TAKDIR CINTA ADLINA

By Fizzah_shah

57.7K 1K 25

Hati isteri mana yang tidak terluka apabila suami yang dicintai ditangkap khalwat dengan seorang doktor. 3 ta... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7

Bab 3

2.8K 114 3
By Fizzah_shah

-Fizzah Shah-

✨✨✨

Aku menatap skrin telefon dengan tangan menggeletar menahan rasa. Dada ditepuk perlahan pada dada menahan sebak melihat gambar yang di hantar seseorang menerusi aplikasi whatsapp.

"Patut lah selalu balik lewat. Inilah client yang dia maksudkan... Cantik sangat."

Aku mula teresak perlahan dengan tangan mencengkam erat bantal di sebelah.

Tarik nafas, hembus nafas. Aku cuba bertenang sebaik mungkin.
Ikutkan hati sekarang juga aku pergi serang dia di syarikatnya. Tapi kalau aku buat macam tu, mesti tercalar imej Fayyadh.

Aku ni seorang yang berfikiran jauh sebelum buat apa-apa tindakan.

Tapi sayang, Fayyadh tak pernah berfikiran jauh sebelum cuba menduakan aku.

"Ha ha ha ha... Sedih hidup aku... Ada laki tapi tak ambil tahu hal aku. Tup-tup ada skandal. "

Aku ketawa tapi rasa nak berteriak pun ada.

"Ni ujian untuk kau Adlina. Sabar,  dengar penjelasan dia dulu. "

Bunyi deringan telefon menyedarkan aku.

"Hello. "

"Kau jumpa dia? Kat mana? Dengan siapa? "

Aku mengepal tanganku bila mendengar cerita daripada sahabat aku. Memang tak terkejut sebab semua dah terbongkar.

"Sha, dia banyak berubah sekarang. Aku perasan semua tu tapi aku tak syak langsung yang dia akan pergi sejauh tu. Aku percayakan dia selama ni Sha. Tapi dia dah buat aku macam ni. Aku tak kuat Sha. "

Masha menenangkan aku tapi aku tak rasa tenang langsung. Semakin gundah gulana ada lah.

"Aku tak tahu nak buat apa Sha. Aku buntu Sha. Macam mana kalau abang aku tahu? Mesti dia mengamuk kan. Aku tak nak dia bergaduh dengan laki aku. "

Tak semena peristiwa pergaduhan mereka berlayar di minda. Teringat ketika itu along menumbuk Fayyadh kerana tak menjaga aku dengan baik sehingga aku jatuh tangga pun dia sibuk dengan kerja di pejabat.

Nasib baik juga aku telefon along untuk bawa aku ke hospital. Itu pun kaki aku terseliuh dan ambil masa dua bulan untuk sembuh seperti sekarang.

Overprotective brother.
Dan itu adalah Beyazid Shah. Satu-satunya abang kesayangan yang aku ada.

"Tak payah Sha. Aku boleh settlekan hal ni. Kalau dia buat hal lebih besar aku sendiri yang akan pergi dari dia. Aku pun tak rela dimadukan. "

Buat apa pertahankan kalau Fayyadh sendiri yang musnahkan semuanya.

Aku menamatkan panggilan Masha. Aku lega sebab dapat mengadu dan meluah pada Masha. Tapi masih lagi terasa bebanan berat di dada.

Selagi tak dengar penjelasan dari Fayyadh selagi tu lah aku takkan tenang.

Aku menunduk, semakin kuat esakan aku. Sakit sangat hati ni sebab dia tak jamah sarapan aku buat pagi tadi semata-semata nak makan dengan perempuan dalam gambar ni.

Meeting konon! Meeting mengusap-usap melepaskan rindu tanpa fikir halal dan haram? Kat tempat terbuka pula tu! Melampau betul!

✨✨✨✨✨

Seharian aku membersihkan rumah dan merehatkan diri, kini aku sudah pun siap memasak spageti carbonara untuk aku seorang. Nak masak lebih takut membazir pula sebab Fayyadh mesti dah makan sebelum balik.

Aku tengok jam, sudah pukul 9 malam tapi tak balik lagi.
Malas nak fikir panjang aku sambung makan spagetti dan sesekali mata melirik ke skrin tv.

Nampak macam tak ada masalah tapi sebenarnya tak.
Ada banyak masalah, yang aku tutupi dengan muka selamba.

Bunyi kuakan pintu memberhentikan suapan aku dan muncullah Fayyadh yang berjalan terus ke tangga.

"Dah balik? " tanya aku menyedarkannya yang menonong saja ingin naik ke tingkat atas.

Aku usaha mengukir senyuman sebaik mungkin.

"Sayang baru makan? "

Aku ketawa perlahan. Dah nampak aku tengah makan tak habis lagi...

"Ya, Ad makan dulu sebab Ad tahu abang dah makan kat luar kan. Sorry tak tunggu abang. "

Mata aku fokus ke spagetti dalam pinggan dan sambung makan. Tapi hati dah bengkak tengok innocent face dia.

"Ad nak bincang something dengan abang. Naik lah mandi dan rehat dulu. Lepas ni jumpa kat library. "

"Ad takkan tanya abang dah makan belum sebab jawapannya sama sejak seminggu lalu. "

Aku masih cekalkan hati untuk tidak melihat balasan renungan dia. Aku dongak kepala dan tengok dia sudah tiada. Sudah naik ke atas.

✨✨✨✨✨

"Duduk lah. " pelawa aku bila tengok suami aku berdiri depan aku.

Ini lah janji melayu suami aku ni, dah hampir sejam aku tunggu dia kat sini baru nak datang. Takkan sejam mandi kut.

"Explain. " aku hulur telefon ke arahnya yang berada di depan aku.

Riak muka aku kawal sehabis baik. Renungan tajam mataku tertancap ke mukanya.

Aku ukir senyum senget bila melihat reaksi terkejutnya.

"Ad dah agak ada yang tak kena dengan abang. Bermula dengan sikap abang yang dingin, suka jauhkan diri dari Ad sampai lah kesan cubit kat rahang semalam. Bukan kesan terhantuk tapi jelas kesan kena cubit. "

Aku ketawa perit. Tahan sabar.

"Dan sekarang gambar bermesraan di tempat terbuka macam ni. Siapa perempuan ni dan apa hubungan abang dengan dia?"

Aku memag tak cam wajah perempuan tu sebab gambar diambil membelakangi perempuan tu. Hanya nampak wajah Fayyadh yang tersenyum lebar dapat meluangkan masa dengan kekasih hati.

Dia menyandarkan tubuh dan tangan memeluk tubuhnya. Kami berbalas renungan dan jelas riak ego terpapar di wajahnya.

'tch'

"Dia setiausaha client abang je sayang. Kami jumpa bincang hal kerja. Abang tak tahu siapa yang cuba memanipulasi keadaan dengan ambil gambar seolah-olah kami sedang bermesra. Padahal kami tengah bincang waktu tu. "

Aku angguk kepala tanda faham.

"Client pun boleh sentuh tangan macam tu? Dah tak tahu istilah haram bersentuhan dengan bukan mahram? So ini meeting yang abang cakap pagi tadi kan? "

Aku dah agak dia takkan mengaku.
Aku takkan paksa, aku nak dia renung semula kesalahan dia dan yang pasti jangan ulangi lagi. Itu pun kalau dia masih fikirkan perasaan aku.

"Tak apa, Ad tak salahkan abang sebab macam abang cakap dia ni client je kan. Tapi jangan sampai client ni jadi madu Ad pula. Sebab Ad takkan pernah setuju untuk berkongsi suami dengan orang lain. Mungkin abang kena buat pilihan untuk lepaskan Ad atau tinggalkan skandal abang tu. "

Puas tengok dia terkelu dan masih memasang wajah biasa.

"Adlina Shahmina! "
Terhinjut bahu aku bila dijerkahnya.
Mukanya makin merah menahan marah bila aku bangkit soal berpisah.

Selama ni aku tak pernah minta berpisah dengannya tapi jika keadaan mendesak aku perlu fikir sekali lagi dan buat keputusan yang lebih baik untuk diri aku.

"Jangan sebut pasal tu depan abang. Sekali Ad jadi milik abang selamanya akan jadi milik abang. Jangan minta abang lepaskan Ad sebab semua tu takkan terjadi! "

Aku bangun dan berdiri di depannya.

"Ad takkan minta abang lepaskan Ad kalau hati abang masih untuk Ad! Kalau abang ingat janji abang dengan Ad, abang takkan pernah ada niat untuk mendekati mana-mana perempuan dan tinggalkan isteri menahan rasa kecewa sendiri kat rumah. Abang juga takkan pernah ungkit soal anak sebab bukan kita tak cuba, tapi belum ada rezeki lagi. "

Aku seka air mata yang mula keluar dari tubir mata. Aku tak boleh lemah!

Kalau aku sihat dan dia pun sihat, pasti Allah akan beri rezeki zuriat pada waktu yang tepat. Tapi masalahnya, berulangkali aku suruh dia buat checkup dia tolak.

"Seminggu abang jauhkan diri dari Ad. Seminggu abang balik, tapi hiraukan kewujudan Ad kat dalam rumah ni. Kalau Ad tak tegur abang memang abang buat seolah-olah Ad tak wujud dalam rumah ni pun! Dan pagi tadi, abang langsung tak jamah masakan Ad tapi boleh pula makan sekali dengan client perempuan. Kenapa? Client tu lebih penting dari bini kat rumah ni? "

Aku tunggu jawapan dari dia tapi dia senyap je. Aku mengeluh hampa.

"Ad penat sebab seminggu ni Ad je beria nak ambil perhatian abang tapi abang tak hargai pun. Kita tinggal serumah, tidur sebilik tapi hati masing-masing semakin jauh. "

"Tolong jangan buat Ad macam tunggul kayu dalam rumah ni. Kalau pun abang nak duakan Ad, cari tempat yang lebih tertutup dan rancang betul-betul dulu. Tapi ingat, Ad takkan pernah terima sesiapa pun jadi madu Ad. "

Baru saja aku melangkah pergi dia...

"Ad ego."

Terhenti langkah aku dengan hanya dua patah perkataan yang dia luahkan.


✨✨✨✨✨

🌺🌺🌺🌺🌺

Pesan ibu kepada anak lelakinya yg sudah berkahwin :
Jaga hatimu dari perempuan lain,
Jaga matanya (isteri)  daripada membuatnya menangis.

Continue Reading

You'll Also Like

33.4K 1.1K 37
KARYA PERTAMA New version ! HAURA KHUMAIRA & AIDEN ElHAQ START : 2.12.2023 END : 7.5.2024
1.5M 49.2K 66
Afiq Khairul X Ain Solehah. Mereka berdua diibaratkan seperti kucing dan tikus. Sejak kecil sehingga meningkat dewasa, mereka berdua tidak pernah '...
841K 34K 95
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
308K 9.6K 30
Kerana terlalu sakit hati dipermainkan dengan bekas kekasihnya, Daniel, Ayra nekad utk menggoda bapa Daniel, Dato Zakery. Namun, ia terperangkap d...