πŸŒ·π‚πˆππ“π€ π˜π€ππ† 𝐓𝐄𝐑�...

By IeraRoselyn

551K 18.3K 2.2K

Selepas beberapa tahun pemergian tunangnya, Haiyan Aniq terpaksa mengikut kemahuan bonda tercinta supaya menc... More

Prolog
CYT 1
CYT 2
CYT 3
CYT 4
CYT 5
CYT 6
CYT 7
CYT 8
CYT 9
CYT 10
CYT 11
CYT 12
CYT 13
CYT 14
CYT 15
CYT 16
CYT 17
CYT 18
CYT 19
CYT 20
CYT 21
CYT 22
CYT 23
CYT 24
CYT 25
CYT 26
CYT 27
CYT 28
CYT 29
CYT 30
CYT 31
CYT 32
CYT 33
CYT 34
CYT 35
CYT 36
CYT 37
CYT 38
CYT 39
CYT 40
CYT 41
CYT 42
CYT 43
CYT 44
CYT 45
CYT 46
CYT 47
CYT 48
CYT 49
CYT 50
CYT 51
CYT 52
CYT 53
CYT 55
CYT 56
CYT 57
CYT 58
CYT 59
CYT 60
CYT 61
CYT 62 (End)
Ebook Light of my Life

CYT 54

9.7K 307 42
By IeraRoselyn

KETIKA mendengar penerangan dan penjelasan daripada seorang doktor yang merawat serta memantau keadaan Lisa, jantung milik Raif bagai direntap kuat dari badannya. Dia tidak mampu untuk mengeluarkan kata-kata apabila setiap satu persatu penerangan doktor tersebut masuk ke pendengaran dan dihadam dengan baik. Bagaikan terngiang-ngiang ditelinga.

Setelah melihat pintu wad Lisa dibuka dari dalam Raif menerpa ke arah doktor yang baru keluar dari situ. Riak wajah Raif sekarang ini benar-benar kerisauan dengan keadaan Lisa yang bernafas laju seperti tadi. Akalnya cuba menidakkan kemungkinan Lisa akan pergi buat selamanya. 

"Doktor macam mana dengan Lisa?" Bergetar suaranya ketika itu. 

Doktor yang bernama Nurain di name tag itu tersenyum sedikit hampa. Dia pasti setiap yang mendengar berita pertama daripadanya ini akan gembira tetapi kembali bersedih dengan berita yang kedua pula. 

"Alhamdulillah. Cik Lisa lepas dari level critical. Apa yang terjadi sebentar tadi adalah salah satu tindak balas daripada dia. Encik tak perlu risau. Sekarang Cik Lisa tak perlukan lagi oksigen tu dan kembali bernafas seperti biasa dan dia dah pun sedarkan diri."

Satu keluhan lega terlepas dari bibir Raif tanpa kata. Dada yang sempit sebelum ini begitu lapang sekarang. Wajah diraup lembut sambil mengucapkan kata syukur yang tidak terhenti. Syukurlah apa yang difikirkan tadi langsung tidak sama dengan yang terjadi. Dia cukup takut jika terjadi apa-apa pada Lisa tadi. 

"Tapi..."

Senyuman Raif yang baru terbit sirna kembali. Dahi berkerut menanti bicara doktor itu semula. 

"Seperti yang kita tahu Cik Lisa mengalami hentakkan yang kuat pada bahagian kepalanya dan menyebabkan darah membeku. Jadi... hasil pemeriksaan kami sebentar tadi Cik Lisa mengalami hilang ingatan. Semasa disedarkan diri, soalan pertama yang dia tanyakan pada saya adalah apa yang dah terjadi pada dia. Bila saya soal dia berkenaan dengan ahli keluarga juga..." Doktor Nurain menggelengkan kepala. "...dia tak ingat sesiapa pun."

Raif kaku ditempat dia berdiri. Baru saja dia dapat menghembus nafas lega setelah mendengar khabar Lisa melepasi tahap kritikal. Namun sekarang dada kembali sempit dan sesak dengan berita kedua ini. Mata dipejam penuh kekecewaan. Keluarga sendiri pun Lisa tidak ingat, mustahil untuk dia tetap berada didalam ingatan gadis itu. Kerana dia sudah banyak menyakiti Lisa. 

"Sampai bila doktor? Bila ingatan dia akan pulih?"

"Ianya bergantung kepada pesakit itu sendiri. But, Insha Allah ingatan dia akan segera pulih jika orang sekeliling always beri dorongan dan bantu untuk dia ingat semula apa yang dia lupa. Emm... can I know who are you to her? Sebab since dia dekat sini only you yang saya perasan always teman dia dekat sini." 

Raif berjeda seketika. "Saya... bekas tunang dia." 

Doktor Nurain mengangguk faham. Beberapa nasihat diberikan kepada Raif sebelum dia meminta diri untuk beredar meninggalkan lelaki itu yang masih lagi berdiri disitu. Raif menarik nafas dalam dan dihembus perlahan. Bila dapat tahu semua itu, jadi tidak berani dia mahu melangkah masuk ke dalam wad Lisa. 

Perlahan-lahan tangan menolak daun pintu dan kepala terlebih dahulu dijengul memandang Lisa diatas katil. Pelbagai soalan bermain dibenak fikiran. Adakah dia masih ada di dalam ingatan gadis itu? Atau dia turut menjadi sebahagian daripada orang yang dilupai Lisa?

Dengan sedikit keberanian, dia mula masuk ke dalam.  

Mendengar daun pintu ditolak, segera Lisa berpaling ke arah situ. Dahi sedikit berkerut bila mata disapa seraut wajah yang sedang menjengul dari luar. 

"A- awak siapa?"

Bum!

Raif tergamam dan terkesima dengan soalan yang dituju kepadanya. Benarlah dia turut menjadi orang yang turut hilang dari ingatan gadis itu. Lisa dihampiri bersama perasaan hampa. Benar-benar tidak menduga sehingga begini Lisa diuji. Dia tidak tahu bagaimana Lisa boleh menghadapi dugaan dihalau oleh keluarga sendiri disebabkan perkara terkutuk yang tidak pernah gadis itu lakukan. Sebaliknya hanya fitnah semata-mata. Dia kesal kerana turut menjadi orang yang bodoh percaya kepada semua itu secara bulat-bulat. 

"Lisa, saya Raif. Awak... tak ingat saya?" Raif masih lagi berdiri dihujung katil Lisa. Tidak berani untuk merapati gadis itu. 

Dahi Lisa semakin berkerut. Matanya terpejam sebelum dibuka semula dan dia menggeleng perlahan. 

"Saya tak ingat. Saya tak ingat sesiapa pun. Apa yang jadi dekat saya sekarang ni saya sendiri tak tahu kenapa. Saya tak ingat." Lembut Lisa menjawab dengan nada kesal. Kenapa dia tidak ingat semua itu termasuk dengan orang yang dia rapat? Ahli keluarga dia terutama sekali. 

Raif keluh kecil. Bersimpati dengan nasib Lisa. Dia sendiri tidak mengerti kenapa ahli keluarga masih lagi belum munculkan diri dan datang melawat Lisa disini. Adakah keluarga gadis itu masih lagi menyalahkan Lisa kerana sudah menyimbah arang ke wajah mereka? Namun, dia telah jelaskan segalanya dan Lisa tidak bersalah. 

"Boleh saya duduk?"

Dalam teragak-agak Lisa mengangguk. 

"Boleh saya tahu awak ni siapa? Kenapa awak boleh datang jenguk saya dekat sini? Keluarga saya tak datang ke?" Bertalu-talu soalan diajukan kepada Raif sebaik saja lelaki itu melabuhkan duduk dikerusi disisi katil pesakit. 

Kala ini Raif buntu untuk memperkenalkan diri dia sebagai apa terhadap Lisa. Kenalan gadis itu? Kawan? Atau... bekas tunang?

Senyuman tipis dia gariskan. "Saya dah bagitahu family awak pasal keadaan awak. Maybe dia orang busy sikit and Insha Allah datanglah tu." Cuba menyakinkan gadis itu. 

"Oh." Lisa mengangguk faham. Raif dipandang. "Awak belum jawab soalan saya. Awak ni siapa?"

Raif serba salah dengan bila ditanya dengan soalan yang sama dari Lisa. Dia tidak sanggup menerima reaksi Lisa nanti jika dia mengatakan bahawa dia adalah bekas tunang gadis itu. Mungkin banyak persoalan yang bakal ditanya. Antaranya 'kenapa kita putus?' mungkin. 

Dia menarik nafas. "Saya... bekas tunang awak." Jujur sajalah. Itu lebih baik. 

Wajah Lisa jelas terkejut. "Bekas tunang?" Dia juga kurang mengerti. Kenapa bekas tunang?

Raif mengangguk kecil. "Ya, bekas tunang."

Lisa terdiam. Sukar untuk dia percayai kerana ingatan dia langsung tidak mengingati saat-saat dia bertunang mahupun bercinta. Puas dia cuba untuk paksa ingat semua itu tetapi yang hadir cumalah sakit kepala yang mencengkam. Tangan naik memegang kepala. 

Raif yang melihat keadaan Lisa mula risau kembali. "Lisa? Jangan paksa untuk ingat semula." Dia yakin sudah tentu Lisa berusaha keras untuk ingat semula. 

Gadis itu menggelengkan kepala. "Kenapa... saya tak boleh... ingat semua tu?" Soal Lisa dalam kesakitan. 

"Lisa..." Raif bertindak memegang kedua-dua tangan Lisa yang dilindungi lengan baju pesakit itu. Menghalang gadis itu dari terus memaksa ingat semula. 

Lisa pandang tepat ke arah anak mata Raif yang turut merenung wajahnya. Tidak semena-mena ada satu perasaan yang menyapa dan jantung laju berdetak. 

"Don't push yourself to remember all the memories. Awak masih tak sihat dan perlu banyak berehat after tiga hari koma. Alright?"

"Kenapa kita putus?" Nasihat Raif diendahkan dan Lisa mula tertanya-tanya tentang perkara itu. 

Bibir Raif sekali lagi bungkam dan lidahnya bagai tidak bertulang. Tidak tergerak untuk menjawab persoalan dari Lisa itu. Hanya mata yang memandang wajah Lisa yang masih menanti jawapan darinya. Tidak mungkin untuk dia jelaskan apa yang berlaku dalam keadaan Lisa yang begini. 

Langkah Faiz yang menghampiri tempat letak kereta dikejar dengan berlari anak. Lelaki itu berjalan tidak laju tetapi langkah yang panjang menyebabkan dia sebagai seorang wanita perlu berlari kecil meraih langkah Faiz. 

"Faiz."

Kaki Faiz terhenti lalu dia menoleh. Dia kenal dengan suara itu. Diperhatikan saja langkah Farah yang mendekati dia. Sebenarnya dia cukup malas mahu berhadapan dengan gadis itu. Bukan benci tetapi dia tidak selesa bila tahu sikap Farah yang sebenar. Dan terus tidak berminta pada gadis itu selepas Farah bertindak mendekati Haiyan walaupun tahu Haiyan itu adalah suami orang. 

Tercungap-cungap Farah menahan nafas supaya teratur dengan baik setelah kepenatan mengejar langkah panjang Faiz. 

"Awak nak balik dah ke?"

"Hmm... kenapa?" Bermalasan Faiz membalas. Jam tangan dikerli agar nampak sedikit sibuk dan sekali gus menunjukkan kepada Farah bahawa dia sudah terlewat ini. 

Farah menghela nafas perlahan. Serba salah ingin bertanya namun hati meronta-ronta ingin tahu. 

"Saya... saya dah banyak hari tak nampak Iyan kerja. Dia tak sihat ke? Ambil cuti?"

What?!

Faiz menjerit dalam hati. Seriuslah Farah masih tidak putus asa mahu mendekati Haiyan? Dia fikir lepas apa yang jadi Farah tidak lagi mahu mendekati sepupunya tersebut. Rupanya Farah masih lagi berharap. Gadis itu tidak perasaan ke? 

Tangan menyeluk kedua-dua belah poket seluar. Farah direnung tajam. 

"Selain kerja, benda yang paling penting dalam hidup Iyan adalah isteri dia." Sengaja perkataan isteri ditekan kuat. Biar Farah sedar dimana kedudukan gadis itu yang sebenar.

"So, dia balik kampung rumah mertua dia sebab isteri dia kena tahan wad beberapa hari lepas due to bleeding. Dia ambil cuti selama seminggu sebab nak jaga isteri dia. Kenapa? Ada masalah ke kalau dia tak datang kerja? Hospital ni awak yang punya ke?" Sini dan berkali-kali perkataan isteri disebut dan ditekan kuat. 

Mulut Farah sedikit ternganga. Terkejut dengan berita tersebut. "Wife Iyan bleeding? Ya Allah! Then macam mana tu? Semua okay ke? Kenapa boleh jadi macam tu?"

Faiz merenung Farah. Kepala digeleng kecil. "Alhamdulillah pregnancy dia selamat. Hmm... how can you asked me with that question? Kenapa boleh jadi macam tu? As a doctor I'm pretty sure that you already know why bleeding tu boleh terjadi pada ibu mengandung. Antaranya sebab stress yang melampau until bagi tekanan kepada kandungan. So, you can think it, right? Ke tak boleh? Let me give you clear. Isteri siapa yang tak stress bila ada perempuan lain yang gatal nak rampas suami dia? Tak faham lagi ke?"

Serentak, Farah terus kehilangan kata-kata. Hendak telan liur juga rasa tersekat dikerongkong. Soalan dari Faiz menyentakkan dia dan terus ke dasar hati dia. Begitu tersentap sekali. Tidak boleh digambarkan dengan kata-kata. Hatta, wajah dia juga tidak beriak kerana terlalu sentap. 

Senyuman sinis terbit dihujung bibir Faiz melihat kebisuan Farah.

"Farah, Farah. Awak nak tahu tak? Bila first time saya kenal dengan awak, jujur saya cakap saya sebagai lelaki tenang dan suka sangat tengok awak. Ayu dan manis je dengan cara pemakaian awak yang sopan dan bertutup ni. Awak juga lemah lembut. Lelaki mana yang tak suka dengan perempuan macam ni, kan?"

"But, I suddenly shock with your true side. Dari awal saya kenalkan awak dengan Iyan memang saya aim yang awak ni syok dekat dia. Tapi tak sangkalah pula sampai awak ada perasaan dekat dia. In fact, saya dah bagitahu awak yang Iyan tu dah berkahwin."

"Makin hari makin saya yakin yang awak betul-betul suka dengan Iyan tu. And now awak dah buat rumah tangga sepupu saya tu tunggang terbalik tau. Dengan family mertua dia minta dia ceraikan isteri dia. Dengan... huh! I don't know nak cakap macam mana. Iyan tu dah macam orang tak betul sebab tertekan dengan masalah yang sendiri cipta."

"Last warning Farah. Please jauhkan diri awak dari Iyan even as a kawan sekerja dia. Saya tak nak bila dia dah baik dengan isteri dia and keadaan pun dah pulih tiba-tiba timbul lagi masalah yang sama. And if you want move dari hospital ni ke hospital lain pun saya tersangatlah sokong. Janji, jangan ganggu Iyan dengan isteri dia lagi. Please."

Buat pertama kali Faiz bercakap panjang lebar seperti ini dihadapan Farah. Biasanya dia akan banyak cakap bila bersama Haiyan saja. Kerana dia juga boleh dikategorikan sebab lelaki yang serius. Tetapi hanya kepada sesetengah orang sahaja. Dia juga bukan yang jenis terlalu banyak cakap. 

Tapi kali ini, demi Haiyan boleh pula dia bercakap panjang lebar. Nanti kena minta habuan dari Haiyan. Sekurang-kurangnya minta lelaki itu carikan dia jodoh hehe. 

Farah makin terdiam. Kini dia menunduk memandang kaki. Wajah menebal menahan malu bila ditegur oleh seorang lelaki disebabkan sikap dia. Dia juga sudah kesal dengan apa yang jadi. Tetapi sekarang dia hanya mahu bercakap dengan Haiyan dan meminta maaf. Itu saja. 

"So, anything else? Saya dah lewat ni. If nothing, saya gerak dulu."

Melihat Faiz seperti tidak mahu bercakap dengan dia lagi, Farah mula menggeleng perlahan. Tidak mengapalah. Nanti bila Haiyan datang kerja, dia sendiri akan bertemu dengan lelaki itu dan meminta semahu-mahunya pada lelaki itu. Jika boleh, dia juga mahu bersua dengan Aareen. Meminta maaf atas kesalahan perasaan dia terhadap Haiyan.

Dia sudah meletakkan diri dia ditempat Aareen. Kalau dia berada disituasi wanita itu dia juga turut akan tersangat kecewa dengan suaminya. Untuk masa akan datang, dia akan lebih berhati-hati lagi dalam melayani perasaan dia. Yang pasti bukan terhadap milik orang lain. 

"Okay. Farah, dekat luar sana masih ramai lagi yang bujang tengah cari pasangan hidup. Carilah yang belum berpunya dan jangan ulang kesilapan yang sama kalau awak tak nak benda tu berbalik semua pada awak nanti." Pedih pesanan yang diberikan oleh Faiz sebelum berjalan masuk ke dalam kereta. 

Sekali lagi Farah tersentak. Tidak tahu berapa kali hatinya ditoreh dengan kata-kata sinis dan pedih dari Faiz. Hatinya luka disebabkan perbuatan dia sendiri dan sedikit pun dia tidak menyalahi Faiz jika berkata seperti itu. 

Haiyan menggerak-gerakkan kepalanya ke kanan dan ke kiri membetulkan urat tengkuknya. Dia baru saja sampai di rumah orang tuanya selepas bertolak pulang dari Raub. Agak sukar juga untuk dia meninggalkan Aareen. Sebelum bertolak tadi pun Aareen tidak lepas memeluk lengannya dan kerap menggelengkan kepala sambil memandang dia dengan mata meminta simpati. 

Dia bukan tidak mahu membawa Aareen pulang bersama dia ke rumah mereka. Tetapi bila saja mereka pulang ke sini, pasti Aareen akan mula bekerja dan mungkin juga Fattah akan mencari isterinya disana. Dia tidak akan benarkan Fattah bertemu dengan Aareen lagi. Entah apa yang Fattah akan lakukan selepas ini untuk dapatkan Aareen. 

Aareen ada menceritakan kepada dia tentang Fattah pernah meluahkan rasa suka kepada isterinya. Kerana itu dia tidak sedap hati untuk lepaskan Aareen terus mengajar disekolah selepas ini selagi masalah Fattah belum diselesaikan. 

Kepala disandar pada kepala sit kereta dengan mata terpejam. Memikirkan cara untuk menghalang Fattah dari terus ada perasaan kepada isterinya. Itulah, simpan lagi perasaan terhadap perempuan lain dan kini lelaki lain pula simpan perasaan terhadap isterinya. 

Ibu jari mengetuk-ngetuk perlahan batang hidungnya. Sedang berfikir, telefon miliknya berdering minta diangkat. Terus mata dibuka dan dicapai telefon itu. 

Abang Raif. 

Dahi berkerut melihat nama itu jelas terpapar didada skrin menunjukkan Raif menghubungi dia. Apa yang abang iparnya mahukan? Jangan lelaki itu beri amaran sekali lagi kepada dia supaya menjauhkan diri daripada Aareen sudahlah. Dia tidak sanggup. 

Panggilan dijawab. Telefon dilekap ditelinga kanan. 

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam. Iyan dekat mana?"

Hairan bila suara Raif tidak seperti biasa. Sudah kembali lembut bercakap dengan dia dan tiada nada marah. 

"Iyan baru sampai rumah Papa. Kenapa?"

"Baguslah. Abang ingat nak jumpa Iyan."

"Oh. Okay, boleh. Dekat mana tu?" Walaupun pelik tetap saja dia bersetuju. Berdebar juga ingin tahu kenapa lelaki itu mahu berjumpa dengan dia. Harap perkara yang baik-baik saja dan paling penting soal dia dan Aareen. Berharap Raif sudah lembut hati dengan dia. 

Setelah diberitahu oleh Raif dimana mereka akan berjumpa, dia kembali menukar kepada gear R mengundur kereta keluar dari kawasan rumah Encik Hishamuddin. Kemudian, diluncukan kereta menuju ke tempat pertemuan dia bersama Raif. Tidak henti dia berdoa agar Raif menerima dia sebagai adik ipar lelaki itu semula. 

Beberapa minit berlalu, dia mula tiba ditempat yang dijanjikan. Kereta di parking sebelum dia keluar dari perut kereta mencari kelibat Raif. Berkerut-kerut dahinya kini menahan cuaca panas yang menyapa seluruh tubuh. Telefon dari kocek dikeluarkan bertujuan untuk menghubungi Raif. Sepatutnya lelaki itu terlebih dahulu sampai kerana Raif yang pinta dia datang ke sini. 

Telefon ditekapkan ditelinga sambil mata masih mencari kelibat Raif. Namun, kereta Raif mula kelihatan dan dia terus meletak ganggang telefon semula. Dia tersenyum bila Raif keluar dari kereta dan turut memandang dia sambil tersenyum dari jauh. 

Haiyan lega bila dapat melihat wajah Raif begitu semula. 

Disebabkan kedudukan kereta mereka yang jauh, Raif terpaksa berjalan mahu mendekati Haiyan. Begitu juga dengan Haiyan yang mula berjalan mendekati Raif. Raif sudah lihat kanan dan kiri sebelum mahu melintas. Tanpa menunggu, dia mahu melintas.

Senyuman Haiyan sirna. Terkejut dengan sebuah kereta yang meluncur ke arah tubuh Raif yang masih lagi melintasi jalan tanpa perasan kereta tersebut. Lalu, Haiyan pantas berlari ke arah Raif. 

"Abang!"

Badan Raif ditolak kuat kembali semula ke tepi. Kedua-dua mereka terjatuh di tepi jalan. Raif yang terkejut itu tidak dapat memikirkan apa-apa. Dia seakan blur seketika sebelum kembali sedar. Tubuh Haiyan disebelah menarik perhatian dia. 

"Iyan?" Tubuh Haiyan digoncang. 

"Ya Allah, Iyan!" 

🍁🍁🍁🍁🍁

Seperti yang dimahukan, watak Lisa tak dimatikan hahaha.

𝓘𝓮𝓻𝓪𝓡𝓸𝓼𝓮𝓵𝔂𝓷💜.

Continue Reading

You'll Also Like

4.5M 57.4K 40
Cerita Dewasa! Warning 21+ Boy punya misi, setelah bertemu kembali dengan Baby ia berniat untuk membuat wanita itu bertekuk lutut padanya lalu setela...
1.2M 85.2K 43
β€’ Obsession series β€’ [ SELAMAT MEMBACA ] Romeo akan menghalalkan segala cara demi mendapati Evelyn, termasuk memanfaatkan kemiskinan dan keluguan gad...
2.3M 324K 49
(Follow dan Vote dulu sebelum membaca ya) (Baca Aja Dulu Di jamin Seru) Benigno Amabel Dulce, seorang gadis berhijab memiliki sifat sedikit barbar...
186K 4.5K 33
Alex Akhyaruddin. - Seorang lelaki berumur 24 tahun yang mempunyai kacukan Inggeris.Cukup lengkap untuk menjadikannya antara lelaki yang digilai oleh...