Mrs Arshaq

By Applefake

1.2M 43K 2K

Hidup Mikayla Sofea yang daripada kecilnya langsung tiada bahagia, tiba-tiba muncul pula lelaki yang sering m... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Penambahan Ilmu
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 49
Bab 50
Epilog
One Weeks

Bab 48

22.4K 740 26
By Applefake

Dress putih yang separas betis, elok tersarung di tubuh kecil Mikayla Sofea. Rambutnya yang di dandan ala-ala braided hair bun itu menyerlahkan lagi kecantikkan. Make up natural itu juga turut terconteng di wajah putih bersihnya. Bibirnya tidak semena-mena menguntumkan senyuman kecil.

'Cantik'. Pujinya di dalam hati. Entah majlis apa yang suaminya ingin membawanya. Sampai sanggup mengupah mak andam untuk menyoleknya dan mendandankannya.

Pinggang yang diraba oleh sepasang tangan itu membuatkan wajah Mikayla Sofea terpaling separuh ke kanan. Dia tahu siapa yang memeluknya. Senyuman lebar makin dikoyakkan.

"Abang... ". Panggilnya dengan begitu perlahan. Tubuhnya sedikit mengeliat apabila sang suami meraba belakang lehernya dengan bibir merah jambu milik suaminya.

"You look so beautiful". Bisik Arshaq di tepi telinga isterinya. Tangannya mengusap perlahan perut isterinya yang kian memboyot itu. Matanya tidak lepas daripada memandang sang isteri dihadapan cermin.

"Sebelum ni kitten tak cantik ke? ". Soal Mikayla Sofea. Kening kirinya diangkat sedikit bagi menunggu jawapan sang suami.

Arshaq menguntumkam senyuman kecil. Daripada tadi dia buas menghidu aroma sang isteri. Sungguh wangi di deria baunya. Bergetar tulang rusuk!

"Cantik. But today, it looks more charming". Suara husky Arshaq jelas kedengaran di telinga Mikayla Sofea. Belakang lehernya yang dijilat dan digigit lembut itu membuatkan dia mengeliat sedikit.

"Abang...geli". Rengeknya manja. Tangkap suaminya yang sedang galak meliar di perut dan hampir ke dada itu laju saja di tangkap. Jelingan manja dihadiahkan ke arah suaminya melalui pantulan cermin.

Arshaq tergelak kecil. Bahu isterinya dicengkam lembut dan dipusingkan menghadapnya. Mata helangnya merenung lembut wajah cantik isterinya. Sesekali tangannya menyentuh rambut isterinya.

"Kitten sejak mengandung ni bertambah cantik and seksi. Geram abang tengok". Pujinya lagi. Bibirnya laju saja mendarat ke ulas bibir isterinya yang sudah tercalit liptint itu.

Kedua-dua tangan Mikayla Sofea sudah terletak di dada bidang suaminya. Langsung tidak menolak. Dia suka dengan sentuhan lembut sang suami.

Arshaq terus melepaskan bibir isterinya apabila dia dapati isterinya hampir kehabisan nafas. Naik turun dada mereka berdua kerana mendalami ciuman itu.

Arshaq mengelap bibirnya dengan ibu jari. Sekilas matanya merenung ke arah ibu jarinya. Risau kalau liptint milik isterinya melekat pada bibirnya. Tidak semena-mena senyuman lebar terukir di wajahnya.

"Taste like strawberry ". Gumam Arshaq senada namun masih boleh didengari Mikayla Sofea.

Mikayla Sofea terus mengemam bibirnya. Bibir bawah turut digigit perlahan. Matanya meliar melihat tubuh tegap suaminya dari atas hingga ke bawah. Suaminya memakai tuxedo bewarna hitam beserta seluar slack hitam. Hensem betul.

"Why you look me like that huh? ". Tanya Arshaq dengan suara yang begitu menggoda. Pinggang isterinya ditarik rapat ke tubuhnya. Perut memboyot isterinya mengena perutnya. Dia perhati saja gaya isterinya yang merenungnya dengan wajah yang gatal. Nakal betul isterinya sejak mengandung ini. Buat abang geram!

Mikayla Sofea masih tersenyum nakal. Bibir bawahnya masih lagi digigit lembut. Suka betul dia melihat wajah runsing suaminya.

"Abang nampak... ". Jari runcingnya sudah meraba peha suaminya. Kemudian jari itu semakin naik ke atas dan dihentikan di dada bidang suaminya. Kolar panjang tuxedo hitam yang dipakai Arshaq itu dicengkam sedikit lembut dan ditarik rapat ke tubuhnya.

Kehadapan sedikit tubuh Arshaq apabila di tarik begitu.

"Menggoda malam ni.. Rawr". Sambung Mikayla Sofea lagi di tepi telinga suaminya. Sungguh manja lenggok suaranya ketika bertutur.

Terpejam mata Arshaq. Gelora nafsunya semakin menjadi-jadi sekarang ini. Namun ditahan. Kalau tidak ditahan, habislah majlis ke mana, baju kemana. Kesudahannya di atas katil.

Perlahan-lahan mata tajam Arshaq mencelik. Kepalanya turut disengetkan bagi membisik di telinga isterinya.

"You know what?"

"Hmm? ". Jawab Mikayla Sofea lembut. Kepalanya disengetkan sedikit menyebabkan pipinya berlaga dengan pipi suaminya.

"You turn me on ". Sambung Arshaq dengan nada suara yang sedikit bergetar.

Gulp.

Mikayla Sofea menelan payah air liurnya. Dia terus menjauhkan tubuhnya daripada Arshaq, namun suaminya pantas memeluk erat pinggangnya. Tubuh kecilnya juga laju dicempung.

"Ab...abang". Gugup dia memanggil sang suami.

Arshaq melakarkan senyuman sinis. Kakinya melangkah ke arah katil. Tubuh kecil isterinya diletak perlaham di atas tilam.

Tangan kecil Mikayla Sofea laju meletakkan tangannya di dada Arshaq bagi menghalang lelaki itu menindihnya.

Berkerut dahi Arshaq. Tangan kecil isterinya digenggam lembut. "Why kitten? Don't tell me after you seduce me, you want to escape"

Gulp.

Payau Mikayla Sofea rasakan saat ini. Dada suaminya diusap perlahan. Matanya tidak buta lagi untuk melihat wajah bernafsu suaminya.

"Abang..kalau abang terkam kitten sekarang ni, majlis tu tak yah pergi lah? ". Duganya.

Arshaq mengeluh kecil. Matanya dipejam rapat.

"Kitten... ". Sebutnya dengan nada suara yang melerek-lerek.

"Kita geli-geli kejap je. Please. Sayang yang buat nafsu abang bangkit ni". Katanya dengan manja. Bibirnya tercebik sedikit bagi meminta simpati.

Mikayla Sofea menggeleng. "No abang. Nanti habislah rambut kitten. Jom kita pergi dulu. Balik nanti kitten layan abang okay? ". Pujuknya dengam lembut. Salahnya juga. Kalau dia tak mulakan, suaminya mesti tak bernafsu begini.

Wajah cemberut ditayangkan. "Janji eh balik nanti abang boleh terkam sayang? "

Terlpas ketawa Mikayla Sofea. Kepalanya dianggukkan sedikit.

"Ye janji ".

Arshaq bingkas berdiri di sisi katil. Tubuh isterinya di bangunkan. Tangannya laju saja mencapai tangan isterinya dan diletakkan di lengan sasanya.

Mikayla Sofea memeluk erat lengan sasa Arshaq. Bibirnya tidak lekang daripada senyuman. Sebelum keluar, matanya sempat mengerling ke arah cermin. Mujur liptintnya masih ada di bibir.

Kepalanya menggeleng kecil. Kakinya pula mula melangkah menyaingi suaminya.

Tiba sahaja di parking lot. Kaiser sudah menyapa mereka berdua sambil menundukkan sedikit tubuhnya.

"Tuan, puan". Sapanya.

Mikayla Sofea mengangguk sambil tersenyum ke arah Kaiser yang sedang membuka pintu.

"Tuan dengan puan nampak sepadan". Sempat Kaiser memuji majikannya. Sungguh menyerlah pasangan ini pada malam ini.

Mikayla Sofea sudah tersenyum malu. Wajah suaminya dipandang. Wajah suaminya juga turut melakarkan senyuman. Tiada kata-kata yang mampu keluar dari bibir mereka kecuali senyuman.

"Thanks Kaiser". Jawab Mikayla Sofea senada sebelum masuk ke dalam perut kereta dan di ikuti Arshaq.

Suasana yang sedikit terang benderang dan hingar-bingar dengan latar muzik meraih perhatian Mikayla Sofea. Dahinya berkerut setelah keluar daripada perut kereta Range Rover milik suaminya. Villa yang besar di hadapannya di renung lama.

Matanya merenung sekeliling sebelum memandang suaminya. "Abang... Ni majlis apa? "

"Majlis untuk kitten". Jawab Arshaq ringkas. Tangan kekarnya sudah menyulam ke tangan kiri isterinya.

Dahi Mikayla Sofea berkerut beribu. Tidak faham dengan apa yang suaminya sampaikan.

"Majlis untuk kitten? "

Arshaq mengangguk berserta senyuman manis. Dia terus melangkah masuk sambil menarik lembut lengan isterinya.

Mikayla Sofea tidak menyoal banyak. Dia hanya mengikuti langkah suaminya. Apabila sudah masuk ke dalam perkarangan villa itu, matanya laju memandang ke arah kerusi dan meja yang sudan elok tersusun rapi di mini field. Agak luas. Sekeliling mini field itu juga turut di hiasi fairy light dan juga spot light. Tidak ketinggalan untuk memandang ke arah mini stage yang cantik terhias ballon dan kek bertingkat.

'Majlis Kesyukuran Keluarga M.R'. Sebutnya di dalam hati. Terpinga-pinga dia memandang ke arah suaminya yang setia berdiri di sisinya.

"Kitten akan tahu nanti". Celah Arshaq laju. Dia tahu apa yang isterinya ingin katakan.

Suasana yang tadinya tidak ramai dengan tetamu, kini sudah ramai dengan kadatangan tetamu.

Mata Mikayla Sofea laju saja tertancap pada lelaki-lelaki yang memakai baju formal tuxedo hitam berlari ke arah main gate. Dan lelaki-lelaki itu juga memakai earphone di telinga. Kelihatan seperti bodyguard.

Tercebir bibir Mikayla Sofea. Majlis orang ternama, mestila perlukan pengawasan yang ketat. Namun terdapat seorang dalam kalangan mereka yang kelihatan sangat memelikkan. Lelaki itu juga merenung ke arahnya. Berkerut dahinya melihat ke arah lelaki itu. Dah kenapa dia ni. Cucuk mata tu karang, buta.

"Kitten tengok apa. Jom duduk. Kesian kitten lenguh". Ajak Arshaq sambil menuju ke arah meja VIP yang berada berdekatan dengan mini stage.

Kerusi di tarik Arshaq. Tubuh kecil isterinya di tolak untuk duduk. Kemudian dia mengambil tempat di sebelah isterinya.

Mikayla Sofea agak janggal dengan majlis sebegini. Seumur hidupnya, dia tak pernah lagi datang majlis grand-grand macam ni. Yang dia pernah pergi pun majlis perkahwinan dan majlis kesyukuran. Itupun dia pergi dengan rakan-rakan anak yatim apabila dijemput oleh tuan rumah.

Suasana yang tadinya bingit dengan muzik kini sudah senyap sepi. Para tetamu yang hadir sudah memenuhi ruangan meja. Mata Mikayla Sofea dan Arshaq serentak memandang ke arah mini stage.

Spotlight juga terarah ke arah mini stage itu. Mata Mikayla Sofea sedikit terbuntang besar melihat gerangan yang muncul. Lekas kepalanya tertoleh ke arah suaminya.

"Apa ni abang? Kenapa tak bagitahu kitten? ". Soal Mikayla Sofea dengan nada yang bergetar.

Arshaq menggengam tangan isterinya. Badannya dirapatkan dengan tubuh isterinya. "Sorry. Abang takut kalau abang bagitahu kitten, kitten tak nak ikut"

"Huh". Hanya itu yang Mikayla Sofea lepaskan. Wajah Tan Sri Mokhtar yang sedang berdiri di mini stage itu dipandang dengan pandangan yang sukar ditafsir.

"Assalamualaikum kepada tetamu terhormat saya. Terima kasih kerana sudi datang ke majlis kecil saya pada malam ini..."

Mikayla Sofea hanya mendengar. Wajah tidak bersalah suaminya dipandang sekilas.

"Tujuan saya mengadakan majlis ini adalah untuk meraikan kejayaan syarikat saya yang berjaya membangunkan anak syarikat di Dubai... "

Mikayla Sofea tercebik mendengar ucapan yang disampaikan Tan Sri Mokhtar. Malas betul dia nak degar.

"Majlis ini juga turut di adakan bagi meraikan kehadiran puteri saya yang saya baru jumpai"

Dang!

Terkaku Mikayla Sofea. Matanya sedikit terkebil-kebil melihat papanya yang turut memandang ke arahnya. Dia salah dengarkah? Papanya ingin perkenalkan dia di hadapan khalayak ramai? Tak takut maruah tercalar ke?

Klik! Klik! Klik!

Pancaran dari kemera turut menggamit perhatian Mikayla Sofea. Kepalanha tertoleh ke arah wartawan-wartawan yang sudah mara di tengah-tengah laluan. Bersinar wajah papanya apabila terkena sinaran kamera itu.

"Selain daripada anak perempuan saya Tasya, saya juga ada seorang lagi anak perempuan iaitu Mikayla Sofea. Dia juga bakal pewaris M.R Holdings"

"Abang...apa ni? ". Soal gadis itu tidak mengerti. Dia bakal jadi pewaris? Bullshit. Belajar pun setakat spm sahaja, ada hati nak pegang syarikat papa dia. Mahu lingkup.

"Shh, kitten dengar je". Kura-kura tangan isterinya diusap lembut. Mujur isterinya tidak buat perangai. Kalau tidak, jenuh.

"Saya perkenalkan anak sulung saya Tasya dan anak bongsu saya Mikayla Sofea. Sini datang dekat papa". Gamit Tan Sri Mokhtar.

Tasya bingkas saja berdiri dan menghampiri papanya. Senyumam lebar terukir di wajahnya.

Mikayla Sofea menggeleng. Dia salah dengar lagi ke?

"Abang"

"Papa panggil tu. Pergi la". Cantas Arshaq senada. Tubuh isterinya ditolak perlahan. Namun isterinya mengeraskan tubuh. Nak tak nak dia terpaksa juga bangun. Tangan kanannya dihulurkan ke arah isteri.

Teragak-agak Mikayla Sofea ingin menyambut. Di gagahkan juga untuk bangun mengikuti langkah suaminya.

Klik! Klik! Klik!

Arshaq menutup wajah isterinya daripada terkena cahaya kamera itu. Tiba saja di atas mini stage, dia cuba meleraikan pegangan tangan isterinya. Namun sang isteri memegang kejap telapak tangannya.

"Teman saya". Ucap Mikayla Sofea. Janggal sungguh.

"Saya perkenalkan anak angkat saya dan juga menantu saya, Arshaq Uzair"

Arshaq menguntumkan senyuman kecil. Kepalanya dianggukkan sedikit.

Tepukan daripada para tetamu yang hadir mula bergema.

Genggaman tangan Mikayla Sofea semakin dieratkan oleh Arshaq. Wajah tidak selesa isterinya diperhati daripada tepi.

"Kitten okey? "

Mikayla Sofea mengangguk perlahan. Senyuman paksa terukir di wajahnya.

"Okey". Matanya dikelip akibat silauan kamera yang memancar. Matanya terarah pula ke arah belakang dimana bodyguard-bodyguard papanya berdiri. Namun seorang bodyguard yang merenung ke arah mereka dipandang.

Matanya mula menilik setiap pergerakkan lelaki itu yang sedang memberi arahan kepada seseorang yang berada di luar pagar villa. Lebih tepat ke arah lelaki asing yang berada di atas rumah pokok kecil.

Mengecil mata Mikayla Sofea memandang ke arah situ. Lelaki asing itu berpakaian hitam. Sudah la malam, jadi dia tidak dapat melihat dengan jelas.

Setelah lama dia perhati, matanya sedikit terbuntang. Dia nampak lelaki asing itu mengacukan sniper ke arah papanya.

Bersilih ganti matanya melihat papanya dan juga lelaki asing itu. Kepalanya tergeleng perlahan.

"Papa hati-hati! ". Ucapnya kuat. Tubuh papanya ditolak ke tepi.

Bang!

"Argh! ". Suara para tetamu jelas kedengaran. Semua tetamu mula berlari keluar daripada villa itu atas bantuan bodyguard.

"Shit! ". Carut Arshaq. Mata helangnya memerhati sekeliling villa.

Deringan telefonnya di dalam poket laju di capai. Terpapar nama Kaiser di skrin telefonnya. Laju ibu jarinya menolak ke butang hijau.

"Tuan, ada sekumpulan lelaki sedang masuk ke villa. Saya tak pasti mereka ini daripada musuh mana"

Arshaq mengetap bibir kuat. Kakinya laju menuju ke arah isteri, papa dan Tasya.

"Masuk dalam rumah, kunci. Jangan keluar selagi Shaq tak bagi arahan. Tasya tolong tengokkan Mikayla". Usai mengatakan hal itu, Arshaq terus berlari ke arah bodyguard.

Tasya bingkas bangun. Tubuh kecil Mikayla Sofea di papahnya. Tan Sri Mokhtar pula laju menuju ke arah isterinya yang sedang berlindung di bawah meja. Tubuh isterinya laju saja di papah menuju ke dalam villa.

Tak senang duduk Mikayla Sofea dibuatnya. Sudah 30 minit suasana di luar villa riuh rendah dengan suara-suara yang mengerang kesakitan.

Wajah Tasya yang kelihatan garang tanpa senyuman itu diperhati Mikayla Sofea. Matanya tidak lepas daripada memandang Tasya yang sedang memasukkan beberapa peluru ke dalam magazen.

"Kak Tasya nak keluar ke? "

Tasya mengangguk. Setelah selesai dia menyiapkan pistol glocknya, dia terus memusing memandang ke arah mama dan papa.

"Tasya keluar dulu"

"Hati-hati Tasya". Ucap Tan Sri Lidia dengan resah.

"Baik ma"

"Kak Tasya". Panggil Mikayla Sofea senada.

Tasya memandang ke arah Mikayla Sofea dengan kening sebelah kiri terangkat.

"Mikayla nak ikut boleh? "

"Mikayla tak payah ikut la. Duduk je dalam rumah. Mikayla mengandung". Pujuk Puan Sri Lidia lembut.

Mikayla Sofea menggeleng perlahan. "Please ma, Mikayla nak ikut. Mikayla janji Mikayla menyorok je. Mikayla risaukan abang"

Tasya mengeluh kecil. Tangan Mikayla  Sofea yang sedikit sejuk itu dipegang.

"It's okey ma. I can handle this. Jom, follow Kak Tasya"

Terbit senyuman kecil di wajah Mikayla Sofea. Laju dia mengangguk. Perutnya diusap lembut sebelum mengikuti langkah Tasya.

Sudah 15 minit Mikayla Sofea dan Tasya menyorok di tepi dinding. Sesekali Tasya melihat sekeliling mereka. Risau kalau ada musuh.

"Mikayla tunggu sini kejap. Kak Tasya nak pergi belah sana. Jangan pergi mana-mana sampai Kak Tasya datang. Faham? "

Mikayla Sofea sekadar mengangguk. Matanya menghantar saja pemergian Tasya. Bibirnya digigit perlahan. Dia kena juga cari suaminya.

Tanpa berlengah kakinya sudah berjalan menuju ke hadapan. Kornea matanya sudah terhidang aksi perlawanan Arshaq bersama seorang lelaki asing.

Lincah pergerakkan suaminya menyepak dan mengelak.

Gulp!

Untuk pertama kalinya dia melihat sisi suaminya yang satu itu. Wajah suaminya sangat bengis. Tumbukan demi tumbukan di berikan kearah lelaki asing itu.

Semburan darah yang keluar dari mulut lelaki asing itu juga dia dapat lihat dengan jelas. Bergetar kelopak matanya.

Klak!

Mikayla Sofea terus terpandang ke arah gerangan yang sedang menarik picu pistol.

Muncung senjata api yang terarah ke arah Arshaq, di perhati tajam oleh Mikayla Sofea. Debaran di dadanya kian menggila. Kepalanya menggeleng.

Bola matanya laju memandang ke arah Arshaq yang masih lagi berlawan.

Mikayla Sofea terus berlari ke arah suaminya.

"Abang! "

Bang! Bang!

"Kitten! "

Continue Reading

You'll Also Like

202K 5K 51
๐“Šˆ๐’†œ๐•ณ๐–š๐–˜๐–‡๐–†๐–“๐–‰ ๐•พ๐–Š๐–—๐–Ž๐–Š๐–˜ ๐•๐จ๐ฅ ๐Ÿ๐’†œ๐“Š‰ ๐‡๐ข๐ฌ ๐‹๐ข๐ญ๐ญ๐ฅ๐ž ๐†๐ข๐ซ๐ฅ "๐ˆ๐Ÿ ๐ข๐ญ'๐ฌ ๐ฆ๐ž๐š๐ง๐ญ ๐ญ๐จ ๐›๐ž, ๐ข๐ญ'๐ฅ๐ฅ ๐›๐ž" Their story without yo...
2.7K 97 32
Seorang jejaka yang bernama Shawn lebih di kenali Shawn Marcus Lee adalah seorang anak angkat pertama kepada keluarga Tuan Mikail Andre . Sejak kemat...
109K 3.2K 20
"Hanya dia yang mampu mencairkan Raja Angkuh itu" Perkahwinan antara si gadis biasa bersama-sama dengan Raja paling angkuh. Perkahwinan paksa itu mam...
962K 54.9K 115
Siri Ketiga. (1 in Romantic),(1 in Actionromance),(1 in Comedy),(1 in Seksi),(1 in Goda),(1 in Manja),(1 in Hot),(1 in Kejam),(1 in Dendam),(1 in Mis...