Ada kemalangan yang sangat teruk telah berlaku melibatkan 3 mangsa. Pasangan suami isteri dan juga bersama seorang bayi yang masih berusia 5 bulan. Keadaan si isteri yang sangat teruk memerlukan pembedahan segera. Dan pembedahan itu tidak mudah bila melibatkan bahagian kepala. Makan masa berjam-jam juga. Kerana itu dia lewat balik. 

Langkah diatur ke atas dan tombol pintu dipulas lalu memboloskan dirinya ke dalam. Rasa penat seluruh badan seakan terbang menghilang apabila mata disapa sekujur tubuh Aareen yang sudah terlena ditengah-tengah katil. 

Mujur saja dia sempat membersihkan diri sebelum pulang ke rumah. Sudah menjadi kebiasaan dia membersihkan diri di hospital sebelum pulang ke rumah jika melibatkan pembedahan yang memakan masa agak lama. Tidak selesa jika pulang dengan keadaan begitu. 

Dia duduk disebelah Aareen secara mengiring sambil tangan kanan menongkat kepala. Wajah Aareen mahu dibelai tetapi dia teringat semula yang mereka masih lagi dalam syarat no physical contact!

Dahi menggariskan kedutan apabila di dalam keadaan samar-samar itu dia masih terlihat ada kesan air mata dipipi Aareen. Serta merta dia diserbu kerisauan. 

"Liya?"

Tidak perlu memanggil banyak kali, Aareen sudah pun membuka mata luas. Wajah Haiyan menjadi tatapannya. Tidak diminta juga, air mata yang sudah kering kembali mengalir semula. Dia tertidur kerana penat menangis menunggu kepulangan Haiyan. 

"Iyan..." Aareen bangun dan tanpa kata terus memeluk Haiyan erat. Betapa dia takut jika Haiyan tidak pulang-pulang disebabkan dia sendiri. 

Haiyan juga turut bangun terduduk. Teragak-agak Haiyan ingin membalas pelukan. Tetapi bila melihat keadaan Aareen yang menangis teresak-esak begini, lupakan sajalah syarat-syarat itu! Pelukan dibalas dan belakang Aareen diusap. 

"Kenapa ni sayang? Hm?"

Terasa pelukan Aareen pada lehernya makin erat. 

"Puas saya tunggu awak balik. Saya ingatkan awak dah tak nak balik sebab awak kecewa dan tawar hati dengan saya. Saya minta maaf. Saya janji saya tak akan buat syarat mengarut tu lagi. Saya dah maafkan awak. Tolong jangan tinggalkan saya."

Haiyan terpanar. Sekarang dia tidak tahu ingin bereaksi yang bagaimana. Tersentuh, ingin tergelak mahu pun terharu, semua perasaan ada. Ingin tergelak kerana tidak sangka Aareen boleh terfikir dia tidak mahu pulang ke rumah. 

"Shhh... kenapa cakap macam tu Liya? Saya tak tinggalkan awak. Saya baru balik dari hospital ni. Ada operation tadi. Sorry sayang."

Aareen melepaskan pelukan. Wajah Haiyan direnung mencari kejujuran disebalik wajah itu. Dan ya dia percaya yang Haiyan sibuk di hospital. Dia saja yang terlalu over thinking

"Kenapa tak call or Whatsapp? Saya risau." Dia menunduk sayu. 

Bibir Haiyan menggaris senyuman. Dagu wanita itu dicuit lembut. "Macam mana nak call or Whatsapp? No call no text. Remember?"

Kedua-dua pipi Haiyan ditekup Aareen. Redup matanya memandang lelaki itu.

"I'm sorry. Kita lupakanlah syarat-syarat tu. Saya tak nak benda sama jadi lagi. Saya risau bila awak tak call or text saya. Saya takut... awak tinggalkan saya sebab dah tawar hati dengan saya."

"Hei, hei sayang. Kenapa cakap macam tu?" Tangan Aareen dipipinya dijatuhkan dan digenggam erat. 

"Mana tahu awak dah tak tahan dengan syarat-syarat tu. Lepas tu awak terus nak tinggalkan saya sebab dah tak sanggup dengan syarat-syarat tu."

"Sayang. Tak nak cakap macam tu. Tak ada sebab saya nak tinggalkan awak. Saya sabar dengan syarat-syarat tu lagi ada lah. Jangan fikir benda yang boleh buat awak stress, sayang. Saya tak nak nanti effect pada awak dengan our babies. Okay? Saya tak akan tinggalkan awak. Remember that." Ujar Haiyan lembut sambil mengusap pipi kiri Aareen.

Mata mereka saling bertembung itu makin membuat Haiyan seakan terbuai. Panahan anak mata Aareen begitu membuat dia mahu hilang kawalan. 

Tiada balasan dari Aareen dan Haiyan dapat rasa bahawa wanita itu sedang menanti sesuatu darinya. Perlahan-lahan dia merapatkan wajah mereka. Bila bibir mereka hampir bertemu, Haiyan terhenti disitu. Aareen sudah pun memejamkan mata. Haiyan tertawa dalam hati. 

Tersedar, Haiyan menjauhkan diri daripada Aareen. Tujuan ingin menguji wanita itu. Tak silap dia, Aareen ada mengatakan supaya lupakan saja syarat-syarat tersebut. Jadi, dia nak pastikan sama ada betul atau tidak. Lalu, dia bangun dan berlalu ke dalam tandas. 

Aareen membuka mata sebaik saja terdengar pintu tandas ditutup. Dia terpinga-pinga. Bibirnya disentuh. Tak ada apa yang jadi ke? Kenapa Haiyan tinggal dia macam tu saja? Entah-entah benar lelaki itu kecewa dengan dia. 

🍁🍁🍁🍁🍁

Serious talk dah tak sabar nak habiskan hahaha. Rilex okay semua. Maybe 4 chapter lagi? Insha Allah.

Semua suka ke?

Okay ke?

Maaf kalau membosankan huhu.

𝓘𝓮𝓻𝓪𝓡𝓸𝓼𝓮𝓵𝔂𝓷💜

Continue Reading

You'll Also Like

2.6M 278K 48
Bertunangan karena hutang nyawa. Athena terjerat perjanjian dengan keluarga pesohor sebab kesalahan sang Ibu. Han Jean Atmaja, lelaki minim ekspresi...
1.4M 19.6K 38
Karena kematian orang tuanya yang disebabkan oleh bibinya sendiri, membuat Rindu bertekad untuk membalas dendam pada wanita itu. Dia sengaja tinggal...
3.3M 178K 38
Siapa yang tak mengenal Gideon Leviero. Pengusaha sukses dengan beribu pencapaiannya. Jangan ditanyakan berapa jumlah kekayaannya. Nyatanya banyak pe...
11.9K 1.6K 10
Slight Ko Kyungjun x reader. Writting in Bahasa.