NIKAH MUDA 🦋 [Completed]

plusterhati द्वारा

197K 11K 351

Usia 18 tahun ? Tetapi sudah mendirikan rumah tangga. Airabella dan Danial Lee yang sudah 3 tahun menjalani h... अधिक

NM🦋- Baru putus dah ada gf baru ?
NM🦋- Aira sakit !
NM🦋- Kawan makan kawan ?
NM🦋- Doktor Hazim jatuh cinta
NM🦋- Laila perampas ?
NM🦋- Laila sakit mental ?
NM🦋- Masak untuk calon mertua
NM🦋- Aira koma ?
NM🦋- Aira hilang ingatan ?
NM🦋- Sakit pun still nak demand
Laila kantoi ! 🦋
Air mata 🦋
Akhirnya Aira discharge ! 🦋
Calon isteri 🦋
Amarah Danial !🦋
Senyumanmu terlalu comel 🦋
Dating di Mall 🦋
Dating di Sephora 🦋
Aira dilamar ? 🦋
Lamaran Danial ditolak ? 🦋
Danny nekad ! 🦋
B dah decide, b taknak ! 🦋
Aira kena friendzone ? 🦋
Langgar lari ? 🦋
Kenapa dengan Datin Maria ? 🦋
Penderitaan Aira 🦋
Sah ! 🦋
Aira Tension ! 🦋
Kakcik mula disalahkan ! 🦋
Pindah hostel 🦋
Suami prihatin 🦋
Yeay ! Roommate baru 🦋
Danial Lee suami idaman ❤️🦋
Aira dapat kawan baru 🖤 🦋
Peminat di Wattpad 🦋
Bukan long distance relationship ! 🦋
Danial sakit ! 🦋
Aira tinggalkan Danial ? 🦋
Aira masuk hospital lagi 🥺🦋
Terlalu sweet ? 🦋
Single auto menangis ? 🤪🦋
Siapa Johan ? 🦋
Perang meletus ? 🦋
Aira ugut nak cerai ? 🦋
Birthday bertukar tragedi ! 🦋
Dikhianati sahabat ! 🥺🦋
Aira kena culik ? 🥺🦋
Armor knight Aira ❤️
Aira pregnant ? 🦋
Pengorbanan Danial 🖤🦋
Family kecil kita 💔🥺🦋
Tali gantung milik Laila ? 🥺
Berdikari tanpa Danial ❤️🙃
Surat dari suami tercinta 🤍🦋
Happy birthday suamiku 🤍🖤❤️🦋
Tewas dengan permainan aku sendiri 💔🦋
Happy graduation day sweetie 🖤🦋
B, you look so beautiful with hijab🖤🦋
Bab 61 - Gaduh tengok bola 🤪🦋
Epilog 1 - Cari kerja ❤️🦋
Epilog 2 - Aasudah perang ke ? 🦋
Epilog 3 - Perit 🙃💔🦋
Epilog 5 : Bersatu kembali 🤍🦋
Epilog 6 : Sayang suami 🤍🦋
Epilog 7 : Morning sickness 🤣🤍🦋
Epilog 8 : Surprise dari suami 🤍🦋
Epilog 9 : Honeymoon ke LA🤍
Epilog 10 : Sakit bersalin ! 🤍🦋
Epilog 11 : Yang terindah
Ending 🦋🤍

Epilog 4 - Aira pregnant 🤍🦋

3.9K 142 2
plusterhati द्वारा

Aira terus tergaman sejurus suaminya mula terjaga dari tidur.

"Dah jangan nangis. Kita masih muda. Mungkin nanti ada rezeki kita." Ucap Danial penuh ikhlas.

"Ya tapi aku tak sangka semua ni akan jadi dekat aku. Awalnya dengan nak prank kau ! Last - last aku yang diprank ! Aku tak tahu pom yang aku pregnant. Itu menyakitkan hati aku." Luah Aira lemah.

"Dah b ! Jangan fikir sangat ! Kita kena percaya dengan takdir. Dan maybe semua ni berlaku sebab ada hikmah disebaliknya. Think positive." Pujuk Danial lembut sambil membetulkan selendang dikepala isterinya.

Tubuh kecil isterinya terus dipeluk lama.

"Aku sayang kau tahu baby ! Aku nak kau tahu tu." Ucap Danial lagi.

"Aku juga." Respon Aira penuh lemah.

Danial terus nampak teruja saat itu. Pelukan terus dileraikan.

"Apa dia baby ? Aku tak salah dengar kan ? Cuba repeat lagi !" Ucap Danial penuh teruja.

"Dahlah, aku ngantuk !" Respon Aira mula ubah topik. Dia terus bingkas naik ke atas katil. Dia sengaja sebenarnya. Dia tidak mahu menjawab soalan dari suaminya.

Danial terus gelak. Dia terus naik ke atas katil juga.

"Kau ni dah kenapa ? Kenapa datang sini ?" Soal Aira pelik.

"Aku ngantuk. Nak tidur !" Respon Danial selamba sejurus dia mula baring ke atas katil di hospital itu.

"Eh hubby, ni hospital lah ! Malulah orang tengok !" Ucap Aira sejurus dia tahu suaminya sedang pura - pura tidur.

Danial terus jeling Aira.

"Eleh ! Macam lah kau tak biasa ! Haritu masa kau kena warded pom, aku tidur sini ! Takde orang nak mengata pom. Kita kan suami isteri yang sah !" Perli Danial sedikit bengang.

Aira terus memegang tangan suaminya sejurus suaminya ingin turun dari katil.

"Aku gurau je la hubby ! Takkan itu pun dah nak marah ! Dahlah aku ngantuk, jom tidur ! Ajak Aira sambil tunjuk ke arah bantal.

"Share satu bantal ?" Tanya Danial sambil angkat kening.

"Tak, macam biasalah pinjam lengan kau." Ucap Aira sambil gelak.

Dia terus tidur di atas lengan suaminya.

Danial hanya senyum sahaja. Bahagia sekali dia saat itu. Dia hanya membiarkan isterinya tidur dalam pelukannya.

Pap, lampu di wad terus dipadam.

Credit to YouTube video 💯

2 bulan kemudian

Pagi itu

Danial yang baru bangun saat itu menjadi pelik sejurus dia melihat isterinya yang asyik ulang alik dari bilik ke tandas.

Dia terus berlalu ke tandas sejurus dia mendengar jeritan Aira. Dia terus tergamam sejurus melihat lumuran darah yang memenuhi skirt yang dipakai oleh Aira.

"Hubby sakit!" Jerit Aira penuh derita.

Tapi dia tidak berfikir lama, lantas tubuh kecil isterinya didukungnya. Dia terus membawa isterinya ke hospital sejurus selendang dan kunci kereta diambilnya.

Di Hospital

Danial sudah panik di luar wad. Sedari tadi dia asyik tidak duduk diam. Sesekali pintu wad dikerlingnya sekilas.

Entah apa yang menimpa isterinya. Panik sekali dia saat itu.

Perasan panik Danial semakin kurang sejurus keluarga Aira datang ke hospital. Di situ sudah ada kakak Aira dengan suaminya. Ayah tiri Danial juga sudah berada di situ.

Danial terus meluru ke arah pintu wad sejurus doktor yang merawat isterinya keluar dari wad.

"Doktor, macam mana dengan keadaan isteri saya? Dia tak apa - apa kan ?" soal Danial penuh panik.

Doktor tersebut terus pegang bahu Danial.

"Bertabahlah dan bersyukurlah. Isteri kamu nak jumpa kamu sekarang." respon doktor itu pendek.

Respon dari doktor tersebut semakin mencemaskan Danial. Danial terus meluru masuk ke dalam wad.

Dia terus memeluk tubuh kecil isterinya yang terlantar di atas katil wad itu.

Aira hanya menggosok bahu suaminya itu.

"Baby okay kan ? Kenapa tadi banyak darah yang keluar ?" soal Danial panik sambil nangis. Entah kenapa dia sebak saat itu.

"Hubby, tadi b hampir gugur." luah Aira penuh sebak. Dia juga mula menangis saat itu.

"Gugur? Jadi selama ini b pregnant ? Ya Allah, kenapalah aku tak tahu." luah Danial penuh kesal.

Dia mula teringatkan tragedi dua bulan yang lalu dimana saat itu juga mereka berdua kehilangan anak mereka.

Lantas pelukan terus dileraikan.

"Hubby tak perlu salahkan diri hubby. Macam yang hubby cakap kan, kita berdua masih muda. Banyak yang kita tak tahu lagi. Tapi sekarang ni hubby dengar elok - elok eh. Hubby bakal jadi Daddy !" ucap Aira sambil senyum.

"Bakal jadi Daddy ?" Hubby?" soal Danial yang masih tidak percaya. Dia masih terkejut saat itu.

"Yes ! Totally yes ! Sebab b tak gugur kalini. Anak kita selamat. Allah dah selamatkan anak kita. Bahagia tak ?" soal Aira penuh sebak saat itu.

Lantas tubuh isterinya terus dipeluknya lama.

"Terima kasih ya Allah." ucap Danial penuh sebak. Dia tidak menyangka yang hari itu dia akan mendapat kebahagiaan seperti itu.

Air mata isterinya terus dilap menggunakan jarinya. Lantas pipi isterinya terus diciumnya lama.

Bersyukur sekali dia saat itu. Ternyata dia dan Aira diberikan peluang untuk merasa jadi Daddy dan Mummy kepada bakal anak mereka nanti.

Danial terus sujud ke lantai tanda dia bersyukur.

Dia tidak sabar ingin memberitahu kepada seluruh ahli keluarganya itu. Tentang berita kehamilan isterinya. Pasti mereka yang lain juga bahagia.

Dia terus menghampiri isterinya lagi.

"Tapi baby tadi kenapa doktor cakap dekat hubby, bertabah lah ? Cara dia cakap seolah - olah soal ada kesedihan yang akan melanda kita." soal Danial hairan.

Aira sempat gelak kecil.

"Hish hubby ni low iq betul. Doktor cakap macam tu sebab doktor tahu dulu b pernah gugur. Apa yang paling penting sekali, b bersyukur sangat yang anak kita selamat. Sebab kata doktor selalunya kalau ibu mengandung di fasa macam ni, kebanyakannya anak mereka tak ...."

Kata - kata Aira terus terhenti di situ sejurus jari Danial mula menutup mulutnya dari meneruskan ayatnya.

"Dah lebih baik kita tak payah ingat lagi tragedi tu okay ? Sekarang ni kita fokus kepada anak kita yang dalam perut baby ni." ucap Danial lembut sejurus pegang perut isterinya.

Aira hanya gelak kecil. Dia bahagia sekali apabila melihat suaminya bahagia.

"Tapi kan hubby, kita dah nak ada anak tahu. So takkanlah hubby nak panggil b baby lagi? Anak kita, hubby nak panggil apa ?" soal Aira saat dia mula terfikirkan perkara itu.

Danial terus gelak.

"Apa susah. Ni baby besar, then yang dalam perut ni pula baby kecil." sakat Danial sambil gelak.

"Hish hubby ni !" marah Aira sambil berpaling ke arah lain.

Danial terus memalingkan wajah isterinya kembali menghadap dirinya.

"Okay hubby gurau jelah. Baby nak suruh hubby panggil apa ? Hubby ikut baby je." ucap Danial lembut sambil membetulkan selendang isterinya sejurus rambut isterinya mula kelihatan.

Aira terus senyum apabila melihat tindakan spontan suaminya.

"Hmm, apa kata lepas b bersalin kita start panggil "mummy and daddy" ? Okay tak ?" cadang Aira lembut.

"Okay hubby ikut je." respon Danial pendek. Lantas perut isterinya mula diciumnya lama. Bahagia sekali dia saat itu. Tidak sabar sekali dia hendak berjumpa dengan anaknya nanti.

Aira hanya mengusap lembut rambut suaminya berulang kali.

2 minggu kemudian

Pagi itu, lampu bilik terus dibuka apabila Aira mula membuka kelopak matanya. Perutnya terus diusapnya lembut saat itu. Saat itu perutnya masih kelihatan kecil kerana usia kandungannya baru mencecah 2 minggu. Dia masih berada di awal fasa kehamilan.

Rambut perangnya yang melepasi paras bahu itu terus diikatnya dengan serta - merta. Matanya terus meliar - liar di sekeliling biliknya.

Kelibat suaminya langsung tidak nampak saat itu.

"Mana suami aku pergi ni ? Setahu aku dia tak kerja pun harini. Aish !" keluh Aira kecil.

Dia mula bingkas turun dari katil. Langkahnya terus diatur ke luar bilik.

Dia terus terdiam kaku sejurus kelibat suaminya muncul di depan pintu bilik sejurus pintu bilik mula dibuka. Dia bukan terkejut kerana melihat wajah suaminya tetapi dia terus terharu sejurus Danial mula menyanyikan ucapan hari lahir kepadanya. Terharu sekali dia saat itu.

Di tangan Danial saat itu sudah ada sepinggan kek red velvet beserta dengan tiga pacak lilin di atas kek itu.

Danial terus meletakkan sepinggan kek itu ke atas meja sejurus melihat reaksi wajah isterinya. Isterinya tampak itu sepertinya sudah menangis.

Lantas tubuh kecil isterinya terus dipeluknya erat.

'"Happy birthday again my only one love. I love you." bisik Danial di telinga isterinya.

"Thank you hubby. Hish ingatkan hubby tak ingat ! Semalam buat bodoh je !" marah Aira yang mula meleraikan pelukan.

Dia terus berlalu ke ruang tamu tanda dia merajuk.

Danial terus gelak kecil. Kek tersebut terus dibawanya menuju ke ruang tamu.

Dia terus duduk di sebelah isterinya.

Aira terus pura - pura main phone. Dia sengaja sebenarnya.

Dia terus senyum sinis saat suaminya mula baring di atas pahanya.

"Ala sorry la b. Bukan apa, hubby saja nak prank b. Hehehe. Habis tu b taknak maafkan hubby la ni ?" tanya Danial sambil senyum.

"Nampak sangat hubby tak ikhlas nak minta maaf !" respon Aira yang masih merajuk.

"Eh kenapa pula ?" tanya Danial mula panik.

"Yela, hubby minta maaf tak pandang wajah b pun. Nampak sangat tak ikhlas !" tuduh Aira sambil jentik dahi suaminya kasar.

"Kang dah mendapat." keluh Danial sambil pegang dahinya yang mula berasa pedih.

Dia terus bangun saat itu. Lantas kedua - dua bahu isterinya terus dia pegang.

Dia terus menatap mata isterinya lama. Tatapannya penuh dengan rasa cinta dan kasih sayang.

Mereka berdua terus saling menatap mata masing - masing. Tatapannya yang penuh dengan seribu makna.

Danial terus gelak kecil sejurus Aira mula mengalihkan pandangannya.

Tak sampai 5 minit pun mereka berdua bertentangan mata. Tetapi Aira sudah mula mengalah.

"Ingat kacak ke buat muka macam tu !" perli Aira sambil memandang wajah suaminya sekilas.

Danial terus ketawa besar. Dia tidak tahan dengan kerenah isterinya yang cukup lucu saat itu.

Lantas pipi isterinya terus dia sentuh. Lama sekali dia sentuh saat itu. Mereka berdua kembali menatap mata masing - masing lagi.

"B, kalau hubby nak tuntut hadiah boleh tak ?" soal Danial sambil angkat kening.

Aira hanya jeling sahaja suaminya saat itu.

"Hubby nak anak seorang lagi." sakat Danial sejurus pipi isterinya dicium lama.

Aira terus pura - pura gelak.

"Baby kat dalam perut yang ni belum lahir lagi, dah minta seorang lagi ? Hish hubby, hubby ! Memandai - mandai je. " respon Aira yang ingin menjentik dahi Danial.

Dia terus jeling saat tangannya mula dipegang oleh suaminya sebelum tangannya sempat menjentik dahi lelaki itu.

"Baby, takde tempat lain ke nak jentik ? Even before kahwin pun dahi aku selalu jadi mangsa." tanya Danial yang mula serius.

"Ek eleh ! Dahlah malas nak layan !" respon Aira yang mula tiada mood.

"Eleh merajuk la tu. Okay sorry hubby gurau je lah. Kalau b nak jentik, jentik kat sini pun boleh." sakat Danial sambil tunjuk ke arah bibirnya.

"Datang dah perangai manja tahap dewa dia ! desis hati Aira.

Aira terus menutup mulutnya sejurus dia tahu suaminya ingin menciumnya ketika itu. Lantas juga tangannya mula menutup mulut suaminya.

"Hubby ni, jom lah makan kek. B dah lapar." ajak Aira sambil heret suaminya untuk duduk ke atas sofa.

Danial hanya menuruti kemahuan isterinya. Lantas kek itu terus dipotong kecil - kecil sejurus Aira meniup lilin.

Dia terus menyuap kek tersebut ke dalam mulut isterinya.

"Thank you daddy sebab celebrate birthday mummy hehe. Kek ni sedap." ucap Aira tulus sambil mencalit kek tersebut ke wajah Danial.

"Main kasar nampak mummy." respon Danial.

Dia juga mula mencalit kek ke wajah Aira.

Lantas mereka berdua terus gelak besar. Bahagia sekali mereka berdua saat itu. Eh silap mereka bertiga. Jangan lupakan baby yang dikandung oleh Aira.

Danial terus sengih nampak gigi sejurus melihat mulut isterinya yang sudah comot saat itu.

Lantas kotak tisu di atas meja terus dia jatuhkan ke atas lantai. Isterinya masih tidak menyedari saat itu. Ini kerana mata Aira leka menatap skrin iphonenya. Entah apa yang dimain Aira.

Dia terus pandang wajah isterinya lama.

Mulut isterinya terus disentuhnya lama.

"Syhhh. Mulut b comot. Kejap hubby bersihkan." ucapnya yang mula senyum manis saat itu.

Aira terus senyum sinis sejurus bibirnya mula dicium oleh suaminya.

"Dah bersih dah." ucap Danial sambil jarinya mengelap bibir isterinya berulang kali.

"Mengada - ngada betul. Suami siapa lah ni." perli Aira sambil jentik bibir suaminya.

Danial hanya gelak kecil.

Aira terus memegang perutnya.

"Baby, baby jangan jadi macam Daddy ya. Manja kemain daddy mengalahkan anak dia. Dah nak jadi daddy pun still manja !" sakat Aira sambil usap perutnya lembut.

Lantas Danial terus meletakkan telinganya di perut isterinya.

"Anak kita cakap, biarlah mummy. Daddy nak manja tu. Bukan salah pun. Lagipun nanti kan dah nak bagi adik baru." sakat Danial sambil gelak kecil.

"Eh ada - ada je suami aku." respon Aira sambil usap rambut suaminya berulangkali.






पढ़ना जारी रखें

आपको ये भी पसंदे आएँगी

144K 14.9K 65
ADWAN | AURA Nur Aura Qismina, gadis yang telah lama menyimpan perasaaannya terhadap salah satu atau lebih tepat pada putra bongsu Tengku Ilham Huza...
75.4K 8.8K 16
"Airis dah terlanjur dan sekarang Airis mengandung." Siapakah yang menanggung semua ini jikalau bukan gadis muda ni. Belum sempat Airis memberitahu p...
806K 31.7K 61
Aisya Rabecca - seluar slack, jeans, kemeja-T , mini skirt dan semua jenis pakaian tak cukup kain. Itu semua sudah biasa baginya yang tinggal dibanda...
8.9K 578 48
"I'm yours, remember?" ~Forever Mine~ #Sequel I'm Yours?