NIKAH MUDA πŸ¦‹ [Completed]

By plusterhati

197K 11K 351

Usia 18 tahun ? Tetapi sudah mendirikan rumah tangga. Airabella dan Danial Lee yang sudah 3 tahun menjalani h... More

NMπŸ¦‹- Baru putus dah ada gf baru ?
NMπŸ¦‹- Aira sakit !
NMπŸ¦‹- Kawan makan kawan ?
NMπŸ¦‹- Doktor Hazim jatuh cinta
NMπŸ¦‹- Laila perampas ?
NMπŸ¦‹- Laila sakit mental ?
NMπŸ¦‹- Masak untuk calon mertua
NMπŸ¦‹- Aira koma ?
NMπŸ¦‹- Aira hilang ingatan ?
NMπŸ¦‹- Sakit pun still nak demand
Laila kantoi ! πŸ¦‹
Air mata πŸ¦‹
Akhirnya Aira discharge ! πŸ¦‹
Calon isteri πŸ¦‹
Amarah Danial !πŸ¦‹
Senyumanmu terlalu comel πŸ¦‹
Dating di Mall πŸ¦‹
Dating di Sephora πŸ¦‹
Aira dilamar ? πŸ¦‹
Lamaran Danial ditolak ? πŸ¦‹
Danny nekad ! πŸ¦‹
B dah decide, b taknak ! πŸ¦‹
Aira kena friendzone ? πŸ¦‹
Langgar lari ? πŸ¦‹
Kenapa dengan Datin Maria ? πŸ¦‹
Penderitaan Aira πŸ¦‹
Sah ! πŸ¦‹
Aira Tension ! πŸ¦‹
Kakcik mula disalahkan ! πŸ¦‹
Pindah hostel πŸ¦‹
Suami prihatin πŸ¦‹
Yeay ! Roommate baru πŸ¦‹
Danial Lee suami idaman β€οΈπŸ¦‹
Aira dapat kawan baru πŸ–€ πŸ¦‹
Peminat di Wattpad πŸ¦‹
Bukan long distance relationship ! πŸ¦‹
Danial sakit ! πŸ¦‹
Aira tinggalkan Danial ? πŸ¦‹
Aira masuk hospital lagi πŸ₯ΊπŸ¦‹
Terlalu sweet ? πŸ¦‹
Single auto menangis ? πŸ€ͺπŸ¦‹
Siapa Johan ? πŸ¦‹
Perang meletus ? πŸ¦‹
Aira ugut nak cerai ? πŸ¦‹
Birthday bertukar tragedi ! πŸ¦‹
Dikhianati sahabat ! πŸ₯ΊπŸ¦‹
Aira kena culik ? πŸ₯ΊπŸ¦‹
Armor knight Aira ❀️
Aira pregnant ? πŸ¦‹
Pengorbanan Danial πŸ–€πŸ¦‹
Family kecil kita πŸ’”πŸ₯ΊπŸ¦‹
Tali gantung milik Laila ? πŸ₯Ί
Berdikari tanpa Danial β€οΈπŸ™ƒ
Surat dari suami tercinta πŸ€πŸ¦‹
Happy birthday suamiku πŸ€πŸ–€β€οΈπŸ¦‹
Tewas dengan permainan aku sendiri πŸ’”πŸ¦‹
Happy graduation day sweetie πŸ–€πŸ¦‹
B, you look so beautiful with hijabπŸ–€πŸ¦‹
Bab 61 - Gaduh tengok bola πŸ€ͺπŸ¦‹
Epilog 2 - Aasudah perang ke ? πŸ¦‹
Epilog 3 - Perit πŸ™ƒπŸ’”πŸ¦‹
Epilog 4 - Aira pregnant πŸ€πŸ¦‹
Epilog 5 : Bersatu kembali πŸ€πŸ¦‹
Epilog 6 : Sayang suami πŸ€πŸ¦‹
Epilog 7 : Morning sickness πŸ€£πŸ€πŸ¦‹
Epilog 8 : Surprise dari suami πŸ€πŸ¦‹
Epilog 9 : Honeymoon ke LA🀍
Epilog 10 : Sakit bersalin ! πŸ€πŸ¦‹
Epilog 11 : Yang terindah
Ending πŸ¦‹πŸ€

Epilog 1 - Cari kerja β€οΈπŸ¦‹

2.4K 127 1
By plusterhati

Di bilik gaming Danial Lee

Aira terus menyergah Danial yang sedari tadi hanya mengelamun dari belakang.

Danial terus menjentik dahi isterinya tanda dia kesal.

Aira hanya sengih nampak gigi.

Fakta. Sebenarnya dia jarang hendak masuk ke dalam bilik gaming suaminya, kerana bukan apa. Tiap kali suaminya berada dalam bilik itu, dia pasti akan diabaikan. HAHAHA. Itu akan membuatnya kesal.

Lelaki dengan game tidak boleh dipisahkan.

"Kenapa hubby termenung daritadi ? Kenapa tak main game ?" soal Aira pelik yang mula berdiri berdekatan dengan suaminya yang sedari tadi sudah duduk di atas kerusi gamingnya.

Danial terus memegang tangan Aira lembut.

Wajah isterinya terus dipandang lama.

"Hmm b. Hubby nak cari kerja lah. Apa pendapat b?" soal Danial pendek.

"Hmm, kenapa hubby nak cari kerja ? Kewangan kita kan still okay." tanya Aira pula.

Pipi Aira terus dicubitnya.

"Ye hubby tahu sayangku. Tapi kita tak boleh nak depend 💯 pada kewangan kita sekarang. Kita kena fikir ke depan harinya. "

Danial diam seketika. Kemudian dia menyambung lagi percakapannya.

"Hmm lagipun hubby ni ketua keluarga. Jadi dah memang tugas hubby pun untuk cari nafkah sara famili kecil kita."  terang Danial panjang lebar.

"Hish apa hubby cakap ni ! Kita kan dah jadi suami isteri. Jadi kalau kewangan hubby tak okay, takpe b kan ada. Kita boleh guna duit b." ujar Aira prihatin.

Danial terus gelak kecil.

"Nope sayangku. Hubby taknak bergantung dekat isteri. Hubby ni ketua keluarga, jadi hubby yang perlu cari nafkah. Duit b, duit b. Duit hubby, pun tetap duit b." respon Danial penuh serius.

"Hmm, so hubby nak kerja apa ? Dah mohon ?" tanya Aira yang mula mengalah.

"Hubby memang ada nak apply kerja tapi.. Hmm hubby kan tak sempat grad ! Macam tak lulus je kalau nak apply.." respon Danial sedikit kesal.

Aira mula tampak sedih saat melihat riak wajah suaminya. Suaminya tampak sekali kesal saat itu.

Lantas tubuh Danial Lee terus dipeluk Aira penuh erat.

"Takpe, hubby cuba dulu. Mana tahu ada rezeki. Belum cuba belum tahu. B akan sentiasa doakan hubby. Always." nasihat Aira penuh semangat sambil tangannya lembut mengusap rambut suaminya.

Danial hanya diam sahaja. Jelas sekali dia risau saat itu.

Petang itu

Aira hanya mengerling sekilas ke arah gelagat suaminya yang berada dalam bilik gamingnya.

Aira hanya berada di luar bilik sahaja. Dia juga tampak sedih saat melihat riak wajah suaminya yang masih tampak sedih. Perbualannya dengan suaminya tadi masih bermain - main di minda.

"Kalau macam tu biar b je yang kerja. Jadi hubby tak perlu nak risau lagi. Boleh tak ?" pelawa Aira yang sudah senyum lebar.

"Nope ! Hubby taknak b yang kerja. Hubby nak b stay rumah je. Hubby taknak susahkan b. Jadi takyah cari kerja. Duduk rumah je." Kata - kata dari suaminya terus mengunci mulut Aira dari memberi respon lagi.

Lamunan Aira terus terhenti sejurus kelibat suaminya muncul di depan muka pintu bilik gaming yang telah dibuka separuh.

"Laa, kenapa you tak masuk ? Kenapa tercegat kat depan pintu ?" soal Danial pelik.

Aira hanya senyum manis.

"Taknak kacau hubby main pubg. Takpelah hubby, b nak masak jap." ucap Aira yang ingin berlalu ke dapur.

"Okay." respon Danial pendek.

"Kalau macam tu hubby pergi sambung main game dulu." ucap Danial sebelum dia beredar dari situ sejurus isterinya mula mengangguk sahaja.

Aira juga berlalu ke arah dapur.

Di bilik gaming Danial

Danial sedari tadi tidak menyambung kembali bermain game.

Matanya tadi meliar - liar ke arah skrin komputernya. Dia fokus sekali saat itu. Ternyata saat itu dia sedang mencari peluang pekerjaan di Internet. Gigih sekali dia saat itu.

Hampir semua platform media sosial dilayarinya.

Dia fokus membaca syarat - syarat untuk memohon pekerjaan yang diinginkannya itu.

Hampir dua jam melayari internet, laju tangannya saat itu mencatat sesuatu di atas sehelai kertas. Kemudian dia terus bersandar di kerusi gamingnya.

Lenguh sekali dia saat itu. Oleh itu dia berehat seketika di kerusi gamingnya.

Malam itu

Aira terus menghidangkan nasi buat suaminya. Lauk udang yang digoreng berempah itu juga terus dihidangkan buat suaminya.

Dia juga sempat menuangkan air putih juga untuk Danial sebelum dia duduk di sebelah suaminya.

"Hmm, hubby. Apakata kalau hubby kerja ke dengan papa ? Syarikat papa kan still jadi syarikat hubby kan." ucap Aira secara tiba - tiba memulakan perbualan.

Danial terus mengeluh kecil.

"Nope ! Hubby taknak. Hubby tak minat kerja kat syarikat dan satu lagi b kena ingat, papa tu papa tiri hubby. Jadi hubby taknak terhutang budi dengan papa. Dahlah hubby taknak cakap pasal ni lagi."  ujar Danial penuh tegas sambil mengetuk meja.

"Hm, hubby kalau ada masalah bagitau je b. Jangan pendam sorang - sorang. Kalau boleh b tolong, b tolong." pelawa Aira lembut.

"Takyah risau. Hubby akan cari penyelesaian sendiri. Dahlah hubby takde mood. Kita takyah cakap pasal ni lagi !" ujar Danial penuh serius.

Aira terus diam ketika itu. Riak wajah suaminya yang penuh serius itu terus mencuakan dirinya daripada berbicara lagi.

"Jemput lah makan hubby. Nanti sejuk pula." ucap Aira pura - pura senyum.

Danial terus menjamu selera ketika itu. Aira tidak makan. Dia sedari tadi hanya termenung lama. Nasi dalam pinggannya sedari tadi hanya dikuis sahaja.

Dia saat itu sedang memikirkan cara untuk meringankan beban di hati suaminya.

Dia pantang sekali kalau nampak suaminya sedih. Dia juga akan sedih.

"Kalau aku nak kerja kat butik mami, pun hubby takkan izinkan. Ya Allah aku nak tolong suami aku. Tapi macam mana ?" rintih hati kecil Aira.

"B, kenapa tak makan ? Daritadi asyik kuis je. Takde selera ke ?"

Teguran dari Danial terus mematikan lamunan Aira.

Aira terus sengih nampak gigi.

"Nak suap." pinta Aira mula ubah topik.

"Laa kenapa tak cakap ? Boleh je. Ngangga mulut . Daddy nak suap." sakat Danial sambil sua sudu ke arah isterinya.

Aira terus pura - pura gelak kecil saat itu.

2 hari kemudian

Pagi itu Aira terus meluru masuk ke dalam bilik gaming suaminya sejurus dia melihat kelibat suaminya tiada dalam bilik itu.

Matanya sedari tadi asyik meliar - liar di meja gaming suaminya. Lantas kertas yang ditampal di dinding diperhatinya lama.

"Emirates Airlines ? Kenapa hubby catat syarikat penerbangan ni ?" soalnya dalam hati.





Continue Reading

You'll Also Like

262K 17.2K 42
[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengap...
43.4K 1.2K 19
"Scapel "arah shahwan dengan wajah serious memandang Farah ,ye Farah doktor yang bantu dia dalam pembedahan tersebut tapi dia sebuk nak berangan. "Sc...
438K 14.8K 105
#2019 Coverby:@nurshaziera πŸŽ€SIRI KEDUA ADIK BERADIK TIRIπŸŽ€ Kemasukkan dia ke sekolah mereka membuatkan mereka tidak tentu arah. Lagi-lagi apabila me...
798 233 35
'Sukar nak jangka apa di dalam hati kau... ' Suatu pertemuan yang tak disangka antara Nadia Kirana dan Haiqal Zaquan disaat Nadia putus cinta. Haiqal...